Followers

Wednesday, April 15, 2009

Mamak.

Masa saya masih belajar di ITM, ada seorang kawan bertanyakan saya, mengapa sultan Melaka memanggil bendaharanya 'Mamak' Bendahara. Adakah bendahara mamak?

Saya hampir tergelak mendengar soalan itu. Ketika zaman sultan Melaka, istilah mamak tidak seperti pada hari ini. Sebelum saya menjawab, suka saya terangkan mengapa sultan-sultan Melaka menggelar bendaharanya 'Mamak.'

Apabila Raja Kecil Besar menjadi sultan, baginda memakai nama Sultan Muhamad Shah(1424-1444).Baginda mempunyai dua orang putera yang boleh menjadi sultan iaitu Raja Kassim dan Raja Ibrahim.

Raja Kassim lebih tua tetapi ibunya adalah keturunan Tamil-muslim. Ibu Raja Kassim adalah adik kepada Seri Nara Di Raja Tun Ali. Ini bererti Sultan Muhamad Syah telah berkahwin dengan adik Seri Nara Di Raja.

Sementara Raja Ibrahim merupakan putera Sultan Muhamad Syah dengan puteri Rokan. Baginda di kira anak gahara(ibubapa keturunan Raja) dan lebih layak menjadi Sultan walaupun baginda lebih muda. Apabila Sultan Muhamad Syah mangkat pada 1444, Raja Ibrahim naik takhta dan bergelar Sultan Abu Shayid.

Sebelum itu sudah ada perpecahan dalaman antara pembesar keturunan Melayu-tamil dan keturunan Melayu totok. Faction Melayu-tamil dikepalai oleh Tun Ali. Sementara Melayu totok dikepalai datuk Sultan Abu Shayid iaitu Raja Rokan. Beliau dibantu oleh Bendahara Tun Perpatih Putih iaitu bapa Tun Perak.

Di pendekkan cerita, dalam pencaturan politik kedua-dua puak ini, akhirnya puak Melayu-tamil telah menang. Raja Kassim telah ditabalkan menjadi Sultan Muzafar Shah. Bagi menyatukan semula dua puak yang berpecah ini, Sultan Muzafar melantik anak bendahara lama iaitu Tun Perak yang bergelar Paduka Raja.

Tun Perak adalah dari puak Melayu totok. Untuk memadam rasa tidak puas hati golongan Melayu-tamil yang dikepalai oleh bapa saudaranya, Sultan Muzaffar menceraikan Tun Kudu iaitu adik Tun Perak bagi berkahwin dengan Tun Ali.

Ketika itu perpecahan berjaya dipadamkan tetapi hanya sementara. Apabila Tun Perak meninggal dunia, perpecahan berlaku semula. Apabila Sultan Alaudin mangkat, putera baginda dengan isterinya Tun Senaja menjadi sultan bergelar Sultan Mahmud Shah.

Tun Senaja pula adalah anak Tun Ali iaitu ketua kumpulan Melayu-tamil yang menaikkan Sultan Muzaffar(Raja Kassim). Selain Tun Senaja, Tun Ali ada dua anak lelaki iaitu Tun Mutahir dan Tun Tahir.

Apabila Sultan Mahmud menjadi sultan pada tahun 1488, Tun Mutahir telah menjadi Bendahara menggantikan Tun Perak Paduka Raja. Sayugia haruslah diingat, Tun Mutahir merupakan anak Tun Ali, tokoh Melayu-tamil yang menaikkan Sultan Muzafar. Beliau juga abang kepada bonda Sultan iaitu Tun Senaja.

Inilah punca istilah 'Mamak Bendahara' atau 'Memanda' apabila sultan memanggil bendaharanya. Mungkin maknanya 'paman' atau bapa saudara.

Wallahualam bissawab

2 comments:

Anonymous said...

tq for this little piece of history.

I'm not a Malay lit scholar or anything (tapi saya ada lah juga membaca sejarah melayu dll) but I believe you are right about "paman" atau "bapa saudara".
In my family we do refer to some uncles as "mamak" and no, they don't look anything like teh tarik mamak. The term is therefore used in the classical sense, reverential.

Somehow over the years, and esp of late, istilah "mamak" has taken on an "unfavourable" meaning.
Like it's a jibe. Don't like Mahathir, call him mamak, hate khairy call him mamak, dislike anwar call him mamak. And both sides of the political divide are guilty of this.
My stand is always this: if you don't like one Malay public figure, attack his politics or stand, but don't attack his racial origin.

Tq. I've only just discovered your blog. Good work. Will visit again.
anon/kl

sri tribuana said...

U know our race(I regards everyone is Malay regardless his ethnic), we ruled by our emotion instead of our intellect...
tht's why I like Tun Mahathir, he's different and teach me to be rational in anything he did.

"If u want to subject anything to u, subject yourself to reasons."

-Seneca