Followers

Monday, October 10, 2011

Wajar Elaun Ahli Parlimen dinaikkan?

Antara cadangan Bajet 2012 baru-baru ini adalah menaikkan elaun Ahli-ahli Parlimen. Jika tidak silap, elaun Ahli Parlimen sekarang lebih kurang RM 6000.

Ini bermakna elauan MP kita sama taraf dengan Pengarah Gred 48 dalam kerajaan. Secara peribadi saya sering merasakan MP kita memang dibayar rendah elaunnya.

MP perlu selalu turun ke kawasan dan mendengar masalah pengundi, tidak seperti pegawai kerajaan yang tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk melayani pengundi.

Bukan semua MP kaya raya dan jika pendapatan mereka kurang dari perbelanjaan, ini membuka ruang kepada korupsi. Kita ambil contoh Singapura, mereka membayar tinggi kepada ahli politik mereka supaya dapat mengurangkan korupsi.

Jika ada rungutan mungkin adalah kerana ekonomi yang tidak memberansangkan jadi bukan masa yang sesuai untuk naikkan elaun MP, yang rakyat sering mempunyai presepsi sudah kaya raya.

Namun saya tetap berpendapat seseorang MP wajar berpendapatan sekurang-kurangnya dalam RM10,000 sebulan sebagai dari elaun Ahli Parlimennya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah membangkang namun sebagai Bekas Timbalan Perdana Menteri, saya percaya Anwar sudah mengumpulkan 'war chest'nya semasa di dalam UMNO. Secara tidak langsung, Nurul Izzah juga mendapat manafaat sebagai waris dinasti politik Anwar.

Tapi fikirkan MP-MP biasa yang kurang bernasib baik, tanpa mengira parti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

Anonymous said...

Bila PM kata gaji staff kerajaan naik hingga 40% ... pasti harga barang akan naik ... sekurang-kurangnya 45%.

Kenalah naikkan gaji MP-MP kita ... uth mengimbangi kenaikan harga barang ... yg pasti berlaku.

Siapa yg nak naikkan ... pendapatan petani & nelayan dikampong ?

Siapa yg nak naikkan ... gaji pekerja swasta ?

Lebih teruk dari hamPAS.

Anonymous said...

salam STB,

Kas tak campur . Soal nya kenape beriya sanggup berperang hanya untuk jadi AP dan DUN. Tentu bukan soal elaun RM 6000+, tentu ada sebab lain kok, umpama nak berjuang untuk agama , bangsa dan negara kok. Makna untuk dapat pahala, bukan soal duit. Apa kata DS Najib semalam: Kalau nak menang buat cara nak menang, jangan sabotaj calon sendiri.Sabotaj kerana nak jadi calon, makna bukan pasal gaji atau elaun.

Anonymous said...

Membangkang secara banggang. Kalau tak nak pun, ambil saja lah dulu. Lepas tu sedekah atau salurkan pada Pusat anak2 yatim atau Rumah orang tua, tanpa mengira bangsa & agama, secara bergilir. Buat naya Wakil Rakyat lain yang jujur dan tidak kaya raya seperti mereka. Nak tunjuk baik tak kena tempat. Nampak sangat mereka tidak pedulikan masaalah orang lain. Banggang punya Pembangkang.

RD

chenerong ular said...

elaun bagi AP juga ADUN memang lah rendah jika kita bandingkan dengan kelompok kaki tangan kerajaan juga swasta yang bepangkat tinggi, jangan kita lupa bahawa, elaun rendah?, tapi mereka rata rata bependapatan TINGGI, tak kira lah AP atau ADUN dari belah mana?, yang pentingnya mereka disebelah kerajaan, baik persekutuan mau pn negeri, kuasa ada di tangan mereka ?, tapi yang menjadi mangsa mereka mereka yang kurang pandai mencari punca pendapatan lain?, TAPI HERAN JUGA YER, MASEH BEREBUT REBUT MAU JADI CALUN, UNTUK APA YER?, LU FIKIR LAH SENDIRI.