Followers

Tuesday, June 30, 2009

Trading Places

Beberapa minggu lepas, di Pelita Ampang Point, saya bersarapan dengan seorang wartawan akhbar Watan. Saya rasa lebih sopan jika saya tidak nyatakan nama beliau di sini. Kami berbincang banyak perkara tetapi ada suatu perkara yang menarik perhatian saya.

Secara berseloroh, kami merumuskan, disesetengah negeri yang dikuasai oleh pembangkang, peranan sudah berubah. UMNO yang dahulu kerajaan negeri menjadi pembangkang. Begitu juga dengan PR yang dahulunya pembangkang telah menjadi kerajaan negeri. Kerana itu saya namakan posting ini: 'Trading Places'

Di sesetengah kerajaan negeri yang mengalami perubahan mendadak ini, kedua-dua parti tidak dapat menyesuaikan diri dengan peranan baru mereka. Ada negeri UMNO/BN tidak begitu berkesan menjadi pembangkang. Ada pula negeri kerajaan negeri masih mempunyai mindset seperti pembangkang kerana mereka memang pembangkang sebelum ini.

Di Selangor, MB Khalid Ibrahim dan konco-konconya tidak habis-habis bertindak seperti pembangkang. Mereka masih nak bongkar kisah lama. Mereka masih nak menunjukkan kononnya ada kelemahan pemerintahan BN dahulu. Mereka nak ambik tindakan kepada ADUN pembangkang sekarang(UMNO atau bekas MB, Datuk Seri Khir Toyo) kerana isu Balqis, Selcat dan sebagainya.

Walaupun sudah memerintah, PR masih merasakan mereka pembangkang. Mereka bangkang juga segalanya. Sepatutnya mereka yang sudah memerintah, hanya menumpukan projek pembangunan dan bukan hendak menjadi pembangkang lagi.

Di Pulau Pinang, Gerakan minta Lim Guang Eng berhenti mengorek dan mengkritik dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang lepas. Gerakan minta Lim Guang Eng menumpu kepada pembangunan Pulau Pinang.

Dari segi psikologinya, mereka masih merasa mereka pembangkang. Di Parlimen, Khalid Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guang Eng merupakan pembangkang. Sudah puluhan tahun, kecuali Nik Aziz mereka yang lain merupakan pembangkang dinegeri masing-masing.

Keperibadian pembangkang mereka sudah terbentuk lama dan sukar hendak mengubahnya. Mereka kurang pandai atau bijak menjadi pemerintah. Seperti sifat api yang membakar, begitu juga sifat semulajadi pembangkang.

Mereka tetap pembangkang walaupun dah jadi kerajaan. Eddy Murphy, syabas lakunan anda sangat berkesan dalam filem 'Trading Places'.

Monday, June 29, 2009

Sesat Lagi Menyesatkan

PAS sebuah parti sesat. Sejak mula diwujudkan, PAS parti yang sesat lagi menyesatkan. PAS menuduh UMNO tidak Islam kerana sanggup bekerjasama dengan MCA dan MIC. MCA dan MIC parti yang mengakui ketuanan Melayu/Islam. PAS pula bekerjasama dengan DAP parti yang menidakkan Islam dan Melayu.

Menggunakan orang yang berserban dan berkorpiah, boleh membaca beberapa surah, orang-orang ini akan diangkat menjadi 'Tok Guru', 'Ulama' dan sebagainya. Kata-kata mereka mahfum dan terpelihara dari dosa, jika ditilik dari pandangan ahli PAS.

Tok Guru bukan rasulullah. Mereka tidak suci dan tingkah laku, tindak tanduk mereka juga akan dihitung, dihisab dan diadili oleh Allah. Mereka seperti umat Rasulluah yang lain juga, tidak ada manusia yang suci kecuali Rasulullah.

Ada suara-suara murni dalam PAS yang minta berbincang(bukan bergabung) dengan parti Melayu/Islam demi kebaikan Melayu/Islam telah dilaknat oleh Tuan Guru yang kononnya separuh wali. Separuh wali?

Menolak perbincangan dengan sesama Islam, menyembah Allah yang sama cuma mungkin pendekatan berbeza, dianggap wali? Sanggup melabelkan saudara semuslim kafir, Ayah Pin, komunis dan berbagai tohmahan wali?

Dengan status 'Tuan Guru', mempunyai begitu ramai penyokong yang membuta tuli, orang sebegini amatlah merbahaya kepada nama baik Islam kerana mereka sesat dan menyesatkan orang Islam lain yang jahil. Menjadi budaya dialam Melayu ini menganggap mereka ini suci sedangkan Quran diturunkan untuk dipelajari dan difahami oleh semua orang sebagai panduan.

Kita tidak perlu Tok Guru yang sesat lagi menyesatkan ini dan memecah belahkan umat Islam dengan memberi makna Islam dari sudut pandangan yang sempit.

Tanya diri kita sendiri; dan gunakan pemikiran rasioanal bukan fanatik membuta tuli, lebih baik UMNO atau DAP?


Sunday, June 28, 2009

Bukan Kerana Periuk Nasi Sahaja

Sebenarnya tajuk posting ini dari buku Konosuke Matsushita, 'Not For Bread Alone.' Kembali ke tahun 1987, saya masih tidak mahir berbahasa Inggeris terlalu ghairah hendak membaca tetapi hanya mampu membaca terjemahan yang diterjemahkan :'Bukan Kerana Periuk Nasi Sahaja'.

Konosuke Matsuhita adalah pengasas Nasional iaitu barangan eletronik yang menguasai pasaran elektrik pada masa itu. Dalam buku itu yang separuh memoir dan separuh teori pengurusan ala-Jepun beliau menerangkan bagaimana beliau sendirian membangunkan perusahaan kecil itu hingga menjadi gergasi dunia.

Baginya, perjuangan memertabatkan syarikatnya merupakan perjuangan patriotik dan bukan hanya hendak menjadi kaya dan berlagak dan menunjuk-nunjuk. Itu sebab beliau menjenamakan barangannya sebagai : Nasional.

Jika objektifnya kekayaan semata-mata, setelah mengumpulkan begitu banyak harta, beliau boleh bersara dan tidak perlu bekerja keras lagi. Beliau meneruskan juga jerih payah menjadi usahawan kerana matlamat kebanyakkan usahawan bukan hanya kerana duit, kepuasan menyediakan peluang pekerjaan, menyumbang kenaikan ekonomi negara, membantu golongan susah, membantu penyelidikan dan berbagai lagi tanggungjawab sosial.

Saya banyak berbincang dengan rakan-rakan yang sejiwa dengan saya. Melihat golongan Melayu usahawan yang menjadi kaya, dan terpisah dari kelompok Melayu mereka, kemudian merasakan mereka bijak kerana berjaya tetapi tidak pula seperti Matsushita yang mampu membawa kemajuan kepada bangsanya.

Seperkara yang saya ragui, benarkan mereka berjiwa usahawan atau hanya sekadar menikmati loteri kerajaan atau 'kebajikan' dalam dunia 'technically-know-who' korporat dan politik?

Saya juga pernah memberi pendapat bahawa kerajaan sudah makin tidak mampu membantu golongan Melayu yang mengambil peluang dari konsep keseimbangan 'ekuiti bumiputera' ini. Kebanyakkan faedahnya dirasai oleh apa yang dilabelkan oleh pembangkang sebagai 'UMNOputera' dan bukan bumiputera lagi.

Di dalam UMNOputera itu pula masih ada yang tertinggal dan terbiar kerana kecenderungan atasan menjaga golongan berjawatan dan perwakilan yang boleh mengundi mereka dalam Perhimpunan Agong UMNO.

Selain dari politik wang, ini boleh membobrokkan parti terbesar Melayu ini kerana kita menggalakkan orang Melayu menjadi malas berusaha dan hanya mengasah kemahiran membodek dan mengampu pemimpin.

Siapa usahawan Melayu seperti Matsushita, Henry Ford, Carnagie, Dunlop dan Honda?

Golongan yang mendapat faedah tadi itu pula tidak berusaha mewujudkan usahawan Melayu yang lain sebaliknya menunjuk-nunjuk kemewahan, berkereta besar, 'welcome to BBC'(Billionaire Boys Club), bongkak dan angkuh. Tiada inisiatif dari mereka untuk membangunkan usahawan kecil Melayu yang tiada access kepada 'technically-know-who' tadi.

Saya ambil contoh di Bangladesh. Muhamad Yunus, seorang usahawan Bangladesh memenangi Hadiah Nobel untuk keamanan kerana banyak membantu orang susah di Bangladesh. Bantuan beliau bukan dalam bentuk derma tetapi beliau mewujudkan Bank Grameen dan memberi pinjaman kepada perniaga-perniaga kecil malah peminta sedekah. Beliau memberi makna baru kepada dunia pinjaman dengan kaedah 'mikrofinance'.

Beliau membantu usahawan kecil yang tiada bermodal dan memberi pinjaman kepada peminta sedekah hingga hanya 10usd untuk membeli patung-patung mainan dan gula-gula. Sambil meminta sedekah mereka boleh belajar berniaga dan akhirnya beliau berjaya membebaskan ramai juga bangsanya dari kemiskinan.

Semangat usahawan sebegini kita ingin lihat dari golongan yang merasakan mereka 'usahawan' tetapi sebaliknya hanya mendapat kontrak dari kerajaan. Saya pernah lihat 'usahawan' golongan ini yang tidak habis belajar tingkatan tiga pun dan hanya berbekalkan skill pandai membodek dan 'entertain' atasan sahaja beliau mengumpul jutaan. Dalam dunia 'usahawan' Melayu: "Even monkeys can make money as long as they know the right person."

Sikap golongan ini akan membebankan kerajaan dan ini punca DEB tidak dapat mencapai matlamat 30% ekuiti dipegang oleh bumiputera. Jika semua hendak dibebankan ke atas kerajaan, lama ke lamaan kerajaan pun tidak mampu kerana bukan hanya Melayu sahaja warganegara Malaysia dan boleh mengundi.

Kepada 'usahawan' dan usahawan Melayu, fikirkanlah. Bukan hanya kekayaan penting dan fikirkan juga bangsa Melayu. Saya setuju, apa yang kita buat, seperti kata Matsushita: Not for bread alone.

Friday, June 26, 2009

Panah Perak(Silver Arrow)

Pada tahun 1934, Hitler menjadi Chancellor German telah secara terbuka menyokong Mercedez dalam Grand Prix Eropah. Hitler ingin semua berkaitan dengan German menjadi yang terbaik. Beliau mahu Mercedez sebagai lambang kereta German menjadi dominan dalam perlumbaan berkenaa. Sebelum itu Grand Prix dikuasai oleh kereta dari Itali.

Hitler mengeluarkan belanja besar bagi sponsor Mercedez membina kereta terpantas di litar. Pada masa yang sama, Auto Union yang terdiri dari empat pembuat kereta German iaitu Audi, Horsch, DKW dan Bremer tidak puas hati apabila Mercedez diberi keutamaan oleh Hitler.

Oleh kerana 4 pembuat kereta bergabung, sebab itu hingga kini lambang Audi 4 relung. Mercedez mengeluarkan model W25 pada tahun 1934 sementara Auto Union mengeluarkan model type-A. Auto Union mempunyai satu kelebihan berbanding Mercedez: orang yang mencipta enjinnya adalah Ferninand Porsche. Porsche juga orang yang mencipta Volkswagen.

Porsche mencipta enjin kereta lumba untuk Auto Union dengan menggunakan enjin belakang. Beliau orang pertama mencipta kereta lumba begitu dan hingga kini semua kereta lumba menggunakan enjin belakang. Ciptaan canggih Porsche ini sukar untuk mendapatkan pemandunya kerana mudah terbabas. Pada tahun 1934, Auto Union masih gagal bersaing dengan baik.

Pada ketika itu, negara pengeluar kereta lumba ini adalah seperti berikut: German warna putih, British warna Hijau, Perancis warna biru dan Itali warna merah. Audi menggunakan warna perak.

Pada tahun berikutnya Audi mengeluarkan enjin type-B sementara Mercedez mengeluarkan enjin W50. Berat maksimum yang dibenarkan pada ketika itu adalah 750kilogram. Mercedez melebehi berat sebanyak 1kg iaitu 751 dan mungkin tidak dapat menyertai perlumbaan. Mereka tidak ada pilihan kecuali mengikis cat putih lambang warna kebangsaan German. Setelah dikikis catnya, Mercedez lepas piawaian 750kg tetapi warna keretanya menyerupai Auto Union: warna perak.

Auto Union pula akhirnya mendapat pelumba yang mampu mengendalikan kereta enjin belakang. Ironinya, pelumba berkenaan merupakan bekas pelumba motor. Selepas itu, Auto Union sentiasa menjuarai Grand Prix Eropah ini.

Persaingan Grand Prix Eropah bermula dari tahun 1934 hingga 1939 adalah sentiasa antara dua kereta German ini iaitu Mercedez dan Auto Union. Ada ketika Audi menang dan ada ketika Mercedez menang. Legenda persaingan dua silver arrows ini menjadi buah mulut dalam Grand Prix.

Pada tahun 1939, Perang Dunia meletus dan tiada lagi Grand Prix. Dalam Formula One, Audi tidak menyertainya. Mercedez hingga kini mendapat julukan 'Silver Arrow' walhal Audi merupakan Silver Arrow yang asal kerana kebetulan Mercedez yang asalnya putih menjadi panah perak juga akhirnya.

Tuesday, June 23, 2009

Jiwa Merdeka

Dalam masyarakat Melayu, kita sering lihat budaya iku-ikutan. Kadang-kadang jika kita mempunyai minat atau pandangan yang berbeza, kita takut untuk meluahkannya. HAMKA pernah menyalahkan sistem sosial dalam budaya Melayu lama yang mana feudal dan berkasta.

Lihat sahaja cara kita memanggil kata nama sendiri. 'Saya' berasal dari perkataan 'sahaya' yang bererti hamba. Zaman dahulu kita memanggil diri 'hamba'. Hanya 'aku' yang bermakna kemerdekaan jiwa yang tiada ikatan 'perhambaan'.

Sikap merendahkan diri orang Melayu ini disalah anggap sebagai 'lemah'. Berjumpa orang asing seperti keturunan 'syed' Arab kita panggil 'tuan syed'. Panggil orang Inggeris 'Tuan'. Sebenarnya ia hanya berasald dari menghormati tetamu, kemudian 'tetamu' merasakan orang Melayu terlalu lemah hingga menyembah bumi.

Apabila sesuatu perkara itu hanya ikut-ikutan dan bukan datang dari kefahaman sendiri, ini memudahkan orang Melayu hilang arah dan pendirian. Jika tidak hilang arah dan pendirian; menjadi terlalu fanatik pula kepada sesuatu pegangan hingga menjadi dogma kerana biasanya pegangan itu datang dari ikut-ikutan bukan kefahaman.

Islam datang ke Tanah Melayu melalui berbagai cara. Cara yang paling berkesan apabila raja-raja Melayu memeluk agama Islam, seluruh rakyat memeluk agama Islam. Mereka memeluk agama Islam kerana ketaatan kepada raja bukan kerana pemahaman terhadap agama Islam sendiri.

Ini menimbulkan budaya 'tempel-tempelan' dalam pemahaman Islam itu. Peringkat awal, Islam di Nusantara bercampur aduk dengan pemahaman 'animisme' dan amalan yang khurafat kerana ia hanya ikut-ikutan.

Saya hanya memberi satu contoh di atas bagaimana masyarakat kita kurang memahami sesuatu pegangan dan amalan tetapi menjadi fanatik kerana budaya ikut-ikutan. Budaya 'ikut-ikutan' dan 'tempel-tempelan' ini boleh menjadikan seseorang itu fanatik dan naive. Sesuatu perkara perlu ditelusuri dengan pemikiran sendiri dan pengkajian ke sumbernya dan bukan hanya mengikut membuta tuli.

Walaupun sekarang ini merupakan zaman moden, dan ramai masyarakat Melayu yang sudah mendapat pendidikan tinggi dan terdedah kepada berbagai idea dan pemahaman, sikap jiwa yang tidak merdeka masih ada tertanam dalam jiwa Melayu.

Budaya ikut-ikutan, tempel-tempelan, takut 'apa orang kata' dan tidak 'dare to be different' masih menebal. Saya suka mengambil contoh dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007 apabila Dato' Mukhriz mengulas(bukan mengkritik) ucapan Tun Abdullah sebagai "tiada yang baru", boleh dikatakan keseluruhan sayap Pemuda mengutuk Dato' Mukhriz dan tiada siapa yang berani membela.

Sudah sampai masanya masyarakat Melayu berubah. Kita kena berani berjiwa merdeka dan berpihak kepada kebenaran. Berjiwa merdeka bukan bererti 'kurang ajar' dan tidak menghoarmati susila dan 'kelembutan' adat resam orang Melayu. Cuma kita perlu berani berpegang kepada pegangan sendiri tanpa dipengaruhi oleh masyarakat umum.

'Libertas virorum fortium pectora acquit'
"Kemerdekaan(kebebasan) itu menyemarakkan semangat orang yang kuat"

Friday, June 19, 2009

Kesilapan.

Posting ini berdasarkan tulisan blog saya dalam bahasa Inggeris, dalam Myspace saya. Tajuk asalnya :'In Retrospect'.

Semasa saya awal 20an, seorang kawan, Peter Borisov warganegara Kanada yang ketika itu berusia 40an menasihati saya membaca 3 Jilid buku Edward Gibbon 'The History of Decline and Fall of Roman Empire.' Pada ketika itu saya sedang membaca 'The Rise of Roman Empire' karya Polybius.

Oleh kerana saya muda dan bongkak(sebenarnya mentah) saya nyatakan kepadanya, saya lebih berminat mengetahui kebangkitan Rome dari hanya sebuah negara kecil pertanian berkembang menjadi empayar dan saya tidak minat mengetahui kejatuhannya.

Dia mengatakan kepada saya, kejayaan bukanlah guru yang baik.

Semasa muda kita sering idealis, rasa lebih tahu dan bijak dari generasi yang dulu. Bila saya menjalani kehidupan yang 'sebenar', saya mengalami banyak kegagalan dan kegagalan. Masa berlalu an akhirnya saya akur, kegagalan merupakan guru yang terbaik.

Tidak hairan jika Gandhi pernah berkata: "Every each of my failure is a stepping stone."

Akhirnya saya faham, dalam setiap kegagalan, adanya benih-benih kejayaan. "Life is a safety box, all you need to do is finding a right combination in order to unlocked it, and to get what ever you want in it."

Dalam sistem pendidikan kita(dan kebanyakkan dimana-mana didunia ini), sekolah akan menghukum orang yang membuat silap. Siapa yang mendapat jawapan yang betul selalu dianggap bijak. Orang yang buat silap akan dihukum.

Apabila kita bekerja, sikap ini terbawa-bawa oleh atasan atau majikan kita. Dengan ringkas, kita hidup dalam budaya masyarakat yang suka menghukum. Ini mungkin satu sebab ramai generasi muda Melayu takut untuk menjadi usahawan dan menemui kegagalan.

Kita akan menghukum orang yang berani dalam masyarakat jika mereka gagal dan memuja-muja orang yang berjaya - walaupun kejayaan dengan cara yang menipu dan bukan bersaing. Saya bagi contoh golongan yang banyak dapat peluang perniagaan dengan kerajaan dan mempunyai banyak duit, lebih diagung-agungkan dari seorang pengusaha yang berusaha sendiri dan gagal.

Ini akan membantutkan semangat usahawan itu untuk berusaha lagi. Jika kita membaca kisah orang-orang yang 'benar-benar' berjaya dan bukan kena loteri projek kerajaan, mereka mengalami beberapa kali jatuh dan bangun.

Contoh yang saya suka adalah Sochiro Honda. Beliau mereka piston kereta untuk mendapat kontrak dari Toyota. Rekaannya ditolak. Beliau tidak putus asa. Beliau belajar semula sekolah teknik dan menghantar rekaannya lagi sekali. Kali ini Toyota menerimanya. Malangnya meletus pula Perang Dunia Kedua.

Beliau membuka semula kilangnya selepas perang. Berlaku gempa bumi dan kilangnya musnah. Beliau tidak pernah putus asa dan bergolok-bergadai barang kemas isterinya. Cubaan demi cubaan dihadapinya hingga muncul peluang yang mengubah hidupnya.

Satu ketika petrol terlalu mahal di Jepun dan tiada siapa mampu memandu kereta mereka untuk ke kedai. Honda memimjam basikal jirannya dan memasang enjin kecil untuk menjimatkan petrol. Kemudian ramai jirannya meminta beliau berbuat demikian.

Beliau yang tiada berduit ketika itu minta kilang basikal mendahulukan 8000 unit basikal untuknya. Kilang itu membenarkan 5000 unit sahaja dan muncullah Honda Cub yang megubah nasib Sochiro Honda. Bila berjaya, beliau berkata: "Orang hanya nampak 1% kejayaan saya dan tidak nampak 99% kegagalan saya." Baginya, 1% itu hanya kesinambungan 99% kegagalannya.

Setiap kali kita membuat silap, kita akan jadi lebih bijak. Dalam buku 'Rich Dad, Poor Dad', Robert Kiyosaki juga mengatakan bagi seorang usahawan, dua tiga syarikat yang pertama adalah 'trial and error' dan tidak mengapa jika gagal dan bankrap pun.

Di Malaysia, kita lihat budaya yang tidak menggalakkan usahawan masih banyak. Orang bankrap akan disenaraihitamkan dan tidak akan mendapat peluang kedua. Saya rasa ini undang-undang yang tidak dinamik.

Ambil contoh di Silicon Valley. Usahawan mereka digalakkan mencuba dan bankrap. Selepas bankrap mereka diberi peluang untuk memulakan semula. Ramai juga yang berjaya selepas dua tiga kali gagal. Ini merupakan persekitaran yang dinamik dan menggalakkan usahawan keluar dari mentaliti 'selamat'.

Cara masyarakat menghukum orang yang gagal akan melemahkan semangat 'mencuba' seseorang usahawan itu. Lihatlah jutawan segera kita. Adakah mereka benar-benar usahawan atau hanya di'pampered' oleh kerajaan. Kekayaan bukan matlamat utama kerana kita sepatutnya menggalakkan budaya 'pancing' dari budaya 'memberi ikan.' Ada ketika nanti, kita sendiri tidak mampu memberi mereka ikan lagi.

Tanggapan orang berjaya terhadap kesilapan juga positif. Ketika seorang CEO IBM membuat keputusan yang salah, dan menyebabkan kerugian kepada IBM hingg USD140juta, beliau menghantar surat perletakkan jawatan. Chairman IBM memanggil beliau dan menolak surat berkenaan kerana katanya IBM baru mengeluarkan fee sebanyak USD 140juta untuk 'melatih'nya dari mengulangi kesilapan yang sama.

Sekarang saya akui, kawan saya benar, kegagalan(kesilapan) adalah guru yang paling baik.

Thursday, June 18, 2009

Fifth Column

Di mana-mana ada 'fifth column'. Fifth Column ini merupakan istilah penentang dari dalam. Ketika era Nazi, Stauffenberg dan conspirator yang hendak membunuh Hitler merupakan 'fifth column.

Istilah fifth column ini terkenal semasa Perang Saudara Sepanyol pada tahun 1936, apabila Emilio Mola mengepalai 4 column dari luar pengepungan Madrid minta bantuan dari dalam kota untuk mengalahkan tentera Republican. Beliau memanggil bantuan dari dalam itu sebagai 'fifth column'. Kemudian istilah itu terkenal dan identik dengan "musuh dalam selimut."

Istilah berkenaan digunakan dengan meluasnya. Dimana-mana jika ada penentang dari dalam, scholars akan memanggilnya 'fifth column' seperti dalam era penentangan Nazi.

Nik Aziz minta Nasharudin Mohd Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS jika ingin meneruskan pakatan dengan BN. Kemudiannya, MB Kedah, Azizan Razak membuat kenyataan Nik Aziz tidak patut minta Nasharudin Mohd Isa meletakkan jawatan.

Ada 'fifth column' dalam PAS sekarang. Ada pula 'counter-revolution.'

Nik Aziz lebih suka bekerjasama dengan DAP. DAP pula parti warisan PAP dari Singapura. Tunku Abd Rahman terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia kerana Lee Kuan Yew menghasut kaum Cina Semenanjung yang tidak pro-UMNO seperti MCA untuk mempersoalkan hak istimewa orang-orang Melayu. Konsep 'Malaysian Malaysia' adalah ilham Lee Kuan Yew yang diteruskan oleh DAP selepas Singapura keluar dari Malaysia.

Lee Kuan Yew merupakan 'fifth column' di dalam Malaysia ketika itu.

Saya nak tengok sejauh mana permainan 'fifth column' dalam PAS ini akan berlanjutan. Buat setakat ini, yang jelas, 'ulama' besar PAS yang hendak menubuhkan kerajaan Islam lebih selesa bekerjasama dengan DAP parti yang menentang kerajaan Islam dan Melayu.

Fifth column lagi.

Tuesday, June 16, 2009

Master of Go

Dalam novel 'Master of Go', Yasunari Kawabata secara berkias mengisahkan bagaimana pertembungan dua generasi di Jepun. Go merupakan sebuah permainan seperti catur Cina yang mana memerlukan strategi dan taktik serta kesabaran bagi mengalahkan musuh. Go juga dikatakan lebih kompleks dari catur antarabangsa dan mempunyai lebih banyak kemungkinan.

Dalam novel itu, Kawabata mendapat ilham dari pertandingan Go yang benar terjadi antara Honinbo Shusai menentang Minaro Kitani pada tahun 1938. Dalam novelnya, Honinbo Shusai yang mana seorang grandmaster dinamai 'The Master' sahaja, manakala watak Minaro Kitani dinamakan Otake.

Dalam novel itu juga, The Master telah ditewaskan oleh 'the young upstart' dan beliau meninggal dunia setahun selepas itu. Pertandingan itu mengambil masa selama enam bulan(berdasarkan pertandingan sebenar).

Di mana-mana negara dan bangsa pun, jurang generasi dan pertembungan idea mereka memang terjadi dan bukan perkara baru. Dalam novel ini, The Master lebih tenang, berfalsafah dan menikmati gerak demi gerak tanpa ingin menamat atau memenangi dengan cepat. Di usia tuanya, beliau cuba menikmati 'sengsara'nya permainan itu. Sementara pencabar mudanya lebih aggressif, kadang gopoh tetapi penuh bertenaga.

Penceritaan ini adalah universal walaupun secara berkias berkisar tentang permainan Go. Jurang generasi sering menjadi medan tempur dua generasi yang saling tidak memahami. Dalam era sebelum merdeka contohnya, pertembungan yang ketara antara golongan muda Melayu dengan golongan tua tentang cara menentang British.

Kesatuam Melayu Muda(KMM) yang diketuai oleh Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhamad(Pak Sako) sangat membenci British. Mereka juga mewujudkan gagasan Melayu Raya iaitu Melayu Malaysia dan Indonesia patut bersatu menentang penjajah masing-masing dan membentuk satu negara. KMM dianggap oleh British sebagai sayap kiri dan radikal. Memang benar mereka radikal hingga semasa Jepun menakluk Malaya, KMM rela bekerjasama dengan Jepun bagi menentang British.

Sementara golongan Melayu tua pula lebih cenderung mendapat kemerdekaan dengan bekerjasama dengan British dan menentang penyatuan dengan Indonesia kerana mempunyai latarbelakang politik yang berbeza. Pendapat golongan ini membuahkan pertubuhan perkasa tahun 1946 dengan tertubuhnya UMNO di Johor.

Seperti dalam novel Kawabata, golongan muda sering merasakan mereka lebih tahu, lebih aggressif, lebih up-to-date dan lebih bertenaga. Sementara golongan tua pula lebih berpengalaman, tenang, tidak gopoh dan lebih teliti.

Jurang generasi sebenarnya dapat dirapatkan melalui pemahaman sejarah. Walau apapun latarbelakang kita, sejarah sangat penting kerana bila kita tahu asal-berasal sesuatu perkara, kita akan mampu meramal masa depan.

"Those who forget the past, condemned to repeat it" kata George Santayana. Sebagai contoh, Hitler menemu kegagalannya apabila menyerang Rusia bila beliau gagal mempelajari kegagalan Napoleon sebelumnya.

Apabila saya melayari sesetengah blog golongan muda, saya bimbang melihat mereka yang kurang memahami sejarah dan mudah terpengaruh dengan dakyah tentang sesuatu perkara. Ambil contoh Chin Peng dan PKM, saya terkejut sebenarnya apabila saya mendapat tahu begitu ramai sympathizer Chin Peng dan PKM. Jelas mereka tidak tahu apa yang mereka simpatikan itu.

Begitu juga begitu ramai yang gagal berhujah tentang ketuanan Melayu dan bersetuju dengan dakwaan kaum bukan Melayu tentang Melayu sebagai bangsa asal Malaysia. Malah ada yang bersimpati dengan kaum lain itu!

Ramai juga yang menganggap tidak penting siapa yang berkuasa dan sama sahaja. Kita gagal mempelajari dari lipatan sejarah betapa pentingnya keutuhan Melayu itu. Lihat apa jadi kepada Melayu Singapura dan Melayu Selatan Thai? Kita juga tidak dapat memahami pentingnya beberapa Treaties yang mengubah budaya politik rantau ini seperti Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Saya tidak salahkan generasi muda sepenuhnya. Sebahagian besar adalah kerana sistem pendidikan kita yang gagal menjadikan pembelajaran sejarah itu vital. Saya sendiri tidak suka matapelajaran sejarah disekolah kerana terlalu banyak fakta dan tahun yang perlu dihafal. Sejarah bukan hanya sekadar tahun dan peristiwa tetapi sukatan pelajaran menjadikannya 'boring' dan 'dry'.

Generasi muda Melayu sudah ramai yang cerdik dan pandai, tetapi jika mereka tidak mempunyai jatidiri ia tidak bererti apa-apa. Walaupun mereka rasa mereka lebih bijak, well verse, internet dan technological savvy, tetapi saya masih ingat ungkapan nenek saya apabila beliau menyindir kami yang sering memperlekehkan golongan tua.

Katanya: "Ibarat kita hendak menyeberang sungai, kalau kau orang baru hendak memegang pengayuh sampan, kami orang tua dah sampai seberang sana dah."

Bacalah 'Master of Go'. Jangan lupa; enjoy it.

Monday, June 15, 2009

Jenayah di Sebalik Kekayaan

Saya menonton filem Godfather karya Francis Ford Coppolla. Kemudian saya terdorong untuk membaca novel asal yang menjadi asas filem berkenaan. Godfather adalah novel Mario Puzo yang banyak menulis tentang kegiatan mafia. Selain dari Godfather, Mario Puzo juga menulis Dark Arena, The Sicilian dan The Last Don.

Mafia atau Mafioso bererti 'Man of Honour' iaitu organisasi jenayah terancang yang berasal dari Sicily. Hanya orang Sicily sahaja yang bergelar mafia. Al Capone, orang yang pertama mengatur jenayah terancang di Chicago sendiri bukan Mafia kerana walaupun beliau orang Itali tetapi beliau bukan orang Sicily. Hanya orang Sicily yang digelar Mafia.

Sekarang ini, nama mafia sudah disalahertikan. Sesiapa yang terlibat dengan 'mob' atau underworld atau 'triad' akan dipanggil mafia seperti Russian Mafia sedangkan mafia adalah triad dari Sicily sahaja.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, apabila kita membuka buku The Godfather, ada tertera kata-kata Balzac: "Behind every great fortune, there is a crime."

Saya membaca The Godfather pada tahun 1992. Kata-kata itu sering tergiang-giang ditelinga saya. Saya rasa ada kebenarannya jika kita teliti kerana berniaga dengan cara 'konvensional' lambat untuk menjadi kaya dan jika kaya pun masih terbatas untuk seorang perniaga jujur mengumpul harta dan modalnya.

Di sebalik 'rich men club' yang muncul mendadak sudah tentu ada yang tidak normal. Di Malaysia(sebenarnya dimana-mana) sentiasa ada muncul jutawan segera. Sentiasa ada golongan yag berfikir macam mana boleh mendapatkan duit dengan cara yang mungkin bukan illegal tetapi irregular.

Pada tahun 1997 ketika terjadi wabak JE yang menyerang peternak babi, penyelesaiannya adalah membunuh babi berkenaan untuk menyekat merebak wabak berkenaan. Sebaliknya, ada pula pihak yang mencadang kepada kerajaan mereka boleh menyediakan vaksin bagi mencegah merebak penyakit itu.

Vaksin itu jika saya tidak silap bernilai 1.5 juta tetapi gagal berkesan. Babi tetap perlu dihapuskan juga. Kerajaan sudah hilang 1.5 juta, babi tetap dihapuskan dan peternak tetap mendapat pampasan. Ini satu contoh ketidakcekapan birokrasi bertindak pantas dan menyebabkan kerugian berganda.

Dalam bukunya 'Intelektual Masyarakat Membangun' Allahyarham Syed Hussein Al-Attas memanggil ini sebagai sindrom 'bebalisme'. Kegagalan golongan tertentu bertindak secara efficient walaupun terdiri dari kumpulan elit dan 'the cream' dipanggil 'orang-orang pandir dalam masyarakt'.

Semuanya hanya kerana disebalik wabak, ada golongan yang nampak 1.5 juta boleh mencetak kekayaan mereka.

Sekarang ini pula ada keresahan golongan tertentu tentang keupayaan GLC(Goverment Link Company) bersaing. Malah ada yang mencemuh GLC sebagai Goverment Losing Concern. Kebanyakkan GLC sekarang ini mengalami kerugian.

Proton mengumumkan kerugian suku pertama sebanya RM342juta. Proton merupakan pet project Tun Dr. Mahathir yang mana satu ketika dahulu merupakan sebuah syarikat lambang kejayaan Malaysia. Proton diberi berbagai perlindungan dan keistimewaan termasuk suntikan RM81 juta geran oleh kerajaan. Walaupun Proton rugi tetapi masih ada golongan tertentu yang boleh membuat duit dengan 'kerugian' Proton ini.

Kerugian juga dialami oleh TNB sebanyak hampir RM 1billion pada separuh suku pertama tahun ini. Maybank pula membeli Bank Dagang Indonesia dari Temasek Holdings dan sahamnya turun selepas pembelian itu kerana pasaran tidak menyetujui pembelian bank berkenaan. GLC rugi tetapi saya masih percaya ada pihak tertentu yang membuat duit disebalik kerugian itu. Dan oleh kerana kerajaan pemegang sebahagian besar sahamnya, kerugian itu merupakan kerugian pembayar cukai.

Di mana salahnya?

Seperti penyelidikan dan ilmu, syarikat-syarikat berkenaan sepatutnya hanya boleh diuruskan oleh golongan professional yang boleh membuat keputusan tanpa campurtangan orang politik.

Lihatlah Petronas, disenaraikan dalam Fortune sebagai syarikat ke 95 terbesar didunia tahun lepas dan lambang kejayaan proffesional Malaysia tanpa campurtangan orang politik. Ada ura-ura perlantikan Datuk Syed Hamid Albar dan Omar Ong ke Petronas tetapi mendapat tentangan untuk menjaga integiri dan work ethic Petronas yang bebas dari campurtangan politik.

Omar Ong merupakan pengasas Ethos Consulting Sdn Bhd dan orang kuat 'Budak Tingkat Empat'. Beliau dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib tetapi imejnya tercalar kerana hubungan dengan 'Tingkat Empat'. Berita terbaru adalah, Petronas menolak perlantikan Omar Ong sebagai ahli lembaga pengarah dan mesejnya jelas: Petronas bebas dalam menentukan arah tujunya tanpa campurtangan politik.

Saya rasa semua GLC perlu menuruti jejak langkah Petronas jika kita mahu terus maju. GLC perlu diliberalkan pengurusannya dan kurang campurtangan orang politik. Saya melihat 'ketirisan' ini bukan hanya GLC, tetapi syarikat milik kerajaan negeri banyak yang rugi. Anehnya, anak syarikat mereka membuat keuntungan dan sudah tentu ada yang tidak kena.

Behind every great fortune, there is a crime. Balzac memang tidak salah sama sekali.

Friday, June 12, 2009

Berani Berubah?(Versi MCA)

Dalam blognya Screenshots, Jeff Ooi memaparkan survey yang dibuat di laman web Ong Tee Keat 10 bulan lalu samada MCA perlu meninggalkan BN atau tidak. Dalam survey itu, 77.6 peratus setuju MCA meninggalkan BN. Seorang pembacanya memberi komen, sepatutnya MCA meninggalkan BN, walaupun ini akan memaksa PAS dan UMNO bekerjasama demi Melayu(Islam).

Kononnya kaum Cina sudah letih dengan agenda Melayu BN. Malaysia menurutnya, sepatutnya bukan hanya berkenaan Melayu. Saya setuju juga kerana BN tidak pernah meninggalkan kaum lain pun sebelum ini tetapi MELAYU adalah penduduk asal Malaysia ini. Orang-orang Melayu tidak pernah mempelawa nenek moyang Jeff Ooi dan Neil(nama pemberi komen) ini datang ke Tanah Melayu dahulu. Mereka tidak dijemput dengan karpet merah dan datang tanpa diundang ke sini.

Seperti mereka tidak juga diundang ke Indonesia, ke Myanmar, ke Thailand, ke Filipina, ke Singapore(yang mana mereka jadi dominan), ke Eropah atau ke Amerika sekalipun. Mereka sebagai pendatang patut faham perkara ini. Mereka are not welcome at all kalau bukan kerana British yang membenarkan mereka ke sini dan mereka adalah liabiliti kepada penduduk tempatan yang terpaksa berkongsi kuasa dan segalannya malah sekarang 'ketuanan' pun.

Jika UMNO atau BN tidak memerintah, hatta PAS dan PKR sekalipun Melayu tetap tuan di bekas Tanah Melayu yang sekarang ini namanya Malaysia. Melayu Islam Malaysia tidak sanggup ditembak ketika sedang solat jika keturunan Yap Ah Loi memerintah Malaysia.

Jika bukan kerana Perjanjian Inggeris Siam tahun 1909 yang menyerahkan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris, 3 buah negeri berkenaan akan masih di bawah Siam dan mungkin Mahfuz Omar, Mat Sabu dan Husam Musa antara yang terbunuh ketika sedang solat isyak berjemaah. Siapa kata kepimpinan politik Malaysia tidak perlu menjaga kepentingan Melayu. Lihat apa jadi pada Melayu-Thailand?

Saya tahu ramai generasi muda yang buta sejarah dan 'take for granted' keamanan dan 'ketuanan' Melayu ini sebagai natural dan tidak perlu dipertahankan. Sejarah akan jadi lain jika negeri-negeri Melayu di Selatan Thai juga diserahkan kepada British dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Tidak ada masalah rakyat Melayu Golok hendak bersembahyang jemaah jika mereka berada dalam kerajaan Malaysia yang diterajui oleh orang Melayu sendiri.

Dalam The Star, hari Khamis 11 Jun 2009, muka surat W36, jemaah Melayu-Thai yang bersembahyang sedang dikawal keselamatannya oleh tentera Thai. Perlukah pemandangan ini berlaku di Malaysia bila Melayu hilang kuasa?


Samada BN, PAS atau tentera memerintah, Jeff Ooi perlu ingat Malaysia hanya berkenaan dengan Melayu dan Melayu sahaja. Kaum lain perlu terima hakikat meraka seperti saudara mereka di Indonesia, Thailand atau di Eropah hanya subculture kepada bangsa asal. Mereka hanya hiasan dan corenya adalah Melayu dan Melayu sahaja. Boleh berniaga dan hidup mewah di Malaysia ini sudah cukup baik.

MELAYU dan MELAYU sahaja merupakan political weltanchaung Malaysia. Ia mengatasi segala parti. Jika BN memerintah, tetap itulah corenya. Jika PR pun sama hatta DAP pun. Ia adalah above all parties, even Malay Rulers. Saya tidak sanggup melihat Melayu Malaysia menjadi seperti di Singapura.

Jeff Ooi sendiri dah boleh jadi Ahli Parlimen pun, tak perlu nak title 'tuan' pula. Jika tidak suka, tuan boleh migrate ke Australia, lagipun nenek moyang tuan memang immigrant pun.

Seperti kata Tun Mahathir 'called me a heretic', saya tidak kisah jika dilabelkan sebagai extremist, chauvanist dan ultra. Demi Melayu, saya sanggup bahkan dipanggil 'criminal'.

Darah Muslimin Mengalir di Mana-mana

Semalam saya membaca tentang cerita 11 orang Islam Petani terkorban ditembak oleh dua lelaki bertopeng ketika menunaikan solat isyak di masjid Kg Air Tempayan, Golok. 12 orang lagi cedera sementara 3 sempat melarikan diri. Berita ini amat menyayat hati saya, sekaligus menimbulkan kemarahan saya kerana saudara seIslam saya dengan sewenang-wenang di'sembelih' ketika sedang menyembah Allah SWT.



Saya melihat darah umat Islam mengalir di mana-mana. Di Semenanjung Gaza Yahudi menyembelih orang Palestine yang majoritinya Islam. Serbia dan Crotia membunuh orang Islam Bosnia dalam dekad 90an. Di Iraq penyembelihan umat Islam masih belum berhenti selepas era Saddam Husin dan sepanjang pendudukan Amerika.



Darah umat Islam mengalir dimana-mana. Umat Islam dibunuh dan disembelih lebih ramai dari bukan Islam. Mungkin saya emosi, tetapi saya rasa ini fakta. Umat Islam yang cuba membela diri mereka dikatakan pengganas.



Islam agama yang aman dan makna Islam sendiri adalah pasrah dan 'salam' iaitu kesejahteraan. Hati mana yang tidak tersentuh jika sekelompok kecil orang yang tidak berdaya dibunuh ketika sedang bersolat. Apakah salah mereka hingga ada golongan yang sanggup melakukannya. Saya percaya 26 jemaah tersebut tidak terbabit dengan mana-mana puak samada pemisah atau kerajaan.

Leave them alone.

Saya makin risau melihat kekejaman dan makin kurang sifat kemanusian dalam diri kita. Dan saya mengutuk sekeras-kerasnya kepada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melakukannya. Saya berdoa agar umat Islam kembali gagah dan dapat mempertahankan maruah dan harga diri mereka seperti zaman keagungan Islam dulu.

Walaupun dizaman keagungan Islam, umat Islam tidak pernah menindas mana-mana bangsa sekalipun. Malah Yahudi yang dianiaya oleh orang Eropah sendiri banyak berlindung dinegara Islam kerana negara Islam sering berlaku adil ketika jayanya.

Tuesday, June 9, 2009

Tonight I Can Write...


Saya sukakan poem ini. Poem ini ditulis oleh Pablo Neruda, seorang poet dari Chile. Beliau bukan sahaja seorang poet, juga seorang ahli politik. Poem ini diambil dari anthology "Twenty Poems of Love and a Song of Despair." Pablo Neruda meninggal dunia pada 1973.


Enjoy the poem.


TONIGHT I CAN WRITE.....

Tonight I can write the saddest lines.

Write, for example, 'The night is shattered and the blue stars shiver in the distance.'

The night wind resolves in the sky and sings.

Tonight I can write the saddest lines.
I loved her, and sometimes she loved me too.

Through nights like this one I held her in my arms.
I kissed her again and again under the endless sky.

She loved me, sometimes I loved her too.
How could one not have loved her great still eyes.

Tonight I can write the saddest lines.
To think that I do not have her. To feel that I have lost her.

To hear the immense night, still more immense without her.
And the verse falls to the soul like dew to the pasture.

What does it matter that my love could not keep her.
The night is shattered and she is not with me.

This is all. In the distance someone is singing. In the distance.
My soul is not satisfied that it has lost her.

My sight searches for her as though to go to her.
My heart looks for her, and she is not with me.

The same night whitening the same trees.
We, of that time, are no longer the same.

I no longer love her, that's certain, but how I loved her.
My voice tried to find the wind to touch her hearing.

Another's. She will be another's. Like my kisses before.
Her voice. Her bright body. Her infinite eyes.

I no longer love her, that's certain, but maybe I love her.
Love is so short, forgetting is so long.

Because through nights like this one I held her in my arms
my soul is not satisfied that it has lost her.

Though this be the last pain that she makes me suffer
and these the last verses that I write for her.


PABLO NERUDA.


Original version(in Latin)


XX PUEDO ESCRIBIR LOS VERSOS...


Puedo escribir los versos mas tristes esta noche.

Escribir, por ejemplo: 'La noche esta estellada, y tiritan, azules, los astros, a lo lejos'.

El viento de la noche gira en el cielo y canta.

Puedo escribir los versosmas tristes esta noche
Yo la quise, y a veces ella tambien me quiso.

En las noches como esta la tuve entre mis brazos.
La bese tantas veces bajo el cielo infinito.

Ella me quiso, a veces yo tambien la queria.
Como no haber amado sus grandes ojos fijos.

Puedo escribir los versos mas tristes esta noche
Pensar que no la tengo. Sentir que la he perdido.

Oir la noche inmensa, mas inmensa sin ella.
Y el verso caer al alma como al pasto el rocio.

Que importa que mi amor no pudiera guardarla.
La noche esta estrellada y ella no esta conmigo.

Eso es todo. A lo lejos alguien canta. A lo lejos.
Mi alma no se contenta con haberla perdido.

Como para acercarla mi mirada la busca.
Mi corazon la busca, y ella no esta conmigo.

La misma noche que hace blanquear los mismis arboles.
Nosotros, los de entonces, ya no somos los mismos.

Ya no la quiero, es cierto, pero cuanto la quise.
Mi voz buscaba el viento para tocar su oido.

De otro. Sera de otro. Como antes de mis besos.
Su voz, su cuerpo claro. Sus ojos infinitos.

Ya no la quiero, es cierto, pero tal vez la quiero.
Es tan corto al amor, y es tan largo el olvido.

Porque en noches como esta la tuve entre mis brazos,
mi alma no se contenta con haberla perdido.

Aunque esta sea el ultimo dolor que ella me causa,
y estos sean los ultimos versos que yo le escribo.


PABLO NERUDA.

Sunday, June 7, 2009

Melayu-UMNO + Melayu-PAS = Kekuatan Melayu.

Muktamar PAS sudah berakhir semalam. Pertandingan antara Husam Musa dengan Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS menjadi perhatian. Ini kerana kedua tokoh itu membawa aspirasi yang berbeza dan pendekatan yang berbeza bagaimana PAS melihat hubungannya dengan UMNO. Secara tidak langsung ia akan menguji keutuhan pakatan Pakatan 'Rakyat'.

Sementara Nasharudin Mat Isa memberi gambaran demi Islam dan Melayu, kesanggupan bekerjasama dengan UMNO, Husam yang liberal lebih radikal. Bagi Husam, UMNO adalah musuh azali PAS dan tidak mungkin kerjasama akan terjadi. Minyak dan air tidak boleh bercampur.(Anehnya, kerjasama dengan DAP boleh pula)

Husam lebih senang bekerjasama dengan PR yang mengandungi PKR dan DAP. Husam juga menganggap bahawa PAS merupakan tulang belakang kepada PR yang mana satu-satunya parti yang boleh bersaing dengan UMNO sebagai jaguh memperjuangkan hak Melayu-Islam. Bagi golongan 'ulama' yang diwakili oleh Nasharudin Mat Isa, beliau agak gusar dan kurang senang dengan pencaturan itu, apalagi jika dilihat DAP memperkudakan PAS seperti di Perak.

Keghairahan Husam untuk menjadi jaguh Melayu-Islam terserlah bila beliau mengumumkan Perdana Menteri mesti dari PAS jika PR menang pilihanraya ke 13 nanti. Rumah belum siap, pahat dah berbunyi. Belum menang PR dan tak sepakat.

Kenyataan itu sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang sekutu mereka, terutama Brader Anwar Ibrahim yang menganggap jawatan Perdana Menteri adalah memang untuknya. DAP juga kurang senang kerana PAS bagi mereka kurang liberal.

Ketidakpakatan 'Rakyat' ini juga terserlah melalui polisi yang berbeza-beza akan dilaksanakan oleh mereka. Sementara Brader Anwar mengumumkan DEB(bagi membantu orang Melayu) akan dihapuskan jika beliau menjadi PM(untuk menarik hati golongan bukan Melayu), Pemuda PAS minta kerajaan BN mengekalkan polisi 30% kuota ekuiti bumiputera. Dalam PAS sudah ada bunyi UMNO juga untuk kebaikan orang Melayu-Islam(tak perlu tag Islam itu kerana menurut perlembagaan, seseorang bukan Islam bukan Melayu).

Alhamdulillah, orang baik dimana-mana.

Sebagai seorang Melayu, kejayaan Nasharudin Mat Isa ini memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS ini saya alu-alukan. PAS dan UMNO mungkin lain pendapat dari segi menangani negara tetapi kedua parti ini merupakan parti Melayu-Islam(mengapa saya masih tag 'Islam' di sini? Redundant). Saya juga suka melihat jika kedua parti ini berjinak-jinak demi kepentingan Melayu.

Nasharudin Mat Isa memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS dengan mendapat undi sebanyak 480 undi, sementara Husam Musa mendapat 281 undi dan Mat Sabu mendapat 261undi.

Jawatan Naib Presiden di isi oleh bekas Ketua Pemuda, Salehudin Ayub(824), tokoh dari Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man(871) dan Mahfuz Omar(636).

Dengan kemenangan Nasharudin Mat Isa ini amat diharap kedua-dua parti Melayu ini dapat mencari titikpertemuan persetujuan. Perbezaan pendapat memang biasa dan Rasulullah sendiri berkata perbezaan pendapat adalah rahmat buat umatnya cuma jangan sampai kita ter 'patah arang, terkerat rotan.' Lagipun, semua orang Islam itu bersaudara.

Umat Islam boleh bangun jika mengikut fikiran waras dari mengikut hati. Seperti kata Seneca: "If you want to subject anything to you, subject yourself to reasons."

Friday, June 5, 2009

Sejarah Nusantara

Saya terdorong menulis posting ini kerana geram membaca sesetengah blog dan komen yang menyangkal Melayu penduduk peribumi Malaysia. Saya juga tidak puas hati apabila mereka komen Melayu adalah berasal dari kebudayaan Indonesia. Saya pernah menulis tentang ini dalam posting 'Nusantara' dan saya janji ini bukan ulangan atau redundancy.

Sebelum kedatangan penjajah dan kaum lain ke alam Melayu ini, nusantara dikenali dengan nama kepulauan Melayu. Kepulauan Melayu ini meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina dan beberapa kepulauan kecil seperti Karimun, Riau, Bantam dan lain-lain.

Sebelum Parameswara menjadikan Melaka sebagai pusat pemerintahannya, Semenanjung Tanah Melayu sudah mempunyai kerajaan Melau seperti Langkasuka, Patani dan Funan. Melayu sudah menduduki dan mendirikan kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Parameswara mendirikan Melaka.

Pada ketika itu, Selat Melaka merupakan lalulintas kelautan yang sibuk kerana ia menghubungkan perdagangan antara Barat dan Timur termasuk antara India dan China. Muncul kerajaan Melayu di Jambi dari Pulau Sumatera menguasai lalulintas Selat Melaka. Kerajaan entreport seperti Srivijaya telah menguasai Selat Melaka dan menaungi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Sriwijaya wujud dalam abad ke 7, jauh sebelum istilah Indonesia wujud lagi. Kerajaan Sriwijaya ini merupakan pemerintah de facto Sumatera, termasuklah kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Tanah Melayu. Sudah ramai orang Melayu yang tinggal di sana kerana konsep 'negara' tidak wujud di alam Melayu ketika itu kecuali konsep 'kerajaan' iaitu berpangsikan raja.

Tanah-air atau nation-state tidak wujud dalam dunia Melayu kerana kewilayahan ditentukan oleh Raja. Konsep bangsa bagi orang Melayu ketika itu adalah rumpun bangsa Melayu. Mereka percaya mereka dari rumpun yang besar cuma dari pecahan etnik sahaja seperti minangkabau, jawa, bugis dan sebagainya.

Sementara Sriwijaya menguasai lalulintas Selat Melaka, Jawa pula diperintah oleh raja-raja kecil dan masih belum bersatu. Jawa mula bersatu dibawah Airlangga, seorang Raja yang datangnya dari Bali. Nama baginda juga bermakna "Yang Menyeberangi Air' iaitu dari Pulau Bali ke Pulau Jawa.

Ketika empayar Sriwijaya berada dipuncak, Jawa masih kucar-kacir. Dihari perkahwinan Airlangga ketika baginda berusia belasan tahun, Sriwijaya menyerang Jawa dan menyebabkan Airlangga terpaksa melarikan diri ke dalam hutan. Baginda bersumpah akan menyatukan pulau Jawa dan akan turun takhta apabila baginda berusia 40 tahun.

Serangan Sriwijaya itu bukan berniat untuk menakluk, lebih berniat menghukum. Ini memberi ruang kepada Airlangga dan menyatukan Jawa. Benar seperti sumpahnya, setelah menyatukan Pulau Jawa baginda turun takhta dan menjadi pertapa. Menurut dongeng dalam Babad Tanah Jawa, baginda minta seorang sakti untuk membelah Pulau Jawa supaya Putera Baginda boleh memerintah tanpa perang saudara.

Perang tetap berlaku dan terpecah Pulau Jawa oleh putera Airlangga sebagai Jawa Barat dan Jawa Timur. Dalam masa yang sama, Sriwijaya di ambang keruntuhannya kerana empayar itu telah diserang oleh Raja Chola dari India. Runtuhnya Sriwijaya bererti runtuhnya kekuasaan Melayu yang menguasai selat Melaka dan memberi ruang untuk dinasti dari Jawa ini menguasainya suatu ketika nanti.

Keturunan Airlangga ini menemui kemusnahannya apabila muncul Ken Arok dari Tumapel. Ken Arok hanya seorang petani tetapi berjaya mengalahkan dinasti Airlangga dan Ken Arok mengasaskan dinasti Singosori pada 1200an. Keturunan Ken Arok, iaitu Kertanegara memerintah dari tahun 1268-1292 telah berminat hendak menguasai bekas empayar Sriwijaya di Selat Melaka.

Baginda yang juga dikenali dengan nama 'Jaka Dolog' terpaksa berhadapan dengan ancaman Kublai Khan yang menghantar utusan minta Raja itu membayar ufti kepadanya. Berhadapan dengan krisis ini, Kertanegara tidak dapat meneruskan cita-citanya untuk menguasai Selat Melaka tetapi mencipta apa yang ahli sejarah namakan 'Pa-Malayu' atau Holy Alliance dengan jiran-jirannya di Nusantara bagi melawan armada Kublai Khan.

Dalam usahanya untuk menguasai politik Melayu, Kertanegara telah menghantar seorang tokoh politik Melayu yang beribukan Jawa keraton bernama Adiyawarman yang mana keturunannya menjadi pemerintah Pagar Ruyong.

Sedang Kertanegara bersiap-siap untuk menentang tentera Kublai Khan, baginda menghantar tenteranya ke luar Pulau Jawa dan lupa keturunan Airlangga, musuh tradisi Singosori menunggu masa untuk bertindak. Jayakatwang, keturunan Airlangga mengunakan kesempatan ini ketika Singasori kurang tentera dan menyerang Kertanegara. Baginda terbunuh ketika mengadakan acara 'Bhairawa' iaitu acara minum tuak.

Menantu Kertanegara, Raden Wijaya melarikan diri dari Keraton. Ketika tentera Kublai Khan sampai, Raden Wijaya memaklumkan raja yang menghina tentera Kublai Khan itu telah mati. Oleh kerana tidak mahu pulang kosong, tentera Monggol bersekutu dengan Raden Wijaya memerangi Jayakatwang. Akhirnya taktik melagakan musuh itu memberi faedah kepada Raden Wijaya kerana walaupun Monggol berjaya mengalahkan bekas musuh mentuanya, tentera Monggol sendiri banyak yang berkurang kerana penyakit dan terbunuh semasa memerangi Jayakatwang.

Kesempatan ini digunakan oleh Raden Wijaya yang berpura-pura menyebelahi Monggol memerangi Jayakatwang. Mahir dengan taktik gerila di hutan kepulauan Jawa, Raden Wijaya berjaya mengalahkan tentera Kublai Khan. Baginda lantas mendirikan sebuah dinasti yang mendominasi kepulauan Melayu melalui penguasaan selat Melaka sebelum munculnya Melaka.

Raden Wijaya merupakan pengasas Majapahit.

Majapahit merupakan kekuasaan laut seperti Sriwijaya dan kebetulan muncul ketika Sriwijaya sudah hampir runtuh. Dibawah Mahapatih Gajah Mada, Majapahit merupakan kuasa yang mengantikan Sriwijaya. Majapahit menakluk Sumatera dan menguasai selat Melaka.

Di ambang kejatuhan Majapahit, seorang putera Palembang dan waris kepada keturunan Sriwijaya telah muncul dan memberontak terhadap kekuasaan Majapahit. Baginda diserang oleh Majapahit dan melarikan diri ke Temasik. Di sana baginda diterima baik oleh Orang-orang Laut yang mana tulang belakang empayar Sriwijaya. Baginda digelar 'Sang Aji Palembang'. Baginda adalah Parameswara.

Kedatangan Parameswara ke Temasik dan ke Melaka bukan penghijrahan seperti kaum Cina dan India ke Tanah Melayu. Seperti yang saya pernah tulis, Indonesia adalah istilah yang diberi oleh syarikat Hindia Belanda kepada pulau-pulau Nusantara setelah Belanda dan Inggeris membahagikan 'sphere of influence' mereka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Selama berabad-abad sebelum kedatangan penjajah Barat, nusantara sudah mempunyai pemahaman politik mereka. Konsep Malaya dan Indonesia tidak ada sebelum Perjanjian 1824. Melayu berkembang dengan budaya masing-masing sementara Jawa pula, walaupun dalam rumpun bangsa Melayu mengembangkan kebudayaan dan bahasa mereka sendiri.
Jika mereka mengatakan Melayu subculture kepada kebudayaan Indonesia, kebudayaan mana? Jawa? Minangkabau? Bugis? Ambon? Irian Jaya?

Melaka menjadikan dunia Melayu lebih diterima. Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi asas kepada bahasa Malaysia dan Indonesia merupakan bahasa lingua franca ketika dizaman kegemilangan empayar Melaka .

Apabila Sultan Mahmud Marhum Kampar dikalahkan oleh Portugis, baginda berundur ke Johor dan meneruskan dinasti Bukit Seguntang di Johor. Keturunan baginda memerintah dari Kepulauan Riau kerana empayar itu dikenali Empayar Johor-Riau.

Bahasa Melayu moden yang dipertuturkan oleh orang Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia berasal dari Pulau Riau. Mengatakan ianya kebudayaan Indonesia salah sama sekali kerana dari worldview orang nusantara ketika itu tiada Malaya dan Indonesia.

Apabila Inggeris menjajah Tanah Melayu dan Indonesia dijajah oleh Belanda, lama ke lamaan memberi peribadi dan watak politik yang berbeza antara dua negara dari rumpun bangsa Melayu ini. Apabila sejarah diajar disekolah, ianya hanya akan mengambil kira sejarah Malaysia dari zaman Melaka. Sukatan sejarah kita ditentukan oleh geopolitik dan tidak mengambil kira nusantara sebagai sebahagian dari sejarah Malaysia juga.

Tidak hairan jika kaum keturunan pendatang menganggap Melayu itu adalah subculture kepada Indonesia sedangkan istilah Indonesia itu sendiri wujud jauh selepas Perjanjian Inggeris Belanda 1824 - ketika nasionalis Indonesia ingin memberi indentiti perjuangan kemerdekaan Indonesia.

Sejarah Melayu sudah wujud sejak zaman alam Melayu dikenali dengan nama Nusantara.

Thursday, June 4, 2009

Semua Jalan Menuju ke Rom

Selepas Augustus Caesar menamatkan Perang Saudara dengan mengalahkan Mark Anthony, Rom sangat maju dan 'flourish' hingga zaman itu dikenali dengan nama 'Pax Romana.' Rom bukan sahaja menjadi kuasa tentera, mereka juga menguasai tamadun, teknologi, perdagangan, dan menakluk banyak kawasan hingga ke Egypt, Eropah, Utara Afrika dan Britain.

Seperkara yang perlu dikenang tentang tamadun dan empayar Rom adalah, semua jalan dari seluruh empayarnya berakhir di Dewan Senate dimana disitulah undang-undang dibuat dan pentadbiran empayar Rom dijalankan.

Di zaman Augustus, baginda membina jalan ke seluruh pelusuk empayarnya walaupun yang paling terpencil. Jalan ini umpama lebuhraya zaman moden, autobahn purba. Asalnya adalah bagi memudahkan pergerakan tenteranya ke post-post ketenteraan dimerata-rata. Dengan adanya lebuhraya ini, tentera berkuda, jalan kaki dan chariot mudah merentasinya, tapi awas!

Jalan yang dibina zaman Augustus ini akhirnya membawa kemusnahan Rom sendiri. Ketika empayar Rom terpecah antara Rom Barat dan Rom Timur(Byzantine), lebuhraya ini juga memudahkan orang gasar seperti Visigoth dan Attila the Hun menyerang, memusnah dan menjarah kota Rom.

Semua jalan menuju ke Rom ini mulanya rahmat bagi tentera Rom menjadi malapetaka apabila 'arus balik' dengan kemudahan itu juga Attila the Hun dapat bergerak pantas memusnahkan Rom.

Pada zaman moden ini, selepas pen'liberaldemokrasian' ilmu yang bermula dengan kertas sebagai medium, menemui medium yang lebih pantas iaitu internet, laman web dan blog. Zaman ini, semua orang bukan hanya boleh menjadi 'journalist' malah boleh menjadi pencipta lagu dan pembuat filem tanpa komersialsme. Sesiapa sahaja boleh upload karyanya melalui youtube.

Seni untuk seni(Art for art's sake) yang mana merupakan satu gerakan seni(yang bertentangan dengan 'seni untuk masyarakat') telah menemui mediumnya tanpa sekatan, cencorship dan benar-benar menjadi 'liberal' dalam erti kata sebenar. Pendemokrasian minda benar-benar terjadi.

Seperti banyak hal, setiap yang baik akan disusuli dengan kesan negatif. Seperti 'autobahn' Rom purba yang boleh diguna untuk menyerang musuh Rom, boleh dimanafaatkan oleh musuh Rom bagi menyerang mereka kembali.

Kunci kata atau magic word dalam pen'liberaldemokrasian' minda dalam internet ini adalah 'upload.' Jika 'download' adalah gerakan tentera Rom ke empayarnya, upload adalah 'arus balik'nya.

Saya membaca blog Datuk Ruhanie Ahmad atau Kudakepang, dibawah tajuk 'Don't Push the Limit', ada seorang pembaca memberi komen tentang kewajaran membawa Chin Peng balik. Saya memberi komen dengan menentang ideanya kerana nature ideologi komunis dan kekejaman yang dilakukan oleh komunis sendiri terhadap rakyat Malaya ketika itu. Beliau yang bernama Zanie mengatakan sejarah sudah diputarbelitkan oleh orang yang menang dan minta saya pergi ke Wikipedia, yang mana menurut beliau bahan rujukan yang lebih 'neutral' dan 'impartial.'

Saudara Zanie lebih percayakan sumber yang didapati dari Wikipedia dari sejarah yang ditulis oleh Muhamad Yusuf Hashin, Khoo Kay Kim atau Haji Buyong Adil. Sejarah merupakan disiplin ilmu yang sudah wujud sekian lama, tetapi masih ramai yang percayakan 'teori konspirasi' dan lebih mempercayai sumber-sumber seperti Wikipedia yang dianggap lebih authentic.

Wikipedia ini merupakan sebuah encyclopedia 'rakyat', yang mana tidak ditulis sepenuhnya oleh pakar sesuatu bidang. Sesiapa saja boleh edit dan upload apa-apa maklumat baru didalamnya. Ini bukan bererti maklumatnya salah, kerana ada semacam committee yang menapis seminimum mungkin asalkan 'benar'.

Namun demikian, perkara yang seliberal ini sudah tentu ada keburukannya juga. Dalam buku 'The World is Flat', Friedman menulis kemudahan seperti ini boleh digunakan bertujuan jahat seperti 'character assassin' dan memburuk-burukkan seseorang.

John Seigenthaler Sr, seorang kanan dalam pentadbiran Kennedy, ketika bangun tidurnya membuka Wikipedia dan membaca bionya mendapati beliau digambarkan sebagai orang yang secara direct terlibat dalam pembunuhan kedua beradik Kennedy, John dan Robert. Beliau telah menjadi mangsa 'character assasin' dan bukan mudah bagi beliau untuk memulihkan imejnya kerana maklumat yang diupload entah oleh sesiapa.

IBM sendiri, menurut buku itu telah menugaskan seorang pegawai tinggi yang mana perlu memastikan maklumat tentang sejarah IBM ini tepat, kerana trend membuktikan kebanyakkan pelayar web, terutama remaja lebih mempercayai Wikipedia dari pensejarahan IBM sendiri.

Beberapa bulan lepas, Datuk Johan Jaafar menulis tentang layunya spesis pembaca buku tradisional seperti beliau kerana laman web lebih dipercayai. Sejarah lebih dipercayai dilaman-laman web kadang-kadang lebih dari 'A Study of History' karya Professor Arnord Toynbee.

Pendemokrasian ilmu seperti juga semua jalan menuju ke Rom, ia boleh digunakan untuk menjajah dan boleh dijajah.

"A stand can be made for invasion of an army, no stand can be made for invasion of an idea." - Victor Hugo.

Monday, June 1, 2009

Isu Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Isu ini merupakan isu pendidikan. Sebarang keputusan mengenai merupakan masadepan generasi akan datang. Saya melihat isu ini ditilik dari sudut pandangan berbagai pihak. Ada juga parti politik yang mengeksploitasikan isu ini untuk kepentingan 'political mileage' mereka.

Ini beza politik kita dengan politik negara maju. Di negara maju, mereka boleh bersependapat jika untuk kebaikan 'rakyat' walaupun mereka dari parti berlainan. Bukan semua isu dipolitikkan dan dieksploitkan.

Saya sendiri merupakan pencinta Bahasa Melayu. Saya sendiri ingin melihat Bahasa Ibunda saya menjadi gagah perkasa dan menjadi bahasa ilmu. Dalam masa yang sama, kita kena tunduk kepada realiti dan menjadi realist.

Semasa saya masih disekolah menengah, iaitu sekitar tahun 80an, saya masih belum boleh menguasai bahasa Inggeris. Saya merupakan produk dari zaman perjuangan bahasa kebangsaan. Saya ingat lagi kempen menggunakan Bahasa Malaysia dalam tahun 1987 sedang hangat di RTM.

Ketika yang sama DBP banyak menghasilkan karya-karya terjemahan. Karya Steinbeck 'In Dubious Battle' saya nikmati dalam bahasa Melayu. DBP menterjemahkannya sebagai 'Perjuangan Sia-sia.'

Walaupun saya bersekolah di Lembah Kelang, bahasa Inggeris kebanyakkan rakan-rakan saya juga tidak sehebat remaja sekarang ini. Saya dapati, pelajar dari institusi sekolah Inggeris seperti Victoria Institution, St. John, St Mary dan berbagai lagi menguasai bahasa Inggeris jauh lebih baik dari kami, pelajar aliran kebangsaan.

Memang senang membaca karya sastera dan ilmu-ilmu lain dari terjemahan, walaupun pada pendapat saya untuk karya sastera, ianya mengurangkan nilai estetika karya asal, tetapi belajar ilmu 'universal' seperti sains dan matematik dalam bahasa Melayu, akan banyak mengurangkan kefahaman seseorang pelajar tentang 'nature' ilmu itu.

Saya bagi contoh, ketika saya masih di sekolah rendah, saya mengenali biologi sebagai kaji hayat, sedangkan biologi juga mengkaji benda hidup dan benda mati, bukan hanya sekadar hayat. Kami mengenali matematik sebagai ilmu hisab sedangkan ada beza antara 'matematik' dengan 'arimatik'. Bukan semua 'matematik' merupakan ilmu hitung.

Antara golongan yang menentang pengajaran sains dan matematik ini dalam bahasa Inggeris adalah tokoh sastera. Mereka antaranya yang sangat saya hormati(revered), seperti A.Samad Said, idola saya malah kadang-kadang saya cuba meniru langgam bahasanya. Semasa saya di tingkatan 5, saya pernah menemui dan berbual-bual dengannya di Kg Melayu Ampang(beliau sering bersembahyang di Masjid Kg Melayu Ampang).

Begitu juga dengan penulis novel 'Arus', Datuk Anwar Ridhwan, tidak bersetuju dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri pembaca karya-karya sastera yang serius, tetapi disiplin ilmu sains dan matematik amat berbeza dengan 'estetika' sastera.

Sains dan matematik merupakan ilmu universal. Pada mulanya, boleh dikatakan Greek merupakan pelopor kepada sains dan matematik. Apabila ilmuwan Islam menguasai ilmu, mereka banyak menterjemahkan karya-karya ilmuwan Greek ke dalam bahasa Arab. Arab pula menjadi bahasa sains.

Sebelum Inggeris menjadi bahasa ilmu dan global, kebanyakkan sarjana Eropah menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa lingua franca. Walaupun bahasa Latin akkhirnya mati dan tidak menjadi bahasa harian(latin di sini merupakan bahasa roman bukan Sepanyol atau Haspanic), tetapi bahasa itu masih menjadi bahasa para ilmuwan di Eropah.

Apabila sarjana Barat juga berasa pentingnya ilmu rasional seperti sains dan matematik perlu diperkenalkan kepada dunia Barat, mereka menterjemahkan banyak karya-karya ilmuwan Islam ke dalam bahasa Latin.

Kita masih dapat banyak melihat pengaruh bahasa Latin dalam bahasa Inggeris-sains. Dalam blognya, Tun Mahathir mengambil contoh dari perkataan oxygen, cabangnya(derivative) begitu banya seperti Oxygenation, Oxidation, Oxide, Oxidants, Deoxydation, Oxidise, Oxidification, Dioxide, Monoxide, dan Peroxide.

Bagaimana penterjemah kita hendak menterjemahkannya?

Lagipun kebanyakkan penterjemah berlatarbelakang bukan pendidikan sains. Mungkin hanya berlatarbelakangkan pendidikan bahasa semata-mata.

Dr. Maurice Bucaille menulis dua buku: 'What is the origin of Man?' dan 'Bible, Quran and Science'. Beliau menceritaka sebagai seorang sarjana Barat, beliau membesar dengan budaya 'sekularisme' iaitu sains sebagai pegangan hidup, gereja sebagai pegangan agama dan ritual.

Apabila beliau dewasa, dan membaca bible beliau dapati bible banyak menyalahi fakta sains. Oleh kerana agama hanya 'faith', beliau meneruskan tradisi Christian merupakan dogma dan kehidupan ditentukan oleh sains.

Beliau membaca Quran melalui kitab-kitab tafsiran. Quran dan Bible merupakan panduan dan bukan buku sains. Membaca Quran melalui terjemahan juga beliau dapati banyak sangat fakta dalam Quran yang menyalahi fakta sains.

Beliau belajar bahasa Arab dan membaca Quran dalam bahasa Arab-Quraish. Beliau terkejut bila mendapati tiada satu pun fakta sains bercanggah dengan Quran, berlainan semasa beliau membaca terjemahan. Beliau juga menerangkan ini kerana, para penterjemah terdiri dari yang berlatarbelakangkan pakar bahasa dan sastera. Mereka mungkin tidak memahami intipati sains dalam Quran.

A-Quran diturunkan untuk menjadi panduan bukan untuk mengkaji sainsnya. Apa yang Dr. Bucaille nyatakan bahawa fakta sseperti contohny dalam Quran menggunakan bahasa Arab bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya matahari. Jika diterjemahkan akan jadi berlainan kerana penterjemah tidak memiliki disiplin ilmu sains(astonomi).

Sama halnya dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Pembantah seperti GAPENA, tokoh-tokoh bahasa dan sasterawan juga ahli-ahli politik yang memainkan sentimen 'semangat kebangsaan' perlu memahami untuk maju dan disegani, Malaysia perlu menguasai sains dan teknologi.

Untuk menguasainya buat masa ini, bahasa Inggeris merupakan pintu kepada menguasai kedua-dua ilmu ini kerana mereka inventor, explorer dan exponent kepada bidang ini. Seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris sendiri, bila tamadun sudah maju jika ketika itu kita dapat 'Melayu'kan sains dan matematik, ramai masyarakt dunia akan ikut.

Put the first thing first.