Followers

Thursday, October 13, 2011

Permudahkan Urusan Nikah Kahwin

Saya setuju dengan pandangan Dr. MAZA dalam twitternya. Pengalaman peribadi saya berkahwin di Ireland, imam hanya perlu menjalankan acara akad nikah semudah mungkin.
Di Malaysia, sesetengah jurunikah seperti sengaja menyusahkan pengantin. Mereka bagaikan 'membuli' pengantin, minta pengantin melafazkan semula akad nikahnya dan sebagai.
Tak perlu itu semua. Tak perlu membirokrasikan kerja yang dihalalkan Allah.
Saya berkahwin di Ireland tanpa mendapat kebenaran jabatan agama. Alasan saya mudah, sebagai lelaki mengapa perlu jabatan agama membenar atau tidak membenarkan saya. Kahwin adalah hak saya. Period.
Sekembali ke Malaysia, saya dan isteri memfailkan pendaftaran kami. Semua sudah lengkap kecuali saya tidak pernah menghadiri kursus kahwin.
Pegawai jabatan agama memaklumkan, untuk didaftarkan di Malaysia, saya WAJIB mempunyai sijil kursus JAIP, atau perkahwinan saya tak boleh didaftar. Semuanya kerana saya 'tak minta izin untuk kahwin' di luar negara.
Kami sudah mempunyai seorang anak dan pegawai masih mengatakan WAJIB hadir kursus kahwin. Saya dan isteri mengalah dan kami menghadiri dua hari kursus itu dengan membawa bersama anak kami yang baru beberapa bulan.
Selepas sudah lengkap semuanya, saya perlu ditemuduga untuk mengeluarkan sijil kahwin. Saya perlu mengisi satu borang lagi yang bertanya soalan-soalan yang tak relevan seperti berapa KM jarak tempat saya nikah dengan Malaysia, jika di Malaysia pukul sekian, di sana pukul berapa dan lain-lain.
Malah pegawai mengugut saya andai saya tak daftar nikah anak saya tidak boleh didaftarkan. Saya bertanya berani atau tidak secara rasmi mereka mengata perkahwinan saya tidak sah dari segi syarak dan anak saya anak haram?
Jawapan mereka perkahwinan saya sah dan anak saya halal kerana saya mempunyai sijil kahwin dari imam yang diiktiraf kerajaan Ireland.
Kesimpulannya, mengapa susahkan muslim yang ingin berkahwin dan memikul tanggungjawab rumahtangga? Tahukah mereka sekian banyak anak muda yang lebih mudah berzina dan sekedudukan di ibukota kerana bermacam-macam syarat yang ketat dikenakan untuk mereka bernikah.
Belum diambil kira soal adat, hantaran yang tinggi. Mengapa jika disebut jabatan agama mesti sinonim dengan menghukum.
Tangkap orang tak puasa, tangkap orang tak solat jumaat, tangkap orang beli nombor ekor, ketatkan proses nikah dan cerai. Di mana kebajikan?
Adakah Islam hanya bermaksud menghukum dan mendera, soal bersedekah, tolong orang gelandangan, anak yatim dan ibu tunggal dibiarkan pada gereja seperti berlaku di Selangor?
Jabatan agama tidak boleh dilihat sebagai lembaga yang menakutkan. Islam bererti sejahtera.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

11 comments:

Jeepers Creepers said...

betul betul betul saya setuju hehehe :)

HANG JEBAT said...

SOKONG 100% .MEMANG BENAR JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA/NEGERI2 LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN PROSEDUR CIPTAAN DARI MENGGUNAKAN PROSEDUR YANG TERMAKTUB DALAM AL QURAN,UPACARA AKAD NIKAH PUN KADANG2 MENJADI PAYAH, KENA LAFAZ SAMPAI BERPULOH KALI PUN ADA, JABATAN AGAMA TAK BAGI KURSUS KE KAT TOK KADI YANG BAGI NIKAH NI?

MENGAPA ISLAM LEMAH?
KERANA PERSOALAN POKOK TIDAK DISELESAIKAN ,

CONTOH 1.MENGAPA BERZINA?
JAWAPAN
KERANA TAK KAHWIN?
KENAPA TAK KAHWIN?
SUSAH NAK KAHWIN PROSEDUR SUSAH DUIT HANTARAN TINGGI?

JADI MENGAPA PERMASALAHAN PROSEDUR SUSAH DAN HANTARAN TINGGI TIDAK DISELESAIKAN?
MUDAHKAN PROSES PERKAHWINAN
BANTU MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN,
WANG ZAKAT BOLEH DIGUNAKAN DIBAWAH ASNAF(FI SABILLILLAH) BETUL TAK?
BUKANKAN BERKAHWIN ITU BERADA DI JALAN ALLAH?

PLEASE LA JABATAN AGAMA. JANGAN SAMPAI ISLAM HANCUR PUNAH RANAH DISEBABKAN BEBERAPA PROSEDUR PENTING INI DIKETATKAN.

PERMULAAN INTITUSI MASYARAKAT BERMULA DARI KELUARGA, KELUARGA BERMULA DARI PERKAHWINAN.

Anonymous said...

assalam...
yg ni aku 1000% setuju...kerana pernah mengalami pengalaman berkahwin...yg paling aku tak faham ialah...kenapa maskahwin tu mesti ditetapkan oleh pihak ketiga...kononya dah ditetapkan oleh pihak berkuasa la tu...sedangkan yang berhak adalah pengantin perempuan...berapa saja yg diminta oleh pengantin perempuan...itu adalah maharnya....wajib disediakan oleh lelaki...ini tidak siap tarbiyah aku...anak dara bernilai RM... manakala janda pula RM... maskahwinnya.....tak boleh kurang dari yg ditetapkan...siap buka buku lagi tu...hahaha...betul2 mengarut sudah dunia ni...ingat bakal isteri aku tu harganya RM... saje ke...bodoh punya orang...

panas mendidih said...

sy setuju jab agama islam melonggarkan sikit syarat-syarat bernikah ni. nikah itu perkara yang dituntut kenapa nak disusahkan orang yang berniat baik untuk mendirikan masjid ?? dengan borang itu ini la sijil la ulang-alik berkali-kali ke pej agama macam-macam lagi. buang masa tenaga wang ringgit jer. memanglah alasannya untuk menjaga institusi keluarga tetapi kenalah seimbang jangan sampai menyusahkan pulak orang yang nak berkahwin. sekarang pun boleh lihat kesannya berapa banyak bayi-bayi malang yang dibuang sana-sini macam sampah. yang penting rukun nikah undang-undang Allah itu yang diikut bukan undang-undang yang ditokok-tambah manusia untuk menyusahkan dan mengelirukan Islam itu sendiri.

Anonymous said...

STB patut cakap pegawai JAIP tu bodoh sebab JPN terima pendaftaran bayi yang baru dilahirkan. STB patut belajar lagi dengan ADUN Tahan bab nikah kahwin hahahahah.

Anonymous said...

setuju sesangat. saya org sarawak, bakal suami org semenanjung, kami akan berkahwin tak lama lagi, proses mcm nak mampus...bakal suami kena amik borang untuk mengesahkan masih bujang, kena pergi tempat asal dilahirkan dan minta pengakuan serta tanda tangan pegawai A....or ketua kampung, or penghulu. lepas tu belum lagi itu ini...saya sendiri juga tension, dengan harga segala semakin meningkat, tambah2 lagi kalu kat swak ni semua harga naik...banyak sangat kerenah nya. sedangkan kalu nak nikah sivil untuk org bukan islam bukan main senang lagi. bukan nak mempertikaikan apa2, kan ni benda elok, bagila senang sikit, janganlah membirokrasikan urusan nikah kahwin...

Anonymous said...

Alasan saya mudah, sebagai lelaki mengapa perlu jabatan agama membenar atau tidak membenarkan saya. Kahwin adalah hak saya. kalau kahwin tu hak awak, kenapa susah-susah nak daftarkan perkahwinan tu, tak perlulah surat nikah... ke macamana....

Anonymous said...

memang setuju orang bijak agama pandai cakap sahaja...kebanyakannya lebih menggunakan hadis yang dikatakan dari Nabi Mohamad dan jarang menggunakan al-Quran sebagai panduan...al-Quran itu lengkap tetapi mereka tetap ingin mencari selain daripada al-Quran.

sri tribuana said...

Salam semua, Anon 10:28, sebenar tak timbul soal pendaftaran anak saya. Anak saya sudah didaftarkan di kedutaan Malaysia di Ireland. Kedutaan Malaysia terima sijil nikah saya dan anak saya sudah ada my kid pun.

Anon 11:11, cerita ini utk dikongsi bersama dan bukan hal personal. Soal saya sudah selesai tetapi mengapa disusahkan seorang muslimin yg ingin mengikut jalan yg diredha Allah. Quran kata "aku turunkan Quran bukan utk menyusahkan kamu". Yang menyusahkan adalah undang2 manusia yg menggunakan nama Allah, yg mana itu adalah salah. Saya sudah ikut semua kehendak mereka termasuk pergi kursus walaupun sudah ada seorang anak, mengapa masih nak susahkan cara walhal kalau bukan dlm islam pun hak beristeri adalah hak yg dibenarkan oleh masyarakat sivil. Sbb itu kahwin sivil lagi mudah. Sebagai student law, saya ambil family law. Jika tidak daftar byk masalah akan dtg, soal harta sepencarian, soal nafkah isteri, soal hak penjagaan anak dan harta warisan. Saya setuju perlu ada sistem tp jgn rigid sgt seolah2 undang2 itu written in stone. Igt, undang tu bukan hukum Allah dan tak boleh menzalimi ummah.

Anonymous said...

Aiya, sebenar prosess menyusahkan ini adalah untuk menyenagkan para ustaz ustaz terbabit senang untuk kawin empat

Mael Hashim said...

Betul, lihat berikut ini bagaimana susahnya proses nak kahwin di Selangor.

1. Kena cuti untuk ambik borang mohon kahwin di Pejabat Agama. majikan swasta ada peraturan kalau keluar pejabat lebih 2 jam dikira cuti tahun.

2. Borang ada 4 mukasurat. Balik baca borang dulu. Bagi yang pertamakali dapat borang, memang terkebil-kebil nak fahamkan.

3. Isi borang. Bukan senang nak isi hampir 50 ruang untuk diisi. Kena buat sikit-sikit. kalau nak buat sekaligus dalam 2 jam memang tak bole siap.

4. Kena fotostet IC sendiri, IC ayah atau emak, IC bakal isteri. Semua 2 salinan. Kena pergi kedai nak buat fotokopi.

5. Jumpa ketua kampung untuk dapatkan tandatangan di borang. Kalau nasib baik, cari 2 atau 3 kali baru ketua kampung ada kat rumah.

6. Kena jumpa jurunikah tempatan untuk tandatangan pada borang. bagi yang pertamakali nak nikah, kediaman jurunikah mana lah nak tahu. tanya 3 atau 4 orang barulah tahu jurunikah duk kat mana. Lepas tu, bila datang rumah jurunikah, dia tak ada kat rumah. baru tau, rupanya jurunikah tu guru agama sekolah agama. Kena pergi sekolah agama cari ustaz tu. Rupa pun tak kenal, terpaksa banyak bertanya guru2 yang.

7. Sebelum jurunikah tandatangan, dia soal macam-macam. Rupanya dia minta kita ajak saksi pulak. Terpaksa balik rumah dulu, fikir-fikir siapa yang nak diajak jadi saksi. kalau nasib baik, orang pertama kita minta tolong terus mahu jadi saksi. Bukan saksi nikah, tapi saksi tandatangan. saksi kita terpaksa ambik cuti. kan nyusahkan orang lain tu.

8. Bila saksi dah sedia, jumpa lagi jurunukah. Jurunikah bukan terus tandatangan, tapi soal macam-macam, lebih-lebih lagi kalau dia tak kenal kita. Memang lah dia tak kenal kita. Masa tu kita berdebar-debar, entah-entah jurunukah tak mau sain, alamat aku tak bole kawin. Terbayang nak nikah kat siam aje, senang. Tapi, Bila dia sain, legaaaaa ....

9. Hantar borang yang lengkap ke Pejabat agama. Kena cuti lagi. kalau nasib tak baik, orang ramai kat pejabat agama, kena tunggu giliran. Dah ambik masa sekurang-kurangnya setengah jam. kalau datang dah agak tengahari, staf pejabat agama pun dah penat, dapatlah kita tengok muka dia yang masam dan bahasa kurang PR (public relation).

10. Lepas hantar borang, kena tunggu pegawai tetapkan tarikh nikah. Kalau nasib baik, kena tunggu setengah jam. Kalau tak, mau-mau 2 jam baru dapat tarikh nikah.

11. Lepas dapat tarikh nikah, kena hantar satu salinan ke bakal isteri. kalau dia dekat OK, kalau jauh terpaksa cuti lagi.

Begitulah susahnya nak kawin. kalau dapat bini yang cincai, memang panas hati bila teringat susahnya nak isi borang nak kawin.