Ya, saya cuba untuk tidak memberati posting ini dengan terlalu banyak data dan statistik. BN membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi, 88 darinya dari UMNO. Sementara PR pula berjaya memperolehi- DAP 38, PKR 30 dan PAS 21.
BN masih memerintah dan kuasanya makin lemah. Ini fakta.
BN berada di persimpangan yang lebih getir dari tahun 2008. Samada BN mampu untuk bangkit atau tidak, terserah kepada pucuk pimpinan merangka strategy untuk PRU ke 14.
Apa sebenarnya message yang ingin disampaikan oleh pengundi? Pengundi Cina bersepakat tidak mahu diwakili oleh MCA dan BN. Pengundi Melayu di bandar memberi pertunjuk bahawa mereka tidak lagi bergantung kepada kerajaan BN, sudah tidak perlukan tongkat dan mampu berdiri sendiri. Hanya pengundi di luar bandar masih setia dengan UMNO dan BN(Sabah dan Sarawak).
BN masih tidak dapat membuang persepsi bahawa mereka itu corrupt. Walaupun pihak lawan bukan juga sangat baik tetapi persepsi sudah bersarang di minda pengundi - terutama di bandar - bahawa BN merupakan parti yang corrupt.
Kesilapan PM sebaik mengambil alih kerusi PM dari Tun Abdullah, beliau masih mengekalkan personaliti seperti Shahrizat Jalil, Mohd Nor Yaakob, Rais Yatim. Jelas rakyat menolak sebarang bentuk salahguna kuasa dan corruption.
Sahabat saya blogger Outsyed the Box menulis dalam posting New Cabinet: Losing PRU14 Over the Next Few Days memberi amaran, PRU ke 14 boleh dimenangi atau kalah bergantung kepada barisan kabinet yang bakal dibentuk oleh PM beberapa hari lagi.
Para bakal menteri perlu dilantik dari kalangan yang tidak akan sewenang-wenang membuat duit dengan kuasa yang ada padanya. Era itu sudah berakhir. Era Billionaire Boys Club sudah berakhir jika BN ingin kekal relevan.
Oleh kerana persepsi(yang tidak semestinya betul) berjaya ditanam oleh cybertrooper PR terutama Red Bean Army untuk membenci apa saja bersifat kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR maka ianya merupakan kekalahan kami, pendokong kerajaan.
Kebencian itu sudah mula berakar umbi, dan sekian banyak pembohongan seperti peristiwa 'blackout' tetap dipercayai. Justeru itu saya minta pengamal media pro BN supaya mengurangkan spin yang melampau dan paling penting kurangkan posting tentang seks.
Bawa fakta tentang penyelewangan PR yang kononnya suci itu jika ada. Saya dengan ini yang ingin berehat dari posting politik, terpaksa menangguhkan hasrat saya.
Demi Melayu/Islam dan demi Tanah Air tercinta.
2 comments:
Salam,Sesungguhnya UMNO dan BN tidak akan mahu berubah.Jangan salahkan rakyat jika nanti rakyat pula terpaksa mengubah kerajaan yg baru.Memang masih ramai calon BN yg mmg tidak kelihatan bersih masa dicalonkan.Pemimpin tertinggi UMNO dan BN tidak nampak ke? atau memang sengaja mahu UMNO dan BN kalah? BUTA HATI sungguh
Aku Hensem
Bangsat!
Kau ingat Anwar tu bersih sangat?
Post a Comment