Followers

Monday, May 13, 2013

Tawaran KJ.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia menawarkan diri untuk membantu PM dalam Kabinet. Ini satu tawaran yang aneh, kerana selalunya jawatan kabinet dilobi secara senyap. KJ sendiri menyatakan bahawa dia secara budiman(gentleman) tidak suka melobi dari belakang.

'Menawarkan diri' adalah satu statement atau kenyataan yang popular pada tahun 93. Ianya dimulakan oleh Anwar Ibrahim ketika melawan Tun Ghapar sebagai Timbalan Presiden UMNO. "Saya, Anwar bin Ibrahim, menawarkan diri saya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO......", kemudian ayat 'menawarkan diri' menjadi ikutan dalam pertandingan Naib Ketua, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. 

Monkeys see, monkeys do.

Adakah KJ merupakan neo-Anwarisme dalam UMNO? Kedua-duanya bijak berpidato, pandai memainkan sentimen dan popular dikalangan golongan muda bagi generasinya. Kedua-duanya suka berdolak dalik, dan saya percaya kedua-duanya menganggap 'power itself is a virtue.'

Anwar mengumumkan akan bersara dari politik seandainya PR kalah dalam PRU ke 13. KJ juga pernah mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Rembau. Kedua-duanya melupakan janji, dan terus berbuat sebaliknya.

Bagi saya, walaupun KJ menang dengan majoriti yang besar di Rembau, ia bukan satu pertanda atau indicator bahawa rakyat Malaysia mahu beliau mewakili mereka di Kabinet. Sebagai seorang Ketua Pemuda dalam PRU ke 13, KJ tidak bertindak sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau hanya bertindak sebagai Ahli Parlimen biasa cuba mempertahankan kerusi Rembau. Itu saja.

Bukan rahsia umum, BN kalah rata-rata disaluran 4 dan 5 dimana saluran pengundi muda. Bagaimana beliau dikatakan berjaya 'captured the imagination of the youngs' apabila golongan muda tidak endorse BN. 

Dan sebagai Ketua Pemuda, beliau gagal mewujudkan wave golongan muda dari segi psychology warfare. Jentera Pemuda tidak nampak menonjol dimana-mana pun, kecuali gerombolan bermotor yang kadang-kadang boleh backfire kerana menganggu anak-anak pengundi tidur.

"Bagai enau dalam belukar",kata perpatah, "melepaskan pucuk masing-masing". Begitulah gambaran keadaan UMNO ketika itu, semua ingin menang ditempat sendiri sahaja.

Kita masih merasakan pencaturan yang salah dari bahana Tingkat 4 dahulu. Apabila PM tidak berani membersihkan UMNO dari virus-virus sebegini, kita boleh lihat kesannya pada PRU ke 13. Semua kita tahu dari mana punca kekayaan KJ. Beliau bermula hanya sebagai Pegawai Khas kepada PM(kemudian bapa mertuanya)

Cukup-cukuplah mencipta monster dalam UMNO. Tidak mahu lagi Shahrizat Jalil, Nor Yaacob dan Anwar wannabe. Saya sebagai ahli UMNO menyayangi UMNO lebih dari mana-mana pemimpin, walaupun PM. Pemimpin datang dan pergi. UMNO remains as a mainstay of the Malay struggles.

That's the sole reason why I still supporting UMNO. Perhaps, the one and the only reason.









7 comments:

Anonymous said...

hah...kalau dia bagus, tak payah tawar diri najib akan ambik jadi menteri. 2004-2009 period pentadbiran UMNO/BN paling teruk dalam sejarah. siapa bertanggungjawap kalau bukan Pak Lah/KJ/Kalimullah/Azalina/Hishamudin/Mike Tyson/Nazri Aziz dsd. remember the days?
Tamingsari.

Jeepers Creepers said...

KJ tu ketua pemuda UMNO ke ? kenapa tak rasapun dia macam ketua pemuda ? tak adapun dia turun padang lawat pemuda buat kerja..

ingat lagi perhimpunan haram bersih2.0, dia kononnya wakili patriot..kononnya mahu menghalang peserta bersih..akhirnya ditangkap polis..

PRU13 yang lalu, mana perginya budak budak patriot ? hilang bersama air semburan FRU dulu ke ?

akaz said...

Apa KJ? Cukup2 arr.... Dah dilantik menjawat jawatan di PUNB nak jawatan lagi. Bukan apa, takut tak tergalas. Sebagai ketua pemuda pun gagal menarik sokongan anak muda, apa cerita tu? Jadi, buat masa ni, kita perlukan KJ utk backbencher sahaja. Jawatan menteri atau timb. menteri lain kali arr. Muda lagi kan,, tak yah gelojoh.

Anonymous said...

Tulisan TS adalah paling bernas...Pemimpin UMNO datang dan pergi. Jika orang seperti KJ ini diberi ruang dan peluang lagi, sewajarnya kita bertindak menukar pemimpin yang mahu mengambil risiko merosakkan UMNO dari dalam...

Anonymous said...

Agree with this article.
The only reason he is in UMNO sebab nakkan jawatan.
Hukuman untuk dia masih tak cukup lagi.
He and his FIL are the main reason UMNO n BN is in this mess.
He has yet to prove himself worthy of having a place in the kabinet.
Debate PTPTN dgn Rafizi Jambu tu pun boleh kalah.

Anonymous said...

Sebenarnya sebelum KJ di ambil tindakan tata-tertip, kami pemuda-pemuda BN sangat aktif memainkan peranan, bila ketua kami dan sebahagian besar ketua-ketua Pemuda negeri yang menyokong KJ di singkirkan, apa lagi yang ada pada kami, Mukriz sebagai timbalan tidak banyak bekerja dengan pemuda dengan cuma bekerja keras untuk menjadi MB Kedah. Tanpa sokongan dan umpama harimau yang cedera, apalah yang pemuda boleh lakukan!!. Kebanyakan yang memperkatakan hal pemuda adalah bukan muda lagi, mereka tidak tahu aspirasi kami, mereka memberi nasihat bedasarkan kepada pemikiran lama, walaupun baik namun generasi kami sudah tidak faham pemikiran sebegitu, apa yang kami perlukan ialah KJ dan kalau tidak dapat KJ sila kemukakan pemimpin yang lebih baik daripadanya yang dalam pemerhatian saya hampir semua telah masuk barisan pembangkang!! yang berjaya menyemarakan semangat pemuda.

Anonymous said...

salam
kj and ajb is 2peas in a pod.
both ada controller dari spore dan ia hoo di.

now aib dah hampir mati dari segi politik dan umur...kj is next bet.


siapa controller dia ?? kj controller kalimula. kau tgk sapa berindia duit dapat ecm libra?
sapa team dia kat situ? cha nooon alip.
kj ni opportunist.
dia tackle si esah anak.si aib. bila aib hilang post copek dio koja anak si baduinislam malabari tongsan.mari.

badui ni takpeduli org melayu sgt..
anyway tu yg dia dapat masuk tkt4 all the strategy planning done by spore controller.

aib aib amik duit dari suma termasuk suma business man inclncha ya nooon alip. cash ok. atas nama perjuangan nak jatuhkan kjaan bn and happoskan bumi.

so spore tak sabar dan nak masuk skrg. maka tu ug dia letak kamera.
org jumpa satu hal. tapi spore controller ni bank on double edge sword.

sudahla...memang kita punya bangsa abis..silap aribulan.
sultan..
yg busuk kan bangsa dan dlman adalah mereka juga. camna? raja petra.. shldnt have title sbb mka ni mixed. busuk kan negara makinga a mess of suma.
johor.darah omputih... jgn ingat kita dan bangsa akan selamat.
at the rate trend org mlyu sibuk nak darah kacukan nama anak mereka.rayyan mikael.gabriel..instead of proper islamic spelling to sound it...takde nya la hidup..selamat
kita nampak... kiya deny..