Followers

Thursday, June 30, 2011

Awas UMNO, Kita Ada Pengkhianat!

Baru beberapa hari yang lepas saya quote ungkapan Voltaire: "Lord, protect me from my friend, I know how to overcome my enemy."

 Baru beberapa hari yang lepas dalam posting yang sama saya cuba menghidu ulterior motive  The Star, suratkhabar MCA yang membuat polling tentang BERSIH. BN mungkin tidur dengan musuh dalam selimut, tapi UMNO menternak musuh dalam selimut.

Saya mendapat risikan yang sangat boleh dipercayai. Dalam UMNO Pahang adanya penembak tepat yang menggunakan senjata buatan Rusia yang sering membidik pucuk pimpinan UMNO iaitu Presiden UMNO. Penembak tepat ini mempunyai partner in crime yang juga mempunyai senjata menembak UMNO, atas nama kritikan membina.


Kita boleh bezakan sebenarnya kritkan membina dengan kritikan pura-pura membela. Dan tidak salah mengkritik pemimpin, yang salah apabila secara terang-terangan menembak parti sendiri, membekalkan banyak peluru kepada musuh. Dan semua ini, katanya, dengan niat baik.

Saya teringat kata-kata Tun Mahathir, jangan jadi Brutus dalam UMNO. Risikan terbaru ini, penembak tepat ini membuat perjumpaan dengan Anwar. Ada apa-apa ke? Patutlah posting berbunyi lebih 'keadilan' dari PKR. Walaupun diselubungi niat baik, seperti Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan mendapat julukan 'Menteri Nawaitu', penembak tepat ini berselindung disebalik nama liberal, fair play dan sebagainya.

Sebenarnya sudah lama saya perhatikan selepas satu posting ke satu postingnya diangkat oleh Lim Kit Siang dalam blognya. Jika tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Artikelnya juga sering disiarkan dalam Malaysian Insider. Saya menghidu sesuatu yang tidak kena tetapi apabila ada blogger tersohor memaklumkan pertemuannya dengan Anwar baru-baru ini mengesahkan keraguan saya.

Kita tidak perlukan Brutus dalam UMNO. Kita tidak perlukan trojen horse. Diharap Datuk Seri Najib boleh memBERSIHkan dulu halamannya dari sampah sarap dan pengkhianat.

Sementara itu mari baca posting Aspan Alias yang terbaru bertajuk: UMNO perlu tahu - Lagi menekan lagi rakyat jauhinya.(Maaf saya tak dapat nak linkkan kerana BlackBerry Playbook saya ini ada masalah untuk berbuat demikian ketika ini.)

Boleh baca dalam link saya dalam category general, sudah berbunyi pembangkang, bukan? Semua orang boleh mempunyai pandangan dan pendapat, ini negara demokrasi tetapi jika tidak sesuai dengan aspirasi UMNO dan parti, lebih baik menyertai pembangkang terus.

Setidak-tidaknya Datuk Fauzi lebih gentleman, tidak hipokrit, lebih mulia dan tidak berselindung disebalik nawaitu.

10 comments:

zat said...

ai..tak kan kena kritik pun tak boleh kot..apa UMNO anggap mereka lagi tinggi dari Sultan ka..??

Anonymous said...

saya nak tambah pengkhianat ni jugak peminat tegar si KJ. si Sakmongkol dan KJ memang bersubahat sudah lama nak merosak kan UMNO. Harap PM sedar perkara ini dan jangan biarkan pengkhianat UMNO ni berleluasa. Tindakan perlu diambil segera. Mereka berdua ni memang gunting dalam lipatan.

Anonymous said...

Dato Sak kh? Usah dilayan org kecewa. Saya dh lama berhenti membaca blognya. Mcm musang berbulu ayam.

Anonymous said...

UMNO bolek kena kritik
Tapi cara kritikan kena betul

Memberi sokongan kepada pembangkang bukan kritikan yg betul

UMNO bukan mcm PAS
PAS tk bole kena kritik
Nanti dituduh proUMNO

FCUK PAS!
BEKAS PAS

sri tribuana said...

salam semua,

saudara sat, saya baru nak jawap tapi telah dijawap oleh anon 12:03.

anon 11:11, ada berhak meneka, saya tak comfirmkan apa2

oRang kAmpong said...

Wan kawan ingat kawan jer yg perasan.rupanya awak pon sama.kawan setuju umno bukan xdak blh dikritik xp kritikan biorle pro.pd kawan KESETIAAN adalah ciri utama yg diperlukan dlm mne2 organisasi.politik dan perniagaan.

Jouhar said...

Tuan, saya cuma rasa agak tak sesuai dgn nama seri tri buana tp headed blog ini dgn gambar sultan2 melayu di bawah pemerintahan british... Gambar classic tp bukanlah suatu yg patut di megah ~ jouhar

Anonymous said...

Dato Arif Sabri aka Sak ni memang semua dah tahu sudah beralih arah sejak kecewa Najib tidak sambung utk dia jadi ADUN Pulau Manis. Tindakan Najib tepat. Orang kampung Pulau Manis cukup tak suka dengan perangai dia. Lagi satu semua dah tahu dia memang nak menjahanamkan UMNO. Sama macam KJ. Dan dia dipercayai dibela oleh KJ.

Anonymous said...

salam org kampung, mmg betul kata2 awk tu.

saudara jouhar, mmg ada benar pendapat saudara tapi gambar diatas adalah durbar yg mana sekarang adalah majlis raja2, bukan hanya klasiknya itu, tetapi kesinambungan kewujudan raja2 melayu walauun melalui zaman gelora nya dibawah british.
anon 9:38, no comment.

bRAVEhEART said...

Salam Bro,
Ramai komentor yang meneka bahawa yang dimaksudkan itu adalah Suck-Mongkoi. Terpulang kepada mereka mungkin ada benar atau ada salahnya. Kita lihat nanti.