Followers

Monday, October 14, 2013

Mendambakan Pemimpin Cerdik - Kesihan UMNO.

Kasihan UMNO.

Pernah berbual dengan seseorang tentang blog seorang rakan yang banyak fakta dah hujah. Menurutnya orang UMNO tak suka baca blog semacam itu. Saya cuba menyanggah dan mengata mungkin golongan intelek dalam UMNO akan nampak sesetengah logic dari blog itu.

Soalan rakan saya: "Adakah orang intelek dalam UMNO?"

Kasihan UMNO.

Kemudian dalam babak lain saya berbincang dengan seorang wartawan tentang masa depan UMNO. Boleh kah UMNO terus relevan pada masa akand datang? Jawab rakan wartawan saya: boleh jika ramai tokoh seperti KJ diwujudkan.

Saya terkejut dan beliau faham mengapa saya terkejut membetulkan kenyataannya. "Maksud saya orang cerdik macam KJ". Lalu saya memahami. Dia juga mungkim kurang selesa dengan KJ, tapi menyanjungi kebolehan retorik KJ yang nampak intelek. He was talking abou KJ's  head, certainly not KJ's heart.

Dalam kata lain, UMNO ketandusan pemimpin pelapis yang boleh dibanggakan dengan kebolehan seperti KJ. KJ sudah menjadi satu proto type, a rare species in UMNO. Berakhir sudah era kegagahan Pemuda UMNO seperti zaman Dato Suhaimi, Harun Idris, Anwar, Rahim Thamby Chik yang mana persaingan menjadi KP sengit kerana lambakan tokoh.

UMNO cuma ada KJ sahaja.

Kasihan UMNO.

Secara rasional, beberapa tokoh seperti wartawan yang tidak suka KJ zaman tingkat 4 semasa Pak Lah menjadi PM mula merasakan KJ adalah tokoh masa depan. Mula-mula saya berasa hairan mereka boleh berubah dengan cepat. 

KJ masih lagi KJ, cuma kali ini mempunyai kuasa sendiri tidak dinaungi Pak Mentua terkenalnya. Akhirnya saya mendapat kesimpulan kerana tidak ada lahir lagi tokoh intelektual dan self-appointed progesif leader dalam UMNO seperti KJ menyebabkan beliau dipandang tinggi. 

Kes klasik dalam dunia orang buta, si celik sebelah mata adalah raja.

Kasihan UMNO.

Dan saya amat percaya KJ akan memastikan tidak akan lahir lagi tokoh sepertinya. Ingat motto Augustus Caesar: "Cannot be too many caesars'.

Setelah mengalahkan regu Mark Anthony dan Cleopatra dalam Naval Battle of Actium, Augustus membunuh anak Cleopatra dengan Julius Ceasar yang bernama Caesarion. Sebaliknya, Augustus membenarkan empat anak Mark Anthony dengan Cleoptara hidup. Bila ditanya, beliau memberi jawapan:

"Cannot be too many caesars". Tidak boleh ada ramai persaingan. Nothing personal. Strictly business.

Mukhriz pasti akan dibunuh.

Kasihan UMNO.






8 comments:

Anonymous said...

Pemilihan kali ini lebih kepada KJ vs Mukriz...

Anonymous said...

KJ vs Mukhriz....

Anonymous said...

UMNO memerlukan pemimpin yang bukan dari golongan atasan yg tidak memahami kesusahan rakyat.Barulah UMNO akan nampak relevan serta memerlukan pemimpin yang bersih.

Anonymous said...

KJ vs MUKHRIZ,,byk lagi pemimpin2 yang tak sehaluan dgn KJ akan dipancung,,,dia tak mahu orang lain lebih cerdik dari dia...hancusss

Anonymous said...

selamatkan mukhriz sebelum kena pancung hehehe..takpe kali ni tengok rancangan mukhriz dalam prk sg limau. ini gelanggang sebenar buat mukhriz.

nak lahirkan orang intelek dalam umno, seharusnya bermula dari cawangan mahupun bahagian. jika tidak, jadilah macam akhramsyah. bukan tak bagus cuma orang tak berapa kenal dia.

beza dengan kj orang kenal sebab pak mertuanya pm paling terkenal dalam sejarah malaysia moden.

jika orang intelek dicantas diperingkat bahagian lagi, jangan haraplah menteri dan calon yang sedia ada ini tiba tiba menjadi cerdik pandai dalam masa sehari.

tebing tinggi said...


Kalau dilihat kapada undi yang didapati olih KJ dan Sharizat macam tidak munasabah ,macam sesuatu sudah diatur .

Ketentuan Allah akan kita lihat .

Anonymous said...

I'm wondering what happened to the seasonal barking mad dog who lose the election for youth chief? I meant that Akram s/o Chonit.He dare not even show his shadow. I think he must be hiding behind that paria guy by the name of sayed inside the jamban. I hope both of them are still alive. Hopefully.....

Anonymous said...

I'm wondering what happened to the seasonal barking mad dog who lose the election for youth chief? I meant that Akram s/o Chonit.He dare not even show his shadow. I think he must be hiding behind that paria guy by the name of sayed inside the jamban. I hope both of them are still alive. Hopefully.....