Followers

Tuesday, June 23, 2009

Jiwa Merdeka

Dalam masyarakat Melayu, kita sering lihat budaya iku-ikutan. Kadang-kadang jika kita mempunyai minat atau pandangan yang berbeza, kita takut untuk meluahkannya. HAMKA pernah menyalahkan sistem sosial dalam budaya Melayu lama yang mana feudal dan berkasta.

Lihat sahaja cara kita memanggil kata nama sendiri. 'Saya' berasal dari perkataan 'sahaya' yang bererti hamba. Zaman dahulu kita memanggil diri 'hamba'. Hanya 'aku' yang bermakna kemerdekaan jiwa yang tiada ikatan 'perhambaan'.

Sikap merendahkan diri orang Melayu ini disalah anggap sebagai 'lemah'. Berjumpa orang asing seperti keturunan 'syed' Arab kita panggil 'tuan syed'. Panggil orang Inggeris 'Tuan'. Sebenarnya ia hanya berasald dari menghormati tetamu, kemudian 'tetamu' merasakan orang Melayu terlalu lemah hingga menyembah bumi.

Apabila sesuatu perkara itu hanya ikut-ikutan dan bukan datang dari kefahaman sendiri, ini memudahkan orang Melayu hilang arah dan pendirian. Jika tidak hilang arah dan pendirian; menjadi terlalu fanatik pula kepada sesuatu pegangan hingga menjadi dogma kerana biasanya pegangan itu datang dari ikut-ikutan bukan kefahaman.

Islam datang ke Tanah Melayu melalui berbagai cara. Cara yang paling berkesan apabila raja-raja Melayu memeluk agama Islam, seluruh rakyat memeluk agama Islam. Mereka memeluk agama Islam kerana ketaatan kepada raja bukan kerana pemahaman terhadap agama Islam sendiri.

Ini menimbulkan budaya 'tempel-tempelan' dalam pemahaman Islam itu. Peringkat awal, Islam di Nusantara bercampur aduk dengan pemahaman 'animisme' dan amalan yang khurafat kerana ia hanya ikut-ikutan.

Saya hanya memberi satu contoh di atas bagaimana masyarakat kita kurang memahami sesuatu pegangan dan amalan tetapi menjadi fanatik kerana budaya ikut-ikutan. Budaya 'ikut-ikutan' dan 'tempel-tempelan' ini boleh menjadikan seseorang itu fanatik dan naive. Sesuatu perkara perlu ditelusuri dengan pemikiran sendiri dan pengkajian ke sumbernya dan bukan hanya mengikut membuta tuli.

Walaupun sekarang ini merupakan zaman moden, dan ramai masyarakat Melayu yang sudah mendapat pendidikan tinggi dan terdedah kepada berbagai idea dan pemahaman, sikap jiwa yang tidak merdeka masih ada tertanam dalam jiwa Melayu.

Budaya ikut-ikutan, tempel-tempelan, takut 'apa orang kata' dan tidak 'dare to be different' masih menebal. Saya suka mengambil contoh dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007 apabila Dato' Mukhriz mengulas(bukan mengkritik) ucapan Tun Abdullah sebagai "tiada yang baru", boleh dikatakan keseluruhan sayap Pemuda mengutuk Dato' Mukhriz dan tiada siapa yang berani membela.

Sudah sampai masanya masyarakat Melayu berubah. Kita kena berani berjiwa merdeka dan berpihak kepada kebenaran. Berjiwa merdeka bukan bererti 'kurang ajar' dan tidak menghoarmati susila dan 'kelembutan' adat resam orang Melayu. Cuma kita perlu berani berpegang kepada pegangan sendiri tanpa dipengaruhi oleh masyarakat umum.

'Libertas virorum fortium pectora acquit'
"Kemerdekaan(kebebasan) itu menyemarakkan semangat orang yang kuat"

5 comments:

dr.todak said...

budaya ikut-ikutan ni memang dah lama menular dlm masyarakat kita cuma kita sendiri yg sedar atau tidak.bangsa lain akan menganggap Melayu tiada jati diri dan mudah diperkotak-katikkan.Sesama Melayu dan sesama Islam tiada lagi perasaan hormat.

Anonymous said...

sejak lama sudah budaya ini .. bak kata orang barat juga.. kita belajar pada mulanya pun dari meniru.. :)

.@blogger.com said...

Salam,
Atas rasa keprihatinan serta hasrat untuk membantu dan bersama-sama berjuang,saya telah membina satu rangkaian link dalam blog Beranikan Hati, menamakannya Blogger Pembela Gabungansuara Anak Pahang dimana blog anda juga ada dalam senarai berkenaan. Harapan saya agar blog-blog berkenaan dapat diketengahkan dan mendapat kunjungan dari lebih ramai pembaca. Salam Perjuangan ~ bRAVEhEART

poyosede said...

Nak wat camne ! Sendiri mau ingat.. Tak ade orang yang dapat mengubah diri seseorang itu selain diri nye sendiri...

sri tribuana said...

Pemikiran merdeka penting utk krreativiti kerana tiada siapa boleh menjadi peribadi jika dibayangi peribadi org lain