Followers

Sunday, October 9, 2011

Bajet 2012.

PM sudah mengumumkan bajetnya pada hari Jumaat baru-baru ini. Antara intipati bajetnya adalah:

1. Kenaikkan gaji kakitangan kerajaan antara 7%-13%.
2. Bonus setengah bulan gaji kakitangan kerajaan.
3. Umur wajib persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.
4. Bantuan RM500 kepada isirumah berpendapatan RM3000 kebawah.
5. Hapus yuran sekolah menengah dan rendah.
6. Baucar buku sebanyak RM200 kepada pelajar tingkatan 6 dan universiti
7. Pencen pegawai kerajaan naik sebanyak 2% setahun
8. Caruman KWSP oleh majikan dinaikkan kepada 13%
9. Akaun KWSP boleh membiayai menunai fardu haji.
10. Setiap pelajar mendapat bantuan sebanyak RM100

Bajet ini bertujuan meringankan beban rakyat. Kerajaan berniat baik walau pembangkang menuduh ini bajet pilihanraya atau 'gula-gula' buat rakyat. Peliknya mereka juga menuduh bajet ini ditiru dari Buku Jingga. Dengan kata lain mereka akui mereka menggula-gulakan rakyat?

Dari satu sudut lain, saya juga meluat dengan pembodek kerajaan hingga ada yang menyifatkan bajet ini yang terbaik sejak mereka menjadi ahli parlimen.

Ke mana pergi harga diri sedangkan selama ini semua orang sangkakan anda orang berprinsip dan bermaruah?

Bagi saya ini hanya bajet rutin. Bajet yang dibentang tiap-tiap tahun sejak era TDM, Pak Lah dan sekarang DS Najib. Hanya bajet yang bukan miracle mampu menyelesaikan masalah sekelip mata. Mana perginya common sense setiap orang?

Jika boleh saya komen, saya setuju bajet ini semacam bajet 'one off' yang banyak selesaikan masalah sementara bukan jangka panjang. Saya menanti sesuatu yang lebih besar kesannya seperti penurunan harga petrol dan penurunan harga makanan.

Lebih bimbang bila gaji pegawai kerajaan dinaikkan, harga barang akan meningkat naik, inflasi gagal dibendung dan semua rakyat merasai peritnya.

Apa komen pembaca sekelian?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

Anonymous said...

Salam Muaillakum Wan Shahrir @ STB.

"Dari satu sudut lain, saya juga meluat dengan pembodek kerajaan hingga ada yang menyifatkan bajet ini yang terbaik sejak mereka menjadi ahli parlimen."

Itu adat kita MELAYU, mengatakan yang terbaik berbanding masa. Lihat saja Sejak YB Menteri kewangan pertama bentang bajet, mesti ada dikalangan AP parti pemerintah ,khas nya UMNO mengatakan bajet terbaik, lebih lagi kalau menteri kewangan itu juga PM, Lihat saja Masa Tun M, Pak Lah , begitu juga. Jadi jangan heran puji itu bermaksud ampu bodek dan takut tergelincir periuk nasi dan terbang jawatan. Kita pun orang yang memuji siapa dia.. semua orang kenal pendirian nya. Jadi jangan kita ambil pusing lah. Yang penting kalau bajet memberi aedah kepada kita sebagai rakyat, kita sama-sama bantu menjayakan nya. Kalau kerajaan laksanakan GST dan kurangkan cukai pendapatan individu, maka lagi lah bermakna.

Kg. Cebong ,TQ

Anonymous said...

"pembangkang menuduh ini bajet pilihanraya atau 'gula-gula' buat rakyat. Peliknya mereka juga menuduh bajet ini ditiru dari Buku Jingga. Dengan kata lain mereka akui mereka menggula-gulakan rakyat?"

Perangai biasa Pembangkang. Bercakap tanpa berfikir.

"saya juga meluat dengan pembodek kerajaan hingga ada yang menyifatkan bajet ini yang terbaik sejak mereka menjadi ahli parlimen.
"

Setiap kali lepas pembentangan budget, memang meremang bulu bila dengar ulasan dari ahli politik di TV atau suratkhabar. Kalau dari BN mesti memuji. Jika dari Pembangkang, mesti mengkritik. Semuanya pada saya ulasan tak ikhlas. Tak dengar pun tak apa. Lebih baik dengar ulasan-ulasan dari pakar-pakar ekonomi dan cukai.

Pada saya Bajet tahun ini "not too bad". KR1M saya suka. Kebajikan guru, doktor, tentera & polis memang patut diutamakan. However, terlalu banyak emphasis pada FELDA agak memualkan. Teksi lagi satu, harap2 mereka lepas dah dapat macam2 jangan terus nak menipu & mengetuk pelanggan.

RCZ

Siti said...

No 7 dan No 9 tu kurang tepat.

"7. Pencen pegawai kerajaan naik sebanyak 2% setahun".
- Pencen hanya akan naik 2% mulai tahun 2013 bukan 2012.

"9. Akaun KWSP boleh membiayai menunai fardu haji."
- Wang caruman (minimum RM 1300) ini hanya sebagai penjamin untuk membolehkan seseorang itu mendaftar bagi menunaikan haji sekiranya simpanannya dalam tabung haji tidak mencapai RM 1300 semasa mendaftar. Wang ini tidak dikeluarkan daripada KWSP, masih disimpan di situ.

Anonymous said...

AKU HENSEM

....the future event which shape the current event-George Soros

Whatever the left side give, the right side will take it back