Dalam isu calon-calon Naib Presiden, ada kedengaran desas desus Presiden yang menang tanpa bertanding mahukan 'status quo' iaitu mengekalkan naib yang sedia ada. Presiden yang yang liberal sebagai PM Malaysia, yang mahu mentransformasikan Malaysia, juga meliberalkan UMNO bagaikan gagal bertindak liberal dalam isu memilih naibnya?
DS Najib sangat bertuah walaupun tidak cemerlang dalam PRU ke 13 dahulu, tidak ada pencabar kerusi Presidennya. Mungkin semangat juang UMNO seperti yang ditunjukkan oleh Sulaiman Palestin dahulu sudah makin luntur, lantas menjadikan UMNO sebuah parti 'yes Mr President'. Mengejutkan semua pihak, bahkan Ku Li sendiri menolak untuk bertanding kerusi Presiden pada kali ini.
DS Najib seorang yang bertuah dalam careernya. Beliau tidak pernah bertempur sepanjang kerjayanya. Tapi perpatah Rom mengatakan: "Fortune favours the brave." Dan seperti kata orang putih juga; "Don't push your luck." Kita tidak tahu bila 'luck' akan meninggalkan kita.
Jika benar Presiden bagaikan endorsed naib yang menyandang jawatan, ini bermakna agenda transformasi untuk meremajakan UMNO dan menjadikan UMNO parti demokratik hanyalah slogan. Tidak ada kesungguhan. Tidak ada political will. UMNO kelihatan demokratik, tapi mengamalkan kuku besi bersalut baldu.
Triumvirate ini adalah gabungan Zahid-Shafie -Hisham. Ini juga yang dipanggil status quo. Mungkin bagi Hishamudin Tun Husin ini dipanggil 'birth right'.
Walaupun tidak ada gabungan rasmi seperti 'Team Wawasan' tahun 1993, saya percaya gabungan ini adalah sebenarnya wujud. Jika benar Presiden mahukan mereka ini kekal, adakah ini bermakna sesiapa bukan dari kalangan tiga penyandang ini bukan dari group orang-orang Presiden? Presiden yang menang tanpa bertanding juga memerlukan gabungan?
Untuk apa?
2 comments:
Rakyat: Asal bukan Hisham
Najib: Asal Hisham lepas
ape alasan presiden mahukan status quo? apekah ke3 mrk sudah perform? KPI takde jadi moh rujuk persepsi ahli akar umbi. rata2 mahu perubahan dlm barisan naib presiden. presiden sendiri tahu ramai tidak mahu hisham kekal kerana mutu kepimpinannya sangat rendah. jadi ape sbb presiden mahu sepupunya kekal? adekah perancangan jangka panjang utk memastikan dinasti keluarga besar mereka? pemerhati dah mula perasaan nampaknya anak presiden dgn rosmah si ashman dah mula didedahkan dgn urusan negara!
Post a Comment