Followers

Saturday, October 12, 2013

Usaha Terakhir Menyelamatkan UMNO.

Hari ini pengundian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Masa depan UMNO ditentukan hari ini.

Message yang disampaikan oleh pengundi pada PRU ke 13 sangat jelas. Pengundi tanpa mengira bangsa tidak mahu pemimpin rasuah dan menggunakan jawatan untuk menjadi kaya. Benar, Melayu masih mengundi BN, tetapi itu kerana mereka masih mempunyai sentimen meragui DAP.

Jika UMNO masih tidak berubah, masa depan UMNO akan hancur tidak lama lagi. Menarik apabila membaca entry Helen Ang dalam tajukKJ menang. Tahniah bagi DAP, takziah bagi UMNO. Saya suka apabila Helen sebagai seorang Cina memberi contoh betapa bijak kaum Cina mencatur hingga permainan mereka sukar dibaca.

Dalam 36 Stratagems, mereka menggunakan apa yang dipanggil 'turns the host into the guest'. Maknanya, jika ingin mengambil alih satu-satu organisasi, gunakan orang dalam. Jika mahu melemahkan sesuatu organisasi yang besar seperti UMNO, amat berkesan jika menggunakan orang dalam, jadikan mereka hingga boleh memegang kuasa.

Saya teringat seorang pemimpin UMNO yang ingin mengubah DNA Pemuda UMNO, tidak mahu menjadi right wing lagi, tetapi 'centrist'. Jika beliau berjaya menjadi Presiden UMNO, maka DNA UMNO akan diubah. 

Liberal kata sesetengah puak hanya untuk mengelabui mata golongan yang perasan mereka 'comtemporary'. Hakikatnya, agenda DAP untuk mengurangkan 'keMelayuan' UMNO sudah bermula. Regina Lee sudah berjaya di bawa masuk ke dalam kota Troy.

UMNO sedang menunggu kehancuran jika ini tidak dibaiki.

Selamat bersidang.

3 comments:

Wak Salam said...

Kalau takdirnya KJ masih lagi menang.. Wak nak tgk 14hb ni apa gerakan PEMUDA UMNO dlm isu Rayuan Kalimah Allah. Jika masih lagi perasuah dan juga NFC menang juga.. UMNO bersedia lah utk ditalkinkan.

Anonymous said...

UMNO cuma alat untuk pertahankan Agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air, jika alat ini sudah tidak berguna lagi, dengan sedih dan terpaksa ia perlu diketepikan,..harap ada pemimpin dan pertubuhan lain mengalas tanggungjawab ini,..

Anonymous said...

Artikel yg. bernas ST Buana!

Bah. pertama:

GERAMNYA! Tengoklah EVANGELIS Star MENGAGUNGKAN kemenangan puak Islam/Melayu LIBERAL - dan si JAGUH liberal BONGKAK pula, menuduh seolah yg. mencabarnya, sebagai “berhaluan kanan" (right wing)- seolah pelampau 'rasis'lah tu! Jadi apakah maksud si liberal ini, seolah kalau memperjuangkan agenda Islam/umatnya termasuk hak BUMIPUTERA Islam/Melayu dgn. amat TEGAS; adalah puak "pelampau rasis"?! Jgnlah angkuh sgt. dgn. kemenanganmu, hai puak liberal UMNO /PAS- kami akan terus berdoa kpd. ALLAH SWT melindungi pejuang Islam/Melayu TULENNYA dan menyelamatkan Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kami ini serta umat Islam/Melayunya (terutamanya anak-anak kami), dr. sebelum dijajah si LIBERAL BRITISH-ZIONIS laknat lagi!

Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/13/Umno-polls-khairy-liberal.aspx, Umno polls: Liberal, progressive agenda has prevailed, says Khairy , by rahimy rahim AND rashvinjeet s.bedi , October 13, 2013:

KUALA LUMPUR: Re-elected Umno youth chief Khairy Jamaluddin said his progressive and liberal agenda has been endorsed by the grassroots.

He said that if the grassroots did not accept the agenda tha he brought along, it would be reflected in the results, pointing out that his opponents used a regressive agenda.

"If I wanted to win comfortably, I could have used a right-wing formula. I wanted to show that you can be a progressive and win in Umno," he said during a press conference at PWTC.

He added that the progressive agenda had to start with the youth who would one day bring the party forward.....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).