Followers

Thursday, June 30, 2011

Awas UMNO, Kita Ada Pengkhianat!

Baru beberapa hari yang lepas saya quote ungkapan Voltaire: "Lord, protect me from my friend, I know how to overcome my enemy."

 Baru beberapa hari yang lepas dalam posting yang sama saya cuba menghidu ulterior motive  The Star, suratkhabar MCA yang membuat polling tentang BERSIH. BN mungkin tidur dengan musuh dalam selimut, tapi UMNO menternak musuh dalam selimut.

Saya mendapat risikan yang sangat boleh dipercayai. Dalam UMNO Pahang adanya penembak tepat yang menggunakan senjata buatan Rusia yang sering membidik pucuk pimpinan UMNO iaitu Presiden UMNO. Penembak tepat ini mempunyai partner in crime yang juga mempunyai senjata menembak UMNO, atas nama kritikan membina.


Kita boleh bezakan sebenarnya kritkan membina dengan kritikan pura-pura membela. Dan tidak salah mengkritik pemimpin, yang salah apabila secara terang-terangan menembak parti sendiri, membekalkan banyak peluru kepada musuh. Dan semua ini, katanya, dengan niat baik.

Saya teringat kata-kata Tun Mahathir, jangan jadi Brutus dalam UMNO. Risikan terbaru ini, penembak tepat ini membuat perjumpaan dengan Anwar. Ada apa-apa ke? Patutlah posting berbunyi lebih 'keadilan' dari PKR. Walaupun diselubungi niat baik, seperti Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan mendapat julukan 'Menteri Nawaitu', penembak tepat ini berselindung disebalik nama liberal, fair play dan sebagainya.

Sebenarnya sudah lama saya perhatikan selepas satu posting ke satu postingnya diangkat oleh Lim Kit Siang dalam blognya. Jika tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Artikelnya juga sering disiarkan dalam Malaysian Insider. Saya menghidu sesuatu yang tidak kena tetapi apabila ada blogger tersohor memaklumkan pertemuannya dengan Anwar baru-baru ini mengesahkan keraguan saya.

Kita tidak perlukan Brutus dalam UMNO. Kita tidak perlukan trojen horse. Diharap Datuk Seri Najib boleh memBERSIHkan dulu halamannya dari sampah sarap dan pengkhianat.

Sementara itu mari baca posting Aspan Alias yang terbaru bertajuk: UMNO perlu tahu - Lagi menekan lagi rakyat jauhinya.(Maaf saya tak dapat nak linkkan kerana BlackBerry Playbook saya ini ada masalah untuk berbuat demikian ketika ini.)

Boleh baca dalam link saya dalam category general, sudah berbunyi pembangkang, bukan? Semua orang boleh mempunyai pandangan dan pendapat, ini negara demokrasi tetapi jika tidak sesuai dengan aspirasi UMNO dan parti, lebih baik menyertai pembangkang terus.

Setidak-tidaknya Datuk Fauzi lebih gentleman, tidak hipokrit, lebih mulia dan tidak berselindung disebalik nawaitu.

Wednesday, June 29, 2011

A. Samad Said.

Saya masih ditingkatan dua ketika saya memerhatikan beliau sering menaiki bas ke rumah isteri mudanya di Taman Sri Watan. Pada tahun 1986, saya bersekolah di Sekolah Seri Ampang duduk di perumahan Taman Sri Watan. Saya belum meminati karya seni berat lagi ketika itu, tapi saya berasa 'curious' terhadap insan seni yang sering melalui rumah kami di Taman Watan ini.

Beliau berjanggut dan berambut panjang. Kadang-kadang beliau berjalan kaki dengan isteri mudanya. Jika beliau menaiki bas, masa beliau 'pulang' ke rumah agak aneh. Beliau ke Sri Watan ketika kami bersesak dalam bas untuk ke sekolah dan untuk bekerja. Aliran trafik Pak Samad bercanggah dengan kami pelajar dan kebanyakkan golongan kelas 'pekerja'.

Kemudian saya terbaca ulasan novel terbarunya ketika itu diakhbar. Jika tidak silap novel itu bernama 'Daerah Zeni'. Ulasan itu membuat saya makin 'curious' terhadap insan seni yang sering saya nampak melalui depan rumah saya. Saya lihat beliau 'in person', dan 'flesh and blood',bukan dalam tv atau akhbar.

Pada tahun itu kerajaan melancarkan kempen membaca dan diadakan 'Pesta Buku Antarabangsa' di PWTC. Lantas saya membeli 'Salina', karya Pak Samad yang melonjakkan namanya dipersada antarabangsa. Buku itu telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa.

Tidak dapat saya nafikan, 'Salina' banyak mempengaruhi saya. Melaluinya saya ikuti karya Pak Samad yang lain seperti 'Adik Datang', 'Langit Petang', 'Daerah Zeni' dan 'Sungai Mengalir Lesu'. Kemudian saya menjadi pengikut karya seni tegar. Saya mula mencerna karya-karya Shahnon Ahmad, Arena Wati, Usman Awang dan Keris Mas.

Pak Samad juga membuka minda saya untuk menyeberangi Selat Melaka lantas mencerna karya Pramoedya Ananta Toer, Budi Darma, Umar Khayyan dan Y.B Mangunwijaya. Semuanya bermula dengan 'Salina'.

Selepas saya membaca mini memoirnya: 'Dari Salina ke Langit Petang', saya membaca apa yang pernah beliau baca. Secara tidak langsung, Pak Samad memperkenalkan saya kepada dunia Ernest Hemingway, John Steinback, James Joyce dan William Faulkner.

Saya mengkagumi beliau, dan beliau tidak tahu kewujudan saya walaupun beliau lalu depan mata saya hampir saban hari. Setelah kami berpindah ke Taman Tun Abdul Razak pada tahun 1988, saya tidak nampak pergerakan beliau lagi. Namun saya tahu beliau masih dengan rutinnya yang aneh.

Seorang classmate yang tinggal di Kampung Melayu Ampang memberitahu saya, Pak Samad sering solat di Masjid Kg. Melayu Ampang. Pada satu petang saya bersolat asar di masjid yang sama. Sebenarnya Pak Samad solat asar sementara menunggu anaknya, Az yang sekolah di situ.

Ketika Pak Samad minum petang, saya memberanikan diri menghampirinya. Beliau tidak sombong, cuma beliau sering tidak 'connected' dengan persekitarannya. Seringkali kelihatan beliau tenggelam dalam imaginasinya.

Kami menjadi kenalan. Antara peminat dan yang diminati. Kemudian saya sering berkunjung ke masjid untuk solat dan berbual-bual dengannya. Ketika itu beliau baru menerbitkan novel 'Hujan Pagi', satu novel protes dunia kewartawanan yang tidak telus dan dimanipulasikan oleh orang politik.

"Wartawan sejati, tidak akan makan gaji, tanpa makan hati", kata Pak Samad dalam intro novel berkenaan. Dan pada ketika itu Malaysia menyaksikan pertembungan hebat Mahathir-Ku Li. Apabila saya tanyakan pandangannya tentang politik, beliau neutral. Beliau tidak memihak kepada sesiapa walaupun beliau tidak menyenangi orang politik.

Selepas itu dalam makalah Dewan Sastera, Shahnon Ahmad menulis dan mengkritik karya Pak Samad. Ketika itu Shahnon Ahmad 'telah kembali ke pangkal jalan' dan menjadi jaguh sastera Islam. Seperti biasa golongan sebegini, setelah menjadi Islamik akan menghukum dan menilai orang lain sebagai tidak Islamik.

Shahnon mengutuk Pak Samad dan menuduh karya Pak Samad seperti 'Hujan Pagi' dan 'Daerah Zeni' sebagai carbon copy dari Barat. Shahnon baru menerbitkan dua novel Islamnya, 'Al Syiqaq' dan 'Tunggul-tunggul Gerigis'. Kononnya menurut Shahnon, Pak Samad terlalu barat dan tidak Islamik.

Suatu hari saya ajukkan soalan pada Pak Samad kritikkan Shahnon itu. Beliau menyembunyikan 'luka'nya dan menanya pendapat saya. Namun saya tahu beliau 'terluka' dengan kritikan itu.

Beberapa tahun kemudian, Shahnon Ahmad menerbitkan SHIT, sebuah buku yang mengutuk Tun Dr Mahathir. Sebelum itu Shahnon menerbitkan 'Sultan Baginda' yang juga menyindir Dr. Mahathir. Akhirnya, menjadi sasterawan Islam, Shahnon menyertai PAS dan bertanding dan menang pada tahun 1999.

Karya Shahnon tidak kedengaran lagi selepas itu. Malah SHIT dan 'Sultan Baginda' juga gagal mengembalikan kecermelangan karya-karya awal Shahnon hingga Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi julukan kepada Shahnon sebagai 'Victor Hugo' Malaysia.

Menceburi politik adalah kesilapan besar seorang insan seni. Dunia orang politik sangat berbeza dengan dunia insab seni. Walaupun Hegel bersorak kegembiraan apabila tentera Revolusi dibawah Napoleon menang dalam Battle of Jena, namun Hegel tidak pernah menjebakkan dirinya dalam politik. Apa lagi digunakan oleh mereka.

Pak Samad insan seni. Saya mahu mengenangi beliau sebagai penulis agung Malaysia, bukan sebagai seorang tua yang diarak, diberi pengiktirafan palsu selagi sesuai dengan aspirasi mereka,menyertai politik jalanan dan membaca puisi sambil mob yang buta budaya yang mungkin tidak membaca karyanya bersorak kerana sesuai dengan agenda politik mereka.

Nasihat saya kepada Pak Samad, lihatlah Shahnon Ahmad. Dunia mengenangi beliau bukan sebagai insan seni yang pernah menulis Ranjau Sepanjang Jalan tetapi sebagai ahli politik yang tidak bersih(kotor).

Pak Samad adalah khazanah seni negara. Dan saya ingin beliau kekal begitu.

Monday, June 27, 2011

Tun Dr. Mahathir v Anwar = Fakta v Auta.

Dalam dunia ini ada dua jenis pemimpin. Satu yang berkomunikasi dengan pengikutnya menggunakan logik dan yang satu lagi berkomunikasi dengan pengikut menggunakan sentimen dan emosi. Jika Tun Dr. Mahathir tergolong sebagai pemimpin golongan pertama, Anwar pula merupakan pemimpin golongan kedua.

Pemimpin seperti Dr. Mahathir mementingkan fakta, sementara pemimpin seperti Anwar mementingkan auta. Bagi pemimpin seperti Dr. Mahathir, kejayaan diukur dari segi pencapaian, atau result oriented. Bagi pemimpin seperti Anwar, kejayaan diukur dari segi kuasa, sejauh mana beliau boleh menanam rasa takjub pengikutnya, Makin fanatik, semakin jumud dan taklid pengikutnya, makin berjayalah dia.

Mahathir akan menyeru kepada rasionality dan logik, Anwar kepada sentimen dan retorik. Sementara leader golongan pertama bergantung kepada kejayaan untuk diterima dan disanjung, leader kumpulan kedua bergantung kepada propaganda.spin dan kemahiran perang psikologi.

Kata HAMKA, emas sepuh tetap akan terserlah juga loyangnya. Pemimpin seperti Anwar lambat laun akan nampak juga kedangkalannya,sementara pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir akan akhirnya diterima walaupun peringkat awal menghadapi tentangan.

Jika Mahathir gagal, contohnya dalam menangani krisis kewangan 1998, beliau akan mengalami nasib ya g sama seperti Suharto. Oleh kerana beliau berjaya mengatasinya cara Malaysia, beliau tetap disanjung walaupun sudah bersara. Kejayaannya adalah sumber karismanya.

Anwar Ibrahim seperti Hitler. Karismanya terletak pada misi. Misi ini ditanam dalam benak pengikutnya hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin agung sepertinya. Misi ini membentuk cult - ketaksuban terhadap seseorang pemimpin,bukan pada perjuangannya.

Justeru itu misi pemimpin berkenaan boleh diubah-ubah. Masa memimpin gerakan pelajar misi Anwar adalah kebangkitan Islam, semasa dalam UMNO kononnya perjuangan bangsa Melayu, dan sekarang liberalisasi kaum, dan kononnya memperjuangkan nasib rakyat.

Tidak ada satupun misi Anwar ini berjaya dicapai tetapi itu tak penting. Beliau mesti kelihatan karismatik dan combative dimana saja dan pada misi apa saja yang beliau perjuangkan. Malah kegagalan dalam mencapai misi ini boleh menambahkan lagi taksub pengikutnya kerana sentiasa ada pihak yang boleh dipersalahkan.

Maka wujudlah 'teori konspirasi'.

Anwar menanam sentimen kebencian dan memberi persepsi apa saja yang dibuat kerajaan adalah konspirasi. Isu Lynas sebagai contoh. Juak-juak PKR telah berjaya memesong tumpuan orang ramai samada Lynas selamat atau tidak. Apabila badan bebas antarabangsa memberi verdict berdasarkan fact dan figure serta teknikaliti, rakyat sudah berjaya disway bahawa ia tidak selamat. Malah verdict mereka juga dituduh konspirasi antarabangsa.

Kita gagal menanya isu paling asas: benarkah Lynas tidak selamat? Bagaimana jika ianya selamat? Berapa juta FDI dan peluang pekerjaan yang dilepaskan. Dan semua ini boleh membantu ekonomi Malaysia.

Pemimpin seperti ini merupakan agitator, bukan stateman. Matlamat mereka adalah kuasa, bukan melindungi rakyat. Rakyat hanya alat sahaja. Dan antara agitator yang berjaya hingga memimpin negara mereka ke arah kemusnahan adalab Mao Tse Tong, Hitler, Mussolini, Lenin dan Stalin.

Kata Tokugawa Ieyasyu, orang yang menakluk dari atas kuda, tidak boleh terus-terusan memerintah dari atas kuda. Seni agitator dan statemanship sangat berbeza.

Katakan tidak kepada A.I.(Anwar Ibrahim = Artificial Intelligent).




Saturday, June 25, 2011

Antara Arkitek dan Oracle.

Salah satu filem yang saya minati adalah Matrix. Matrix membawa banyak perubahan kepada dunia perfileman. Kita boleh lihat pengaruh Matrix dalam iklan, serta filem-filem lain. Revolusi yang paling ketara yang mana sering digunakan semula adalah 'bullet time'. Tapi itu tidak mengujakan saja.

Matrix bukan sahaja bagus dari segi action pack dan special effectnya, malah plot dan kedalaman falsafahnya yang mengujakan saya. 

Matrix terhasil dari ketaksuban mesin untuk mencipta kesempurnaan. Dalam ketaksuban itu mesin gagal memahami manusia bukan makhluk yang hanya berdasarkan rasional dan logik. Manusia mempunyai sifat yang berlawanan, dan paling penting manusia juga dikawal oleh emosinya.

Pencipta Matrix dipanggil Architect. Bosan dengan dunia manusia yang tidak sempurna, Artificial Intelligent yang pada mulanya dicipta oleh manusia mencipta mesin yang lebih baik. Akhirnya mesin ini cuba mencipta dunia yang sempurna yang diperintah dan ditadbir oleh mesin.

Dalam usaha Architect nencipta dunia yang sempurna iaitu Matrix, maka lahirlah Neo. Neo merupakan manusia yang lahir bersama mesin, dan boleh mengubah Matrix sesuka hatinya. 'Hukum alam' dalam Matrix tidak mengikat Neo. Mindanya tidak tertakluk kepada hukum logik yang dicipta oleh Architect  untuk manusia biasa dalam Matrix.

Ini membingungkan Architect. Walaupun telah menggunakan segala ketepatan pengiraan matematik, masih wujud kecacatan dalam dunia Matrixnya. Architect sendiri memanggil Neo sebagai 'anomaly'. 

Kemudian muncul Oracle. Jika Architect merupakan bapa kepada Matrix, Oracle merupakan ibunya. Oracle pada mulanya dianggap sebagai manusia yang mempunyai kebolehan meramal, justeru itu ia dipanggil Oracle. Hanya Neo yang mengetahui Oracle juga hanya program dan bukan manusia.

Oracle dicipta untuk memahami disebalik sana dunia manusia. Dunia yang jauh dari pemikiran rasional dan logik, sesuatu yang dunia A.I dan Architect tidak memahaminya. Manusia merupakan makhluk yang complicated. Sebagai haiwan yang rasional, mereka merupakan spesies paling berjaya diplanet ini. Namun mereka bukan hanya dikawal oleh rasional mereka. Mereka turut dikawal oleh emosi dan psikik mereka.

Oracle merupakan program yang dicipta untuk memahami subconscious manusia. Dalam dunia sebenar, Sigmund Freud merupakan ahli psikologi yang pertama menemui subconscious manusia.

Semakin Oracle memahami misteri subconscious manusia, semakin ia bersimpati dengan manusia. Matrix adalah dunia minda yang dicipta oleh mesin supaya manusia berfikir mereka masih hidup sebelum dunia mesin mengambil alih planet ini. 

Mesin memerlukan manusia untuk dijadikan bateri sebagai sumber tenaga mereka kerana perang yang berlaku, cahaya matahari tidak sampai ke bumi lagi. Mesin yang bergantung kepada tenaga solar hilang punca tenaganya. Lalu Matrix diwujudkan bagi menternak manusia.

Oracle merupakan program yang memahami psikologi manusia sudah tidak merasa tindakkan irrational manusia sebagai misteri lagi. Seperti katanya: " you already made a choice, but you just want to understand why you made that choice." 

Tidak seperti Architect yang terlalu bergantung kepada logik dan deduction of logic, Oracle memahami menjadi manusia,mereka bukan hanya dikawal oleh pemikiran rasional dan logik, namun juga ditentukan oleh emosi mereka.

Lantas Oracle sebagai program akhirnya bersimpati dengan manusia. Ia membebaskan minda manusia yang pertama dan akhirnya manusia membentuk pemberontakkan terhadap Matrix. 

Emosi, kata Architect, adalah kelemahan manusia, namun emosi juga merupakan kekuatan yang tidak ada pada mesin. 

Dan Deep Blue telah mengalahkan Gary Kasparov.

Friday, June 24, 2011

Jawapan Kepada Lim Kit Siang: Adakah Datuk Dia Juga Berdemo Menuntut Kemerdekaan?

Dalam blog bapa setan racist Malaysia, Lim Kit Siang dimuatkan artikel yang ditulis oleh Yow Hong Chieh, asalnya artikel itu diterbit dalam Malaysia Insider. Tajuknya: Would Hisham have arrested Onn Jaafar?

Saya sudah biasa dengar hujah ini dari generasi baru pembangkang, atau dari fence sitter pro pembangkang bahawa UMNO sendiri lahir dari demo, dari protes dan perarakan jalanan. Setakat ini saya belum terbaca sanggahan dari blogger pro BN terhadap isu ini. Memang ia nampak lethal, dan bagaikan mereka memberi KO kepada UMNO apabila penyokong pembangkang -terutama PKR - memberi buah ini.

Ada sesuatu yang PR terlupa. UMNO menuntut kemerdekaan dari British yang menjajah Tanah Melayu dan ketika itu tidak ada demokrasi di Tanah Melayu ini. Kedatangan British ke sini bukan dijemput dan dibincang dalam parlimen Tanah Melayu yang tidak wujud lagi ketika itu.Fakta semudah ini juga DAP tidak faham. Orang suruh menguasai bahasa Melayu enggan. Ini akibatnya apabila membaca sejarah Tanah Melayu dengan karakter Mandarin.

Masalahnya, Melayu PKR dan Melayu PAS terbawa-bawa dakyah bodoh ini, sedangkan DAP adalah parti yang menafikan Melayu penduduk asal. Apabila DAP menghina seorang patriot Melayu seperti Onn Jaafar, Melayu PKR dan Melayu PAS mengangguk-angguk menyetujuinya.

Dato' Onn Jaafar merupakan khazanah negara. Biarpun beliau tidak mati dalam UMNO dan kredit memerdekakan negara diberi kepada Almarhum Tunku, namun jasa Onn Jaafar sebagai tokoh pemula yang menggabung dan menggerak penyatuan orang Melayu perlu disanjung tinggi. Sanjungan ini sepatutnya mengatasi kepentingan parti mana-mana orang Melayu pun.

Apabila Brtish ingin mewujudkan Malayan Union dan menghapus hak istimewa orang Melayu, Onn Jaafar bangkit. Apa cara yang beliau ada untuk menunjukkan kepaduan sokongan Melayu menentang Malayan Union jika buka berdemo. Onn Jaafar tidak boleh berunding dengan Britihs dengan cara demokrasi. Tanah Melayu sudab dicukai dan dijarah hasil ekonomi tanpa persetujuan orang Melayu.

Walhal perpatah Amerika berkata: "No taxes without representative."

Tanah Melayu merupakan jajahan British, wajar Onn Jaafar berdemo. Malah di Indonesia wajar pribuminha berperang mengangkat senjata menentang Belanda ketika menuntut kemerdekaan. Jika logik itu dipakai oleh politikus PR, maka wajar mereka mengangkat senjata menentang BN!

Sekarang segala masalah boleh diselesai melalui demokrasi. Mengapa perlu mencontohi Mesir dan negara Timur Tengah? Mereka bukan negara yang berjaya. 

DAP yang sentiasa tidak menyetujui Malay dominance akan berbuat apa saja. Dan dalam dunia Melayu akan sentiasa ada lembu-lembu yang boleh dicucuk hidungnya. DAP adalah anak rohani PAP yang berkeras menolak penguasaan orang Melayu dalam politik dan ekonomi. Sejak azali mereka melaungkan kembali semangat Malayan Union yang memberi kesamarataan antara Melayu dan kaum lain.

Ketika Dato' Onn dan orang Melayu berdemo menentang Malayan Union, di mana datuk Lim Kit Siang? Apa sumbangan datuk Lim Kit Siang terhadap penibuhan bangsa Malaysia yang baru? 

Saya tidak ada jawapan yang tuntas. Namun melihatkan cucunya yang terlalu chauvanist dan menentang penguasaab Melayu, saya hanya boleh berimaginasi datuknya mungkin penyokong kuat Ching Peng dan menjadi bandit dalam rimba Malaya.

Mereka sentiasa percaya kaum Cina boleh supreme ruler of Malaya.

Syabas Melayu PKR dan Melayu PAS!


Wednesday, June 22, 2011

Apa Kata Survey???

STAR telah membuat poll tentang BERSIH. Keputusannya: 99% setuju BERSIH diadakan.

STAR merupakan suratkhabar MCA. Memang aneh apabila akhbar ini 'menyetujui' demonstrasi BERSIH walaupun kononnya itu keputusan 'undian' online. Timing poll itu diadakan juga mencurigakan. Apa motif STAR?

Setelah 'kesilapan' bodoh ini dilakukan, STAR mengeluarkan kenyataan keputusan 'poll' itu telah dieksploit. Kebiasaan poll disertai seramai 50 000 pengundi untuk beberapa hari, tapi kali ini telah disertai seramai 400 000 pengundi. Menurut sumber STAR, siasatan mereka mendapati IP address pengundi datang dari pengundi yang sama. Meragui keputusan poll mereka sendiri STAR telah remove poll berkenaan.

Damage had been done. 

STAR berjaya memberi gambaran BERSIH mendapat sokongan 99% rakyat Malaysia. Tahniah! BN sudah ada trojen horse yang baru. 

Sementara itu, BERNAMA mendapati pemandu teksi menentang BERSIH. Masalahnya kata Rocky's Bru, survey itu dibuat hanya terhadap seorang pemandu teksi. BERNAMA mendapat kenyataan dari timbalan presiden PETEKMA yang mewakili 25000 pemandu teksi dan limo.

Segala bergantung pada niat. Niat BERNAMA dan niat STAR boleh diduga.

Kata Voltaire: "Lord, protect me from my friends, I know how to overcome my enemies".

Awas BN, kita mungkin tidur dengan musuh dalam selimut.

Alangkah indah jika masalah dunia ini boleh diselesaikan dengan hanya nombor, polling, survey dan carta.

Mari kita semua bermimpi......


Sunday, June 19, 2011

S.A, S.S, BERSiH, Perkasa dan Pemuda UMNO.

Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Hitler yang menubuhkan parti Nazi juga telah menubuhkan stormtrooper bernama S.A. S.A singkatan dalam bahasa German bermaksud 'brown shirt'. Ketuanya merupakan Captain Ernest Rohm.

S.A ini sering digunakan oleh Hitler sebagai shock troop dalam perang psikologi. Seringkali ianya di arak untuk menunjukkan kekuatan parti Nazi, warlike dan digunakan juga untuk bertempur secara literal dengan penyokong komunis.

Dalam operasi yang dikenali dengan nama 'The Night of long knives', Hitler telah memusnahkan kekuatan S.A dengan membunuh Rohm dan beberapa orang kanannya. Penghapusan ini perlu kerana S.A telah menjadi bagai kerajaan dalam kerajaan, dan pengaruh Rohm meningkat hanya kalah kepada Hitler.

Ketika itu, Hitler telah mempunyai personal bodyguardnya yang dinamakan S.S. S.S adalah stormtrooper berbaju hitam, bagai meniru personal bodyguard Augustus Caesar yang dikenali dengan nama Praetorian Guard, juga berseragam hitam.

Saki baki S.A telah diserapkan ke dalam organisasi S.S.

Di Malaysia politik jalan sudah mula mengambil tempat. PAS dan Amiga ingin mengadakan demo berbernama BERSIH. Perhimpunan ini merupakan perhimpunana haram. Sejak tercetus 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengawal sebarang perhimpunan yang boleh mencetuskan ketegangan.

Majoriti rakyat Malaysia mungkin tidak tahu, selepas parlimen digantung selepas 13 Mei, undang-undang darurat masih berkuatkuasa dan masih belum dibubar. Secara teknikal, Malaysia masih dibawah undang-undang darurat.

Hasrat PAS menghidupka  semula politik jalanan ini bertujuan untuk mencetuskan huru hara. Mereka kata aman tetapi mereka tahu pertempuran dengan polis tidak dapat dielakkan kerana perhimpunan itu memang salah. 

Namun BERSIH disambut pula cadangan Perkasa untuk mengadakan perarakkan pada tarikh yang sama. Satu perhimpuan haram membuahkan satu lagi perhimpunan haram. PAS tidak boleh marah ke Perkasa kerana jika logik PAS diguna pakai, sesiapa boleh berdemo. Malah tanpa segan silu ada yang mengisytiharkan demo amalan Rasululkah!

Every action has equal reaction. Dan kedengaran pula Pemuda UMNO juga ingin berdemo pada hari yang sama. Pemuda UMNO yang elitis, kebanyakkannya sissy dan lebih korporat juga ingin berdemo. Ketuanya, Khairy Jamaludin menganggap ini tindakkan matang dari Pergerakan sayap Pemuda yang makin lama makin tidak disegani.

Semua sudah mula menggerakkan buah catur masing-masing, dan memulakan 'bluffing' dan 'counter-bluffing'. Sebelum bermula Perang Dunia Pertama, Eropah telah dimanipulasikan oleh sistem diplomasi Bismarck dengan dasar 'Iron and Blood'nya. Hasilnya German bersatu dan digeruni di Eropah.

Selepas era Bismarck, semua pemain politik Eropah ingin bermain game yang sama tetapi tidak memiliki kegeniusan Bismarck. Tercetus Perang Dunia Pertama setelah terbunuh Duke of Sarajevo merupakan hasil pnecaturan 'bluffing game' yang silap oleh diplomat Eropah. Mereka gagal menimbang lapan biji bola sekaligus tanpa menyentuh tanah, yang mana itu merupakan satu-satunya skil yang hanya ada pada Bismark.

Pada 9 Julai nanti, mari kita sama-sama lihat 'bluffing game' yang mungkin benar-benar berlaku. Rusuhan bukan lagi kemungkinan tetapi kemestian. Rusuhan antara Melayu dengan Melayu,dan polis Melayu juga akan membelasah perusuh-perusuh.

Jika kita masih ingat, kita masih ada senjata bernana ISA yang boleh menghalang perkara sebegini. Malangnya, pemegang senjata takut menggunakannya. Biarpun Operasi Lalang dicemuh kerana menghalang hak asasi,namun ia berjaya mengelak berlaku pertumpahan darah.

Jika PAS kata mereka ada hak kumpul orang seramak 300 ribu, Perkasa juga boleh kata mereks juga ada hak. Begitu juga Pemuda UMNO. Dan bukan tanpa sebab undang-undang dicipta. Perhimpunan haram tetap perhimpunan haram samada dianjurkan oleh PAS, Perkasa atau Pemuda. Tangkap ringleader semua pihak sebelum ianya berlaku.

Jika German kehilangan Bismarck, Malaysia kehilangan Tun Dr. Mahathir. Ahli politik yang ada sekarang semuanya hanya pandaj berkata-kata dan 'bluffing', tapi tidak bijak menimbang lapan biji bola sekali gus.

Kita inginkan kebebasan, tetapi kurang intelligent mengunakannya. ISA masih perlu. Atau kita kembali kezaman pertempuran jalanan seperti halnya S.A dengan penyokong komunis. Jika ini berlaku bererti kerajaan demokrasi tidak berfungsi lagi. 

Mungkin kita perlukan orang kuat untuk memulihka  'law and order,.

Saturday, June 18, 2011

1AGENDA Membuat Laporan Polis Berkaitan BERSIH.

Semalam, pada pukul 2.30 petang, YDP 1AGENDA iaitu saudara Zul Azhar Cha telah membuat laporan polis terhadap usaha BERSIH yang ingin berdemo pada 9 Julai 2011. 1AGENDA juga berpendapat, demo yang dirancang itu bermatlamat untuk mewujudkan huru hara di Malaysia dan memberi imej yang tidak baik kepada Malaysia dimata media asing.

Saya selaku Exco Undang-undang dan Sosial badan NGO itu turut memberi komen dalam sidang akhbar semalam. 1AGENDA ditubuhkan bagi memantau dan menangani salahguna media cyber seperti Facebook dan Twitter yang melampau hingga boleh mewujudkan kekecohan dan huru hara di Malaysia.

Laporan kenyataan akhbar semalam boleh di baca di sini, laporan KL Post

Thursday, June 16, 2011

Hooligan, Bukan Erdogan.

Saya tidak tahu dari mana datangnya julukan Erdogan dalam PAS terhadap kem pro Anwar. Saya pernah terbaca posting Datuk A. Kadir Jasin yang juga tidak bersetuju dengan julukan Erdogan kepada kem pro Anwar dalam PAS.

Erdogan, Perdana Menteri Turki membawa semula benih-benih Islam ke bumi Turki. Puak pro Anwar pula menyokong penzina, peliwat dan Timbalannya sendiri pengkhalwat. Puak pro Anwar mengenepikan kepimpinanan ulama, dan tidak juga menobatkan profesional. Mat Sabu dan Mahfuz Omar bukan golongan ulama ataupun professional. Mereka dalam kelas 'hooligan'.

Demi perpaduan dan persenyawaan dengan DAP, hudud dan negara Islam sudah bukan keutamaan. PAS semakin hari semakin terpesong dari matlamat asal kewujudnnya. Mereka makin bankrap idea, lalu muncul perarakan yang diberi nama BERSIH.

BERSIH menuntut macam-macam yang boleh diselesaikan di Parlimen. Mereka dakwa atas nama demokrasi. Masalahnya, selesaikah apa yang mereka perjuangkan dengan berarak mengusung orang Melayu mengganggu ketenteraman awam demi menuntut perkara yang boleh diselesaikan melalui parlimen dan pilihanraya.

Dalam blog MSO, Tinta Merah dimuatkan kenyataan Pemuda PAS kononnya pilihanraya tidak telus walaupun mereka pernah memenangi lima negeri. Kononnya kalau lebih telus, mereka akan menang lapan negeri!

Kelemahan orang PAS ini sebenarnya mereka terlebih ilmu mistik, kurang ilmu mantik. Jika bukan kerana PKR dan DAP semasa PRU ke 12, PAS bukanlah parti yang significant. Jika kerajaan tidak telus, pembangkang jangan mimpi boleh menang mana-mana negeri pun. Mereka bukan hanya menang lima negeri, menang lapan PRK dan memenangi 16 kerusi di Sarawak. Jika kerajaan mempunyai keupayaan mengatur undi yang tidak telus, mengapa dilakunkan pembangkang boleh menang lima kerusi. Dan selama ini jika menurut logik pembangkang, kemenangan mereka bukan kehendak rakyat tapi telah diatur oleh kerajaan.

How pathetic!

Jika kita perhati, hanya dua kaum yang sanggup membodohkan diri berarak menuntut perkara yang bukan-bukan melalui demo jalanraya. Pertama Melayu PAS dan PKR, kedua India HINDRAF. Cina yang terlibat hanya aktivis politik. Majoriti kaum Cina walaupun pro pembangkang tidak minat memperbodohkan diri mereka diperalatkan walaupun oleh DAP.

Mereka akan lebih mementingkan perniagaan mereka, mengukuhkan empayar ekonomi dan menjadi kuat dari diperalatkan. Sebenarnya,merema memperalatkan dua kaum ini.

Mengapa Melayu PAS dan Melayu PKR dan India? Logik akan berkata sesuatu tetapi bukan dari saya kerana nanti saya akan dituduh rasis. Tapi kaum Cina sering menganggap mereka lebih superior. And they act like one.

Kesimpulan, puak pro Anwar dalam PAS ini tidak sesuai dipanggil Erdogan. Mereka tidak cultured, suka politik jalanan dan dipimpin oleh streetfighters. Terbaru,mereka setuju menggugurkan negara Islam, yang mana PM Turki pula menghidupkan ciri-ciri Islam di Turki.

Perkataan yang tepat terhadap kem pro Anwar ini adalah 'hooligan'.

Monday, June 13, 2011

Malaysia Ingin Di BERSIHKAN Oleh Mereka Yang Kotor.

Sebaik terlantik sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu yang pernah terpalit isu khalwat dengan isteri orang terus ingin menganjurkan BERSIH 2.0. Beliau berjanji, PAS sahaja akan menyediakan seramai 300 ribu peserta bagi menyertai 'protes jalanan' ala Thai ini.

BERSIH mendakwa Pilihanraya yang diadakan di Malaysia ini tidak telus hingga membenarkan kerajaan yang memerintah gagal memperolehi 2/3 kerusi. Lantaran tidak telus ini, BN sebagai parti pemerintah juga telah kalah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Sebenarnya pembangkang sudah bankrap idea. Mereka juga gagal menyediakan alternatif kepada permasalahan ekonomi. Jika mereka benar-benar ingin menjadi juara rakyat, mereka tidak perlu adakan demostrasi jalanan seperti ini.

Ekonomi Thailand lumpuh kerana demonstrasi jalanan. Sekarang, pembangkang di Malaysia cuba meniru kejayaan pembangkang Thailand tanpa memikirkan kesan kepada ekonomi Malaysia. Gerakan pembangkang ini selari dengan cara 'Economy Hitman' bekerja.

Sementara mereka bersorak kononnya berjaya membawa Malaysia kepada amalan demokrasi yang sebenar, pembangkang menjadi alat kepada kuasa besar untuk mencari alasan campurtangan dalam urusan ekonomi negara.

Pada tahun 1997, Anwar adalah orang yang sangat ghairah mendesak Malaysia menerima dana kewangan IMF. Jika IMF masuk, maka Malaysia akan kehilangan kemerdekaan ekonomi lagi. Ini yang sudah berlaku kepada Greek.

Bagi Anwar, dia hanya inginkan kuasa. Jika IMF atau Amerika boleh nobatkan dia sebagai PM Malaysia, dia akan sokong walaupun ini bererti bermula penjajahan kedua buat Malaysia. Jika Amerika adalah syaitan, Anwar adalah Doctor Faust yang sanggup menjual jiwanya demi kuasa.

Perhimpunan semacam ini boleh menyebabkan trafik jam yang teruk, orang ramai akan menjauhi tempat demostrasi diadakan. Penjaja kecil akan menanggung akibat kerana  perniagaan mereka terganggu. Jika ingin mengadakan demostrasi, lakukan ditempat yang tidak melibatkan 'collateral damage'. Penjaja kecil juga ada haknya untuk hidup aman damai.

Puak 'hooligan' sudah menguasai PAS. Bersama dengan bekas salah guna kuasa, Anwar bin Ibrahim yang memang suka melihat ekonomi Malaysia runtuh supaya kerajaan dipersalahkan, mereka akan mengkudakan orang Melayu berarak melakukan kebodohan. Sementara penyokong DAP hanya akan menikmati faedahnya.

Dan ini hasil kerja parti yang mendakwa memperjuangkan rakyat. 'PENGOTOR' yang ingin mem'BERSIH'kan Malaysia.


Thursday, June 9, 2011

Y.B = Yang Bingai.

Datuk Rocky's memanggil antara salah seorang mereka Yang Bingai, sebagai singkatan dari Y.B. Mereka Yang Bingai datangnya dari DAP. Sivanesan membuat kenyataan bahawa biasiswa 1MDM sebagai gimik politik.

Sivanesan, ADUN Sungkai menyatakan bahawa biasiswa berkenaan merupakan taktik kerajaan BN untuk memancing undi. 1MDM mengumumkan akan memberi biasiswa kepada sebanyak 500 pelajar lagi kepada mereka yang gagal mendapat biasiswa walaupun mendapat 8A.

Usaha kerajaan yang ingin membantu pelajar yang layak ini diperolok-olokkan oleh wakil rakyat pembangkang. Sepatutnya kita mengalu-alukan usaha baik dari semua pihak. Jika DAP, atau PR berbuat kebaikan seperti ini ianya wajar dipuji.

500 pelajar berkenaan akan mendapat biasiswa tanpa mengira latarbelakang politik mereka, atau keluarga mereka. Sivanesan tidak boleh melakukan kebaikan itu, malah menyokong pun tidak. Lebih teruk lagi, bersyukur kepada Tuhan pun tidak. 

Seorang lagi Yang Bingai adalah Hannah Yeoh. Berkahwin dengan seorang India, YB ADUN Subang Jaya ini ingin daftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia. Malu meletak anaknya keturunan India, kerana keturunan mengikut bapa, Yang Bingai ini meroyan nak letak anaknya bangsa Malaysia.

Baca juga komen YB Datuk Zulkifli Nordin dalam posting Cindia.  Husin Lempoyang turut menyindir dalam posting Bangsa Anak Hannah dan Bangsa Anak Hannah II.

Kita sangkakan Jeff Ooi saja Yang Bingai apabila kantoi program DAP dengan Paderi Kristian, rupanya species Yang Bingai ini banyak dalam DAP. Wakil-wakil rakyat DAP akan gunakan apa saja untuk kepentingan politik mereka.

Biasiswa. Hasut sensitiviti kaum. Hasut sensitiviti agama. Anak. Isteri. Perempuan simpanan. Mummy Foo, oppss.

Dan inilah parti yang berjaya merubah pendirian PAS dari bermatlamat negara Islam kepada negara kebajikan.

TAKE BEER! TAKE BEER!

Monday, June 6, 2011

PAS Perlu Tukar Nama Parti.

Sayugia harus diingat, PAS sebenarnya bernama Persatuan Ulama SeMalaya. Kemudian mereka mengubahnya menjadi Persatuan Islam SeMalaya. Jadi sayugia harus juga diingat, kepimpinan ulama merupakan trademark kepada penubuhan PAS.

PAS merupakan parti serpihan UMNO. A renegade. Ini hakikat walau bagaimana ahli parti PAS cuba menafikannya. Dan dalam temuramah dengan pemberita, Mat Sabu yang menang dan mengalahkan dua ulama sebagai Timbalan Presiden menyatakan PAS tidak seperti  UMNO yang menurutnya hanya meletak ulama dalam satu Biro saja.

Pemilihan terkini menampakkan PAS cuba menjadi UMNO. Apalagi sudah lama bergema slogan 'PAS ganti UMNO'. Mungkin dalam usaha untuk mengganti UMNO, PAS perlu menukarkan kepimpinan ulama yang selama ini trademark kepada parti yang mendakwa mereka membawa wadah perjuangan Islam.

Dewan Muslimat PAS juga mengecam golongan ulama yang pasif dan tidak setanding dengan strategist UMNO. Dan ada yang menafsirkan keputusan muktamar PAS ini adalah mimpi ngeri kepada UMNO - kerana kononnya PAS sudah berubah, lebih strategik dan 'sedikit sekular'. 

PAS sebenarnya mempunyai peminatnya sendiri. Sejak tertubuh PAS, selain mungkin pengasas PAS yang menggunakan agama untuk mencabar UMNO yang mereka tuduh tidak Islamik, PAS mendapat sokongan grassroot yang benar-benar percaya mereka parti membawa panji-panji Islam.

Tidak kecewa mereka apabila PAS dibina oleh 'ulama', yang membawa perjuangan 'ulama' dan memperjuangkan Islam untuk menentang UMNO tiba-tiba dikuasai oleh golongan bukan 'ulama'. Saya enggan menggunakan perkataan professional kerana Nizar sebagai Ir adalah professional by nature tewas kepada Mahfuz Omar.

Dan tokoh yang mengalahkan dua 'ulama' sebagai Timbalan Presiden bukan professional - hanya pelajar yang tercicir dari ITM. Mat Sabu hanya orator, tukang karut dan pelawak. Imejnya tercalar apabila berkhalwat dengan isteri orang beberapa tahun yang lalu. Jika perwakilan PAS boleh menerima manusia sebegini sebagai Timbalan Presiden, ini bererti perwakilan PAS tidak boleh mengecam masalah moral pemimpin UMNO.

Mereka juga menerima pemimpin yang tidak bermoral. Jika apa-apa berlaku kepada Haji Hadi, Mat Sabu akan jadi pemangku dan mungkin Presiden PAS. Bayangkan parti yang mengaku Islam mempunyai pemimpin yang pernah berkhalwat dengan isteri orang!

PAS makin resah apabila mereka makin kehilangan undi pengundi Melayu yang non partisan. Mereka makin hilang punca. Kecaman Muslimat PAS terhadap kepimpinan ulama sebagai contoh. Mungkin ada yang menyifatkan kepimpinan ulama yang terlalu 'Taliban' akan menjauhkan golongan liberal. Maka ulama perlu dikorbankan.

Ada yang menyifatkan dengan terpilih golongan 'professional' ini akan merapatkan golongan professional kepada PAS. Mungkin.

Namun apa yang pasti, PAS semakin hilang arah. Dalam usaha untuk mendapat memenangi semula undi orang Melayu, mereka lebih rapat dengan DAP yang menentang apa-apa yang menguntungkan Melayu. Malah mereka mampu melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita - menggugurkan negara Islam sebagai priority PAS!

Ini adalah seperti zaman akhir Keshogunan Tokugawa apabila samurai tidak mempunyai tuan mengadai pedang mereka untuk mencari sesuap nasi, sedang pedang adalah jiwa raga samurai.

Menggugurkan negara Islam yang mana trademark PAS selama ini membuatkan PAS perlu menukarkan parti itu. Jika PAS menggugurkan negara Islam kononnya kerana tidak sesuai buat sementara waktu, apa beza PAS dengan UMNO? 

Bezanya UMNO adalah parti yang menyatukan orang Melayu/Islam. PAS memecahkan Melayu/Islam apabila keluar dari UMNO. Lebih buruk lagi apabila PAS sendiri tidak walk the talk dan cuba meniru UMNO. 

Hasil dari pencaturan aneh PAS ini merugikan orang Melayu. Melayu tidak solid, dan baik UMNO mahupun PAS terpaksa sedikit sebanyak tunduk kepada tekanan bukan Melayu. UMNO dalam hal dasar seperti biasiswa namun PAS tunduk dalam hal lebih mendasar seperti menukar Negara Islam kepada negara kebajikan.

UMNO tidak mendakwa polisi mereka 'written in stone', namun PAS mendakwa 'itu dan ini' ada dalam Quran. Sekarang negara Islam tak ada dalam Quran. Adakah kita masih mahu percayakan parti yang akan mengubah apa saja - termasuk Islam - demi untuk mendapat kuasa.

Saya tidak kisah PAS ingin mencabar UMNO. Saya tidak kisah jika PAS boleh ganti UMNO. Ini negara demokrasi. Parti dan pemimpin datang dan pergi. Saya cuma tidak senang dengan PAS mempergunakan agama memperbodohkan orang Melayu.

Teruskan PAS cuma kamu perlu tukar namamu kepada Parti Khawarij yang mana khawarij bererti 'yang menarik diri'. PAS menarik diri dan lari dalam perjuangan ketika dalam UMNO.







Friday, June 3, 2011

Husam: Menuju Puncak?

Retro(gambar hitam/putih)- Husam dan Kickdefella semasa bahgia mereka(atau masih?)

Menarik juga mengikuti beberapa perkembangan politik PAS sejak akhir-akhir ini, terutama berkaitan dengan Husam Musa. Beliau yang pernah di uar-uarkan mempunyai masa depan yang cerah dalam PAS telah ditewaskan oleh tokoh yang lebih low profile iaitu Nasharudin Mat Isa dalam pemilihan Muktamar PAS yang lalu.

Husam tersendiri dari segi imej, juga mungkin pemikiran. Beliau lebih berimejkan korporat, agak 'keduniaan'. Blogger Outsyed the Box menggambarkan 'first impression'nya apabila bertemu Husam secara 'in person' seperti dibawah ini:

"My impression of Husam is that he is NOT a 'religious' type at all. He was dressed extremely smartly, wearing one of those razor thin very expensive watches on his wrist. Even the overnite bag that he had was really exclusive. The brother was obviously the 'Mas Golden Lounge' type of person. Not your regular 'head in a Band Aid' fellow.'

Baca ulasan beliau tentang Muktamar PAS dan Husam disini.

Kontoversi yang menarik sedang berlegar disekitar calon Naib Presiden PAS ini adalah hubungannya dengan blogger Kickdefella. Kickdefella merupakan seorang yang pernah diupah oleh Husam dan PAS sebagai cybertrooper mereka dalam usaha menjatuhkan Tun Abdullah. Kickdefella telah berpaling tadah kerana berselisih pendapat dengan menantu Nik Aziz.

Sekarang, heboh Kickdefella dikatakan menerima wang sebanyak 300 ribu dari Husam - bekas majikannya. Nampak gayanya Husam menjalankan modus operandi dalam PAS dengan gaya 'hooligan', tidak menepati citarasa ulama. Beliau juga pernah membuat kenyataan, untuk menawan Putrajaya, PR memerlukan 200 juta. 

Muktamar PAS kali ini akan menyaksikan samada PAS boleh menerima pemimpin politik seperti Husam. Dan gaya politik Husam adalah gaya Anwar ketika dalam UMNO - membeli undi di sana sini hingga Sabah berpaling tadah dari menyokong Tun Ghapar.

Big Dog Com  menerangkan bagaimana modes operandi Husam bergerak, bagaimana beliau 'accumulated war chest'nya dan bagaimana 'leftenan-leftenan'nya dalam PAS yang menggerakkan jentera dan duit dalam empayar Husam. Beliau benar-banar copycat Anwar ketika dalam UMNO!

Sebagai 'golden boy' Nik Aziz, Husam dilihat sebagai pengganti Nik Aziz, namun beliau lebih popular diluar Kelantan dari dalam Kelantan sendiri. Musuhnya lebih banyak di Kelantan, walaupun ironinya, beliau bertanding kerusi Naib seperti katanya: "untuk menjadi wakil kepada PAS Kelantan'.

Aneh juga sebuah parti yang berjuang atas nama Islam, menolak bangsa namun masih mempunyai semangat kenegerian. Mungkin berbeza Islam seorang PAS Kelantan dengan Islam seorang PAS Kedah. Mungkin sebagai orang PAS dari Kelantan, beliau mempunyau 'daulah' yang lebih. Daulah yang ertinya 'right to rule'. 

Sama-sama kita saksikan samada Husam diterima atau tidak oleh akar umbi PAS dalam Muktamar PAS ke 57.

Fasten your seatbelt.




Wednesday, June 1, 2011

Biasiswa, Rumah Kos Rendah dan Saham Felcra.

Ada persamaan terhadap ketiga-tiga perkara di atas. Sesuatu perlu dilakukan jika tidak sampai bila masalah di atas tidak akan selesai.

Biasiswa agak berbeza kerana biasiswa menghadapi tekanan dari kaum bukan bumi yang sentiasa menuntut, dan menuntut penambahan kuota biasiswa bagi kaum mereka. Bagi kaum bumi, pengagihan biasiswa itu perlu dilaksanakan menepati sasaran affirmative action.

Masalah rumah kos rendah pula, masalah tidak akan selesai selagi golongan tidak sesuai memohon dan tidak layak memohon tetap mendapat 'kemudahan' itu. Lebih teruk apabila mereka tidak berniat untuk mendudukinya, tetapi menjadikan sebagai punca menjana ekonomi dengan menjadikan rumah berkenaan passive income dengan menyewakannya.

Rumah kos rendah dibina untuk membolehkan golongan yang benar-benar tidak mampu memiliki rumah, bukan untuk menyediakan rumah sebagai ganjaran kerana menyokong sesebuah parti, atau lebih teruk, menyokong seseorang dalam parti. Ini akan menjadikan tujuan asal pembinaan rumah kos rendah ini tersasar dari tujuan asalnya.

Sesetengah rumah kos rendah, renovation garage dan kereta empunya rumah lebih mahal dari rumah itu sendiri, Mana logiknya?

Saya ulangi, rumah kos rendah bukan bertujuan komersial tetapi tanggungjawap sosial.

Begitu juga dengan pengagihan saham felcra. Saya dapati dimana-mana pengaguhan saham felcra ini kebanyakkannya juga tidak menepati sasaran. Sesetengah peserta yang dianugerahkan saham adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Masih ada golongan ini mendapat saham felcra kerana servis yang baik kepada parti atau seseorang dalam parti.

It defeats the purpose to uplift low income group's economy.

Mengenai biasiswa, affirmative action bertujuan mengurangi jurang antara golongan yang tak mampu dengan  yang mampu. Jika diambil faktor banyak A saja, sudah tentu murid dari bandar dan datang dari golongan berada lebih ramai. Jadi ada faktor lain yang perlu diambil kira.

Ketika Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, ramai bahkan anak golongan mampu turut mendapat biasiswa. Seorang anak golongan mampu mendapat, bererti seorang anak golongan tidak mampu dinafikan haknya. Begitu juga perihal rumah kos rendah. Seorang yang mampu memiliki rumah biasa mendapat, seorang golongan yang tidak mampu dinafikan haknya.

Dan asas ekonomi adalah, duit sentiasa tidak mencukupi dan bukan 'unlimited'. Sekarang Malaysia sudah tidak mampu kerana ekonominya. Namun kita masih mahu 'berbelanja' seperti sebelum ini.

Di Greek, kerajaan sendiri yang berbelanja hingga ekonomi mereka lumpuh. Di Ireland dan Spain, syarikat-syarikat dan korporat berbelanja sakan ketika ekonomi mereka sedang pesat. Greek sudah comfirm bangkrupt. Ireland dan Spain bakal menyusul kerana tidak prudence dalam berbelanja.

Kerajaan Malaysia perlu lebih terperinci dan prudence dalam memilih calon untuk dianugerahkan biasiswa. Anak-anak tan sri, datuk seri, datuk dan sebagainya tidak boleh dibenarkan mendapatnya. Mereka mampu membeli cerut berharga beratus sebatang, dan tidak mampu membiayai pembelajaran anak mereka?

Ingat, seorang anak tan sri mendapat, seorang anak petani dinafikan haknya.

Kabinet akan bermesyuarat tentang tuntutan MCA berkenaan biasiswa. Perlembagaan jelas dalam artikel 153 mengatakan bahawa biasiswa, lesen dan kuota adalah hak istimewa orang Melayu. Kerajaan setuju tunduk memberi ration 55:45 iaitu 45 kepada bukan bumiputera.

Melayu dipaksa menerima 'mereka' sebagai warganegara dengan persetujuan ini. Sekarang keturunan mereka menafikan ianya wujud dan minta sama taraf yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kerajaan sudah tidak boleh tunduk lagi. Sebagai bumiputera, 55 dari 100 hanya mendahului 10 sahaja. Nisbahkan kepada bilangan bumiputera. 

Wajar?

Kerajaan hanya perlu lebih prudence dalam memilih golongan yang sepatutnya layak mendapat kelebihan affirmative action ini. Jika tidak, kita akan jadi seperti nasib Sisyphus dalam Mitos Sisyphus.