Followers

Wednesday, April 8, 2009

Ulasan Pilihanraya

BN telah memenangi kerusi DUN Batang Ai, tetapi tewas di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Pembangkang sudah mengwara-warakan kononnya PM baru tidak diterima rakyat.

Kemenangan DUN Batang Ai memang sudah diramalkan. BN kuat di Sarawak dan agak sukar PKR hendak menggugatnya.

Saya ada terhidu mesej yang tertentu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Menurut laporan Rocky's Bru, seeorang blogger terkenal 90% pengundi Cina di Bukit Gantang masih tidak berpaling mengundi BN. Hanya 10% sahaja yang mengundi calon BN. Dalam masa yang sama, undi pengundi Melayu bertambah kepada BN.

Jelaslah peralihan kuasa dan sokongan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir memberi kesan positif kepada orang Melayu namun undi kaum Cina masih kekal bersama Pakatan Rakyat yang calonnya adalah PAS.

Pola yang hampir sama di Bukit Selambau. Kaum India juga menolak wakil India dari BN.

Mesejnya senang. Kaum Cina dan India sudah nampak Pakatan Rakyat adalah masa depan mereka. Mereka tahu parti ini akan tunduk dengan permintaan mereka.

Contohnya ketika Perak di perintah oleh PAS(sebenarnya boneka DAP) bekas Menteri Besar itu telah meluluskan tanah kepada kaum Cina selama 999 tahun. Tidak salah meluluskan tanah kepada kaum Cina, kerajaan BN juga berbuat demikian jika wajar tapi 999 tahun....

Saya tidak tahulah nak kata apa lagi. Jika 99 tahun biasa kita dengar tapi 999 tahun, ini benar-benar sudah menjual negara dan bangsa hanya kerana hendak berkuasa. Mana perginya perjuangan Islam: Takbir! Takbir! Takbir!

Hanya slogan.

Tindakan PAS yang bersekongkol dengan PKR hingga sanggup berbuat apa sahaja ini mengecewakan pejuang bangsa seperti saya ini. Tindakan mereka ini juga mungkin menyebabkan UMNO juga terpaksa berlembut dengan tuntutan kaum Cina jika mahu kekal berkuasa..

If you cannot beat them, you joint them...

PAS gadaikan maruah bangsa dan jual negara, tinggalkan perjuangan Islam.

Hipokrit!

11 comments:

Mook said...

join them? hahah... mksdnye, jd kafir skali? yes laaa... kalo cmtu, bgus la sgt. wakakaak~

pucuk ubi said...

lebih baik nizar jd MB dr DAP terus menerus mendesak org dia jugak jadi MB..tindakan nizar meluluskan tanah 999 thn apa bezanya dengan tanah2 milik besan pak lah(bapak mertua kamaludin)?sapa kasi lulusss??

sri tribuana said...

sebab tu pak lah turun, kami nak nizar turun

stenles stil said...

hmmm...lepeh depa tughun, senyap sunyi pasai salah2 depa noo(paklah ngan patrick, monsun cup terengganu,fitnah tun mahathir kat anwar-siap dah mengaku dia sengaja wat tuu)..
tapi yg aku pelik,ni nizar dah tughun sampai laa hangpa igt salah dia noo..

sri tribuana said...

Adalah UMNO yang setuju bekerjasama dengan orang Cina dan India dulu disamping menjaga kepentingan Melayu.PAS yang menentang dan menuduh UMNO kafir kerana itu.

To what extend we can bend our principles?

Anonymous said...

Pelik juga saya membaca posting sdr....sdr seorg terpelajar....tak kan sdr tidak tahu bahawa Nizar meluluskan tanah di Perak kepada org Melayu lebih banyak dari yg diluluskan kpd org cina....Nizar luluskan tanah kepada Sek. Ugama rakyat lebih banyak dari Nizar luluskan kepada Sek Jenis keb cina......sdr tak dapat ke....info ini, atau sdr juga dari jenis buta kayu...macam org kampung, walau pun terpelajar ?

sri tribuana said...

999 tahun???
itu jer
dekat 1000 tahun tu....

Anonymous said...

sambung lagi ....sdr sri tribuana yg bijaksana...
tahukah sdr bahawa tanah yg YB Nizar luluskan itu baik kpd org melayu atau cina, telah puluhan tahun mereka usahakan.
Mereka org miskin, keluasan tanah mereka tidak luas, mereka mohon kpd kerajan BN dahulu, tidak di luluskan .....kerajan BN ini..kalau org susah mohon mereka tidak akan luluskan, sebab tidak dapat apa-apa.
Mereka akan luluskan kpd syarikat besar, yg mereka ada syer sama....ini pertimbangan pemimpin umno dimana2...
YB Nizar tidak begitu...dia luluskan kepada org yg benar2 memerlukankan tanah.....
Tak kan sdr tak tahu di Phg ni pun sama juga....hutan balak di tembeling tu sapa dapat...ada ke org susah dapat ?
Inilah perjuangan pemimpin umno sekarang...perut mereka diutamakan...
Memang di akui umno memang berjasa...tetapi pemimpin dahulu yg berjasa...bukan pemimpin sekarang....
Tu lah sebabnya org muda skrg benci kepada umno,
puncanya peminpin skrg...teruk.....

sri tribuana said...

oklah ada betul juga ckp saudara tu tapi xkan seribu tahun....
sbb saya curious mengapa cina minat sgt kat PAS,
Nizar jadi MB kerana undang tubuh negeri kata hanya Melayu boleh jadi MB kalau tak tentu dah DAP....
kalau cina melampau baik dgn parti dia rasa militant ada yg tak kena ni....
perpatah melayu kata: jika tidak ada2, masakan tempua bersarang rendah...
hati2 dgn permainan kuasa, sbb kita dpt sikit, kita rasa kita menang

Anonymous said...

Ok...saya boleh terima kebimbangan sdr...tetapi ada hikmahnya disebalik DAP terpaksa melantik YB Nizar.
Di sini YB Nizar telah buktikan bahawa pemimpin PAS lebih baik dari pemimpin umno, oleh itu org melayu di perak perlu sokong PAS supaya majoriti ADUN disana adalah org melayu...dng itu tak perlulah lagi sokongan DAP utk YB Nizar menjadi MB Perak....
Satu lagi...saya berpendapat bahawa, untuk menjadikan umno pulih semula dari sakitnya, ialah ......umno perlu kalah utk beberapa tahun, dan tidak lagi memerintah malaysia.
Semasa kalah inilah proses membaik puleh umno.
Segala org yg berkepentingan akan cabut dari umno.....
Di ketika itu nanti, hanya org yg benar2 memperjuangkan rakyat tinggal memimpin umno...
Disinilah masanya umno akan pulih kembali...umno akan di pimpin oleh kalangan guru2.
Sekrg yg pimpin umno adalah kontraktor, sdr bukan tak tahu kontraktor...pertimbangan mereka adalah untung /rugi...mereka bukan memperjuangkan rakyat terbanyak....yg mereka perjuangkan duit....
Dahulu umno dipimpin oleh guru2....mereka memang benar2 ikhlas...
Tetapi skrg guru dah tak boleh menang, sebab tak boleh beri duit, guru2 mana ada duit...tetapi mereka ada kejujuran dan keikhlasan didalam kepimpinan...
Masaalahnya skrg jujur dan keikhlasan mana ada nilai di dlm umno...yg bernilai ialah fulus...

sri tribuana said...

Memang indah jika PAS boleh menang semua kerusi, saya suka juka melayu jadi dominan tetapi realiti politiknya tidak mcm tu jika cina tahu motif sebenar perjuangan politik PAS.

Dalam politik, no permanent enemy and no permanent friend.

Soal kontaktor dlm UMNO, jika pembangkang menang sama saja sbb mereka akan muncul dlm parti pembangkang yg ketika itu memerintah....

dunia mmg dh mcm tu, tiada negara utopia, kita minimize sahaja cacatcelanya...

percayalah politik is politik