Followers

Saturday, October 29, 2011

Mikawa-bushi Bahagian 3.

Kematian Takeda Shingen memberi nafas kepada Oda Nobunaga untuk terus menyerang beberapa suku di Barat Jepun. Mangsa seterusnya adalah Asai Nagamasa dan clan Asakura yang mana sekutu Shingen semasa Shingen menyerang Mikawa. Juga beberapa siri punitive expedition terhadap biara-biara Buddha. 

Beberapa daimyo cuba mengekang kekuasaan Oda. Mereka menyerang serentak dari Barat dan Timur. Antara satu serangan usahasama antara Kenshin dari Timur dan Mori Motonari dari Barat. Seperti serangan dari Takeda Shingen, gabungan dua daimyo ampuh ini hampir memusnahkan career Oda, tetapi lagi sekali beliau diselamatkan oleh faktor tuah.

Tuah menyebelahi Oda apabila Kenshin mati mengejut. Ada sumber mengatakan Kenshin mati dibunuh oleh assasin iaitu seorang ninja yang bersembunyi selama dua hari didalam tandas peribadi Kenshin. Kematian Kenshin menyebabkan Mori Motonari tidak berani bertindak sendirian. Lagi sekali Oda diselamatkan oleh faktor nasib.

Pada tahun 1582, Oda dan Tokugawa bergabung menyerang Kai setelah mengetahui musuh yang digeruninya, Shingen sudah mati. Gabungan ini terlalu besar buat waris Shingen, Takeda Katsuyori. Apa lagi  beberapa 'Shingen's renowned 24 General' telah berpaling tadah.

Shingen merupakan daimyo yang terkenal dengan kebolehan mewujudkan 
kesetiaan yang tinggi terhadap general-generalnya. "My men are my castles" 
merupakan beberapa kata-katanya yang membuktikan beliau menghargai orang-
orangnya lebih dari sekadar fortress dan kubu. Walaupun Katsuyori mempunyai 
keupayaan perang setanding bapanya, namun samurai-samurai Takeda tidak 
mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadapnya.


Katsuyori juga telah mengengkari amanat ayahnya supaya jangan menyerang 
mana-mana musuh selama tiga tahun selepas kematian bapanya. Dalam Battle 
of Nagashino, Katsuyori telah tewas teruk apabila tersalah timing dalam
melepaskan serangan berkuda samurai Takeda yang selama ini amat digeruni. 
Beberapa general Takeda yang terkenal seperti Baba Nobufasa, Hare Masatane, 
Sanada Nobutsuna dan Yamagata Masakage terkorban di Nagashino. 


Tokugawa pernah mengakui, dalam 24 general Takeda yang masyhur itu, 
Yamagata Masakage adalah yang paling digeruninya.


Pada 1582, Yamagata Masakage sudah tiada, begitu juga dengan beberapa 
general lain yang handal. Malah salah seorang dari 24 general itu, Anayama 
Nobukimi telah berpaling tadah dan membantu Oda dan Tokugawa menyerang                                                                 
Kai. 


Katsuyori gagal mempertahankan Kai, dan telah membunuh diri bersama-sama 
anaknya, waris keluarga Takeda yang seterusnya. Ini bererti, berakhir kesinam-
bungan keluarga Takeda dalam jurainya yang ke generasi 184.


Oda memberi wilayah Shingen, iaitu Kai dan Shinano kepada Tokugawa. Walau
pun berkali-kali telah ditewaskan oleh Shingen, Tokugawa sebenarnya seorang
pengkagum Shingen. 


Shingen bukan hanya terkenal mempunyai kemahiran berperang, beliau juga 
seorang pentadbir yang cemerlang. Hingga kini, jika sesiapa ke Kai dan
memburuk-burukkan Shingen, perkara itu boleh menimbulkan kemarahan
penduduk Kai walaupun di zaman moden.


Tokugawa banyak belajar dari bekas musuhnya. Di katakan, diantara kejayaan 
Tokugawa dalam membentuk dinasti Keshogunan yang kekal selama 250
 tahun adalah kerana beliau meniru dan meneruskan sistem pentadbiran Takeda
 Shingen.


Bersambung



















No comments: