Followers

Wednesday, July 20, 2011

Pak Samad Sebagai Faktor Ke 3

Kita kena akui kebanyakkan rakyat Malaysia makin muak dengan terlalu banyak lambakkan berita.politik di Malaysia ini. Kita kena akui juga, parti-parti di Malaysia, terutama PR hanya tahu berpolitik selama 24/7. Sedikit sebanyak ini melemaskan. Sedikit sebanyak kemungkinan pengundi turun mengundi akan merosot lantaran mereka sudah bosan dengan politiking yang melampau.

Seperti entry saya semalam, di Malaysia hampir keseluruhan golongan masyarakat hendak berpolitik dan cuba dictate political will mereka. Ini satu perkembangan yang tidak sihat. Ini juga mengurangkan produktiviti Malaysia kerana kejayaan politik adalah kuasa. Seterusnya, orang politik sepatutnya menggunakan mandat yang diberi pengundi untuk kebaikan pengundi.

Jika parti yang menjadi kerajaan akan buat kerja-kerja kementerian, atau exco, masalah akan timbul kepada Ahli Parlimen atau ADUN yang tidak ada kerja. Selalunya mereka datang dari pembangkang. Mereka akan berpolitik 24/7. Mengadakan ceramah sana dan sini, main twitter sambil spin itu dan ini, menyertai candlelight virgil bila ada ahli DAP yang mati dek kekejaman kerajaan, menyertai demo dan sebagainya.

Mereka lupa, mereka menjadi Ahli Parlimen dan ADUN sepatutnya membawa mandat pengundi yang mereka wakili. Jika kerajaan BN dikatakan tidak diminati kerana isu-isu tidak telus, salahguna kuasa, kroni dan nepotisme, wakil rakyat pembangkang juga tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kita tidak temui lagi wakil rakyat pembangkang seperti Lee Lam Thye yang benar-benar berkhidmat untuk pengundinya.

Justeru itu maka akan timbul rasa kemuakkan terhadap tingkah laku ahli-ahli politik. Mereka mula menggunakan NGO. Kononnya dengan NGO mereka berjaya menarik rakyat menyokong aspirasi.mereka. Oleh kerana NGO tidak akan bertanding, maka dalam PRU mereka akan beroleh faedahnya. 

Sekarang pembangkang yang sedang kelemasan telah menggunakan A. Samad Said sebagai rally point. Pak Samad sebagai tokoh rakyat marhein, sasterawan dan pejuang bahasa digunakan oleh pembangkang untuk menjadikan pejuangan mereka sebagai pejuangan 'rakyat'.

Beberapa sajak beliau telah menjadi azimat dan siualan peminat BERSIH. Saya terkejut apabila Pak Samad sendiri menunjukkan kebencian yang melampau terhadapa golongan bangsawan. Ini sebenarnya ideologi sosialis jika tidak komunis.  

Saya masih ingat Pak Samad pernah membuag mogok seni apabila menghadapi masalah royalti dan beberapa janji kerajaan tentang kebajikan seseorang yang dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara. Mogok Seni Pak Samad adalah terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah memanggil beberapa birokrat DBP sebagai 'buta visi dan buta seni.' 

Melalui csmpurtangan orang politik, saya tidak ingat siapa akhirnya masalah Pak Samad selesai. Beliau kemudiannya menyifatkan hubungannya dengan DBP bagaikan 'Laila dan Majnun' selepas itu. Saya percaya sebagai insan seni, Pak Samad merasa dirinya dizalimi. Saya percaya jiwa lembutnya yang kacau selepas melalui era Perang Dunia Kedua itu tidak sanggup melihat perusuh dibalun oleh polis. Namun ini tidak mewajarkan beliau melabelkan kerajaaan dan polis sebagai 'zalim'.

Kezaliman tidak berlaku kepada rakyat yang tidam terlibat dengan perhimpunan haram. Seperti halnya yang lain, sudah tentu kerajaan dan PDRM bukan sesuatu yang sempurna. Namun saya tidak rasa wajar mereka diperangi hingga tahap jalananan. Masih banyak cara yang lebih bertamadun, dan mudah.

Pak Samad bukan orang politik. Sudah tentu Pak Samad tidak nampak dia sedang diperkudakan. Namun saya percaya beliau merasq dizalimi mungkin berkaitan dengan karya seninya oleh seorang berdua birokrat. Namun itu masih bukan faktor kuat menyeret golongan marhein untuk rasa dizalimi. Ketika harga sawit sedang naik ini, sayq tidak fikir orang Felda terasa kerajaan menzalimi mereka.

Jika kita percaya komunisme sudah berkubur, tetapi modus operandi komunis masih boleh digunapakai oleh mereka yang mengkaji. Pertama komunis akan mencari jalan rakyat percaya mereka berjuang demi rakyat, atau golongan proletariat. Kemudian mereka akan menggunakan apa saja ruang yang ada untuk membuktikan kerajaan zalim. Ketiga mereka akan planted agent-agent mereka ke dalam kesatuan sekerja dan melabelkan kapitalist, kaum pemodal sebagai mengeksploitasi tenaga buruh. Seterusnya mereka akan wujudkan ukhwah golongan yang tertindas.

Tokoh yang akan ditonjolkan sebagai pejuang rakyat tidak boleh dari parti Islam yang mempunyai imej korporat seperti Husam Musa, imej Anwar sudah rosak dek berbagai skandal, Lim Kit Siang terlalu chauvanist, akhirnya muncullah Pak Samad sebagai sasterawan rakyat, berjanggut dan rambut panjang yang putih, sering memakai selipar dan menaiki bas.

Setelah komunis berkuasa di China dan Rusia, mereka lebih kejam dari Chiang Kai Shek dan Czar. Lebih ramai orang tak berdosa telah dibunuh. Dakwaan mereka mewakili rakyat hanya dakyah bagi mendapat kuasq sahaja.

Jangan percaya penuh kepada orang-orang politik.

3 comments:

Mat Despatch said...

Masaalah nya kebanyakan mereka ini tidak sedar diri mereka di pergunakan termasuk la mahasiswa-mahasiswa IPT yg senang di pengaruhi. Kerajaan perlu mempertingkat kan lagi usaha-usaha membendung aktiviti pihak pembangkang yg suka memfitnah dan menyemai rasa benci terhadap kerajaan. Ini bukan cara berpolitik yg sihat.

Zombie Kampung Pisang said...

Saya yakin sokongan terhadap PR akan merudum teruk terutama PAS & PKR akibat kebodohan & perangai pemimpin & penyokong mereka sendiri yg berfahaman sempit. Ulasan & tulisan di blog and komen2 penyokong PR menyerlahkan lagi sikap sebenar mereka yg jumud, suka mengutuk & maki-hamun org lain. Tiada ciri-ciri kebijaksanaan apabila menangani isu-isu semasa. Yg pandai cuma hentam menghentam je. Saya tidak lagi melihat PR sebagai alternatif kepada BN.

Shacklesmith said...

Good point bro, itu yg patut kita sedar selama ni.. sistem politik zaman sekarang ni penuh kepincangan..