Followers

Wednesday, November 28, 2012

Perang Politik Sebenar Hanya Antara DAP memerangi UMNO

PAS merupakan parti serpihan UMNO. Suka atau tidak, PAS lahir dari perut UMNO. Walaupun PAS sering mengkritik UMNO sebagai parti berteras kan kebangsaan, PAS sendiri tetap tidak dapat lari dari agenda Melayu.

PKR juga datang dari perut UMNO. Ada yang berseloroh bahawa PKR merupakan gerombolan bekas UMNO yang kecewa selepas Anwar dipecat. Tempat berkumpulnya segala kroni Anwar seperti Azmin Ali dan Saifudin Nasution yang pernah merasa kemewahan semasa dalam UMNO.

Berlainan dari dua parti di atas, DAP tidak lahir dari UMNO. DAP lahir dari PAP. PAP merupakan kaum Cina yang menentang konsep Kemelayuan sebagai teras bumi Malaysia ini. Mereka memperjuangkan Malaysia tidak sepatutnya mempunyai kaum yang dominan. Malah mereka tidak teragak-agak melabelkan Melayu sendiri sebagai 'pendatang'.

Dalam filem Alien lakonan Sigourney Weaver, apabila manusia menerokai angkasa yang jauh dari planet mereka, dan menjumpai spesies berlainan dari manusia, mereka memanggilnya 'alien'. Jika dihalusi, manusia sebenarnya alien kerana mereka yang datang ke cakerawala lain.

Begitulah PAP dan DAP.

Selepas merdeka, UMNO merupakan 'master of the castle' dan walau apapun kritikan terhadap UMNO, ia berjaya membukti selama 55 tahun UMNO dapat mengurangkan ketegangan kaum dan semua kaum boleh berjaya jika mereka berusaha.

Dalam masa yang sama, UMNO perlu membawa 'success story' dari kalangan Melayu sebagai mercu tanda parti yang dilabelkan oleh PAS sebagai terlalu 'kebangsaan'. Antara 'success story' adalah beberapa usahawan seperti Syed Mokhtar, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad dan Daim Zainudin.

Tokoh seperti Syed Mokhtar mendapat serangan hebat dari DAP kononnya kroni UMNO, disokong oleh PKR dan PAS. Saya faham jika DAP tidak akan senang dengan Melayu berjaya, cuma saya kurang faham PKR dan PAS sanggup menjadi talibarut DAP dalam menghalang kejayaan Melayu.

Begitu juga dalam isu Lynas, kerana pemiliknya adalah Melayu.

DAP sering dianggap tidak akan mampu memerintah Malaysia kerana kerusi yang mereka pertandingkan sedikit. Namun bagi saya orang Melayu silap perhitungan jika merendahkan kebolehan mereka mengadu domba parti-parti Melayu hingga akan berpecah belah.

Jika kita membaca politik Lew Kuan Yew, sebelum berkuasa beliau sanggup bersengkongkol dengan sesiapa sahaja. Beliau bersengkongkol dengan Kesatuan Sekerja, Parti Buruh, komunis, sosialis dan sebagainya. Apabila mendapat kuasa, beliau bahkan memenjarakan sebahagian mereka.

Lew Kuan Yew seorang yang pragmatik. Begitu juga DAP. Pragmatiknya DAP hingga seseorang yang mereka tahu mempunyai kelakuan tabii seks luar biasa ketika di dalam UMNO mereka bela apabila tokoh yang sama menentang UMNO.

Karpal Singh orang yang terawal mendedahkan bahwa Timbalan Perdana Menteri sebagai homoseks dalam Parlimen. Dan tokoh berkenaan sekarang menjadi 'lethal weapon dalam usaha DAP melumpuhkan kuasa Melayu UMNO. Bagi DAP, semua senjata adalah berguna.

Itu antara ciri-ciri pragmatik mereka. Politik adalah amoral.

Projek Tanjung Lim Kit Siang sudah membuahkan hasil. Selama beberapa Pilihanraya Lim Kit Siang gagal menawan Pulau Pinang. Dalam PRU ke 12 akhirnya mereka berjaya. Pengajarannya, dengan kesungguhan dan keazaman, dan pencaturan yang tepat, DAP mampu menjayakan cita-cita mereka.

Bukan sesuatu yang mustahil jika DAP boleh menewaskan UMNO, kekuasaan Melayu dengan bantuan PAS dan PKR. Melaka jatuh bukan kerana Portugis terlalu kuat, tetapi sebegitu ramai 'Si Kitol' yang sanggup belot menjual Melaka.

Dan Kitol sendiri dari kelompok yang meraih faedah dari sistem Kesultanan Melayu Melaka.




4 comments:

Anonymous said...

kota melaka juga jatuh pd tangan portugis kerana orang cina sediakan tokang pd tenteta portugis mendarat dengan mudah untuk tawan melaka

Anonymous said...

Ya Allah jadikan lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO di dalam PAU 2012 sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang memecahbelahkan perpaduan gerakan ahzab mereka. Ya Allah jadikanlah lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang menjauhkan rakyat daripada mereka, dan sebaliknya mendekatkan rakyat untuk bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang aman, makmur, adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

Anonymous said...

dan sebenarnya Melayu vs Cina?

dan kepada anon November 28, 2012 10:17 AM

Sebelum copy paste doa ni ada wuduk tak? Sebelum setiap kali copy paste doa ni doa macam tu dah solat taubat dah? dah bersihkan diri dulu dah bersihkan hati etc.

Dah berhenti tenguk lutut lelaki masa tengok bola? Astro dah di batalkan? Akaun bank yang mengamalkan riba dah di tutup? Pandangan mata bila melihat perempuan dah di tundukkan?

Sudahkah saudara mendoakan kebaikan ibu saudara? Sudah kah mendoakan kebaikan jiran-jiran? Sudahkah mendoakan kebaikan rakyat? Sudahkah mendoakan agar diri sendiri di perbetulkan dahulu? Sudahlah anda mendoakan kebaikan UMNO dahulu sebelum ini? Doa macam ni hanya boleh di buat setelah segala usaha gagal. Usaha tangan mulut dan hati. Nak doa macam ini dakwah kena buat dahulu. Sudahkah anda mendoakan Karpal Singh lebih friendly kepada ISlam? Agar lidah-lidahnya lebih menyokong ISlam? Sudahkah anda mendoakan Nik Aziz agar lebih terbuka untuk bersama-sama UMNO yang sudah jelas Islamnya? Sudahkah anda perangi kafir HARBI yang telah mengistiharkan perang kepada kita secara lansung dan tidak lansung? Ingat tak perkataan LANGKAH MAYAT SAYA DAHULU sebelum nak buat Hudud? RAsanya bukan Tun Mahathir yang cakap. Kita jelas tahu siapakan si kafir hARBI NI?


Sekadar mengingatkan takut-takut doa di buat atas nafsu dan dalam jiwa yang kotor.


Anonymous said...

Tak semestinya orang islam yang boleh copy and paste benda tu.

Cybertrooper DAP boleh jugak.