Followers

Saturday, December 15, 2012

Kami Rindui Pak Suharto

Ketika saya ke Medan sebanyak dua kali, saya sering menjumpai penduduk Medan yang memuji Allahyarham Presiden Suharto. Mereka mengakui walaupun rejim Suharto dilabelkan korup, namun jasa Suharto memajukan Indonesia sangat banyak.

Kemudian saya mendapat tahu, di Medan merupakan kubu kuat Parti Golkar. Mungkin kerana itu mereka cenderung mengkagumi beliau.

Baru-baru ini saya ke Bali. Jalan di sekitar penginapan kami, Mercure Harvestland agak macet(jam). Kerajaan sedang membuat subway di jalan masuk ke hotel kami. Seringkali perjalanan kami mengambil masa yang lama kerana kemacetan ini.

Sebagai pelancong, ini merugikan masa kami. Kami menyewa van dengan supirnya. Dalam perbualan saya dengan supir, beliau menyatakan jika Pak Suharto masih Presiden, Bali sudah sangat maju. Sekurang-kurangnya itu yang beliau yakini.

Walau bagaimanapun, beliau mengutuk sikap kroni dan korupsi anak-anak Suharto, terutama Utoemo Mandala Putera atau lebih dikenali dengan nama Tommy.

Selepas Suharto digulingkan akibat serangan matawang pada tahun 1997, demokrasi memang rancak di Indonesia. Presiden sudah bertukar kepada beberapa orang. BJ Habibie(setahun), Gus Dur(2 tahun), Megawati(3 tahun) dan terkini Susilo Bambang namun masih ramai yang merindui sentuhan 'pembangunan' Suharto.

Kita melihat kebangkitan 'Arab Spring' yang menjadi 'holy grails' kepada PR. Mereka sangat suka cerita apa saja tentang kerajaan jatuh, tanpa mengambil iktibar apa kebaikan kepada negara. Perubahan memang perlu tetapi perubahan yang bagaimana? Ditangan siapa ingin kita percayai untuk menerajui negara ini.

Selama 55 tahun, BN berjaya membawa konsep perkongsian kuasa yang sebenar. Ini merupakan 'tamadun' Malaysia dalam negara berbilang kaum. Tidak perlu menangkap non-muslim berkhalwat. Tidak ada undang-undang purba memisahkan lelaki dan perempuan.

Sebelum wujudnya PKR, sensitiviti kaum dan agama di negara ini terkawal dibawah kejituan pentadbiran BN. Memang BN ada kelemahannya, dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan tetapi setidak-tidaknya sebelum ini Malaysia tidak terlalu perkauman, dan agak liberal tanpa extremist seperti PAS.

Cerita indah tentang Arab Spring tidak menemui happy endingnya. Orang Arab masih mundur, masih bertelagah sesama sendiri, masih tertinggal dari segi sains dan teknologi. Morsi sendiri sedang menghadapi 'counter-revolution' dari orang yang pernah menumbangkan Mubarak.

Kesimpulan, tukar pemimpin bukan  jawapan kepada masalah kita. Tukar budaya tahyul kepada rasional dan saitifik boleh mengubah kita ke negara maju.

Baca posting saya terdahulu: Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian.




1 comment:

Anonymous said...

Memang puak PKR ni pandai memainkan sentimen perkauman kpd rakyat Malaysia. Perikatan kemudiannya BN telah berjaya mentadbir negara ini melalui konsep perkongsian kuasa, pastinya keutamaan kepada orang Melayu kerana Melayu majoriti di negara ini, tetapi hak kaum lain tetap BN bela.