Saya mendiamkan diri beberapa hari, memerhati dan mecerna pandangan sahabat-sahabat nasib PM dan masa depan BN. Menarik, kerana pada peringkat awal, DS Najib masih nampak dalam 'commanding position.' Selepas perlantikan kabinet, saya mula nampak posisinya agak lemah dalam UMNO jika tidak merundum.
BN tidak kalah. UMNO jauh sekali. Ini kerana UMNO sebagai parti telah mengatasi mana-mana parti. UMNO menang 88 kerusi, terlalu majority jika kita tidak bandingkan secara PR dan BN.(Perlu diingati, PR bukan sebuah entiti yang didaftarkan seperti BN).
Sebaik keputusan diterima, kedua-dua pihak terkejut. PR terkejut kerana mereka terlalu yakin mereka boleh menang. BN terkejut kerana gagal mencapai majoriti dua pertiga. Kita lupakan PR seketika dengan 'stunt' Blackout dan '40 ribu bangla'nya. Kita fokus pada BN.
BN terkejut kerana mereka gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sejak dari awal sebelum PRU, saya secara peribadi berpendapat, dua pertiga ini merupakan 'relic' masa silam. Kerajaan - mana-mana kerajaan - perlu belajar hidup tanpa 2/3.
Harapan penyokong BN yang menggunung ini asalnya untuk memberi semangat, boost moral mereka, akhirnya menjadi 'holy grail' kepada mereka. Mereka terlalu yakin, terutama penasihat PM dan sesetengah blogger pro BN.
Bagi blogger pula, kejayaan mereka menduduki ranking Alexa dianggap sebagai 'berpengaruh'. PM menganggap beliau popular dengan pemberian bermacam-macam dan aksi bermacam-macam dalam menarik usaha kaum Cina termasuk memalu gendang tarian Singa.
Baik blogger pro-BN dan penasihat, malah PM sendiri dapat lihat 'pengaruh' itu gagal diterjemahkan sebagai 'undi'. Tidak ada dua pertiga dan kita kembali ke era 2008. Malah BN hilang tujuh kerusi.
Melalui pemerhatian saya, pemimpin yang naik dengan populariti sahaja tidak akan kekal. Lambat laun, emas yang disepuh dengan loyang akan luntur juga. Pegundi dan penyokong(yang berfikir) memerlukan kestabilan kerajaan sebagai pemudahcara(kurang karenah birokrasi), keselamatan, pembangunan yang menjana ekonomi, memberi peluang pekerjaan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Pembentukan kabinet BN mempunyai kelemahan. Ini melunturkan sedikit semangat penyokong yang sudah nampak masalah bakal dihadapi oleh BN. Wanita sepatutnya di hadiahkan menteri penuh, kerana mereka yang banyak menyumbang undi dan tulang belakang UMNO selama ini.
Sementara di Selangor, Hannah Yeoh telah dilantik sebagai Speaker pertama wanita, BN bagaikan membelakangkan Wanita. Sebaliknya, Ketua Pemuda yang gagal menambahkan pendaftaran memilih telah di lantik sebagai Menteri. PM melantik menterinya berdasarkan populariti.
Tun Mahathir tidak popular pada peringkat awal beliau menjadi PM. Beliau memulakan projek mega yang telah dituduh oleh pembangkang sebagai pembaziran. Beliau tidak berundur dan menukar polisinya demi meraih populariti.
Beliau meneruskan PLUS Highway, Jambatan Pulau Pinang, Proton, KLCC, KLIA dan sebagainya. Tidak seperti nasibnya PPSMI yang ditarik semula kerana meraih sekadar populariti, kita telah memperjudikan masa depan anak bangsa kerana politik.
Terkini, setelah Tun Daim bersuara dengan tanpa berselindung membelasah penasihat PM, saya sudah terdengar suara blogger pro BN yang membela dan malah menghentam Tun Daim. Ini masalah UMNO. Mereka tidak boleh berbincang 'agree to disagree' secara sihat.
Jika penasihat PM mula 'retaliate' terhadap pandangan Tun Daim, dan pandangan beberapa blogger pro BN yang tidak mengamalkan budaya bodek, saya sudah nampak nasib PM. Beliau makin berundur dan berundur ke dalam gua dan akan mula bermusuh dengan banyak pihak, persis seperti Tun Abdullah selepas PRU ke 12.
5 comments:
Sebagai pengundi umno pada pru 13 lepas,sok-sek yg kedengaran sedikit sebanyak ,cuak juga.Manakan tidak,berkobar -kobar hati mahukan Bn khususnya Umno dapat memerintah Kelantan.Terkesima juga bila melihat keputusan pru 13.
Kalau Bn menang,tak banyak yg kami mahukan .Yang terutama adalah rumah mampu milik yg rata -rata golongan berumur tidak mampu untuk membelinya....Yg kedua pula adalah tentang masaalah air.......Apa-apapun tulah yg berlaku.Diharap moga-moga pru 14 nanti Bn berjaya merampas Kelantan.
Saya juga agak kecewa dengan keputusan PRU 13. Bertambah kecewa lagi bilamana barisan Kabinet Malaysia pasca PRU13 diumumkan hampir sebulan yang lepas.
Sebagai pengundi, saya telah mengundi BN di DUN & Parlimen di tempat saya, dua2 kalah, kerana faktor pengundi Cina. Saya mengundi BN kerana pada saya BN adalah the lesser evil.
I was hoping BN will bring Malaysia forward, but the Cabinet lineup does not invoke that confidence in me, except in several ministry. KJ appointment was disappointing.
Another thing, I am a Johorean. Kalau melihat apa yang diperkatakan oleh blogger proBN Johor, Khaled Nordin bukanlah pemimpin yang boleh meneraju political landscape Johor yang unik dan penuh ranjau cabaran dalam berdepan dengan asakan DAP & PAS. (PKR di Johor x berapa ketara kelibat mereka). DAP di kawasan bandar/Cina, dan PAS di kawasan kampung/Felda.
Fuhh...interesting times ahead indeed.
Umno patut memilih ketua baru. najib telalu lama dalam kerajaan.
Berikan peluang untuk Najib mentadbir negara, dalam masa 4 tahun Najib menjawab jawatan PM macam2 perubahan dia dah buat dah berjaya laksanakan.susah nak hapuskan keseluruhan dosa pak lah pada rakyat malaysia tapi najib sedang berusaha.berikan kepercayaan dan yakinlah pada beliau.patutnya kita semua berikan sokongan yang padu pada beliau.bukan kita semua pakat tikam dia pulak.
Apa yg saya kurang suka dgn Najib..
.. terlalu gentleman. Tak sesuai meneraju BN bila Oppo leaders jenis yg combative. Orang Melayu suka leader macam Tun M yg vocal dan berani
.. Rosmah factor. I know this is not easy to handle but Najib must do something. Cannot buat-buat tak tahu.
.. terlalu melayan Cina sampai Melayu rasa terpinggir. Stop it. They will not support you in PRU14. So just leave them alone.
Post a Comment