Followers

Monday, October 24, 2011

Robinson Crusoe - Protes Terhadap Dunia Kebendaan.

Tahunnya adalah 1993, saya masih menuntut di Uitm. Saya sering berbincang dengan Encik Darby, seorang pensyarah undang-undang di fakulti saya. Saya masih ingat kata-katanya: "Sekarang ini, jika kita pergi ke kenduri, majlis, keramaian dan sebagainya, kita akan dengar orang-orang Melayu akan cakap tentang duit, duit dan duit. Kadang-kadang saya lemas."

"Tak ada lagi orang nak bercakap soal iman ke, soal ilmu ke, atau soal seni atau falsafah." Tambahnya lagi.

Tahun berkenaan Malaysia dikenali sebagai 7 Harimau Asia. KLSE adalah lubuk duit. Peguam, guru, doktor, pensyarah sanggup berhenti kerja untuk menjadi remiser. Dari satu segi ianya sangat baik. Semboyan 'Melayu Baru' yang sering dilaungkan oleh Tan Sri Muhamad Taib sering berkumandang.

Sepertinya duit minyak Arab, suatu hari nanti telaga akan kering. Jepun yang tiada sumber asli mampu menjadi kuasa ekonomi kerana menguasai ilmu. Kebanyakkan orang-orang kaya Malaysia, terutama Melayu tidak menjadi kaya kerana 'mencipta' tetapi kerana dasar affirmative action.

Mendapat faedah dari dasar ini, ramai orang Melayu mula hidup mewah. Tidak salah hidup mewah tetapi salah apabila kemewahan tidak datang dari 'creativity', lebih dari patronage dan rent-seeker. Apabila kekayaan Malaysia sudah tidak ada, mereka masih rakus mengejar kekayaan tanpa susila, batasan dan moral.

Selepas Revolusi Industri pada tahun 1800, dunia Barat sudah berubah apabila semua manusia mengejar kebendaan. Sifat-sifat manusiawi semakin terhakis. Kaum pemodal hanya memikirkan bagaimana ingin memaksimumkan untung. Penindasan kaum pekerja berlaku dimana-mana.

Manusia hanya terbahagi kepada golongan 'have' and 'have not'. 

Daniel Defoe menulis novel Robinson Crusoe tentang seorang pertualang yang mengembara mencari kekayaan dunia. Kapalnya terdampar di sebuah pulau dan semua anak-anak kapal mati kecuali Robinson Crusoe. 

Sekarang Robinson Crusoe memiliki segalanya. Segala harta pedagangan kapal berkenaan ada ditangannya kerana beliau satu-satunya survivor dalam nahas berkenaan. Namun apa yang boleh beliau lakukan dengan harta itu apabila beliau satu-satunya manusia di pulau itu sebelum kedatangan Friday.

Robinson Crusoe merindui sentuhan manusia. Apabila Friday muncul, mereka bergaduh soal pegangan agama walaupun di pulau kecil itu namun persahabatan walaupun dengan seorang yang tidak bertamadun lebih berharga dari segala harta yang beliau perolehi.

Kemajuan dan kekayaan ada baik, dan ada buruknya. Jika kita membicarakan soal globalisasi, isunya tentang ekonomi, tentang bagaimana negara kaya dan lebih maju akan menelan negara kecil dan lemah. Dalam salah satu posting Outsyed The Box A Unique Kampong beliau memuji sebuah perkampungan di China, Huaxi yang mempunyai bangunan pencakar langit, penduduknya kaya-raya, mempunyai rumah, kereta, duit 250,000 USD dalam bank, mendapat khidmat perubatan percuma dan pendidikan percuma.

Saya terpegun hingga seorang memberi komen yang bunyinya begini:



"-thethinker- said...




Syed.. pls see thing from diff angle , i dont think that u wan to live in that kg if u know that :1. u need to work 364 days /year . no cuti hari ahad .

2. U need to apply to go holiday which subject to approval , where normally u wont get."



Yueyue telah meninggal dunia tanpa dihiraukan oleh manusia yang tidak berjiwa.

Hidup dalam dunia material, Yue Yue tidak sempat menjadi 'Material Girl'.

Nasib baik Madonna sempat.




4 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

FIRST

sri tribuana said...

Salam,

Saya kurang faham maksud saudara.

Anonymous said...

Jangan cari kejujuran pada orang Melayu sekarang.Hampir kseluruhan
memuja [BUDU].
Orang politek,orang agama,pendidek dan semua orang sangat genbira bila
PM bentang bajit baru baru ini,sebab dapat duit.Mereka tidak pernah fikir batapa susahnya dan sukar kerajan dengan pegawai pegawai memeras otak mencari duit,terutama pendidik[GURU],
mereka dah borak dikedi kopi,sehinggakan
pegawai pegawai lain naik marah.
Orang Agama pulak sibuk bersarah disurau dan masjid,bedakwah dan kerana ALLAH katanya,isi ceramah kurang sangat,banyak
sangat perkara yang tidak berkaitan dengan keaadan mesyarakt islam semasa.Lepas ceramah salam dan terima
sampul putih,duit juga rupanya.

Kerana [budu] negara boleh tegadai,
Kerana [budu ]Iman diketepikan
Kerana [budu]Perwakilan UMNO boleh
lupa metalamat dan tujuan.

aku tak BENCI sama budu, tapi aku sedih orang
MELAYU ISLAM sembah [BUDU]


.Hidup anak omak dengan [BUDU BUDU[nya

tk.

Anonymous said...

AKU HENSEM

Tk payah faham bang dh addicted nk jd first commentators tk baca lg dh nk komen. org skrang panggil peel camni poyo giler