Selepas Don Vito Carleone 'semi-retire', Micheal, anak ke tiga Vito menggantikan bapanya sebagai Don. Langkah pertama selepas menjadi Don, Micheal menggantikan 'consigliere' atau advisor. Tom Hagen merupakan consigliere keluarga Carleone zaman Vito menjadi Don.
Tom Hagen merupakan keturunan German-Irish, consigliere pertama dalam sejarah Mafia bukan dari keturunan Sicily. Micheal sangat menghormati Tom Hagen, tetapi untuk sebab yang praktikal, Tom Hagen perlu digantikan.
Micheal melantik consigliere baru iatu Al Neri. Menurut Micheal, Tom Hagen merupakan consigliere yang baik tetapi tidak sesuai semasa perang. Tom Hagen sesuai menjadi consigliere semasa aman, kerana Tom sebagai lawyer, bersikap terbuka dan lebih diplomatik.
Perang keluarga baru meletus sebelum Micheal menjadi Don. Don Vito, ayah Micheal sendiri telah ditembak tetapi selamat. Perang itu dicetuskan oleh Sollozzo, yang mula memperkenalkan dadah ke dalam dunia Mafia. Vito tidak setuju perniagaan dadah ini, menyebabkan Sollozzo terpaksa membunuh Don itu, dibantu oleh keluarga Tattaglia dan Berzini.
Vito selamat, tetapi anak sulungnya, Sonny terbunuh. Micheal menyalahkan Tom Hagen kerana tidak mampu berperang. Oleh itu, setelah Micheal merancang untuk menghapuskan 'Heads of the five families' di New York, dia menjadikan Al Neri sebagai consigliere. Al Neri merupakan anti-tesis kepada Tom Hagen - streetsmart, brutal dan combative.
Mengapa saya menulis tentang keluarga Mafia dari filem dan novel The Godfather? Kerana saya sudah bosan dengan politik. Jika leader tidak sesuai di era peperangan, kita kena tukar. Tak mau yang lembik.
Sila baca semula posting saya pada tahun 2010, bertajuk: 'Berakhirnya Era Anak Bangsawan.'
2 comments:
Thanks to u i'm reading godfather now. May we find a michael corleone amongst us. The attacks by the ungrateful chinese has intensified n i see no fighter in umno.
welcome mass
Post a Comment