UMNO mempunyai sejarah dan tradisi. UMNO juga mempunyai 'pemecah tradisi' dan pemula tradisi baru. Ini normal kerana UMNO parti siasah.
Bukti jelas menunjukkan UMNO tidak membenarkan sesiapa memilikinya. UMNO parti orang Melayu, justeru Melayu akan berbuat apa saja yang terbaik untuk mereka.
Dalam lipatan sejarah, UMNO berdiri teguh dengan Melayunya walaupun penubuh parti itu, Datuk Onn Jaafar cuba membawa idea baru iaitu membuka keahlian kepada bukan Melayu. UMNO kekal, sebaliknya 'bapa'nya terpaksa meninggalkan UMNO.
Tunku Abdul Rahman juga sebagai pemimpin UMNO yang membawa kemerdekaan boleh merasai secara automatik kepimpinannya tidak diperlukan. Beliau memberi laluan kepada Tun Razak. Tun Hussien telah meletakkan jawatan setelah dicabar oleh persona nan grata - Sulaiman Palestine.
Tun Mahathir dicabar dan menang, namun tidak mengelakkan pertandingan. Tun Abdullah, seperti Tunku melepaskan jawatan kerana merasai beliau gagal memenuhi aspirasi Melayu dalam UMNO. Dengan ringkas, walaupun UMNO itu diasas oleh bangsawan tapi ianya benar-benar mengamalkan demokrasi. Mungkin kerana menurut istilah bangsawan Melayu Lama: "Pemimpin dan rakyat berpisah tiada" atau "Pemimpin adalah payung rakyat".
Dan sudah tentu pada ketika itu UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Keadaan berubah setelah falsafah kebangsawanan berubah: "Pemimpin dan rakyat hanya yang mengguna dan yang diguna." Elit UMNO sudah mula terpisah dari realiti rakyat marhein. Rakyat marhein pula merasa mereka hanya alat untuk menjustifikasikan kuasa UMNO.
Berbanding dengan parti lain, UMNO benar-benar mengamalkan demokrasi. Tidak ada siapa akan terlepas dari kemungkinan 'hilang kerusi' presiden jika rakyat merasakan mereka tidak perform. Ini termasuk pengasasnya sendiri: Onn Jaafar.
Jadi usaha dari golongan tertentu mengusulkan tidak ada pertandingan dalam jawatan itu dan ini hanya politik menyelamatkan diri. Terlalu murahan hingga boleh dibaca oleh rakyat. Dan, memualkan.
Saya namakan itu sebagai politik Rubbish Bin Tong Sampah.
5 comments:
belum berakhir lagi.
belum berakhir lagi. Peti undi di tempat Melayu lebih baik dari 2008.
PM tidak hanya betanggungjawab hanya pada UMNO tapi pada pencapaian BN keseluruhannya..Najib lebih worst dari Pak Lah. Najib harus diturunkan pada pemilihan nanti.Pemimpin yg menghalang suara akar umbi adalah pengkianat bangsa melayu.Pengerusi perhubungan negeri hanyalah lantikan dari pemimpin pusat dan mereka tidak membawa suara akar umbi yg sebenarnya.
Rakyat tidak memerlukan pemimpin yg mempunyai kepentingan perniagaan..Tahu kenapa pemimpin UMNO penakut tak da teloq ? sbb mereka ini semuanya berniaga dan juga rakan kongsi kpd cina2 kapiaq tu.Melayu UMNO akan lingkup kalau kita masih mengharapkan pemimpin2 ni memimpin UMNO.Najib mesti diturunkan pd pemilihan nanti..
Sentimen yg bagus. Moga2 ia menyandang kesinambungan UMNO utk terus memperjuangkan aspirasi orang Melayu.
Post a Comment