Followers

Saturday, October 15, 2011

Lagi Kisah Sedih Orang Nak Menikah.

Pada hari Jumaat baru-baru ini saya bertemu dengan YBM Tengku Azlan di Mandarin Oriental. Kami berbual-bual sambil makan tengahari dan bertukar-tukar cerita dan isu-isu politik. Ku Lan didatangi oleh seorang yang tidak dikenali, nampak seperti pelancong luar. 

Kemudiannya Ku Lan menceritakan kepada kami, lelaki yang berusia awal 60an itu warga Australia, keturunan India-Muslim dan ingin mengahwinkan anaknya di Malaysia. Bakal menantu beliau seorang muslim dari Afrika Selatan. Menyedihkan, JAWI meletakkan syarat untuk berkahwin di sini mesti menetap di Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan. Mereka akan berangkat balik ke Australia Selasa ini.

Ku Lan minta saya cuba mendengar masalah mereka. Nama beliau adalah Mahomed Moosa, seorang doktor di Melbourne, Australia. Beliau pernah menjadi lecturer di Royal College Dublin. Beliau terperanjat dengan syarat yang dikenakan oleh penguasa agama di Malaysia.

Alasan mereka ingin mengadakan acara nikah di Malaysia adalah kerana kedudukan geografi antara Afrika Selatan dan Australia yang mungkin menelan belanja besar. Mereka memilih Malaysia sebagai titik pertemuan, kerana menyangka Malaysia sebagai negara Islam sudah tentu tidak sukar mengadakan acara nikah secara Islam di Malaysia. Apa yang beliau tidak tahu adalah kejumudan penguasa agama di Malaysia.

Sebagai muslim dan rakyat Malaysia saya berasa malu. Ku Lan juga menyatakan kejanggalan undang-undang perkahwinan di Malaysia ini sebagai aneh. Menurut beliau, kita patut galakan saudara muslim dari negara luar yang berminat untuk berkahwin di Malaysia, elok untuk industri perlancongan dan mempromosi Malaysia sebagai negara Islam moden. Realitinya saudara Islam kita ini terjebak dengan 'orang-orang agama' yang pelik, yang tidak ada dalam  dunia Islam lain meletakkan syarat sebodoh itu.

Mungkin jabatan agama memikirkan perkahwinan sebegini tidak menguntungkan kerana tiada sijil kursus kahwin yang dikeluarkan. Satu kepala sijil berkenaan yurannya RM 80. Adakah menjana pendapatan sampingan mereka perkara utama yang mereka fikirkan?

Ada masa saya tidak setuju dengan pendapat Dr. Asri tetapi dalam perkara memudahkan perkara mulia ini saya bersependapat dengan beliau. Kerana keanehan pandangan beliau, beliau dicop sebagai Wahabi. Saya rasa sampai masa penguasa agama perlu mendengar pandangan  orang ramai. Peraturan bodoh yang mereka kenakan itu bukan syarat dari Allah tapi rekaan manusia. Manusia sering berbuat kesilapan.

Ku Lan dan saya cuba membantu saudara Mahomed Moosa, anak perempuan dan menantunya untuk berkahwin di Pahang. Ku Lan akan minta bantuan Tuanku Sultan Pahang menyelesaikan perkara ini. Sepatutnya jabatan agama menjadi pemudahcara, bukan menyukarkan kerja mudah mencari keredhaan Allah.

Saudara kita Encik Mahomed Moosa akan datang kembali ke Malaysia bulan April bagi melangsungkan perkahwinan anaknya di sini, insyaAllah di Pahang. Moga Allah memudahkan segalanya.

Amin.


4 comments:

Anonymous said...

Aku harap kerajaan membuang rukun nikah yang ke enam iaitu kursus perkahwinan kerana ia tidak ada dalam Islam!!

Walau apa pun alasan, kerajaan mesti menghapuskan peraturan ini, lebih banyak menyusahkan daripada memudahkan !!

Kalau nak buat duit, cari cara lain .

Islam jangan dipersulitkan !!!!

BABA MELAKA said...

Ramai berkahwin di Siam.
Berjuta wang kita di ambil oleh kadi Siam.
Kita dok sibuk dgn kursus kahwin.
Ada peserta yg tak faham langsung kursus tu.
Asalkan hadir kursus,dapat sijil,boleh kahwin.

Anonymous said...

Kursus perkhawinan sebelum nikah , SETUJU !
pemeriksaan darah bakal pengantin sebelum nikah ? SETUJU !

kerana kedua-dua perkara itu walau tiada didalam rukun nikah tetapi penting dan harus dalam hukum utk dilakukan demi kepentingan dan kerukunan bakal penganting untuk jangka masa panjang !

teapi mensyaratkan bakal passangan mesti tinggal dalam negara sekurang2nya 6 bulan itu saya sanggat TIDAK SETUJU!
kenapa mesti buat demikian ? apa rasionalnya ? bagaimana jika cuti mereka hanya sebulan ? bagaimana jika mereka punya komitmen kerja diluar negara yg mustahak utk masa yg lama ?

pada pengamatan saya , majlis agama adalah salah satu institusi dalam negara ini yang paling lembab ! paling tidak berinovasi dan paling tidak mesra pelanggan !

jabatan agama perlu tranformasi , perlukan anjakan pradigma ,jabatan agama sejak dulu sampai sekarang bukan semakin mempersonakan tapi semakin menjengkelkan !

sri tribuana said...

Salam,

Saya dimaklumkan tiga bulan saja menetap di Malaysia, tak tahu enam bulan.