Sebenarnya saya ingin meletak entry ini berbunyi 'Mitos Pribumi Malas'. Saya menukarnya kerana terlalu berbunyi carbon copy kepada karya Syed Hussein Al-Attas - 'The Myth of Lazy Natives'.
Syed Hussein menulis panjang lebar untuk menangkis tohmahan Barat - atau penjajah - bahawa secara umumnya pribumi yang mereka jajah - di Indonesia dan Malaysia - adalah pemalas. Beliau berjaya meyakinkan saya bahawa sebenarnya pribumi tidak malas, cuma tidak mahu menyertai program penindasan kapitalis penjajah.
Di Jawa dan sebahagian Indonesia beliau berjaya meyakinkan saya bahawa secara fizikalnya pribumi rajin memerah keringat dan membanting tulang empat kerat. Cuma meraka tidak menunjukkan kerjasama yang baik terhadap sistem tanam paksa Belanda.
Cuma di Malaysia mungkin pribuminya agak santai atau laid back. Ini mungkin kerana persekitaran terutama di Tanah Melayu yang tidak perlu 'bergegas' dalam banyak hal. Tanah subur, tanaman mudah tumbuh, tidak ada cabaran alam sekitar seperti lava gunung berapi, gempa bumi atau banjir yang besar. Melayu agak santai hingga datangnya penjajah dan kaum lain yang lebih aggresif.
Namun dari pemerhatian saya, sebelum merdeka juga orang Melayu tidak malas. Mereka secara fizikal rajin. Di kampung-kampung sebelum 'mentality subsidy' menjadi budaya, Melayu sebenarnya rajin membanting tulang dan tulang empat kerat. Cuma mereka terlalu rapat dengan 'pertanian' dan kurang budaya niaga.
Akhirnya saya mencapai satu kesimpulan. Kemungkinan besar kemalasan orang Melayu atau pribumi Indonesia yang diperkatakan oleh penjajah bukan kemalasan fizikal. Saya fikir, maksud sebenar mereka adalah pribumi sebenarnya malas berfikir.
Mereka tidak cuba memecahkan kebiasaan dengan pertanyaan kritis terhadap authority - sebarang authority - dari ibubapa, Mullah, ketua kampung, penghulu hingga ke sultan. Pribumi kebanyakkan hanya mengikut.
Dalam era pendidikan sepatutnya membebaskan minda kebanyakkan pribumi - di Malaysia saya tujukan kepada Melayu - warisan ini masih belum sebenarnya terhapus. Manusia Melayu sering mencari tempat rujukan dan bagai tidak yakin dengan penemuan sendiri.
Penyakit ini saya temui bukan dikalangan mereka yang tidak terpelajar, malah ramai juga yang datangnya dari golongan terpelajar - ada yang mendapat pendidikan luar negara. Dulu manusia Melayu berpegang teguh dengan tradisi taat kepada raja. Sekarang kuasa 'taat kepada raja' makin terhakis.
Institusi raja-raja telah dipaterikan menjadi 'raja berpelembagaan' dan sebenarnya tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia Melayu sehari-hari. Mereka semakin lama menjadi 'relic' dari masa silam. Muncul pula golongan baru yang sebenarnya sama saja kesannya dalam memadamkan semangat kebebasan intelek.
Mereka adalah kuasa ulama. Kuasa raja-raja pernah dianggap 'divine' pada era pra-Islamic. Sekarang kerana kebangkitan 'Islam' maka 'divinity' raja-raja sudah mula dipersoalkan. Ramai manusia Melayu yang terpelajar yang tidak suka melihat 'telatah para baginda' mula mengalihkan kesetiaan dan keyakinan tidak berbelah bahagi kepada para ulama - yang kebanyakkannya diangkat sendiri oleh pengikut mereka. Malah ada yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai ulama.
Ini sebenarnya bertentangan dengan seruan Allah sendiri dalam Quran. Allah minta kita menggunakan akal, logic dan common sense. Itu senjata yang ampuh disediakan oleh Allah kepada manusia untuk menjadi khalifah di mukabumi.
Akal juga membezakan kita dengan binatang yang lain.
Quran 10:100
"Allah will not guide those who defy their common sense".
2 comments:
Aku Hensem
Malas berfikir...macam org Arab tu yg banyak student Melayu nk pegi middle east blaja agama,sains,medic...
Blaja sains and medic in middle east???
Sayang Banget. Mengapa Melayu Malaysia Males Banget. Puluhan Tahun ada NEP tapi tak Mampu Mengimbangi Cina dalam hal Penguasaan Ekonomi. di Indonesia Penguasa Orde Baru Lebih Pro Pengusaha Cina Ketimbang Pengusaha Muslim. Karena Takut yang Berlebihan Terhadap Kelompok Muslim Indonesia yang Mampu mengimbangi Pengusaha Cina
Post a Comment