Seorang pemimpin, tidak kira apa jawatan dalam parti adalah liabiliti kepada BN jika melakukan 'kesalahan' seperti ini.
Kita sayangkan parti lebih dari mana-mana individu, jadi pucuk pimpinan tolong selamatkan BN dari kerakusan pemimpin seperti ini. Benar saya pro BN tapi sebagai rakyat, saya tetap tidak suka pemimpin seperti ini dicalonkan bertanding mana-mana kawasan parlimen pun.
Mulanya hanya blogger yang angkat isu ini. Kemudian AG sendiri menyatatkan dalam laporan ada sesuatu yang tak kena. Banyak perkara dalam laporan AG yang kurang enak didengar. Kuda yang tidak boleh berlari bernilai jutaan, sebuah teropong bernilai RM 53000, dan projek lembu jutaan yang juga gagal.
Dalam era rakyat inginkan transperancy, pemimpin seperti ini merupakan dinasour, species yang sepatutnya sudah pupus. Dinasour tidak memahami persekitarannya, lantas masih bertindak seolah-olah ianya masih gagah.
Rujuk kepada blog Aku Peduli Apa. Juga blog Din Turtle. Kedua-duanya blogger pro BN tapi hati nurani mereka - seperti saya - tidak boleh menerima pemimpin seperti ini. Kerana kerbau seekor akan terpalit lumpur yang lain.
Banyak kepincangan dalam laporan AG, malah Tun Dr. Mahathir juga ada membuat teguran. Mungkin bukan semua salah BN kerana ada antaranya bidangkuasa pegawai kerajaan. Laporan AG tahun lepas juga ada isu sebuah laptop bernilai RM 43,000. Namun tidak ada siapa yang terhukum.
Bazir Wang Negara Satu Pengkhianatan tulis Datuk A. Kadir Jasin dalam posting terbarunya.
The buck must stops here. We want to see some head rolling.
4 comments:
Salam bro. Aku setuju sangat dengan tulisan bro ni.Kita memang penyokong setia UMNO,Namun kalau UMNO mencalonkan pemimpin yg haprak bagaimana kita akan mengundi?.Aku memang pasti akan memberikan undi kepada pembangkang kalau UMNO letak calon yg haram jadah sebagai calon
Assalamualaikum, sebenarnya klu nak diikutkan sepanjang perkhidmatan beliau, DS sbg MP di parlimen Lembah Pantai dulu sebenarnya beliau amat disenangi oleh penduduk setempat kerana menjalankan tugas yg sgt baik berbanding dgn anak ketua pembangkang yg kini dikatakan lgsg tidak mengendahkan keluhan penduduk di sana. Saya dpt tau drpd seorg pemandu teksi yg tggl di sana dan keluhan warga internet drpd kawasan parlimen sana..
Emak saya juga mengenali beliau DS secara peribadi selama hampir 20 tahun kerana kebetulan adik beliau juga pernah tggl berjiran dgn kami di Damansara. Malahan jika menghadiri majlis kenduri yang diadakan di rumah adik beliau pun beliau tidak dpt untuk serta dalam masa yang lama kerana terikat dgn tugasan menteri dan parlimen serta jadual yg padat.
Kekalahan beliau di tangan anak ketua bekas timbalan perdana menteri juga boleh dikatakan agak mengejutkan kami sekeluarga meskipun ketika itu saya seperti golongan muda lain berpihak kpd pembangkang. Emak saya juga berasa sedikit kecewa kenapa calon spt DS boleh kalah sedangkan banyak jasa beliau thdp warga parlimennya. Apa yg pasti, beliau adalah mangsa tsunami politik 2008 lalu.
Bagi pendapat saya pula, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau berundur sama ada pulang bertanding di Pulau Pinang pula ataupun bersara dari politik terus. Apa yang pasti, nama beliau juga sering dikaitkan dgn nama orang2 kuat Pak Lah hanya kerana berasal dari negeri yg sama dan begitu juga barisan kabinet.
Mungkin sudah tiba masanya bagi kepimpinan Umno untuk mengetengahkan muka2 baru supaya parlimen lembah pantai dapat dirampas semula. Apa lagi dgn kedudukan anak ketua pembangkang itu umpama telur di hujung tanduk kerana tiada jasa utk penduduk setempat dan boleh dikatakan hanya makan gaji buta sbg MP. Peluang utk menguasa kerusi parlimen itu mmg cerah tapi bukan dgn bantuan DS.. sudah tiba masa untuk beliau berundur.
bazirkan wang negara satu pengkhainatan?.Itu lah yang terjadi dewasa ini di negara kita, bapa borek, anak rintik?, siapa berani melakukan perkara pembaziran wang rakyat, jika tiada tok guru?, yang melakukan tahu itu salah dari segi etika, undang2, agama juga resam kita, tapi mereka yang melakukan ini tamak!!, orang lain boleh buat kenapa aku tidak?.
kita tidak menurut ajaran agama masing2, jika semua betul di atas muka bumi ini, maka tiada lah terdapat, orang orang yang miskin kedana?, dah lah mengurus harta awam mengikut cara mereka sendiri, yang lebih malangnya melampaui batas, sehinggakan kita terlupa bahawa maseh ramai rakyat kita yang miskin?
mereka mereka ini sudah pasti tidak akan berubah sampai bila bila, kerana mereka mempunyai nafsu yang tinggi dalam memiliki kekayaan. mereka lupa bahawa, mati mereka nanti, tidak akan menaiki kapal terbang,BMW dan apa2 lagi? untuk menuju padang mahsyar!!!, tinggal lah apa jua kekayaan di dunia ini untuk diwarisi oleh keturunan kita juga kroni kita, sedangkan kita tak aman disana dengan gelagat mereka yang kita tinggalkan?
Orang Lembah Pantai memang pandai.Ditolak rakyat pun masih ditimang oleh Tun DOL.Dijunnjong hebat pulak oleh minah2 UMNO.Dia orang salahkan T.Fidah bila UMNO/BN
kurang sokongan semasa PRU 12,dengan
gaya sedeh dan senyum melirit dibuat2,maka tertidurlah TUN DOL.Budak tngkat 4 pun masuk jarum,terwangilah semula yang hapak haprak.Budak tingkat 4kata T.FIDAH orang TUN MAHADIR.TUN DOL
dan hantu tngkat 4 sangak benci TUN MAHADIR,sebab TUN MAHADIR balun dia orang
kerana perkara2 yang tak dilakukan kapada
UMNO DAN NEGARA.
PRU13 aku yakin ditanding lagi,lembu di
N.Sembilan tentu sokong dia,sebab dia pandai jaga lembu,sampai lembu mogok tak
mahu beranak ,asyek sangat dengan sengeh
dia.
Bab salah urus dan ketirisan tu pulak,senang saja dijawab.Pegawai taktangong jawab dan tak ikut nasihat serta
arahan saya dilangar,habis cerita,,,,lepas
tu dia senyunnnnnnnn kat PM.PM pun tutup
cerita,
ANAK OMAK SENYUM SELALU,,,,TK.
Post a Comment