Ketika saya menulis blog, ada satu kejadian di Coffee Bean Ampang. Saya sedang download movie dan baru check out dari bilik hotel. Saya tidak shut down komputer dan pergi makan di Sushi King. Oleh kerana lama sangat tidak diplug, bateri saya hampir kehabisan. Saya tergesa-gesa ke Coffee Bean dengan tujuan untuk hang out, minum dan charge bateri laptop.
Setiba di sana, saya nampak kerusi yang berhampiran dengan soket kosong, sementara satu lagi diduduki oleh seorang wanita Korea. Bila saya meletakkan laptop saya dimeja kosong itu, entah dari mana muncul seorang wanita Korea lain dan mendakwa meja itu kepunyaannya. Ketika saya sampai saya lihat meja berkenaan tiada penghuninya.
Saya minta beliau cari meja lain kerana saya perlukan soket dan meja lain tiada soket. Dia berkeras mengatakan itu mejanya. Saya minta satu kerusi kerana ada empat kerusi kosong. Dia kata dia bersama kawannya dan pertemuan itu penting.
Saya menjadi meradang kerana dia tidak boleh bertolak ansur. Saya tetap plug in laptop saya tanpa duduk dimeja itu. Saya bercadang untuk minum dan duduk atas lantai sahaja. Tiba-tiba, wanita Korea dimeja sebelah menyampuk dan berkata: "Excuse me, you can use this table."
Beliau mengajak berkongsi meja dengannya.
Saya menerima tawarannya dan saya hairan wanita Korea yang bertekak dengan saya itu hanya minum dengan seorang lagi kawannya. Hanya berdua dan tidak benarkan saya tumpang mejanya sedangkan dia tidak bawa komputer dan tidak menggunakan soket.
Saya rasa terharu dengan sikap bertolak-ansur wanita Korea yang mempelawa saya menumpang mejannya kerana dia juga sedang menunggu seorang kawan.
Orang baik di mana-mana. Begitu juga orang jahat.
Ketika saya tingkatan satu saya bersekolah di Sekolah Menengah Seri Ampang. Saya tinggal di Taman Sri Watan. Tambang masa itu 30 sen jika naik 'bas panjang' dan 50 sen bas mini.
Pada satu hari, saya membelanjakan keseluruhan duit bekal saya dan cuma tinggal 30 sen, dalam bahasa budak-budak ketika itu,: "ngam ngam jer tambang bas." Entah macam mana, saya tertinggal duit itu atau tersalah letak tetapi tidak menyedarinya.
Bila saya sudah didalam bas 186(bas Lembah Jaya, jika bas mini- bas 34), konduktornya seorang Cina tua kami panggil apek. Kami agak nakal dan tak 'ngam' dengan apek ini. Bila sampai giliran saya membayar, saya seluk poket dan baru saya sedari saya tidak tertinggal duit tambang.
Dia menunggu saya membayar dan saya segan nak mengatakan saya tidak ada duit. Lama dia tenung saya. Kemudian dia terus meminta pada penumpang lain. Saya menunggu reaksi seterusnya. Adakah dia akan minta pemandu menurunkan saya dimana-mana?
Apek itu tidak berkata apa-apa dan hingga sampai ke rumah dia terus tidak pedulikan saya. Saya dengan segan-segan turun. Esoknya saya membawa duit lebih dan saya hendak membayar semula duit itu. Dia menggeleng-geleng kepala dan cuma ambil duit tambang pada hari itu sahaja. Mungkin dia faham masalah remaja tingktan satu.
Orang baik dimana-mana.
Ketika saya menulis salah satu dari article dalam blog saya ini, dua kanak-kanak bangsa Cina, berumur 4 dan 5 tahun berlari-lari bermain di coffee house hotel itu. Tiba-tiba mereka berhenti bermain dan menghampiri saya. Mereka memerhatikan laptop saya, sambil tersenyum-senyum dan memanggil saya: "uncle, uncle." Lepas itu mereka sambung berlari-lari dan berhenti lagi dekat saya dan memanggil: "uncle, uncle." Saya cubit pipi mereka dan mengusap rambut mereka. Mereka menyambung permainan kejar mengejar mereka selepas itu.
Saya hairan mengapa ada manusia sanggup menyeksa, mencabul dan membunuh kanak-kanak.
Orang jahat juga dimana-mana.
Dalam sesetahun dua yang lepas, saya ada terbaca dalam suratkhabar, beberapa orang pelajar Yahudi dipenjarakan oleh kerajaannya kerana tidak mahu memerangi orang Palestin. Mereka menolak 'military dratf' kerana menurut mereka, mereka tiada salah dengan orang Arab Palestin dan begitu juga dengan orang Palestin tiada salah dengan mereka. Mereka lebih rela dipenjara oleh Israel sendiri.
Gambar dalam berita berkenaan menunjukkan ibubapa mereka juga menyokong tindakan anak-anaknya dan bergambar ketika menghantar anak mereka dipenjarakan.
Memang benar orang baik dimana-mana tanpa mengira agama, bangsa, ideologi dan parti.
P/S: Saya dedicate anekdot ini buat wanita Korea yang memberi tumpang mejanya kepada saya yang masih berada dihadapan saya tanpa mengetahui saya menulis cerita perihal beliau dalam blog ini.
2 comments:
bila awak cerita pasal tambang bas teringat kejadian menimpa aku 2 minggu lepas. masa tu aku nak naik bas dari alor star nak ke sungai petani, nak pergi rumah kawan. bila masa nak bayar tambang konduktor bus tu just cakap 'ok' tanpa ambil duit tambang dari aku. bila tiba kat tempat yang dituju dan aku nak bayar duit tambang, uncle tu tiba2 cakap: nak apa lagi? aku cakap la nak bayar tambang. lepas tu uncle tu cakap: 'nak bayar tambang apa lagi' dengan nada yang marah. aku pun turun bas. memang betul orang baik dan jahat ada dimana2 sahaja. kadang2 tu kawan sendiri pun boleh jadi jahat dengan kita. kadand2 tu kita terlalu khusyuk melihat dan berjaga-jaga dengan musuh kita tanpa kita sedari kawan kita tu yang musuh sebenarnya!
Bruther! Satu artikel dengan nada yang berlainan dan menggalakkan pengeratan silatul rahim antara saudara-saudara tanpa mengira kaum, agama , bahasa dan budaya.
Sememangnya orang jahat ramai dan orang baikpun bole jadi jahat. Selalunya orang kita yang menyakitkan hati.
Baru-baru ini saya tertinggal mobil fon di kerusi lobi dan tiba-tiba seorang negro menghala ke arah saya semasa saya nak masuk lift. Rupa-rupanya dia excited nak pulangkan mobil saya yang tertinggal. Saya begitu berterima-kasih. Kalau tengok rupanya macam orang jahat tapi tidak.
Baru pagi tadi, pada hari yang sama - saya merasa hampa dan terkilan sun-glasses I di ambil dengan berani oleh seorang pekerja Melayu seorang Dato. Saya baru keluar kereta dan letak cermin-mata di belakang kereta dengan driver untuk minum dicofeehouse sementara driver pergi membawa dua orang pekerja untuk rumah Bossnya.
Selepas itu driver membawa kedua orang pekerja dalam kereta untuk ke rumah Bossnya. Salah seorang lelaki itu dengan berani mengambil cermin mata saya tanpa segan-silu. Apabila dihubungi, beliau tidak mengaku.
Inilah orang jahat mana-mana.
Bruther boleh contact I kat 0179811234 kalau ada kat Ktn
Post a Comment