Followers

Friday, July 1, 2011

Jangan Halang BERSIH, malah UMNO Juga Patut Sertainya.

Kerajaan tidak patut menghalang perarakan BERSIH yang dijadual akan diadakan pada 9 Julai ini. Ini kerana setelah diteliti tuntutan BERSIH, UMNO juga berhak membuat tuntutan. SPR memang tidak telys dan tidak berlaku adil.

Antara tujuan BERSIH adalah ketelusan dalam SPR menjalankan tanggungjawap sebagai badan bebas. Ini kerana UMNO perlu berasa betapa tidak telusnya SPR apabila UMNO telah tewas selama 20 tahun di Kelantan. Jika tidak kerana pengundi hantu, atau pengundi yang diimport, masakan Nik Aziz, Husam Musa boleh menang. Kerana SPR tidak telus maka Mustafa Mohamad hanya menang 68 undi. Malah kerana SPR tidak telus, Datuk Seri Najib pernah menang majoriti tipis - hanya 200 undi sedangkan beliau Naib Presiden UMNO ketika itu.

UMNO sepatutnya menyalahkan SPR kerana berat sebelah menyebelahi pembangkang. Begitu juga dengan komponen Barisan yang lain seperti MCA dan MIC. Begitu banyak kerusi MCA tewas.dalam PRU ke 12 adalah kerana SPR tidak telus dan membenarkan DAP menang. Datuk Seri Sammy Vellu juga telah tewas di Sungai Siput kerana SPR tidak telus.

SPR sepatutnya adil dan saksama. Kerana SPR tidak adil dan saksama kita melihat UMNO menjadi lemah dan BN gagal membentuk kerajaan yang kuat sebanyak 2/3. Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang tidak akan jatuh ke pembangkang. UMNO sewajarnya menyalahkan SPR. 

Saya tidak percaya PR akan mendapat sokongan rakyat sebanyak itu. Mustahil UMNO gagal mendapat 2/3, dan mustahil heavyweight UMNO seperti Zainudin Maidin dan Sammy Vellu boleh kalah. Macam mana Azmin Ali boleh menang di Gombak kalau bukan kerana 6 pengundi hantu dari alamat rumah ibunya di Gombak. Semuanya Azmin buat semasa dia dalam UMNO dan sebelum undang-undang pengundi perlu mengundi mengikut alamat kad pengenalan.

SPR memang tidak telus, justeru itu PR banyak menang kerusi. Pemimpin PR yang telab menang dalam PRU ke 12 perlu meletakkan jawatan kerana saya tidak percaya mereka benar-benar mendapat undi majoriti. Saya percaya ramai pegawak kerajaan dan pegawai SPR berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaa n BN.

UMNO perlu turut serta BERSIH dan patut serah memorandum kerana SPR tidak telus maka bekas banduan sepertk Anwar masih boleh menang dengan majoriti yang tinggi di Permatang Pauh.


No comments: