Followers

Wednesday, May 22, 2013

Total Football Dalam BN

Message yang jelas dalam PRU ke 13 adalah kaum Cina menolak MCA khasnya dan BN umumnya. Sementara UMNO masih sebenarnya gergasi dalam mana-mana gagasan, Melayu dalam PKR dan PAS sangat lemah. Dengan 88 kerusi parlimen dari UMNO, hanya 21 kerusi PAS, PAS gagal memenangi hati pengundi Melayu. PAS gagal ganti UMNO, sebaliknya DAP abang besar kepada Pakatan.

BN perlu mengkaji semula mengapa sebenarnya MCA ditolak oleh kaum Cina sebagai wakil mereka dalam kerajaan. Pernah sesekali saya berbual dengan pengundi Cina, MCA juga masih hidup dalam era warlord dan tidak mempejuangkan kepentingan kaumnya secara umum.

Sampai masa BN perlu bertindak secara total, tidak diberi tugasan menjaga kaum masing-masing sahaja. Ini bukan era UMNO menjaga Melayu, MCA menjaga Cina dan MIC menjaga India. Seseorang wakil rakyat BN samada dari UMNO, MCA dan MIC perlu menjaga semua kaum dalam kawasan ADUN dan Parlimen mereka.

Walau apapun tuduhan pembangkang terhadap BN, satu kekuatan BN yang tidak ada pada mereka adalah sikap toleransi. Politik Malaysia adalah politik Melayu. Suka atau tidak ini perlu diakui oleh semua ahli politik. Walaupun kaum Cina dan kadang-kadang kaum India bermegah mereka adalah 'playmaker' yang menentukan siapa menang atau tidak, tanpa persetujuan bangsa majoriti, mereka tidak akan dapat memerintah.

Di bawah BN, UMNO mengamalkan konsep berkongsi kuasa dengan minority. Dalam PR, kaum minority ingin mendapat kuasa, atau setidak-tidaknya membonekakan Melayu yang berkuasa.

Kita ambil Selangor sebagai contoh. Walaupun PAS memenangi kerusi sebanyak DAP, namun mereka tidak dianggap layak memegang tampuk. Kemudian DAP tidak berpuashati tentang perlantikkan exco dan speaker dewan. DAP tidak akan berpuashati hingga 'rencana' mereka berjaya.

Ini sebenarnya menimbulkan keresahan dikalangan akar umbi PAS. Dalam Pakatan, PAS kelihatan hanya boleh memimpin negeri yang majority Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Rakan Se Pakatan mereka tidak mempercayai kebolehan mereka memimpin negeri cosmopolitan.Tidak mustahil dalam muktamar PAS nanti mereka akan keluar dari Pakatan, walaupun tidak menyertai UMNO.

Bukan senang menjaga keharmonian dalam negara berbagai kaum. BN sudah membuktikan mereka mampu menjaga keharmonian ini selama 58 tahun. Namun tidak ada apa-apa yang kekal di bawah sinar matahari. Justeru BN perlu juga menukar pendekatan mereka, mengubah cara politik.

Antara yang saya sarankan, wakil BN perlu mesra semua bangsa dan kaum dalam kawasan mereka. Tidak boleh lagi dibiarkan MCA mempunya kata penentu dalam urusan orang Cina dan India, dan sebaliknya. 

6 comments:

Anonymous said...



my comment :

jadi seperti orang cina terhadap orang2 cina

itu yg mereka mahu

tebing tinggi said...

Bagi BN khususnya UMNO mengkaji kenapa belaku penolakan dari kaum Cina kapada MCA hanya membuang masa sahaja.
Sebenarnya apa yang belaku adalah satu stretagi teranchang bagi menarik dan menjerat UMNO dan pimpinan negara agar tundok kapada tuntutan mereka yang tidak akan ada kesudahan dan secara tak langsong menjerat UMNO/pimpinan dari sokongan penoh orang melayu yang akan terasa tidak lagi diperjuangkan nasib mereka,dan UMNO itu akan lemah olih penolakan orang Melayu sendiri yang akan bealih arah.
Mereka menyedari kunchi kapada kuasa hanya ada pada penolakan Melayu terhadap UMNO itu sendiri,dan UMNO harus berhati-hati dalam pemainan yang halus ini ,silap langkah akan memakan diri sendiri.
Kebolihan UMNO mendominasi PRU 13 bukanlah kerana faktor kepopuleran Najib dimata orang Melayu atau UMNO itu sendiri tetapi atas kesederan Orang Melayu yang menyedari akan belaku perubahan sokongan kaum Cina terhadap Barisan dan tindakan orang Melayu(terutama golongan berumor)hanya hendak menyelamatkan kepimpinan Melayu dinegara tercinta ini dari digugat.
UMNO harus sedar akan hakikat ini ,Najib bukan pendorong dimata orang Melayu olih itu harus berhati-hati dalam pendekatanya ,jangan menang sorak kampong tergadai nanti.

Anonymous said...

Pas nyata perguna agama utk politik dan akhirnya diperkuda Dap. Ramai muslim yg anggap Pas = Islam dan ini amat salah dan akhirnya rugikan kuasa politik muslim. Harus disegerakan pengharaman guna nama Islam pd parti politik. Tunku dulu berjaya buat Pas ubah lambang bulan sabit dan bintang kpd lambang bulatan. Jika pengharaman salah guna nama Islam dpt dipercepatkan, byk undi akan beralih kpd BN dlm pru14 nanti.

Mat said...

UMNO + PAS + Bumiputera Sabah Sarawak = Malaysia yang aman damai.

Anonymous said...

UMNO yang kena reform.

suara melayu kebanyakan tidak lagi kedengaran dalam umno.

UMNO, raja-raja melayu. Atas sokong yang bawah.

Bawah nak sokong yang atas; Tak terdaya rasanya kalau lama sangat.

Anonymous said...

Orang Cina Nuantara banyak sudah mengabaikan ajaran agama Buddha atau Confucius. Untuk membuktikan cuba tanya kepada kawan Cina anda apakah kata Gautama Buddha terhadap nafsu ammarah sebagai punya kesengsaraan jiwa manusia ... ataupun apa itu nasihat Kung Tze pada pershabatan antara manusia. Tengok boleh kah dia menjawab dengan saksama atau tidak.

Jangan pula dia orang mempengaruh orang Islam sampai kita terjerumus dalam keasyikan kepada kebendaan dan dunyawi dan terlupkepada hakikat kecintaan dan kemanisan kepada Allah dan Rasul dan buat kebaikan sesama manusia.