Followers

Saturday, June 1, 2013

Bagi Saya Sehari Sebagai PM.

Bukan susah jadi PM. Jika ada masalah kita selesaikan. Ada isu, kita tutup. Tak tahu, tanya punahsihat

Macam mana menutup mulut pembangkang? Macam ini.

Masalah 1

Beraraklah pembangkang membantah PPSMI dengan dikepalai oleh seorang Sasterawan Negara bagi mendaulatkan kedudukan Bahasa Melayu. Apa PM dan kabinet perlu buat?


Jawapannya: hapuskan PPSMI.

Masalah 2.

Beraraklah puak-puak riot, pencetus huru hara, penjenayah, pengganas mendesak ISA dihapuskan sebab menyalahi 'hak asasi'. Apa tindakan?


Jawapannya: 
Tidak perlu dinilai(review) semula. Hapuskan terus ISA.


Masalah 3

Kaum Cina desak quota Bumiputra dikurangkan, beri 'keadilan' kepada mereka. Apa tindakan?


Jawapannya:

Hapuskan Kementerian Pembangunan dan Keusahawanan kerana kementerian ini hanya jaga Melayu, rasis. Liberalisasikan 27 sektor dan buka kepada bukan Melayu. Kurangkan quota biasiswa kepada 55% sahaja. Beri kaum lain 45%.


Masalah 4

Mahasiswa minta untuk menyertai politik dan tidak perlu belajar sangat sebab malas dan boring. Desak kerajaan benarkan mereka berpolitik. Tindakan?


Pinda AUKU, benarkan budak-budak berpolitik 24/7. Politik diutamakan.


Masalah 5.

Kaum Cina tidak setuju Tanda Putera ditayangkan kerana berbau perkauman. 13 Mei tidak sepatutnya dicatatkan dalam sejarah Malaysia. Tindakan?



Jawapan:

Tunda penayangan Tanda Putera. Edit mana-mana babak yang 'sensitif'. Jangan peduli sangat fakta sejarah.


Masalah 5

AES mendapat bantahan dari pembangkang sebab kononnya di beri kepada kroni. Apa tindakan?



Jawapan:

Tunda AES hingga tempoh yang tidak dapat ditentukan(tunggu dapat 2/3 kot).


Babak dalam bilik Mesyuarar(War Room).


Punahsihat 1: Bos, tindakan boss bagus, sekarang pembangkang sudah tak de isu. Pembangkang buat isu saja, bos dah bertindak. Bagus boss.


Punahsihat 2 : Betul boss. Populariti boss sudah meningkat. Kami meramal undi kaum Cina akan naik mendadak sebanyak 35% boss.

Punahsihat 3:   Sekarang kerusi Parlimen dalam tangan dah ada 157, jika dapat 200 kerusi, bonus boss.

Penasihat    :    Tapi boss tindakkan bos ini banyak juga melukakan hati penyokong kita. Bukan semua setuju dengan pembangkang. Kehendak pembangkang bukan kehendak rakyat boss. Banyak majoriti senyap yang tak mahu mansuh ISA, tunda AES, hapuskan AUKU boss.

Punahsihat 1 : Kau apa tau? Ini politik Baru. Zaman Pemuda terpekik terlolong mendesak sudah berakhir tau. Ini UMNO alaf baru.

Punahsihat 2:  Bos, pecat Penasihat boss. Dia beri laporan salah. Dia kolot. Pessimist, Kroni Tun Bersara.





Selepas PRU



Monolog: Ngapa aku tidak menang banyak? Aku sudah ikut semua kehendak pembangkang. Bukankah kehendak pembangkang itu kehendak rakyat?



End


Posting ini bagi menjawap komen anon dalam blog Outsyed The Box. Jika pemimpin ikut semua kehendak pengikut, dia bukan pemimpin, dia cuma ketua. Dengan izin bro, saya publish semula komen itu di bawah ini:




Anonymous said...
Orang melayu juga lah yang mahu ppsmi ditarik balik.
Dulu orang melayu juga lah mahu sekolah aliran Inggeris di hapuskan.
Orang Melayulah juga menjadikannya sekolah kebangsaan seperti sekolah agama hingga membuat cina menjauhi dan sekolah cina makin berkembang.
Orang melayulah suka mengasingkan diri dari kaum kaum lain atas alasan agama .
Orang kata Melayu korup kita kata salah orang yang memberi...
.....etc ...etc....
Sekarang orang Melayu ketinggalan dalam serba serbi ....
Sekarang kita salahkan PM bila kita hampir kalah.....
Friday, May 31, 2013 2:21:00 PM













9 comments:

Anonymous said...

Terbaik!

Anonymous said...

Pilihlah saya sebagai PM anda.

Saya akan bertindak betul tidak bertindak populist. Janji

Polisi mahmudah pertama saya ialah - Penuhilah masjid dan surau pada waktu subuh dan maghrib. Janji

Polisi mahmudah kedua saya - Membanteras kemiskinan dan kepapaan - Belanjakanlah duit zakat sepenuhnya menepati hukum seketat2nya. Janji

Pilihlah daku jadi PM mu !

Anonymous said...

Memang Terbaik lah bro!

Unknown said...

If i am PM now for kerajaan atas angin

1) Since i didnt do so well in GE13 vis a vis DAP encroachment with all the consultancy i have got, i ll form a cabinet where some would definitley be slaughtered in the new format of PAU. Some would remain to continue. Senators.

2) Keep mum's and dont go aggresive with the PR. Bring in DYMM YDP Agong to call for peace.

3) Keep mum's and let the cabinet ministers show what they are made up of, Khairi has spoken, so does Zahid, Muhyidin also, Adnan Mansor, the rest also to test water? , if they want to survive the PAU, they are own their own.

4) Continue current reconciliation programme and include the lab for One BN - divert the anger of UMNO members to something i can control (can immediately close off the lab when needed). Divert the attention of the DAP to the same too. They will prepare tons of papers and lock in The Star resources. Give some hope to Gerakan and MCA to work out One BN and perhaps get new members. A good addition but not a critical prerogative,

5) At the end of the day, i must remain standing.

Allayarham P.Ramlee could make a good satire out of the GE13 script. Al fatihah untuk allayarham

Anonymous said...

ha...ha...ha...saudara stb anda dah berubah. selepas PRU13 hari tu saya nampak saudara masih kesian dengan najib tapi lepas cabinet diumumkan saudara berubah hati.

bravo!

kita sayang agama, bangsa dan negara melebihi sebarang pemimpin. terlaluingin menjadi popular akan memakan diri sendiri. sebagai pemimpin buatlah perkara yg betul untk negara walaupun mula2 anda dikecam, tapi akhirnya anda akan dihargai. peranan ini hanya boleh dilakukan kiranya anda ikhlas dan jujur.

Anonymous said...

Bro,

Biar saya sambung bicara sikit.

Sehari Sebagai Presiden Parti UMNO

Presiden : Ada orang nak calonkan Muhyudin lawan saya di PAU ke?

Punahsihat 1: Betul boss. Tapi jgn risau boss. Populariti boss sudah meningkat. Kami meramal undi kaum Cina akan naik mendadak sebanyak 35% boss.

Presiden : Siapa lagi akan dicalonkan lawan saya?

Punasihat 2 : Kami dengar Ali Rustam bakal dicalonkan juga. Mungkin Bashah, Mukriz dan Azeez Rahim dari Kedah, Zambry dan Pak Man Tello dari Perak, Zin Badak dan Noh Omar dari Selangor, Dr Novandri dan Reezal Merican dari Penang, Shahrir Samad, Ghani Othman dari Johor, Tri Buana, Wan Adnan, Mat Kilau dari Pahang, Idris Jusoh, Mat Said, Hamdan dari Terengganu, seekor kelawar dari Gua Musang, seekor anak punai dari Perlis dan juga seekor pipit dari Sabah akan dicalonkan utk lawan Boss di PAU.

Presiden : Woi! Ramainya. Kenapa begitu ramai sekali? Mereka semua yakin boleh kalahkan saya ke?

Punasihat 1 : Kami dengar begitu lah Boss.

Presiden : Siapa yg frontrunner boleh tewaskan saya?

Punaishat 2 : Mengikut 'con'sultan yang kita baru beres bayarannya RM15 Juta (untuk nasihat pakai baju cheongsam yg bodoh itu) dia kata frontrunner sekarang yg boleh tewaskan Boss adalah kelawar dari Gua Musang.

Presiden : Apa? Kelawar akan kalahkan saya dalam pilihan parti?

Punasihat 1 : Bukan kelawar biasa Boss. Batman.

Presiden : Apa saya patut buat?

Punasihat 2 : Jangan risau Boss. Kami dah agak senario itu. Kami ada 'game plan'.

Presiden : Apa dia? Jangan buat saya suspense.

Punasihat 2 : Kami akan panggil GRO.

Presdien : Are you alright? Ini punasihat jenis apa ini? Nak bawa GRO pula.

Punasihat 2 : GRO maksudnya "Great Rosmah Mansor" Boss. Rosmah akan menyelamatkan keadaan kita.

Presiden : ?? Please explain.

Punasihat : GRO akan bawa Kunci Laci Rahsia.

Presiden : Kunci Laci Rahsia yg mana satu?

Punasihat 2 : "Laci Rahsia" di mana dia simpan telor Boss dengan baik2. Boss dah lupa ke? Peristiwa itu berlaku pada tahun 1996.

Presiden : Err...tak payah ingatkan saya pasal itu lagi lah. Anyway saya setuju. Tindakan yg bagus. Panggil the GRO. Sekarang kelawar dan pipit akan penyek - kena kat Rosmah.

Selepas PAU :

Bekas Presiden : Itu pokok apa itu?

Punasihat 15 : Itulah pokok nyior.

Presiden : Siapa tanam pokok nyior ini semua? Banyak sekali.

Punasihat 15 : Boss inilah "Pulau Nyior Rahsia". Kita dalam buangan. Siapa pun tak tahu akan kewujudan pulau ini. Pulau ini tempat buangan bekas presiden yang hilang "Kunci Laci Rahsia". Ahli parti tak mahu melihat Presiden yang sudah hilang "Kunci Laci Rahsia".

Presiden : Ya Allah.."Kunci Laci Rahsia" itu hilang.

Penasihat 15 : Sebenarnya bukan hilang Boss. GRO tak kasi.

Presiden : Woi! Apa tu? Tepi laut tu. Macam ikan paus tersadai lah.

Punasihat 15 : Itu bukan ikan paus Boss. Itulah GRO. Dia tengah sunbathing.

Tamat.

sri tribuana said...

Anon 3:00,

you really light up my day, I m literally ROTF.

Anonymous said...

ada penambahan:

Presiden : apa kita nak buat ni, dengr kata mahiyuddin nak langgar aku ni.

punahsihat: boss, nampak org melayu dah bangkit. semua tak puas ati sebab boss banyak bagi muka kat kaum cina je.

Presiden: dah kata politik baru...kita nak buat mcm mana ni punahsihat, kalau org melayu dah tak suka kat saya ni.

punahsihat: saya ada satu cadangan. sebab boss lebih disayangi oleh kaum cina dan india, apa kata kita gabungkan BN jadi satu parti. jadi boss boleh dapat undi dari semua kaum. kan boss PM untk semua kaum.

Presiden: eh geliga betul la otak kau omar ong. tak sia-sia aku letak kau jadi punahsihat aku. ok war-war kan cepat2. mesti macai2 dari gerakan dan mca suka, ramai yg dah harap dapat jadi menteri ni.

punahsihat: ok boss nanti aku suroh ketua macai kita , ku nan buat statement, pengmpu no 1 nazri akan sambut. kita gunakan the Star dan macai2 dlm NST sebarkan benda ni. katakan idea ni baik.

Presiden: ok set, chantik!!!!(sambil tersenyum manja pada kak Ros).

Anonymous said...

Saya sangat percaya PM seder dan sangat faham apa yang sedang berlaku diseluruh negara.PM menerima menerima pesak kuasa yang sangat buruk sebaik sahaja menjadi kepala.

PM maklum BN tak dapat 2/3 kerusi,tapi terpaksa buat gagah dan perkasa,supayu jentera BN tambah yakin dan kuat kerja kuat.,,Lihat PM merayap seluruh negara,apa tujuanya?,,tapi sayang jentera BN buat alpa,,,,masih bercakaran dan bersengkita,,,apa terjadi di Selangor dan Teranganu?
Buka mata dan minda pasti dapat jawapanya.....

MCA dah bagi klu dan kata kunci pada Melayu dan Bumiputra,tak mahu masuk kebinit dan memegeng apa2 jawatan jika mereka kalah teruk pada PRU 13.....diikuti kerja sambil lewa,,,,main kenyet mata sama geng dia,,,,,penuh pura pura...PM tahu,,,,dan sangat tahu...NATIJAHYA dah nyat ...tertubuhnya kabinit Melayu dan Bumiputra....macam lepas 13 Mei....Ada yang cadang tubuh party
BN,,,,macam party Negara,,,wayang Cina,,,nak tipu lagi,,,.Saya harap Melayu dan Bumiputra jangan kelabu mata dengan tarian naga dan singa,,,kelak kaum Cing Peng yang berkuasa,,,,jadi jadilah makan masakkan tiga rasa,,,,.

Mengapa DAP melalak sangat sekarang,, ?....ingat bagaimana
GERAKAN melalak selepas berkuasa diPulau Pinang dulu,,akhirny jadi kerabat BN.....itulah yang DAP mahu sekarang,,,ah kuntau Cina,,,,,,,Jauhkan Allah hendaknya,,,,

Ubatnya senang saja,,,,,,bersatu Melayu ,Bumiputra ,,,,,menikuslah mereka.....tapi susah sekarang...sebab Wali seliper masih ada,busuk muka kita di ludah puak puak dia,,,,

Sekarang kita perentah negara kita ikut citarasa Melayu dan Bumiputra,,,,peduli apa dengan cacimaki puak puak yang melanggar
konterak sosial yang kita sepakati sebelum merdeka....kata orang tua,,,buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali...,

Ayuh Najib,,,,kuasa sudah ditangan,seluruh Melayu dan Bumiputra bersama mu.....mereka telah zahirkan pada PRU 13,,,,.Aku harap kau tegap perkasa ,langkah Melayu yang beradab penuh tertib dan bijakbistari......tunikan janji mu kapada anak anak pusakbumi Sabah dan Sarawak,,,segerakan...Aku percaya kau leluhor Srivijaya,,,boleh melakukannya.....

aku melayu tak mudah lupa..