Followers

Friday, May 17, 2013

Cabaran KJ.

Reaksi terhadap perlantikan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan bercampur baur. Saya terbaca di Facebook pendirian Kelab Che Det, mereka secara rasmi membantah, dan hingga kini masih membantah. Dalam twitter pula berlaku 'perang mulut' antara golongan pro-KJ dengan golongan yang anti-KJ. Blog juga begitu.

Saya akui KJ memang mendapat sokongan dan diminati oleh golongan muda. Rata-rata golongan muda yang saya temui mengkagumi beliau. Dan mereka bukan dari Pemuda atau UMNO, golongan atas pagar, malah ada dari mereka cenderung ke pembangkang.

Jika boleh diterima, mungkin ini asas PM melantik beliau. "It doesn't matter whether the cat is black or white", kata Deng Xiaoping, "but it's a good cat as long as it can catches mice".

Masih awal untuk menilai prestasi  KJ. Memang beliau petah berkata-kata, berdebat dan menyanggah kata-kata demi kata-kata dari musuh BN seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Nik Nazmi bahkan Anwar sendiri. Namun seperti kebanyakkan hukum am(general rule), orang yang pandai bercakap selalunya tidak pandai buat kerja. 

Kita nantikan 'buah tangan' KJ untuk peminatnya.(Which is I am not his fan anyway).

Namun pengaruhnya di kalangan generasi muda memang tidak dapat dinafikan. Seperti yang saya tulis semalam, orang Melayu ini mudah impress dengan hal-hal kosmetik, luaran, superficial. Tidak penting bagi mereka melihat lebih dari sekadar penampilan dan percakapan. Justeru itu maka ramai 'oostad' celebrity muncul dan mendapat peminat. Kita Melayu sangat mudah terperangkap dengan penciptaan 'cult'.

Hanya sesuatu yang membimbangkan saya. Sesetengah dari Pemuda yang sangat seronok KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan sudah tentu mengharapakan sesuatu. Saya pernah menjadi Ketua Penerangan Pemuda dan saya tahu apa yang Pemuda inginkan.

Dari kacamata Pemuda era ini, perlantikan seseorang ke sesuatu jawatan hanya membawa satu makna - "Apa yang aku dapat?" Saya percaya kali ini juga tidak terkecuali.

Seringkali saya dengar ayat: "macam mana nak buat kerja, kalau duit tak ada" dikalangan Pemuda. Mungkin saya terlalu idealist tetapi ini sebenarnya punca mengapa orang meluat dengan UMNO. Di sini juga Pemuda berbeza dengan AMK atau Pemuda PAS. Mereka berlandaskan pejuangan. Pemuda UMNO berlandaskan kebendaan.

Saya terpaksa berterus terang kerana ini kenyataan hari ini. Majority pengundi atas pagar sudah bosan, muak dan jelak dengan sikap Pemuda khasnya atau pembesar UMNO lain amnya dengan menayang kereta besar, mebawa gerombalan pengikut hingga mereka kelihatan elit dan sukar didekati. 

Sebagaimana saya menolak politik wang dalam UMNO, begitu saya menolak pemberian 'imbuhan' kepada pengikut untuk mengekalkan kuasa. Ini sebenarnya cabaran KJ.

Kita tahu beliau yang asalnya persona nan grata tiba-tiba muncul dalam pentas politiik Malaysia, bukan sebenarnya berbekalkan kehebatan akademiknya, tetapi kerana kedudukan sebagai menantu PM, secara tidak langsung mempunyai kelebihan mengumpul kekayaan dan akhirnya membeli undi. Legacy Tingkat Empatnya masih menghantui UMNO

Selepas beliau dipinggir, satu period yang saya panggil 'political exile' itu orang melupai siapa KJ sebelum ini. Di situ beliau menunjukkan bakatnya dalam memenangi hati golongan belia dengan kononnya 'berani', outspoken dan pandai berdebat.

Mengapa masa silamnya itu penting?

Ini kerana sebagai seseorang yang memegang jawatan Menteri, beliau mempunyai peruntukan, dan jika masih mengamalkan 'imbuhan' kepada pengikut maka UMNO akan gagal keluar dari persepsi parti rasuah. Cabaran KJ adalah mentarbiah Pemuda bahawa segala titik peluh yang dicurahkan kepada parti adalah pejuangan memertabatkan bangsa Melayu.

Persepsi yang ada sekarang ini dikalangan ahli UMNO biasa adalah, golongan elit pembesar UMNO yang memegang jawatan; menggunakan parti keramat UMNO sebagai parti memartabatkan Melayu untuk mengkayakan pengikut, diri sendiri dan kaum keluarga. Dengan ringkas, beberapa orang memegang jawatan sebagai minority yang elit menggunakan berjuta-juta ahli biasa UMNO ini untuk kepentingan peribadi.

Politik wang perlu dihapuskan dari peringkat cawangan, bahagian hingga UMNO Malaysia. Jika Pemuda gagal melakukan, maka kita boleh ramal bakal pemimpin dari UMNO yang perlu kita dukungi. Ini bererti berakhirlah riwayat parti keramat ini. Ini juga punca ramai pengundi meluat dengan UMNO

UMNO is indispensable. But not its leaders. Hence Churchill's maxim "I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat" shall prevailed. 

Keringat dan darah nenek moyang kita, untuk kita dan di mana keringat dan darah kita untuk anak cucu kita?





7 comments:

Jeepers Creepers said...

Memang betul pun Pemuda UMNO ni kemaruk duit..Tapi siapa yang ajar kalau bukan orang tua dalam UMNO juga..Dan sekarang benda ni dah sebati dalam darah daging orang UMNO baik yang muda mahupun tua..

Kalau nak tahu keikhlasan sebahagian ahli UMNO sekarang, cuba buat macam PAS..hulur tabung derma..Kita tengok siapa yang ikhlas berikan sumbangkan kepada parti..

Anonymous said...

We may forgive him, but we will not forget his deeds.

Anonymous said...

KJ, seperti Anwar, mengharapkan bantuan Godfather untuk cepat naik. Dianugerahkan Allah bijak berdebat, mereka berdua sebenarnya tidak punya idea sendiri untuk memimpin. Untuk kekal sebagai pemimpin, kedua2 menggunakan habuan wang dan janji2 manis kepada pengikutnya. Akhirnya mereka tak ramai pengikut yg berkualiti.

Anonymous said...

Wan Shahrir,

Itu yang telah berlaku dan telah terjadi, menjadi rantaian sejarah. Manusia akan berubah kerana pengalaman lepas yang dilalui nya mengajar nya, apakah erti kehidupan. Dalam hal ini, YB KJ sudah pasti mengenali melalui mata hati nya, yang mana rakan, yang mana taulan dan yang mana sahabat?. sahabat amat sedikit. Pegalaman nya sebelum ini KP tanpa di beri jawatan dalam kabinet sudah tentu mematangkan beliau. Ramuan ini sudah tentu beliau akan maju jaya, yang penting mata hati beliau memandu nya. Bab kata pepatah,teman menangis sukar di cari tapi teman ketawa berlambak-lambak di mana-mana.

sri tribuana said...

Salam Anon 4:45

Saya tak kisah pengalaman peribadinya, kena tinggal and kena betray. Malaysia dan UMNO lebih dari sekadar masalah peribadi KJ. Dia kena belajar jadi humble, dan jangan salah guna kuasa seperti masa Mentua dia berkuasa. Itu saja

Anonymous said...

Saya percaya lantikan KJ disebabkan perkara2 yang dilakukan sangat2 luar biasa sepanjan yang diketahwi rami rakyat Malaysia sep:

1.Bercinta dengan melangar buntut kerita dan akhirnya berkahwin,,,,,
2.Memaklumkan juak juaknya dia akan menjadi PM termuda Malaysia,,,,
3.Berjaya menjadi pemimpin dan penesihat kapada PM Malaysia yang beroperasi ditingkat 4,,,,,
4.Menjadi ketua UMNO termuda dalam sejarah politik negara,,,,
5.Berjaya melangar pertokol Kerajaan Malaysia,,,dengan menghantar Passport antara bangsa
Anuar Ibrahim...sedangkan salah disisi undang2 negara,,,,
6.Yang terakhir meminta PM lantik PM lantik dia jadi menteri dan disiar melalui media,.Saya percaya dia pakai cara ugut....sebab kalau tak lantik PM akan dikecam oleh Pemuda UMNO ,,,,,dan akan jadi senjata besar kapada PR untuk serang PM,,,,cara berpolitik sebiji macam ANUAR,,,,,, kokok berderi derai,ekor bergolamang taikkkkk.....

Saya Melayu Tak Lupa.

Anonymous said...

KJ :
1.GP (gila Publisiti)
2.1M+1M .Lebih Najib dari Najib.
3. P.EM wannabe(macam penasihat ekonomi Negeri Selangor)
4.New politik macam saiffudin dan adam tanjung malim.
5.Penaung- KJ Fan kelab.
6.Engage dan inklusive- serupa Najib.
7.Kelainan - serupa Najib
8.Menteri - Kementerian National Reconcilation
9.Ketua Jurucakap Kabinet
10.Ketua Jurucakap BN
11.Ketua Kumpulan pencantas Zahid.
12.Ketua pembangkang dalam kabinet.
13.Ketua UMUM PR dalam UMNO
14.World view - sukan dan bola sepak macam najib
15.sahabat karib AA dan TSTF dan MUFC.
16.sahabat baik pap .
17.Father 's little boy ,40 years ago.(minta kertas tissue)
18.Idola Harakah.
19.Loose cannon Minister for all.
20.Menteri Kementerian bukan BN.
21.Penolong Perdana Menteri 1. (Assistant Prime Minister No 1.)
arjuna waspada
changkat lobak