Followers

Thursday, October 20, 2011

Orang Kaya Bukan Lagi Winnable Candidate?

Menarik membaca posting terbaru Outsyed The Box: Winnable Candidates.

Untuk berlaku adil, Syed Akhbar Ali menyatakan dua golongan yang sepatutnya tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Pertama, golongan dinosour, golongan yang gagal berubah, yang hidup dalam zaman Jurassic. 

Dinosour dalam UMNO, dalam MCA, dalam MIC, dalam Gerakan dan dalam parti apa saja dalam komponen BN mesti digugurkan. Dinosour yang tidak faham angin perubahan dan tidak memahami aspirasi pengundi terutama golongan muda.

Golongan kedua, dan ini menarik minat saya adalah 'menteri kaya'. 

"The "menteri kaya" also have to be dropped from the scene. It is high time we move on in life. We dont need Ministers who have become millionaires AFTER becoming Ministers. Liwat started this trend in UMNO. Proof : the Bentley, the multi million Ringgit mansion." Saya quote kata-kata Syed Akhbar Ali 

Saya pernah menulis perkara yang hampir sama dalam posting bertajuk: Sekarang Sudah Berubah.

Pada awal 90an sememangnya orang suka lihat kejayaan anak Melayu dan ketika itu UMNO diterima hampir keseluruhan orang Melayu kecuali PAS. Sekarang UMNO bukan parti automatik Melayu, disaingi oleh PAS, PKR dan KITA. UMNO perlu bersaing dan ketika itu belum ada istilah 'UMNOputra' dicipta pembangkang.

Sekarang rakyat atas pagar sedang menilai pemimpin UMNO. Jika mereka masih suka hidup mewah, rumah harga berjuta, kereta mewah dipamerkan kepada rakyat marhein, gaya hidup bagaikan tycoon, rakyat mula mempersoalkan dimana datangnya duit itu. Mereka boleh kaji berapa sangat elaun mereka sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

"Times have changed. Before, many Malays did not mind to see 'Menteri kaya'. It was expected that the Menteri must be rich. So should the local ADUNs and Wakil Rakyats. Only then can the Ministers and the Wakil Rakyat "help" them financially. The kampong people can drop by the local Wakil Rakyat's house and ask for cash to pay the school bus for their kids.

But times have changed. The success of the NEP has created millions of educated, degree and diploma holding Malays who now enjoy a much higher standard of living. More importantly, education has given them the boldness to question things."

Lagi seperti kata Syed Akhbar Ali, masa sudah berubah. Rakyat sudah makin cerdik dan makin kritikal. Mereka ingin melihat pemimpin adalah pemimpin sebenar, bukan yang naik dengan duit, dan kembali membuat duit dengan jawatan. Kemudian kembali membeli pengaruh dengan duit, The buck must stop here.

Kita tidak mahu lagi ' milionaires Datuk ex salesman car with fake degree' sebagai calon. Beliau tujukan kepada seorang Datuk yang mendapat julukan 'Mat Rempit' yang kalah bertanding di Kedah dalam PRU ke 12 baru-baru ini.

Sampai masanya kita kembali memilih pemimpin sebenar dari orang biasa dan berkelayakan untuk memenuhi aspirasi 'Rakyat didahulukan'.






2 comments:

Anonymous said...

ntah bila nak beubah pun aku tak taulah...kucing bertanduk pun mcm tu jugak

TUALANGTIGA said...

kita dapat lihat bekas bekas pemimpin parti politik yang berkuasa, bagaimana cara hidup mereka, memiliki harta kekayaan di luar jangkaan pemikiran kita, dari mana mereka merperolehi kekayaan sebanyak itu, mesti dari KUASA YANG ADA DITANGAN MEREKA, JANGAN KITA BINCANG SAMA ADA PEMIMPIN PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG, SEMUANYA SAMA?

Kita lihat di serawak, kita lihat di selangor, jga jangan lupa kita melihat di pahang ini, bagaimana pemimpin mebelanjakan duit seboros itu?, duit di keluarkan macam air, dari mana duit itu datang dan tujuan apa ianya di belanjakan, ada kah dari duit elaun mp atau wakil rakyat?, jadi dengan sikip kita berbelanjaa sesuka hati untuk menjaga kroni dan penyokong kita akan MEMBUKA PELUAN PADA KITA UNTUK MEMDAPATKAN DUIT SECARA YANG TAK BETUL, MAKSUDNYA DUIT ITU SEHARUSNYA UNTUK RAKYAT, TAPI TAK SAMPAI, SIFIR MUDAH IALAH, DENGAN KITA BEBRBELANJA BOROS, KITA TERPAKSA MENCARI PUNCA PUNCA PENDAPATAN, DARI MANA, KITA MINTAK LOMBONG, KAYU BALAK, TANAH, PRUJEK DAN TENDER TENDER KERAJAAN DENGAN HARGA YANG TAK MUNUSABAH, KITA KEKADANG MEMBINCANG HARTA KEKAYAAN PEMIMPIN KITA DI MALAYSIA SAHAJA, ADA KAH KITA TERFIKIR, BERAPA RAMAI PAK MENTERI, TERMASUK DARI ATAS SAMPAI KE AP ATAU ADUN MEMELIKI HARTA DAN RUMAH DI LUAR NEGARA?, KITA BUKAN DENGKI, TAPI ITULAH HAKIKAT NYA YANG RAKYAT RASAI SEKARANG, YANG MANA RATA RATA PEMIMPIN KITA BERJUANG DALAM PARTI HANYA UNTUK MEMENUHI ASPIRASI "JAWATAN DI CARI,KEKAYAAN PERIBADI DI UTAMAKAN?, BUKAN rakyat di dahulukan?