Mungkin ada yang salah anggap posting terdahulu saya. Saya bukan pembenci orang kaya. Seperti kata Deng Xiaoping, menjadi kaya bukan satu dosa. Malah saya menggalakkan ramai Melayu menjadi kaya, kerana kaya itu kekuatan.
Saya sebenarnya peminat Rockefeller, Carnegie, Morgan, Ford, Bill Gates dan Steve Jobs. Saya akui golongan kapitalist ini yang mencorak Amerika, dan menjadikan Amerika sebuah negara besar. Dengan kekayaan yang mereka ada, mereka menderma kepada berbagai pertubuhan dan penyelidikan bagi memajukan lagi umat manusia.
Bagaimana Melayu hendak kuat jika papa kedana? "How can you give something you don't have?"
Saya hanya agak meluat dengan golongan apa yang blogger Outsyed The Box pernah panggil 'daddy-kasi' generation. Saya meluat dengan golongan menteri Billionaire Boys Club. Saya benci SIL dan FLOM. Saya benci dengan pemegang kuasa di GLC yang hanya berkhidmat untuk periuk nasi sahaja.
Dan saya masih menyokong UMNO dengan rasa meluat yang begitu kerana saya rasa PR lebih teruk dari BN. Cuma mereka belum mendapat kuasa sahaja.
Dan saya masih menyokong UMNO dengan rasa meluat yang begitu kerana saya rasa PR lebih teruk dari BN. Cuma mereka belum mendapat kuasa sahaja.
Kita tidak mahu menukar kerajaan. Kita mahu kerajaan yang berubah. Kita mahu kerajaan kembali committed membangunkan negara bangsa yang ditemui oleh Bapa-bapa Kemerdekaan. Kita tidak mahu golongan oppotunis duduk di kerusi Menteri, Parlimen dan ADUN. Namun mereka masih kelihatan dalam PRU ke 13, dan ada yang menang.
Nampaknya kerajaan tidak mahu berubah. Bad news for Malaysians.
8 comments:
Apa beza Perempuan dan Betina?..
"Perempuan menjaga maruah, tetapi betina menjualnya."..
Apa beza Tokoh Korporat dan Tokoh Keparat?..
Tokoh Korporat seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary, tetapi Tokoh Keparat seperti pemegang kuasa di GLC..
UDA..UDA.. Keciwa.. Keciwa..
Saya sependapat dengan Sri Tri Buana. Saya amat berbangga jika ramai Melayu kaya-raya tapi bukan jenis adik kepada PM.
RD.
fikiran yg sama tuan. ingin bertemu mereka, bertanya. kerana mereka seakan take us for granted. sedangkan ingin cinta terhadap cina semua diberi. kenapa najib tak cinta dgn melayu lagi kah? bukan kebendaan diminta. ini rasa mcm sindrom anak ingin kan perhatian ibu bapa.
Saya pon tak suka golongan Melayu elit yg kaya raya kerana pengaruh politik bukannya usahajaya seperti orang kaya lain.
.. sebenarnya semua orang membenci golongan "Daddy-kasi" yang suka menunjuk-nunjuk dan tak sedar diri. Kebencian ini tidak hanya limited kepada bangsa Melayu.
.. cuma golongan "Daddy-kasi" je yang perasan diri mereka popular walhal mereka hanya popular pada golongan yang mahu memperalatkan mereka. Golongan lain sebenarnya pandang mereka (yg suka menunjuk2) dengan jijik sekali.
Kami benci dan MELUAT sekali dgn Melayu kaya KEPARAT yg lepas bapak dah kerajaan dan bangsa sendiri tolong kasi itu ini nak senangkan dia business kaya raya. Si anak pulak berdaddy-kasi kat puak Cina. Puak Melayu jenis ni lost all our respect! Tak ada apa yg nak di banggakan. Menyampah lagi ada.
Saudara izin saya
1.Amat terbaik dan padat setiap ayat.
2.Memang lah itu flasafah DEB dam vision 2020, tetapi zaman TunM dan TunDaim berlalu ,mengapa tidak sesiapa termasuk Tun ambil preemptive action ?
Soal untuk kita semua, mampu kah kita ubah dasar dasr yang perkaya kan golongan dady kasi aje ?
Kita nak ubah UMNO ?
KIta pecat aje Presiden UMNO.
Baru bolih ubah umno.
Kita pecat aje punasihat.
Baru bolih ubah UMNO.
Tapi rasa pau hari tahun ini akan mirror image klone foto copi Pau yang lalu, bising sini sana ucap api meriam gajah, tapi door gift baik punya ,makan malam, hampir 50 % hilang, hari kedua Pau semua hilang shopping di Alaman.
Hari penupan 60 % wakil akan tdor dan senyum dapat door gift yang besar.......
Kita masih mimpi kali ini.
Mimpi buruk jadi kenyataan.
FLOM tetap FLOM(tq kapada STAR).
Tingkat 4 atu 5 sudah pun masyyyuuuk.
arjuna waspada
changkat lobak
takdok button LIKE ke??????
Post a Comment