Followers

Wednesday, October 5, 2011

Generasi Google.

Bila berbual-bual dengan pemuda sebaya isteri saya, mereka sering menggunakan perkataan 'google'. Untuk makluman, isteri saya berumur 26 tahun. Semasa kami di Ireland, housemate isteri saya berseloroh mengatakan saya seperti Gengkhiz Khan, kerana memakai topi bulu yang menyerupai warlord Monggol itu ketika musim sejuk.

Isteri saya tidak mengenali Gengkhiz Khan, lalu housematenya berkata: "You should google him." 

Google sebagai search engine sudah menjadi perkataan semanticnya sinonim dengan 'cari'. Google itu, google ini, dan mereka sudah tidak guna perkataan 'cari' atau 'search' lagi. Sebut 'google' sudah menghantar makna pencarian dalam dunia cyber. Dan perkataan itu sangat berpengaruh.

Seorang yang berlagak maha tahu, dalam dunia cyber sering dipanggil 'Professor Google'. Ini kerana dalam dunia internet, kita boleh google apa saja, lantas boleh menutupi kejahilan seseorang seolah-olah dia tahu semuanya. Jika zaman sedikit dahulu, julukan 'professor serba tahu' dari karakter komik Gila-gila mungkin mengandungi kesinisan yang sama.

Mungkin maksudnya mereka tidak memiliki disiplin ilmu apa yang mereka perkatakan atau hanya pseudo, namun maklumat dihujung jari boleh menampakkan mereka 'cool'.

Ada sesuatu yang juga membimbangkan terhadap fenomena 'google' ini. Gejala ini menjadikan golongan pembaca tradisi seperti Johan Jaafar semakin lama semakin pupus. Kepada generasi X dan Y, mereka akan google sahaja apa yang mereka ingin tahu, dan akan mendapat 'wiki' atau 'quick' info terhadap sesuatu perkara. 

Ini memudahkan kerja, nampak canggih, tak perlu buku tebal-tebal namun ia semakin menjurus kepada generasi pseudo-intellectual. 

Kecenderungan untuk membuat penyelidikan berdasarkan wikipidea, google dan blog adalah sesuatu yang kurang sihat tanpa disokong oleh pembacaan yang serius dalam sesuatu disiplin ilmu. Seperti keupayaan nenek moyang manusia menghafal yang dirosakkan oleh tulisan, begitu juga 'generasi google' dirosakkan oleh 'quick info.' 

Kita bakal melahirkan lebih ramai armchair strategist dan armchair scholar. Lebih tepat, kita akan melahirkan lebih ramai 'professor google.'


1 comment:

Anonymous said...

a fresh perspective about knowledge at your fingertips. tapi betul juga kan? bakal melahirkan jack of all trades, master of none. i really like your views.

tapi saya pasti ada juga yang menggunakan google untuk melakukan kerja yang lebih berfaedah contohnya bila membaca pasal genghis khan, mungkin tertarik untuk memahami sejarah dan empayar kerakusannya. Jadi sebab itu ramai yang melekat didepan komputer membaca dan membaca selama berjam jam. Itu salah satu sebab saya mula tertarik dengan economics.

tapi itu pendapat saya je, saya pon tak tahu sebab saya pon "google je"... :)

imp