Followers

Tuesday, September 24, 2013

Saya Kembali.

Sudah dua bulan lebih sedikit saya berniat untuk berehat, saya terpanggil untuk menulis semula. Sebenarnya saya ingin membuat beberapa perubahan dalam blog ini, mengubah apa yang sudah lama, 'meremajakan' blog ini yang kian tua di mamah usia.

Banyak perkembangan politik terkini yang meruntun jiwa saya untuk meluahkan pendapat dan mengulas. Sudah biasa menulis, walaupun blog 'under construction' ini masih berwajah kusam, namun saya tetap akan melontarkan pendangan.

InsyaAllah bebas dari belenggu kesibukan nanti, saya akan 'renovate' semula blog ini. 

Pada 21hb September, semua ahli UMNO yang berniat untuk bertanding mengisi borang masing-masing. Ini kali pertama kita menyaksikan pucuk pimpinan pusat tidak hanya dipilih dari kalangan perwakilan. Format baharu membenarkan bahagian dan cawangan turut memilih siapa akan menerajui UMNO untuk penggal akan datang. Seramai 150000 orang pengundi yang terlibat, berbanding 2000 lebih sahaja sebelum ini.

Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sekaligus membunuh spekulasi ada 'perpecahan' no 1 dan no 2. Presiden menyifatkan tiada pertandingan ini sebagai 'tindakan matang' ahli UMNO. Erm....

Naib Presiden menyaksikan selain tiga 'incumbents' beberapa individul dari kalangan 'outsiders' mencuba nasib seperti Ali Rustam, Isa Samad dan Mukhriz Mahathir. 

Calon yang incumbents dikalangan Naib Presiden secara rasmi menafikan mempunyai pakatan atau 'pact' sesama mereka, namun tetap bertiup isapan jempol mereka sedang mengatur 'Triumvirate' ala-ala Caesar-Pompey-Crasscus dan Triumvirate ala-ala Mark Anthony-Augustus-Lepidus.

Pemuda menyaksikan pertarungan hebat antara lima calon, Khairy sendiri sebagai penyandang dan Akram Sanusi antara persaing beliau yang sengit. Lagi tiga adalah Syed Rosli Syed Harman Jamalulail, Abdul Karim Ali dan Irwan Ambak.

Manakala Wanita menyaksi pertandingan 3 penjuru antara Sharizat, Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin. Puteri juga Ditandingi oleh Mas Ermieyanti Samsudin dan Jamilah Hanis Osman.

Saya akan lebih memberi tekanan kepada pertarungan Ketua Pemuda dan Naib Ketua dalam posting akan datang.



Mampukah bekas 'most powerful 28' ini mempertahankan jawatannya?

7 comments:

Anonymous said...

Agak sukar untuk Mukhriz untuk menang kerana beliau hanya mendapat sokongan Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja.

Anonymous said...

KJ sudah terbukti petualang bangsa.......nafsu dan cita2 rakusnya akan merugikan bangsa Melayu.......jika KJ menang KP......memang UMNO sinonim rasuah.

Quantum Metal Consultant said...

Di kalangan perwakilan, ketua cawangan atau ketua pemuda atau ketua wanita dan ketua puteri memainkan peranan, mereka membekalkan nombor-nombor yang perlu dipangkah/diundi kepada perwakilan dari cawangan masing2 dengan alasan mengelak dari 'blur dan panik' ketika mengundi atau sekadar tiada alasan cuma kata-kata 'ikut sahaja'.

Mukhriz sukar menang bukan kerana dia tidak favourate tetapi terlalu favourate hingga seluruh fokus kepadanya menyebabkan ada yang mengambil kesempatan bahawa dia sudah mendapat undi banyak dan pasti menang di tempat lain, jadi di sini undi perlu diberi kepada orang lain pula - sentimen ini akan dimainkan.

budakingusan said...

Selamat kembali Sri Tri Buana.. Sayangnya 2 bulan berlalu tanpa dapat membaca ulasan bernas dari blog ini....

Anonymous said...

penang bersama mukhriz

Anonymous said...

150,000 pemilih. Kalau mahu 50% vote dlm bajet RM5,000 seorang....ona ane ona ane ona ane... RM375,000,000. Hahaha tapi kecewa sikit Mukhriz tak bertanding Ketua Pemuda kali ini. Kalau tidak peluang dia sangat cerah.

Anonymous said...

Bila banyak calon bertanding..Pemikiran KJ Game theory oxfart mengatakan pecahan undi akan menggagalkan calon2 lain..

Oleh itu calon2 lain hendaklah berpakat melantik ketua & berkempen untuk tujuan yg satu..jatuhkan Beruk itu.