Followers

Wednesday, November 14, 2012

UMNO Perlu Belajar Menjadi Sebuah Parti.

Kita semua tahu, UMNO merupakan pertubuhan yang menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union, dan seterusnya memerdekakan Malaysia. Untuk 50 tahun yang pertama, rasa terhutang budi orang Melayu kepada UMNO merupakan automatik.

Seperti halnya sekian perkara bersifat baru, lama-kelamaan sikap pejuang UMNO yang asal, dan semangatnya makin hilang dek keseronokan berkuasa. UMNO dengan dasar,hala tuju dan perlembagaan tetap suci. Imej UMNO tercalar kerana pemimpinnya.

Saya sebenarnya tertarik dengan ulasan Datuk A. Kadir Jasin dalam posting 'Bukan Kepada UMNO Orang Tak Suka'. Saya petik kata-katanya:

"Sebenarnya, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidak terlalu benci kepada UMNO.Orang Melayu yang sedar dan rasional, banyak mengakui bahawa UMNO banyak menyumbang kepada orang Melayu, negara dan agama Islam manakala orang bukan Melayu tumpang berteduh dan makmur di bawah pimpinan UMNO."

Secara umum, Datuk AKJ meletakkan tiga sikap orang Melayu terhadap UMNO. Pertama pejuang tulen atau asal UMNO berasakan pejuangan UMNO sudah lari dari pejuangan asal. UMNO semakin menjadi parti yang asing kepada mereka.

Tambahan pula, sesetengah pemimpin baru UMNO angkuh dan tidak mempedulikan golongan tua dalam UMNO yang terlebih dahulu berjuang sebelum mereka.

Sikap kedua adalah dari golongan muda. Sebahagian generasi muda melihat kepimpinan UMNO sebagai 'elitis, mabuk kuasa, korup dan tidak telus', menurut Datuk AKJ.

Golongan ketiga yang nampak agak condong ke arah UMNO adalah dari golongan umur pertengahan, bukan terlalu tua dan bukan terlalu muda. Mereka masih boleh menerima 'cara pembesar UMNO membawa diri' dalam era ketelusan dan kebolehan komunikasi yang tinggi sangat diperlukan. Datuk AKJ sedikit meletakkan 'caveat' mungkin sesetengah mereka mendapat faedah ekonomi dengan keakraban mereka dengan pucuk pimpinan.

Saya pernah menulis sebelum ini jika mengikut teori Ibnu Khaldun, sesebuah dinasti hanya boleh bertahan selama tiga generasi. Di Malaysia, UMNO tidak menghadapi tentang dari pembangkang yang kuat tetapi sikap pemimpin UMNO boleh mengundang padah.

Saya masih positif secara relatif, rakyat boleh menerima UMNO dari PR yang porak peranda dengan agenda caca merba. PR hanya mengambil kesempatan menjadi populist tanpa blue print yang jitu ke mana ingin di bawa Malaysia. Agenda Melayu mereka pun celaru dengan kejap Islam, kejap kebajikan dan entah apa-apa lagi.

Namun kerusi empuk yang disediakan oleh kerajaan buat pemimpin UMNO yang terpilih menjadikan mereka lupa era mengenang 'budi UMNO' sudah makin menjadi nostalgia. UMNO masih berlagak seperti 'master of the castle.'

Seperti halnya SUPP di Sarawak yang mengalami kepupusan dihentam DAP, buat julung-julung kali parti kerajaan di Sarawak perlu berfikir secara 'kepartian'. Mereka hanya parti yang bersaing untuk menjadi kerajaan, dan peluangnya sama rata dengan parti lawan. Umpirenya adalah pengundi.

UMNO, atau BN perlu belajar dari basic semula bahawa mereka adalah parti yang tidak di endorse oleh rakyat secara automatik lagi. Menteri-menterinya perlu cekap berkomunikasi dan tak perlu menjadi sarcastic tanpa sebab yang munasabah seperti kenyataan: "Saya asset dan bukan liabliti", atau "saya tidak tidur dengan anak saya kerana saya bukan gay", atau "saya lebih suka makan lamb chop dari makanan penjara".

Kita boleh lihat 'akibat mulut badan binasa' dalam kes Nurul Izzah tentang kebebasan beragama, dan perkara yang sama boleh berlaku kepada pemimpin UMNO.

Saya yakin UMNO masih relevan, dan pejuangannya membela Islam dan Melayu adalah sesuatu yang penting dalam meletakkan kepercayaan saya terhadap sesebuah parti. Seperti halnya yang lain, UMNO perlu tukar pemimpin yang sudah makin lama makin tidak relevan mengikut peredaran zaman ledakan maklumat ini.

Tukar juga pemimpin yang angkuh, corrupted dan hanya ingin berniaga melalui jawatan. Hanya itu saja boleh memberi nafas baru kepada UMNO.

4 comments:

Anonymous said...

Saya setuju!saya pernah berjumpa dengan salah seorang ahli majlis tertinggi UMNO. dengan angkuhnya dia berkata bahawa melayu semua sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana atas usaha UMNO kita semua mampu belajar di luar negara (waktu itu masih pelajar).

saya mengaku saya lebih gemar kepada BN. tapi pada saya dan mungkin majoriti generasi saya, tiada konsep automatik berterima kasih kepada UMNO. rakyat yang undi anda semua naik untuk pimpin kami.

Kalau terlalu angkuh, kami boleh tukar. Mereka sudah lihat ini berlaku dan bukan itu sahaja malah, menjadi kebiasaan zaman sekarang parlimen tergantung supaya tiada pihak yang dominan melakukan perubahan melulu.

Semakin mengarut pemimpin, semakin celik rakyat.


thank you for updating your blog. please keep writing.

imp

Anonymous said...



"Tukar juga pemimpin yang angkuh, corrupted dan hanya ingin berniaga melalui jawatan. Hanya itu saja boleh memberi nafas baru kepada UMNO."

Setuju dengan pernyataan ini. Saya hanya menyokong UMNO sebab mudaratnya lebih kecil dari PKR/PAS/DAP (melayu pun boleh masuk DAP juga) bukan sebab UMNO itu bagus atau melihat kelakuan pemimpin-pemimpinnya. Kalau tengok sesetengah kelakuan pemimpinnya sudah lama saya tinggalkan UMNO. Tapi saya tiada pilihan.

Maka perbetulkanlah UMNO sehingga ianya menjadi pilihan yang betul dan murni bukan sebab di pilih atas sebab nak kekayaan dan kekuasaaan.




Anonymous said...

nampaknya kita terpaksa menyokong UMNO kerana Pakatan Rakyat adalah lebih burok dari UMNO. Bagaimana kalau suatu hari nanti negeri yang diterajui PR menjadi lebih baik dan efficient serta pemimpin mereka lebih cerdik, dinamik dan kurang korup tapi menjadikan agenda kesamarataan kaum sebagai paling utama (seperti di Singapura). Adakah kita akan tetap menyokong UMNO?

Tamingsari.

2nd time voter said...

I dont like umno, but i hate PR. We have no choice except to reelect UMNO with an exception "transform your candidates line up,najib!"