Followers

Wednesday, October 16, 2013

Mukhriz mesti dibunuh!

Beberapa hari lepas saya menulis UMNO kekurangan pemimpin pelapis yang cerdik. Sebenarnya, sebab utama lebih mendasar - orang-orang cerdik kebanyakkannya telah 'dibunuh' di peringkat cawangan dan bahagian. Warlord UMNO tak suka orang-orang sebegini.

Di peringkat atasan, segelintir pemimpin yang cerdik - atau kelihatan cerdik  macam Anwar satu ketika dulu - akan berusaha menghapuskan saingan yang juga cerdik.

Pembunuhan orang cerdik dalam Sejarah Melayu sering dikaitkan dengan Hang Nadim, yang mencadangkan kepada Raja Singapura untuk menggunakan batang pisang lebih berkesan dari menggunakan betis untuk melawan todak. 

Apa punya penasihat Raja, itu pun tak boleh fikir, tunggu Hang Nadim memberi cadangan baru nampak penyelesaian.

Membaca Romance of Three Kingdoms; saya dapati Liu Bei, Cao Cao dan Sun Quan bukan hanya recruit seorang orang cerdik, tapi ramai di bawah payroll mereka. Gengkhis Khan, walaupun barbarian tetapi sangat berhati-hati mengarahkan tenteranya jangan membunuh orang-orang cerdik untuk digunakan dalam empirenya.

Tapi dalam dunia Melayu, hanya seorang cerdik dibenarkan hidup. Jika Hang Nadim tidak dibunuh agaknya, dia akan membunuh orang cerdik lain. Raja, macam biasa, hanya akan dengar nasihat consultant sahaja.

Setelah diterima sebagai orang 'cerdik' dalam dunia Melayu, dari prototype Melayu 'cerdik, liberal dan progesif' insan itu akan memulakan cult dengan legion of fans nya. Proses ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar bin Ibrahim, cuma package yang diterima ketika itu adalah 'Islamik, moderate dan lantang." Penjenamaan boleh berubah ikut zaman. 

Buat masa ini, 'liberal dan progesif' mendapat tepuk tangan yang kuat kononnya dari akar umbi. Lagi sekali kasihan UMNO.

Justeru itu Mukhriz perlu dibunuh. Ini kerana beliau bukan sahaja memiliki segala seperti kecerdikan, nama besar bapanya dan juga keberanian (beliau berani bertanding dikerusi yang tidak pernah dimenangi BN sejak dulu lagi) namun Mukhriz seorang yang down to earth dan humble.

Seperti bapanya, beliau memilih jalan sukar. Bapanya tidak membenarkan beliau terlibat dalam politik ketika bapanya berkuasa. Ini kesilapan Tun Mahathir kerana budaya UMNO hanya mengenang jasa pemimpin 'sekarang'; yang masih boleh memberi contract dan perks.

Beliau menunjukkan keberanian apabila berani melawan arus dan 'budaya yesman' UMNO apabila menghantar surat kepada Tun Abdullah selepas PRU ke 12. Saya percaya Mukhriz tidak cuba mencari popularity dengan hanya menjadi populist. He does the right things, even it may effects his political career.

Seperti bapanya, saya percaya Mukhriz ingin pengikut nampak kerjanya, bukan popularitynya. Proses ini lambat, dan mungkin tidak diterima dalam budaya UMNO yang mudah kagum dengan insan seperti Anwar Ibrahim.

Proses pembunuhan Mukhriz sedang bermula. Antara yang melancarkan serangan adalah tidak lain tidak bukan ibu Ketua Pemuda UMNO sendiri, Datuk Rahmah Abdul Hamid. Beliau berkata melalui NST:



"Veteran Datuk Rahmah Abdul Hamid, 81, has found “experience” an important factor to consider when choosing the right candidate.

“Anybody looking to be elected into office should have served the party, starting out at the lower ranks,” she said, while voicing her disappointment at the entrance of Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir into the vice-presidency race.

“While I have nothing against him, I feel that Mukhriz has been pushed far too quickly up the ranks. He has not even served as division leader yet.

“Umno works religiously from ground to the top and if you have not spent time building the party or being a coolie, then you will not understand the sentiments of party members.”

She said Mukhriz should instead spend his time focusing on Kedah and get accepted by the people there first."



Tidak sukar meneka bukan? NST melalui Regina Lee menemuramah seorang 'veteran' yang personan non grata. Bukan seorang Ketua Bahagian, Ketua Wanita atau apa-apa jawatan. Kebetulan anaknya Ketua Pemuda UMNO Malaysia saja.

Penghapusan waris Tun Mahathir perlu dilakukan, dan amat disenangi oleh Regina Lee; Setiausaha Akhbar pro DAP. Tun di label sebagai ultra Malay semasa hayat politiknya. Benih ultra itu perlu dibunuh, diliberalkan dan dinamakan semula sebagai 'conservative'. 


Baca juga Bigdot di sini, Jebat Must Die di sini dan Another Brick in the Wall di sini







10 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya budaya membunuh pesaing yang bkebolehan ini bukan hanya wujud dlm politik tp dalam organisasi lain juga. Ketua Jabatan akan mencari seribu satu alasan untuk menutup peluang kenaikan kepada staf yg lebih berkebolehan spy mereka tidak dicabar dan dikritik jika ketua jabatan tidak 'perform'..Wallahualam. Itu blum cerita lantikan kenaikan kepada kroni. SUngguh mengaibkan dan memualkan kerana mereka ingat staf bawahan tidak faham dan tak nampak permainan kotor mereka. AKibatnya hasrat kerajaan untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara tinggal dlm bentuk tulisan dalam buku2 perancangan yg tebal dan di slaid2 powerpoint sj. Wang yg banyak dihabisgunakan bagi projek yang tidak memberi implikasi tepat kepada sasaran, hny program aksesori dan tampalan.

Anonymous said...

Menteri KBS itu yang patut dibunuh, 'he is another Anwar in the making'. pernahkah SPRM menyiasat kenyataan Lim Kit SIang bahawa Menteri KBS ini pernah dilabelkan sebagai 'The Richest Unemployed'?

Zaman Bodohwi dulu apa jasa beliau kepada MV Agusta? kepada Pulau Batu Putih? kepada Bas Intrakota? kepada job2 KTM? kepada banyak lagi cerita yang UMNO sapu bawah carpet.

Anonymous said...

Air muka yg jernih mcm Zahid, Mukhriz, Tok Mat Hassan of N9, Idris Haron shud be leading the party..not those in billioaire club ie najib, kj,hisam,safei,isa,ali ketam..

Wak Salam said...

Ganas la tajuk aok ni wan.. hehehe ada yg tersedak lepas baca ni.

Anonymous said...

Ada blogger kata KJ telah menganggap dirinya dan slogan liberalnya telah diterima oleh akar umbi.

Saya masih ingat press conference sempena kejayaannya, dengan bertutur dalam bahasa inggeris beliau berkata dia mahu pemimpin PEMUDA di peringkat bawah dari kalangan orang2 yang faham agenda dia dan boleh gerakkan apa yg dia mahu (bunyi macam Napoleon pulak).

Saya sangka KJ akan berkata yang di berharap dapat bekerja BERSAMA-SAMA dengan pemimpin di bawah tp rupa2nya awal2 lagi dia mahu depa utk bekerja utk dia.

Rasanya sukarlah UFB (penerima undi terbanyak Exco Pemuda) dalam hal ini. Saya tak boleh imagine UFB boleh bekerjasama menegakkan "liberal progresif".

Kj mungkin boleh menawan hati Dr MIM dan penyokong2 tegarnya lain tetapi liberal progresif TIDAK MUNGKIN boleh menawan hati kami pengundi2 yang masih ingin Malaysia kekal sebagai sebuah negara di mana Islam dan Melayu terus diperjuangkan.

Anonymous said...

UFB N Mukriz bergabung...meletoppppp
UMNO shd go back to Islam.

Anonymous said...

Itu minda Melayu yang belum terpulih dpd. kurafat kasta Hindu Brahmin yang Sri Wijaya dulu. Merebut kuasa dalam Islam pun ada bermula dengan Muawiyah dan anaknya Yazid akan tetapi dalam sejarah Islam ummatnya terpelihara oleh alim ulamak yang tersohor dan waliullah - waris pada Nabi Muhammad s.a.w.(walau pun ada ramai juga yang terpesong dan fasik)

rental mobil bandung said...

Saya menyimak dan mengambil hikmah dari post ini, terimakasih!

Anonymous said...

sepatutnya org yg mncadangkan pembunuhan karier politik seseorg, dia yg harus dibunuh atau kaum kerabat dia...
org bangang mcm ni seharusnya di kambiri sahaja...

Anonymous said...

mukhriz pun bukan buat kerja di kedah... boleh kira la berapa hari sebulan mukhriz di kedah... selebihnya di KL... sampai meeting exco dan kerajaan kedah pun asyik buat di KL... Mukhriz elergik kut nak duduk kedah... sebab bini dia suka duduk KL... mukhriz pun takut bini... mai kedah dapat call dari bini malam tu terus naik flight balik KL... minta mahathir didik anak dia baik2 termasuk marina tu... sebelum sibuk2 nak komen orang lain...