Followers

Monday, December 31, 2012

In Time

Pada tahun 2011, saya menonton sebuah filem bertajuk 'In Time' lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried. 

Seseorang mempunyai masa yang penuh hingga berumur 25 tahun, kemudian 'masa' menjadi currency. Semua perbelanjaan dibayar dengan 'masa.' Makanan, tambang kenderaan, sewa rumah, semua dibayar dengan masa dan jika kehabisan 'masa' seseorang itu akan mati serta merta.

Setiap orang mempunyai masa secukupnya jika mereka tidak berbelanja, tapi jika berbelanja mereka perlu 'masa' aka 'duit' lebih, jika tidak mereka akan mati. Maka wujud sistem bank yang memberi pinjaman 'masa/wang' dengan bunga yang tinggi.

Seperti biasa, ada golongan miskin yang mempunyai masa secukupnya, atau tidak cukup masa hingga mati dan ada golongan kaya raya dengan masa yang tidak pernah kehabisan hingga boleh mewujudkan sistem bank masa. Golongan kaya menindas golongan miskin. Golongan kaya tidak akan mati kerana tidak pernah kehabisan masa.

Perkataan 'Time is Gold' sudah tidak tepat. Even gold, limitless gold still cannot buy 'time'.

Jika kita amalkan sistem ini di Malaysia, mungkin Melayu terpaksa bekerja keras lagi itu tidak mati. Manusia adalah spesies yang diprogramkan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Justeru itu, mungkin tidak ada orang Melayu yang duduk bawah pokok main dam, atau lepak kedai kopi berjam-jam, atau menyertai demo, mogok lapar dan 'Occupied Dataran Merdeka'.

Oh Melayu, masa itu bukan hanya emas, tapi segalanya. 'Space we can recover,' kata Napoleon, 'time never'.

Kita belum kiamat walaupun kalendar Maya melangkaui 21.12.2012. Tapi kita tinggal lapan tahun sahaja lagi sebelum 2020. Sementara China, India bahkan Indonesia memecut pertumbuhan KDNK lebih dari Malaysia, jurang ekonomi Melayu  dengan kaum lain - Cina dan India - sudah kembali melebar selepas 2009.

Baca entry terbaru A. Kadir Jasin dalam Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga.

Cukup-cukup salahkan kerajaan. Sementara kerajaan yang sama dituduh sesetengah pihak menyebabkan mereka miskin, kaum lain tetap boleh kaya. 

Bezanya, bagaimana Melayu menggunakan masa?


Wednesday, December 26, 2012

Merry Christmas Santa Lims!

Lim Kit Siang telah memuatkan tulisan Christopher Kannan dalam blognya di bawah entry : We don't need Santa Claus. Seperti biasa, isi mestinya kebencian orang Kristian terhadap pemimpin UMNO/BN, dan target utama adalah PM.

Kannan tidak rasa wajar untuk mengucapkan terima kasih kepada PM Najib walaupun membuka jalan membenarkan umat Kristian melakukan pilgrim ke Jurusalem. Kannan lupa tindakan PM itu boleh mengundang padah politik jika Melayu terutama PAS menjadikan isu itu sebagai sentimen agama.

Tiba-tiba Lim Kit Siang menjadi champion orang Kristian, maklumlah 15 daripada 20 CEC DAP adalah Kristian Mazhab Evangelican. Ada yang berseloroh memanggil Kristian  jenis ini 'born again' atau Mujahideen  Christian. 

Di Sabah dan Sarawak, DAP memainkan sentimen agama bukan bangsa. Kononnya Kristian tertindas oleh kerajaan BN. Saya tak tahulah di mana lagi orang Kristian boleh hidup aman jika dengan orang Melayu yang sanggup menyerah sejuta kerakyatan kepada bukan warganegara sebelum merdeka pun dianggap menindas.

Jika semangat toleransi ditunjukkan oleh pemimpin BN dalam hal-hal adat resam dan agama, saya tidak tahu bagaimana Malaysia jika dipimpin oleh Pakatan. DAP Mujahideen Kristian. PAS pula Inquisitor Islam. Eloklah kedua-dua sanggup mati syahid untuk agama masing-masing.

Pejuangan DAP adalah pejuangan Kristian. Dari 15 daripada 20 CEC beragama Kristian, dan mereka gagal memilih seorang pun dari agama Islam - agama terbesar dalam Malaysia. Dan berapa orang dalam CEC Cina Budhha. Lim Kit Siang seorang Budhha? Atau Khalifah Lim Joseph Guan Eng seorang Buddha?

Kita sudah pening dengan sebuah parti seperti PAS yang mempolimik apa saja tentang Islam. Dan sekarang kita ada kembar tak seiras pula dari Kristian. 

Merry Christmas Santa Lims. To both of you - father and son - in your kingdom of heaven. Your can bring your hatred to heaven, too if you wish.

To PAS, Take Beer, Take Beer!


Friday, December 21, 2012

Amanat Haji Hadi - Bukti PAS Merbahaya.



Ucapan a'la Taliban Haji Hadi di atas telah mengorbankan banyak nyawa. Ucapan di atas juga sebenarnya telah memecahkan umat Melayu yang beragama Islam. Ketika itu saya masih kecil tetapi saya ingat kisah surau dan masjid sembahyang dua imam kerana orang PAS tidak menerima imam orang UMNO. Di kampung saya ada kisah orang PAS tidak mahu uruskan jenazah orang UMNO, boikot kenduri orang UMNO dan tidak membenarkan anak-anak mereka kahwin dengan anak-anak orang UMNO.

Semuanya kerana amanat yang tidak bertunjangkan Quran.

Kemudian berlaku peristiwa Memali. Ibrahim Libya dan mereka yang terkorban percaya mereka menentang orang kafir kerana kerajaan BN adalah kerajaan kafir. Semuanya kerana sebuah amanat. Kasihan mereka yang percayakan PAS adalah agama. 

30 tahun kemudian ulama politik dari parti politik yang menjadikan Islam hanya selling point sahaja sudah mengubah pendiriannya. Tidak ada pula negara Islam dalam Quran. Apa jadi kepada mereka yang dikatakan syahid dan ditanam tanpa dikafan dan disembahyangkan?





Itu persoalan yang dilontarkan oleh YB Zulkifli Nordin dalam youtube di atas.


Pada tahun 1981, pendapat seperti Amanat Hadi itu tidak nampak janggal. Umat Islam belum dilabel sebagai 'terrorist'. Ayatollah Khomeini baru menggulingkan Shah Iran dan kononnya satu milestone kepada orang Islam - tertubuh negara Islam. Ia menjadi inspirasi kepada orang Islam seluruh dunia dan semua perkara perlu dijenamakan 'Islam' - walaupun tidak membawa semangat Islam seperti ajaran Quran.

Pertama Islam mengikut Quran bermakna 'keamanan', peaceful. Orang mukmin merupakan orang yang 'peaceful' dan "provider of peace and security to others". Tidak ada penindasan sesama manusia atas nama apa sahaja.

Tapi agama PAS bertindak sebaliknya. Akibatnya ummah berpecah. Mereka mengajar manusia menjadi ganas dan militant demi kononnya menegakkan hukum Allah. Lebih teruk, seperti Taliban mereka menuduh amalan hidup cara 'Islam' yang tidak sesuai dengan mereka sebagai 'kafir'.




Dalam zaman globalisasi, PAS sendiri malu dengan Amanat Hadi itu. Mereka cuba membuktikan bahawa mereka parti yang sesuai dengan zaman globalisasi di mana fahaman seperti mereka itu amat mudah dilabel sebagai militant dan terrorist. Maka mereka menganjakkan pintu gol mereka.

Persoalannya, di zaman pemikiran logic menjadi teras kepada masyarakat civil, bolehkah PAS keluar dari kesilapan silam mereka yang menghasut rakyat yang tidak bersalah supaya mati sia-sia? PAS hanya boleh akui bahawa ideologi mereka merupakan cara hidup yang obsolete.

Dan kemelut tidak terhenti di sini sahaja.

Saya minta pembaca menelusuri blog Outsyed the Box bawah posting bertajuk: The Assasination Attempt Against Dr. Mahathir Mohamed dan Amanat Haji Hadi: Old but Evergreen and still Relevant Today. oleh Another Brick in the Wall.

Seorang fanatik PAS, namanya Cikgu Non telah dipecat dari PAS kerana mempersoalkan derma anak yatim Memali. Cikgu Non yang sangat berhajat untuk mati syahid, terlibat dalam merancang membunuh Tun Mahathir namun gagal. Beliau akhirnya ke Afganistan kerana ingin syahid di sana.

Cikgu Non terlibat dalam kejadian Memali. Sekembali dari Afganistan, beliau masih sedih memikirkan balu dan anak yatim Memali. Beliau mengaku terlibat dalam mengutip dana untuk membantu balu dan anak-anak yatim. Akhirnya beliau menyedari bahawa kutipan yang mencecah lebih dari RM sejuta tidak sampai ke tangan anak-anak yatim dan balu berkenaan.

Ini satu contoh klasik 'no money no religion.' Duit berkenaan telah hilang entah ke mana, diseleweng oleh pendita agama PAS. Quran memberi amaran tentang ini dalam surah 9:34

Quran 9:34

"Wahai orang-orang beriman sesungguhnya kebanyakkan besar dari ulama-ulama(minal ahbaari) dan rahib-rahib(warruhbaani) memakan harta manusia dengan batil dan mereka menghalangi dari jalan Allah dan orang yang menyembunyikan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah maka beritakan kepada mereka siksaan yang pedih."




Di atas adalah gambar Cikgu Non dengan buku yang diltulisnya, 'Kafirkah Aku'. Beliau juga membongkar penyelewengan Tabung Memali oleh PAS dalam buku 'Air Mata di Bumi Memali'. Buku berkenaan menjadi kontroversi. Penyelewangan Memali menjadikan Cikgu Non berpatah arang dan berkerat rotan dengan PAS.

Menurut Outsyed the Box, balu-balu Memali mendapat ugutan dan panggilan telefon nakal jika mereka cuba mendedahkan penyelewangan berkenaan. Pada tahun 2004, semasa Tun Abdullah menjadi PM, kerajaan membayar pampasan sebanyak RM20,000 kepada 14 balu Memali. Lagi sekali PAS mengambil kesempatan dengan minta duit sebanyak RM4000 untuk membiayai 'yuran guaman', kononnya.




Jadi inilah parti yang mengatakan kerajaan BN zalim dan tidak Islamik, menjadi zalim sendiri dengan menyeleweng harta anak yatim kerana itu bukan sifat yang Islamik. Ini parti yang hendak menawan Putrajaya 'walau dengan darah sekalipun' seperti ucapan Nik Abduh.

PAS merupakan contoh extremist yang memburukkan nama Islam dengan ajaran yang tidak menyanjung semangat Quran.

Sunday, December 16, 2012

Ma'Lims'sia

Pemerintahan Lim Kit Siang sudah menjangkau 46 tahun, lagi empat tahun akan menyamai rekod Ratu Elizabeth. Beliau masih terpilih sebagai Penasihat Parti, mungkin sama taraf dengan 'Minister Mentor' andainya Lim Guan Eng jadi PM.

Dalam penjenamaan semula DAP yang terkenal sebagai chauvinist, mereka cuba meyakinkan Melayu dan India bahawa DAP parti semua kaum. Mereka bawa masuk Aspan Alias dan Sakmongkol dalam usaha mereka itu. 

Pemilihan semalam menunjukkan bahawa Melayu adalah third class member dalam DAP. Singh dan India mempunyai wakilnya, tetapi lapan calon Melayu bertanding untuk kerusi CEC kalah teruk. Karpal Singh dan anaknya Gobind terpilih dengan masing-masing mendapat 1411 undi dan 1197 undi. Sementara suara kaum India diwakili oleh M.Kula mendapat sebanya 984 undi. Di bawah adalah senarai calon Melayu dan undi yang mereka dapat:

1. Ariffin SM Omar           -     348  undi
2. Ahmad Ton                   -     347  undi
3. Zairil Khir Johari            -     305  undi
4. Zulkifli Mohd Noor        -     216  undi
5. Tengku Zulpuri               -     121  undi
6. Sulaiman OP S Ibrahim  -       93  undi  
7. Roseli Abd Ghani           -       39  undi
8. Harun Ahmad                 -      28   undi 



Pakai semantik apapun, DAP adalah parti kaum Cina dan  hanya mengutamakan kepentingan kaum Cina.

Kesimpulan dari pemilihan di atas, Dinasti Lim adalah tunggak DAP sejak mula tertubuhnya parti itu dan hinggalah mereka mati. DAP yang menentang apa saja establishment yang pro Melayu berhajat sangat untuk mengubah kedudukan hak istimewa Orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam boleh memikirkan nama baru Malaysia jika mereka berkuasa. 

Seorang dungu dari DAP pernah mencadangkan bendera Malaysia patut ditukar. Nama Malaysia patut ditukar kerana ada nama 'Malay' sebelum 'sia'.

Mungkin Malaysia sesuai ditukar kepada 'Malimssia' sempena nama penemu dinastinya, Lim Kit Siang.

Syabas Melayu yang menyokong DAP. Anda adalah 'Kitol Moden.'


Saturday, December 15, 2012

Kami Rindui Pak Suharto

Ketika saya ke Medan sebanyak dua kali, saya sering menjumpai penduduk Medan yang memuji Allahyarham Presiden Suharto. Mereka mengakui walaupun rejim Suharto dilabelkan korup, namun jasa Suharto memajukan Indonesia sangat banyak.

Kemudian saya mendapat tahu, di Medan merupakan kubu kuat Parti Golkar. Mungkin kerana itu mereka cenderung mengkagumi beliau.

Baru-baru ini saya ke Bali. Jalan di sekitar penginapan kami, Mercure Harvestland agak macet(jam). Kerajaan sedang membuat subway di jalan masuk ke hotel kami. Seringkali perjalanan kami mengambil masa yang lama kerana kemacetan ini.

Sebagai pelancong, ini merugikan masa kami. Kami menyewa van dengan supirnya. Dalam perbualan saya dengan supir, beliau menyatakan jika Pak Suharto masih Presiden, Bali sudah sangat maju. Sekurang-kurangnya itu yang beliau yakini.

Walau bagaimanapun, beliau mengutuk sikap kroni dan korupsi anak-anak Suharto, terutama Utoemo Mandala Putera atau lebih dikenali dengan nama Tommy.

Selepas Suharto digulingkan akibat serangan matawang pada tahun 1997, demokrasi memang rancak di Indonesia. Presiden sudah bertukar kepada beberapa orang. BJ Habibie(setahun), Gus Dur(2 tahun), Megawati(3 tahun) dan terkini Susilo Bambang namun masih ramai yang merindui sentuhan 'pembangunan' Suharto.

Kita melihat kebangkitan 'Arab Spring' yang menjadi 'holy grails' kepada PR. Mereka sangat suka cerita apa saja tentang kerajaan jatuh, tanpa mengambil iktibar apa kebaikan kepada negara. Perubahan memang perlu tetapi perubahan yang bagaimana? Ditangan siapa ingin kita percayai untuk menerajui negara ini.

Selama 55 tahun, BN berjaya membawa konsep perkongsian kuasa yang sebenar. Ini merupakan 'tamadun' Malaysia dalam negara berbilang kaum. Tidak perlu menangkap non-muslim berkhalwat. Tidak ada undang-undang purba memisahkan lelaki dan perempuan.

Sebelum wujudnya PKR, sensitiviti kaum dan agama di negara ini terkawal dibawah kejituan pentadbiran BN. Memang BN ada kelemahannya, dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan tetapi setidak-tidaknya sebelum ini Malaysia tidak terlalu perkauman, dan agak liberal tanpa extremist seperti PAS.

Cerita indah tentang Arab Spring tidak menemui happy endingnya. Orang Arab masih mundur, masih bertelagah sesama sendiri, masih tertinggal dari segi sains dan teknologi. Morsi sendiri sedang menghadapi 'counter-revolution' dari orang yang pernah menumbangkan Mubarak.

Kesimpulan, tukar pemimpin bukan  jawapan kepada masalah kita. Tukar budaya tahyul kepada rasional dan saitifik boleh mengubah kita ke negara maju.

Baca posting saya terdahulu: Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian.




Thursday, December 13, 2012

Pembohongan Baling Secara Terperinci.

Semalam saya mendapat panggilan telefon dari Tan Sri Zainudin Maidin. Beliau membaca posting saya sebelum ini. Sebagai wartawan yang terlibat secara langsung menyiasat 'Peristiwa Baling 1974', Tan Sri berasa perlu memberi saya info yang tepat.

Pada tahun 1974, Tan Sri diminta oleh Ketua Pengarang Utusan, Tan Sri Mazlan Nordin menyiasat kekecohan yang dibuat oleh sekumpulan gerakan pelajar yang diketuai oleh 'Fidel' dan 'Che' palsu. Menurut Tan Sri Zam, beliau telah berjumpa dengan doktor, OCPD, Penolong Pegawai Daerah dan beberapa orang kampung dalam usaha menyiasat dakwaan bahawa di bumi bertuah Malaysia ini ada orang yang mati kebuluran.

Asas dari kekecohan ini berasal dari harga getah yang makin merudum. Ketika itu harga komoditi di Malaysia ini jatuh dengan teruk. Akibatnya penduduk kampung sangat merasai jerih payah kerana getah adalah pendapatan penduduk luar bandar.

Keadaan ini telah dieksploit oleh 'Che' dan 'Fidel' palsu. Kononnya mereka jaguh penduduk luar bandar. Kononnya mereka jaguh rakyat marhein. Mereka menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Mereka sangat keterlaluan hingga berbohong adanya penduduk Baling yang mati kebuluran.

Menurut Tan Sri Zam sebagai wartawan yang menyiasat kejadian sebenar, tidak ada kematian pun di Baling ketika itu. Cerita tentang penduduk Baling mati kelaparan itu hanya 'pure fiction', hanya rekaan semata-mata. Propaganda yang tidak mengenal batasan etika.

Ada juga peristiwa lucu dari propaganda 'penduduk mati kebuluran' ini. Berita adanya 'kematian' akibat kebuluran ini akhirnya sampai ke pengetahuan komunis yang masih ada saki bakinya ketika itu. Maka keluarlah komunis seramai 20 orang membawa ubat-ubatan dan makanan untuk penduduk kampung. Sebijak-bijak propagandist  komunis, mereka juga  menjadi mangsa pembohongan Anwar dan Hishamudin Rais.

Pelajar Che wannabe seperti Hishamudin Rais itu sepatutnya menumpu kepada pelajaran universiti, bukan membuat kecoh di sana sini. Begitu juga Anwar yang tidak cemerlang dalam Pengajian Melayunya. Mereka membuang masa dan usaha kerajaan untuk menaiktaraf bumiputera dengan menjalankan polisi 'Affirmative Action' yang dikritik oleh DAP.

Tun Dr. Mahathir adalah Menteri Pelajaran pada tahun itu. Tun memang wajar memperkenalkan AUKU pada tahun 1971, kerana Melayu-Melayu seperti Anwar dan Hishamudin ini 'membakar' duit pembayar cukai. 

Kerajaan memperuntukkan jumlah yang banyak bagi pendidikan Bumiputera, dengan harapan ramai bumiputera lahir terpelajar, mendapat kerja baik, atau mendapat ilmu supaya boleh pergi jauh dalam pernigaan tetapi mereka lebih suka berdemo dan membuat pembohongan.

Akhirnya kedua mereka ditahan dibawah ISA. Mereka menimbulkan kekecohan tanpa asas. Kemudian menuduh kerajaan zalim. 

Modus operandi ini masih berlangsung. Anwar dan Hishamudin menurunkan ilmu kepada Safwan Anang, Adam Adli dan sebagainya. Asasnya adalah fitnah: kerajaan zalim. 

Kerajaan yang sedang menyuap mulut mereka.








Wednesday, December 12, 2012

Memperingati Pembohongan Mangsa Kebuluran Baling.

Pada tahun Disember 1974, Anwar Ibrahim dan 'partner-in-crime'nya Hishamudin Rais mengadakan tunjuk perasaan kononnya ada mangsa kebuluran di Baling, Kedah. Terence Netto telah mengukirkan nama Anwar setaraf dengan Martin Luther King, yang mana bagi saya sangat tidak tepat dan sangat menghina pemimpin gerakan sivil Amerika yang agung itu.


Hishamudin Rais nak tiru Che Guevara tapi dia tak cukup tinggi dan tak cukup ilmu.

Oleh kerana ketandusan ilham untuk dispin, pembangkang cuba mencipta cult dari Peristiwa Baling. Seperti cult BERSIH yang mengingati kematian pemandu teksi, Baharudin sepatutnya diadakan setiap 9 hb kini sudah dilupai.

Pada awal-awal masih ada budak-budak meletakkan bunga kuning di tempat kejadian. Sekarang ianya sudah tidak penting. Hanya kematian seorang pemandu teksi. Tidak ada ingatan. Tidak ada ceremony. Tidak ada significant. Hanya kematian seorang peserta.

Seluruh rakyat Malaysia tahu malah pembangkang mengeksploit kematian Allahyarham dengan skrip palsu 'kematian' Supardi. Untuk mengingatkan semula sindrom Melayu mudah lupa, baca kepalsuan itu dalam blog Pink Turtle.

Baru-baru ini, PKR mengadakan Peristiwa Mengenang Mangsa Baling. Seperti kes Baharudin, itu hanya 'political ploy' Anwar untuk mengambarkan beliau pejuang rakyat marhein. Hakikatnya, rakyat marhein itu hanya alat manipulasi politiknya. Sebentar saja, mereka akan dilupakan setelah Anwar and Co naik jet mewah dan bas mewah, kembali ke rumahnya yang bernilai tujuh juta.

Benar kata Tun Dr. Mahathir. Kita tidak boleh benarkan orang macam ini menjadi Perdana Menteri. Mangsa Baling itu, menurut Tun bukan mati kebuluran. Beliau mati sakit. Itupun di eksploit oleh 'Che' palsu dan 'Fidel"(Castro) palsu.






Monday, December 10, 2012

Menjawap Berita Tentang Tengku Azlan Keluar BN.



Sebaik saja berita ini menjadi sensasi, ramai yang menelefon menanyakan keadaan yang sebenar. Ada sesetengah tahu saya rapat dengan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut. Saya menafikan kebenaran cerita ini. Namun saya tidak berniat untuk menulis tentangnya.

Akhirnya saya terjumpa sebuah blog pro BN (baca sini)   yang mengutuk 'tindakkan' Ku Lan keluar parti, lantas saya buat keputusan perlu menjawap bagi pihak Ku Lan. Saya menelefon Ku Lan sebentar tadi. Beliau menerangkan kedudukan yang sebenar.


Beberapa hari lepas beliau telah ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai. Dalam temuramah itu beliau tidak menyentuh langsung soal keluar parti atau menyertai pembangkang. Apa yang beliau nyatakan bahawa beliau akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 13.

Hasrat beliau untuk bersara sudah dinyatakan sebaik beliau menolak jawatan Timbalan Menteri Luar pada zaman Tun Abdullah. Hingga sekarang beliau masih konsisten dengan kata-katanya. 

Untuk pengetahuan pembaca, YBM Tengku Azlan sudah memaklumkan keadaan sebenar iaitu beliau masih dalam BN dan tidak pernah berhasrat keluar parti kepada Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri  Besar Pahang.

Saya harap kekeliruan ini terjawap dan minta mana-mana blog pro BN lebih memberi tumpuan membongkar fitnah pembangkang dari membuat spekulasi. Sesuatu berita yang diterima perlu diselidiki dahulu sebelum kita membuat keputusan.



Saturday, December 8, 2012

Mitos Melayu Malas.

Sebenarnya saya ingin meletak entry ini berbunyi 'Mitos Pribumi Malas'. Saya menukarnya kerana terlalu berbunyi carbon copy kepada karya Syed Hussein Al-Attas - 'The Myth of Lazy Natives'. 

Syed Hussein menulis panjang lebar untuk menangkis tohmahan Barat - atau penjajah - bahawa secara umumnya pribumi yang mereka jajah - di Indonesia dan Malaysia - adalah pemalas. Beliau berjaya meyakinkan saya bahawa sebenarnya pribumi tidak malas, cuma tidak mahu menyertai program penindasan kapitalis penjajah.

Di Jawa dan sebahagian Indonesia beliau berjaya meyakinkan saya bahawa secara fizikalnya pribumi rajin memerah keringat dan membanting tulang empat kerat. Cuma meraka tidak menunjukkan kerjasama yang baik terhadap sistem tanam paksa Belanda.

Cuma di Malaysia mungkin pribuminya agak santai atau laid back. Ini mungkin kerana persekitaran terutama di Tanah Melayu yang tidak perlu 'bergegas' dalam banyak hal. Tanah subur, tanaman mudah tumbuh, tidak ada cabaran alam sekitar seperti lava gunung berapi, gempa bumi atau banjir yang besar. Melayu agak santai hingga datangnya penjajah dan kaum lain yang lebih aggresif.

Namun dari pemerhatian saya, sebelum merdeka juga orang Melayu tidak malas. Mereka secara fizikal rajin. Di kampung-kampung sebelum 'mentality subsidy' menjadi budaya, Melayu sebenarnya rajin membanting tulang dan tulang empat kerat. Cuma mereka terlalu rapat dengan 'pertanian' dan kurang budaya niaga.

Akhirnya saya mencapai satu kesimpulan. Kemungkinan besar kemalasan orang Melayu atau pribumi Indonesia yang diperkatakan oleh penjajah bukan kemalasan fizikal. Saya fikir, maksud sebenar mereka adalah pribumi sebenarnya malas berfikir.

Mereka tidak cuba memecahkan kebiasaan dengan pertanyaan kritis terhadap authority - sebarang authority - dari ibubapa, Mullah, ketua kampung, penghulu hingga ke sultan. Pribumi  kebanyakkan hanya mengikut.

Dalam era pendidikan sepatutnya membebaskan minda kebanyakkan pribumi - di Malaysia saya tujukan kepada Melayu - warisan ini masih belum sebenarnya terhapus. Manusia Melayu sering mencari tempat rujukan dan bagai tidak yakin dengan penemuan sendiri.

Penyakit ini saya temui bukan dikalangan mereka yang tidak terpelajar, malah ramai juga yang datangnya dari golongan terpelajar - ada yang mendapat pendidikan luar negara. Dulu manusia Melayu berpegang teguh dengan tradisi taat kepada raja. Sekarang kuasa 'taat kepada raja' makin terhakis.

Institusi raja-raja telah dipaterikan menjadi 'raja berpelembagaan' dan sebenarnya tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia Melayu sehari-hari. Mereka semakin lama menjadi 'relic' dari masa silam. Muncul pula golongan baru yang sebenarnya sama saja kesannya dalam memadamkan semangat kebebasan intelek.

Mereka adalah kuasa ulama. Kuasa raja-raja pernah dianggap 'divine' pada era pra-Islamic. Sekarang kerana kebangkitan 'Islam' maka 'divinity' raja-raja sudah mula dipersoalkan. Ramai manusia Melayu yang terpelajar yang tidak suka melihat 'telatah para baginda' mula mengalihkan kesetiaan dan keyakinan tidak berbelah bahagi kepada para ulama - yang kebanyakkannya diangkat sendiri oleh pengikut mereka. Malah ada yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai ulama.

Ini sebenarnya bertentangan dengan seruan Allah sendiri dalam Quran. Allah minta kita menggunakan akal, logic dan common sense. Itu senjata yang ampuh disediakan oleh Allah kepada manusia untuk menjadi khalifah di mukabumi. 

Akal juga membezakan kita dengan binatang yang lain.


Quran 10:100

"Allah will not guide those who defy their common sense".

Monday, December 3, 2012

Pejuangan Memerangi Rasuah Bukan Milik PR.

Jika kita perasan, sejak akhir-akhir ini, isu yang dibangkitkan oleh PR masih isu-isu lama. Pakatan masih berlegar dari sekitar isu Scopene, Altantuya, Feedlot, cincin Rosmah, Lynas, BERSIH dan kegemaran mereka; rasuah.

Rasuah adalah sesuatu yang buruk. Ia boleh meruntuhkan satu-satu tamadun. Dan untuk membuktikan berlakunya rasuah juga bukan mudah. Pakatan akan mempersendakan usaha kerajaan menangani rasuah apabila terbentuk SPRM, walaupun institusi berkenaan berada di bawah Parlimen, bukan Jabatan Perdana Menteri seperti BPR.

Jika yang disiasat adalah juak-juak PR seperti kes DAP, mereka akan mempolitikkan seperti kematian Tan Beng Hock. Jika tidak ada kematian, mereka akan menuduh siasatan adalah bermotif politik dan konspirasi. Jika pemimpin BN/UMNO yang disiasat, mereka akan spin SPRM tidak telus, dan memihak.

Ringkasnya, mereka tidak sebenarnya sepenuh hati ingin memerangi rasuah, cuma sekadar secara politik dan persepsi ingin meletakkan musuh politik mereka dilabel perasuah. Seperti yang dinyatakan di atas, SPRM bertanggungjawap kepada Parlimen, yang mana antara jemaahnya ada wakil rakyat Pakatan.

Malah Ambiga sendiri pernah membenarkan rasuah jika kecil-kecilan boleh dipejamkan mata. Jika boleh berkompromi dalam soal prinsip sebegini, saya tidak tahu hingga  ke mana Pakatan boleh 'bending' peraturan ini. 

Beberapa keajaipan juga berlaku dalam PR. Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang Jaya yang hanya asalnya penjual buah dan ubat-ubatan boleh mempunyai empat kereta mewah dalam masa empat tahun sahaja menjadi Ahli Parlimen. Berapa sangat elaun Ahli Parlimen?

Jangan salah faham. Saya menulis ini bukan bererti saya ingin membenarkan rasuah yang berlaku dalam BN. Rasuah tetap rasuah. Period. Jika pemimpin BN melakukan, tindakan perlu dikenakan jika ada bukti yang sah dan nyata. 

Namun Pakatan cuba mengelirukan masyarakat apabila ingin menyatukan kebencian samada Melayu, Cina dan India kepada BN dengan agenda kononnya mereka wujud untuk memerangi rasuah. Pejuangan memerangi rasuah ini bagaikan hak eksklusif Pakatan.

Apa yang saya nampak, pemimpin mereka juga bermewah-mewah. Azmin Ali dengan Ferrari, Zuraidah, Husam Musa, Azizan Razak dengan Mercedez S Class, begitu juga Nik Aziz. 

Menjadi tanggungjawap semua kita menolak pemimpin yang rasuah. Pemimpin BN banyak yang samada digugurkan, dikenakan tindakan atau didakwa. Dan menangani gejala rasuah ini bukan hanya hak milik Pakatan.

Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Mari bermula dengan membenarkan SPRM menjalankan tugas tanpa gangguan politik samada dari BN ataupun Pakatan.


Sunday, December 2, 2012

Ibadat Yang Sebenar.

Ayat-ayat Quran banyak menyentuh tentang sedekah, mendermakan rezeki kepada yang tidak mampu, menjaga anak yatim dan memberi makan orang-orang kelaparan.


"Kami telah tunjukkannya dua jalan"(90:10)
"tetapi tidak ia menempuhkan pendakian"(90:11)
"dan apakah kamu tahu apa pendakian itu?"(90:12)
"membebaskan hamba"(90:13)
"memberi makan pada hari kelaparan"(90:14)
"kepada anak yatim dari kaum kerabat"(90:15)
"atau orang-orang miskin yang terbaring atas debu"(90:16)
"kemudian adalah dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan dgn kesabaran
dan mereka saling berpesan dengan kasih sayang"(90:17)
"mereka itu golongan kanan"(90:18)
"dan orang-orang yang kafir pada ayat-ayat kami mereka golongan kiri"(90:19)
"untuk mereka neraka tertutup rapat"(90:20)


Video di bawah adalah dari Facebook Datin Paduka Marina Mahathir yang saya share dengan rakan-rakan Facebook lain. Saya ingin share pula dalam blog ini. Mungkin ada pembaca yang terlepas pandang video di bawah ini. Sangat menyentuh perasaan.





Wednesday, November 28, 2012

Perang Politik Sebenar Hanya Antara DAP memerangi UMNO

PAS merupakan parti serpihan UMNO. Suka atau tidak, PAS lahir dari perut UMNO. Walaupun PAS sering mengkritik UMNO sebagai parti berteras kan kebangsaan, PAS sendiri tetap tidak dapat lari dari agenda Melayu.

PKR juga datang dari perut UMNO. Ada yang berseloroh bahawa PKR merupakan gerombolan bekas UMNO yang kecewa selepas Anwar dipecat. Tempat berkumpulnya segala kroni Anwar seperti Azmin Ali dan Saifudin Nasution yang pernah merasa kemewahan semasa dalam UMNO.

Berlainan dari dua parti di atas, DAP tidak lahir dari UMNO. DAP lahir dari PAP. PAP merupakan kaum Cina yang menentang konsep Kemelayuan sebagai teras bumi Malaysia ini. Mereka memperjuangkan Malaysia tidak sepatutnya mempunyai kaum yang dominan. Malah mereka tidak teragak-agak melabelkan Melayu sendiri sebagai 'pendatang'.

Dalam filem Alien lakonan Sigourney Weaver, apabila manusia menerokai angkasa yang jauh dari planet mereka, dan menjumpai spesies berlainan dari manusia, mereka memanggilnya 'alien'. Jika dihalusi, manusia sebenarnya alien kerana mereka yang datang ke cakerawala lain.

Begitulah PAP dan DAP.

Selepas merdeka, UMNO merupakan 'master of the castle' dan walau apapun kritikan terhadap UMNO, ia berjaya membukti selama 55 tahun UMNO dapat mengurangkan ketegangan kaum dan semua kaum boleh berjaya jika mereka berusaha.

Dalam masa yang sama, UMNO perlu membawa 'success story' dari kalangan Melayu sebagai mercu tanda parti yang dilabelkan oleh PAS sebagai terlalu 'kebangsaan'. Antara 'success story' adalah beberapa usahawan seperti Syed Mokhtar, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad dan Daim Zainudin.

Tokoh seperti Syed Mokhtar mendapat serangan hebat dari DAP kononnya kroni UMNO, disokong oleh PKR dan PAS. Saya faham jika DAP tidak akan senang dengan Melayu berjaya, cuma saya kurang faham PKR dan PAS sanggup menjadi talibarut DAP dalam menghalang kejayaan Melayu.

Begitu juga dalam isu Lynas, kerana pemiliknya adalah Melayu.

DAP sering dianggap tidak akan mampu memerintah Malaysia kerana kerusi yang mereka pertandingkan sedikit. Namun bagi saya orang Melayu silap perhitungan jika merendahkan kebolehan mereka mengadu domba parti-parti Melayu hingga akan berpecah belah.

Jika kita membaca politik Lew Kuan Yew, sebelum berkuasa beliau sanggup bersengkongkol dengan sesiapa sahaja. Beliau bersengkongkol dengan Kesatuan Sekerja, Parti Buruh, komunis, sosialis dan sebagainya. Apabila mendapat kuasa, beliau bahkan memenjarakan sebahagian mereka.

Lew Kuan Yew seorang yang pragmatik. Begitu juga DAP. Pragmatiknya DAP hingga seseorang yang mereka tahu mempunyai kelakuan tabii seks luar biasa ketika di dalam UMNO mereka bela apabila tokoh yang sama menentang UMNO.

Karpal Singh orang yang terawal mendedahkan bahwa Timbalan Perdana Menteri sebagai homoseks dalam Parlimen. Dan tokoh berkenaan sekarang menjadi 'lethal weapon dalam usaha DAP melumpuhkan kuasa Melayu UMNO. Bagi DAP, semua senjata adalah berguna.

Itu antara ciri-ciri pragmatik mereka. Politik adalah amoral.

Projek Tanjung Lim Kit Siang sudah membuahkan hasil. Selama beberapa Pilihanraya Lim Kit Siang gagal menawan Pulau Pinang. Dalam PRU ke 12 akhirnya mereka berjaya. Pengajarannya, dengan kesungguhan dan keazaman, dan pencaturan yang tepat, DAP mampu menjayakan cita-cita mereka.

Bukan sesuatu yang mustahil jika DAP boleh menewaskan UMNO, kekuasaan Melayu dengan bantuan PAS dan PKR. Melaka jatuh bukan kerana Portugis terlalu kuat, tetapi sebegitu ramai 'Si Kitol' yang sanggup belot menjual Melaka.

Dan Kitol sendiri dari kelompok yang meraih faedah dari sistem Kesultanan Melayu Melaka.




Tuesday, November 27, 2012

Cina Tidak Akan Undi PAS?

Dalam bulan Syawal tahun ini saya ada berbual-bual dengan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan perisikan. Menurut beliau, undi kaum Cina sebenarnya menjadi teka teki. Tidak seperti undi Melayu dan India, kaum Cina berahsia ke mana undi mereka dalam PRU ke 13 ini.

Fenomena ini, menurutnya persis seperti menjelang PRU ke 12. Kaum Cina berteka-teki ke mana undi mereka. Pada ketika itu, majoriti menganggap mereka akan mengundi BN. Dan seperti yang kita tahu akhirnya BN tidak dapat membentuk 2/3.

Ya, saya tahu pendapat umum sering menebak bahwa undi kaum Cina condong ke Pakatan. Namun itu hanyalah persepsi. Jika diukur dari segi keghairahan pemain maya(saya tidak gunakan perkataan cybertrooper), memang jelas ramai kaum Cina anti kerajaan. Di Facebook dan Twitter misalnya, peminat DAP memang vocal. Tapi itu bukan bererti mereka ramai.




Lihat gambar di atas. Ia merupakan group dalam Facebook yang diberi nama 'We Fully Support PKR'. Mengapa PKR dan DAP saja? Di mana PAS?

Hari demi hari saya makin yakin dengan maklumat rakan saya tadi. Memang kaum Cina tidak senang dengan beberapa polisi BN, dan poli-tikusnya, namun jika diperhalusi mereka masih tidak boleh menerima PAS sepenuhnya dengan dasar ala-ala 'Taliban' dan 'Mullah'nya.

PAS merupakan parti yang tidak hidup di abad ke 21. Mereka merupakan faction yang mempertahankan kehidupan purba, dan dengan kuasa 'keagamaan' akan mengecap sesiapa saja sebagai kafir, murtad atau sesat jika tidak mengikut nilai hidup yang mereka ingin bina.

Jika mereka kolompok seperti tabligh ia tidak membimbangkan, Namun mereka parti yang bejuang untuk kuasa dan bayangkan kehidupan bagaimana mereka akan 'impose' ke atas rakyatnya. Mereka dakwa itu ajaran Allah, Rasulullah dan Islam. Syiah dan Taliban juga mendakwa perkara yang sama.

Bagi sesetengah kaum Cina, dalam soal hudud misalnya mereka menganggap itu merupakan masalah dalam an orang Islam/Melayu. Namun penyakit memaksa cara hidup 'Islam' ini sudah makin merebak. Terbaru soal isu pemisahan lelaki dan wanita di shopping complex, kedai gunting dan sebagainya.

PAS sudah mula keluar dari 'territory' dan menunjukkan belang sebenarnya. Beberapa pengusaha kedai gunting bukan Islam mendapat surat saman dari kerajaan PAS di Kelantan. Mereka ingin manusia hidup dalam abad yang terasing dari dunia realiti. Ini sebenarnya 'hantu' tentang PAS yang ditakuti bukan Islam, dipawang oleh Anwar untuk dilupakan demi kebencian terhadap BN, namun hantu-hantu ini sudah terkeluar dari botolnya.

Kaum Cina yang kebanyakkannya peniaga perlu bimbang jika PAS akan membuat undang-undang lapuk berdasarkan fahaman mereka tentang Islam dari abad ke 7, sudah tentu perniagaan mereka akan terjejas. Berapa ramai kaum Cina akan bankrupt jika perniagaan tidak dalam iklim 'mesra pelanggan'.




Seorang rakan Facebook saya memberi komen video di atas dalam wallnya. Baca bawah:


If we stretch TGNA's rants about women deserve to be raped because of their dressing, perhaps we all should not have daughters at all. And to do that, perhaps we all should not get married. But then again, that would lead to rape. Haiyah...how arrr?
218Like · 




Lihat apa pandangan non-Muslim terhadap ucapan Nik Aziz. Ijat Fawkess memberi komen: "that video change my perspective about him, hence the party too."

Dalam perikatan Pakatan, saya consistent mengatakan hanya DAP meraih faedah yang besar. Melayu yang anti UMNO akan tetap undi DAP, namun saya tidak pasti majoriti kaum Cina.

They hold their cards close to their chest.