Pembangkang minta pelaksanaan Automated Enforcement System(AES) ditangguhkan. Alasan mereka ia perlu masa untuk dilaksanakan. Sebenarnya mereka mencari populariti. Akan kedengaran dari mereka keuntungan kroni dibelakang siapa yang mendapat konsesi AES.
AES akan menguntungkan pemegang konsesi jika ramai yang melanggar undang-undang. Jika makin ramai yang mematuhi undang-undang, maka pemegang konsesi akan mendapat untung yang sedikit, malah mungkin langsung tiada. Ini risiko mereka sebagai usahawan, sebagai busineman.
Matlamat AES mudah: sudah terbukti pemandu Malaysia masih gagal dijinakkan dengan penguatkuasaan conventional. Perlu ada sistem selama 24/7 yang boleh menguatkuasakan undang-undang dan mengurangkan risiko kemalangan. Baca kupasan menarik Seademon dalam Speed Kills.
Another Brick in the Wall telah menulis isu ini jauh sebelum pembangkang dan Pemuda UMNO mendesak agar Parlimen menangguhkan AES. Baca sini.
Sejak Pemuda UMNO bergabung mendesak kerajaan untuk menangguhkan AES, dalam twitter mereka dihentam teruk oleh twitter pro-BN. Pemuda dikritik kerana ingin menjadi populist. AES merupakan isu keselamatan. Kelajuan membunuh dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkannya.
Jika benar AES tidak baik untuk rakyat Malaysia, mengapa minta tangguhkan? Saya cadangkan AES supaya dibatalkan terus. Sebagai rakyat Malaysia sudah sudah mula muak dengan poli-tikus yang mempolitikkan segalanya.
Saya juga sudah makin muak dengan kerajaan yang semakin flip flop.
3 comments:
kerajaan flip flop - kerajaan 1Malaysia
Pemuda UMNO yang bantah atau KJ yang nak menonjol..banyak syaitan ghaib dibelakang Pemuda UMNO sekarang :)
Cuba baca blog Wee Choo Keong terdapat link kepada website yang menunjukan contractor australia ini tidak digemari di US dan kegagalan sistem ini.
Sistem otomatik ini pun telah di tamatkan di US kerana kos yang mahal, mengambil masa polis dan yang ppaling jelas sekali, tidak memberi kesan kepada pengurangan kemalangan!
Belajar dari mereka yang dah pakai.
Bayangkan 14 kamera 60000 kesalahan.
Apakah peratus kemalangan dari 60,000 gambar yang ditangkap?
jika dari 60,000 gambar yang ditangkap, satupun tidak menjadi kemalangan, ini menunjukan tiada masaalah yang hendak diatasi!
Panjangkan lampu oren sebanyak 1 saat sudah boleh menurunkan kadar gambar yang ditangkap.
Jika kelajuan 50km sejam di kawasan 30 km sejam tidak mendatangkan kemalangan bermakna, 30 km sejam adalah terlalu rendah.
sebagai rakyat biassaya tak sokong langsung pelaksaan aes
Post a Comment