Sebaik mengetahui keputusan, wajah PM tidak ceria walaupun partinya menang.Saya faham kekecewaan beliau. Selangor kalah teruk, dan beliau gagal mendapat 2/3.
Walaupun ramai cybertrooper UMNO yakin BN akan mendapat 2/3, saya sejak mula merasakan ia sukar berlaku. Ini kerana trend dunia masa kini. Di Britain, mereka terpaksa berkrompromi untuk membentuk kerajaan. Begitu juga di Australia. Kesimpulannya, 'era 2/3' sebenarnya sudah berakhir. Malah BN masih bertuah kerana mempunyai kelebihan 44 kerusi.
BN masih bertuah kerana tidak perlu memujuk DAP, atau PAS atau PKR. BN boleh membentuk kerajaan dengan berdiri sendiri. Ini sebenarnya satu kejayaan.
Di sebalik kegagalan BN mendapat 2/3, cuba dengari message yang ingin disampaikan oleh pengundi. Mereka sebenarnya menolak sekeras-kerasnya unsur-unsur rasuah dalam kerajaan, bukan hanya dalam parti atau oleh orang politik.
Tugas utama PM sekarang adalah bersihkan UMNO dari rasuah. Bersihkan agensi kerajaan dari rasuah. Bersihkan GLC dari rasuah. Dalam usaha menghapuskan rasuah dalam UMNO, kita akan lihat kesannya dalam pemilihan UMNO yang terdekat ini. Ini kerana sistem 'perwakilan' telah ditukar. Calon akan dipilih sebanyak 60 peratus dari cawangan. Ini juga memberi kurang kuasa kepada warlord-warlord UMNO.
Kemudian, PM perlu tegas dalam soal pentadbiran. Beliau memerlukan KSN yang tegas bagi menjaga penjawat awam dari melakukan rasuah. Saya masih ingat zaman Tun Mahathir, Tan Sri Ahmad Sarji telah membuat pembaharuan(reform) dalam sektor awam dan memudahkan Tun sebagai pembuat dasar melaksanakan visinya.
Kecekapan mereka juga perlu dipertingkatkan dan jika tidak akan membuat rakyat fed up. Ini akan memberi kesan kepada BN juga ketika PRU nanti.
Saya juga mencadangkan, parti UMNO memerlukan sistem pengkaderan yang baik. Tidak cukup hanya setakat pegawai menteri dan Perdana Menteri di groom dan akhirnya menjadi calon. Saya boleh katakan, sayap dalam UMNO untuk menyediakan pelapis telah gagal. Ini kerana dalam Pemuda, segalanya ditentukan oleh duit.
UMNO memerlukan pekerja sepenuh masa dalam menjaga hal ehwal parti. Masalah bagi UMNO apabila pemegang jawatan penting juga memegang jawatan dalam kerajaan dan delegate kerja kepartian kepada pegawai-pegawai lain.
Kegagalan UMNO/BN mengenal pasti pengundi luar, gagal mendaftarkan pengundi mereka dan sebagainya adalah kerana tidak ada pekerja sepenuh masa untuk bertindak sendiri. Di bahagian, semuanya menunggu arahan ketua bahagian, dan pelaksana cuma setiausaha kerja.
Dan yang penting, head up guys, keep up a good job. Banyak perkara yang perlu diperbaharui untuk PRU ke 14 ini.
9 comments:
Sebab2 yg dilihat remeh oleh umno bn dlm isu rakyat:
1. Astro-sudahla mahal servis cam pundek,xde pilihan,rais yatim buat apa?di spore stesen tv didenda krn gagal menyiarkn siaran langsung gamr bola di mesia benda2 mcm ni diambil sepi oleh kerajaan..rakyat fedup..akhirnya akn kata ini sykt kroni..tiada tindakan.tp rakyat kena saman aes bila buat salah.
2.tindakan kes rasuah ada tp xde pon org pakatan yg kena..jd rakyat anggap pr bersih sebersih bersihnya..hanya umno bn yg korup..kalau bising2 pon setakat cybertroop bn jer yg ckp ade..selagi xde kes d mahkamah rakyat anggap benar.
3. Isu perumahan-bn terlalu memberi muka kpd pemaju dlm menetukan pasaran harga..paling bodoh bila pemaju dibiarkan berleluasa buat konsep jual dulu bina kemudian.pulak tu rakyat yg kena byr duit progress projek umh!!!!harga umh pon blm start byr...bila pemaju dibiarkn jual dulu bina kemudian merekalah yg mencetuskan spekulasi harga umh sampai mhl..padahal ada byk jer umh2 atau lot2 tanah yg konon nk dimajukan tp x jd.byk umh kosong..tp sb spekulasi rakyat panik2 nk beli umh...
4.paling bodoh kerajaan plak terpaksa buat projek selamatkn projek2 yg terbengkalai tu..pkai duit rakyat lg..
5. Byk pemaju2 rumah yg x berkaliber pon blh buat jual dulu bina kemudian...
6.sepatutnya kerajaan kena kawal dgn bina dulu jula kemudian..baru betol demand create supply..biar pemaju2 yg betol2 berkaliber shj bina umh..kan lg cantik sb harga pasaran akn lebih stabil..rakyat x perlu byr progress payment malah blh lihat sendiri kualiti dulu..byk benda blh settle cpat bila bina dulu...tp apa kerajaan buat??akhirnya org kata sykt kroni..sy pon fikir mmg kroni!
7.isu syria-kerajaan memandang remeh isu ini terutamanya..seolah2 masy. Islam negara x bc dlm internet apa?kedutaan syria masih ada d sini..ingat byk pengundi tolak bn adalah d bandar..dan mereka ada akses internet!
8.najib dll gagal saman pihak yg dikatakan fitnah..setakat ckp mulut press konference...deyyyy...ini rakyat modenla..everyone believe in saman2..bila xde tindakan..we perceive its to be true!even the cincin stuff...patotla rafizi berleluasa.
9.isu harga kereta-kerajaan terlalu lama bg perlindungan kpd proton..isu ini sgt popular di kalangan pemuda2 cina dan melayu.proton pula mslh dgn kualiti & spec. kereta yg sgtla kedekut tak padan dgn harga..sepatutnya harga blh dkurangkn agak signifikan setelah sign afta..tp bn sibuk sgt nk protek proton..harga pon mhl.rakyat tgk ini isu kroni..
10.psl rosmah..tolong la....
11.tiada pengisian keugamaan peringkat nasional..kalo x pas tu mmg x laku dah.balik2 konsert...gagal dalami denyut nadi org muda melayu islam yg byk share2 psl agam di fb...isu konsert psy mmg bodoh..melayu tgk xde faedah..songsang...cina tgk isu kroni duit rakyat...2 2 pon bunuh bn.
12.sila fahami denyut nadi umat melayu yg dah undi ko bn oooiii....jgn nk konsert jer...x slh jd kerajaan yg ada pengisian agama sikit2..biar mca fhm kita bkn kita asyik nk please depa jer...xde huhd xpe lg..tp adakan agenda islam d peringkat nasional..tp bkn islam hadari cam pak lah tu ok...terlalu politik plak dlm nk beragama...mana ada islam lain...jika dilaksanakan x mustahil dpt sokongan padu..bukti nya 2004 sudah blh dilihat betapa melayu dambakan agama...
Ulasan macam cibai.....
Ya..sy sokong saudara.knp 2004 pak lah menang besar? krn pak lah mmbawa imej islam..namun syg dia xpandai memerintah sbb itulah dia kalah truk 2008. jd peringatan kpd najib..imej islam mesti ada!
Ulasan mcm cibai....
Wow...itulah pemikiran paling sofistikated melayu bn...x sia2 mak ko lahir kn ko d dunia ini...dah pi sambung upload gmbr lunch ko kat fesbuk...ni hal org dewasa..
najib gagal baca keputusan pru 14...
sebalik nya dipesongkan dgn gagasan 1malaysia shj.
terlalu asyik sgt...
melayu bandar baik kampung akan menerima umno bn sebaiknya sama mcm keputusan pru 12.
tp najib meningkah arus...terus meminggir kan org melayu sendiri sebalik nya sibuk sgt dgn kaum cina yg akhirnya memperlihatkan kelemahan najib.
mmg najib deserves pon keputusan pru 13 ini..
yg menang tak menang semua..
yang kalah tak kalah semua
itu pon melayu masih lagi sayangkan agama dan bangsanya dlm pru 13 ini...
pas yg cuba menongkah arus sebenarnya tersepit dgn keegoan nya sendiri.
melayu masih bersama ISLAM!
buktinya pas kalah sbg parti wakili melayu islam..
hanya bernasib baik di kws undi cina.
psa jadi mcm umno..
umno nak jadi mcm mana?
sudah tentu bn akan utamakan perpaduan semua kaum
ttp ingatlah skit org melayu islam yg telah undi lebih kali ini..
islam mesti dimartabatkan di peringkat nasional.
5 tahun lagi..jika gagal..mmg saya pon undi pakatan!
Kalau nak pengisian agama undi PAS? PAS sokong Anwar jadi PM? atau Hadi jadi PM? PAS bertanding cukup kerusi ke? Nak jadi MB Selangor pun tak berani. Kenapa? Takut nanti kilang arak tak berani nak tutup? Sembang lebat nak pengisian agama. Nak larang jual arak kat 7-11 pun tak berani!
Saya bersetuju dengan saudara tentang rasuah yg dikaitkan dengan kerajaan BN dan UMNO khususnya. Ini adalah persepsi tebal masyarakat Malaysia. Samada benar atau salah, bukan penting sebab persepsi adalah segal-galanya didalam politik. UMNO/BN kena lari dari konsep "sweep under the carpet" bilamana ahli politik atau pak menteri dilihat rasuah, dia di"rehat"kan tanpa apa-apa tindakan.
Lihat bekas menteri pelancongan yg dilihat rasuah, masih bertanding dan menang di Johor. Seorang bekad KM kalah di Melaka, seorang ketua Pemuda menang di NS dan seorang bekas menteri menang di Kelantan. Walaupun ada yg menang tapi kesan jangka panjang kepada masyarakat bandar melayu/cina/india adalah UMNO condone rasuah dan rasuah itu UMNO.
Bukan senang nak mengubah persepsi sedemikian kalau pemimpin paling atas tak bertegas.
Sangat bersetuju dengan saudara salah satu ialah PERUMAHAN .
Saya menghadiri satu majlis kahwin di Melaka minggu lepas. Saya cungkil dari staff saya kenapa dia undi PAS untuk DUN Durian Tunggal . Dia jawab rumah minta balik balik tak dapat . Permintaan 2000 , di bina hanya 200 . Itu pun perlu 'kenal orang dalam ' . Apa ni ? Rumah yang dibina lebih kepada rumah teres atau townhouse . Saya tanya kalau dibina apartment ok ? Apa salahnya bos dijawab . Tapi buat la kemas sikit , cukup fasiliti seperti taman permainan berkualiti dan kolam renang . Kedai runcit 1 Malaysia sekali . Tanah dalam 5 ekar boleh muatkan 2000 pengundi . Tanah mahal ? Jadi apa guna YB kalau tak boleh lobby pemerintah untuk absorb separuh nilai tanah ?
Staff saya di KL pula beritahu untuk dapatkan rumah PPRT kena bayar 5000 duit kopi oleh staff DBKL . Saya telah ajar dia untuk merakam secara sulit gunakan pen camera . Tapi kalau saya mengadu dengan UMNO rajinkah mereka kerja isu ini ? Bolehkah mereka lindungi whistleblower ini . Sebab untuk orang muda , walau DBKL yang buat , mereka tetap salahkan UMNO . Yang kelakar ada perasuah ini golongan yang simpati pada PR . Cuba baik2 dengan wee Choo Keong . Banyak info dia ada .
Kawan Cina saya pun ketawa , UMNO yang bodoh , kasi sendiri kurangkan pengundi bina rumah mahal2 saja.
Jamal
Najib harus undur sebagaimana Pak Lah undur selepas PRU 12.
Najib belanja wang banyak untuk beli undi pada PRU 13 tapi kalah lagi teruk.
Tolong UMNO, tolong jatuhkan najib. Kita perlukan pemimpin yang baru. Kita tak perlukan orang yang tak pandai kawal BINI, tak tahu arah menteri bodoh mcm sepupunya even pegawai PM pun macam sial belaka.....bertanding ramai yang kalah!!!
Post a Comment