Followers

Friday, July 29, 2011

Rahsia di Sebalik 11 Doktor.

Syabas Syed Akhbar Ali!

Lagi sekali beliau telah membongkar rahsia demi rahsia disebalik apa saja 'berita luar biasa' BERSIH. Terbaru, dengan panjang lebar dan fakta yang tepat, kajian yang mendalam beliau membongkar siapa sebenarnya 11 doktor yang kononnya menjadi saksi polis melepaskan gas pemedih mata ke hospital Tung Shing.

Dengan sinis beliau memanggil mereka 'Tung Shing Warriors'.

Pertama beliau membongkar, tidak semua dari 11 doktor benar-benar ada ditempat kejadian ketika kejadian berlaku.Kedua, beliau membongkar, 11 doktor berkenaan bukan pekerja sepenuh masa hospital Tung Shing. Lebih hebat lagi, beliau mengeluarkan nama siapa sebelas orang doktor berkenaan.

Pembohongan dan spin yang melampau dari pembangkang tidak menamakan 11 orang berkenaan. Tapi blogger Outsyed the Box tidak cakap kosong. Beliau membawa bukti. Ini nama 11 Doktor tersebut:

1. Dr Mazeni Alwi - Consultant Paediatric Cardiologist
2. Dr Sheikh Johari Bux - Consultant O & G
3. Dr Jeffrey Abu Hassan. - Consultant Chest Physician
4. Datuk Dr Musa Mohd Nordin - Consultant Paediatrician & Neonatologist
5. Dr David Quek - Consult Cardiologist (MMA past president).
6. Dr Mary Cardosa - Consult Anaesthesiologist (MMA president)
7. Dr Ng Kwee Boon - Consultant O & G
8. Datin Dr Low Paik See - Consultant Paediatrician
9. Dr Steve Wong - Consultant Plastic Surgeon
10. Dr Ahmad Farouk Musa - Consultant Cardio Thoracic Surgeon
11. Dr Ng Swee Choon - Consultant Cardiologist

Enam dari 11 nama di atas merupakan penyokong BERSIH. Pada 24 Jun 2011, sebelum 9 Julai, Dr. Mazeni Alwi, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Jeffrey Abu Hasan dan Dr Musa Nordin membuat kenyataan menyokong BERSIH. Pembaca boleh baca kenyataan mereka dalam blog Outsyed the Box. Maaf, Playbook ini masih alasan saya tidak dapat linkkan ke blog beliau. Tapi siapa tidak tahu blog beliau?

Sementara Dr David Quek pula telah menulis ke beberapa portal, dan kepada ahli MMA(Persatuan Pengamal Perubatan) untuk menyokong BERSIH, malah memulakan revolusi!

Seterusnya Dr Mary Cordosa adalah aktivis yang menyokong BERSIH dan anti-Lynas. Ini menunjukkan secara politiknya, enam doktor berkenaan merupakan penyokong kuat BERSIH. Kenyataan mereka sangat meragukan kerana bias. 

Saya ingin menegaskan, ini masih cara komunis merampas kuasa. Benar, ideologi komjnis sudah berkubur tetapi taktik jahat atau modus operandi mereka masih boleh diguna pakai. Menanam kebencian terhadap semua institusi awam adalah salab satu dari caranya.

PR tidak hanya menanam kebencian kepada BN, wakil-wakil rakyat dan menterinya tetapi juga menanam kebencian dan mewujudkan rasa tidak percaya kepada institusi awam. Mereka menanam kebencian kepada PDRM, SPR, SPRM dan banyak lagi agensi kerajaan. Mereka lupa, anggota agensi  tersebut juga pengundi dan mempunyai sanak saudara dan pengaruh tersendiri. Jika kalah undi pos, mereka spin konspirasi kerajaan.

Jika kita terangkan apa saja sebagai contoh dipusat membuang undi ada wakil parti masing-masing. Pengiraan undi ditempat membuang undi tidak akan selsesai selagi wakil parti tidak berpuas hati. Pengiraan undi dikira tamat apabila kedua-dua pihak berpuashati dengan pengiraan dan menandatangani borang 14. Selepas borang 14 ditandatangani, apa saja yang ada dalam peti undi sudah tidak relevan.

Jika wakil mereka sudah menandatangani, dimana ruang untuk SPR memanipulasikan undi? Tetapi mereka tidak mahu mendengar kerana mereka sudah tidak boleh menaakul logik lagi. 

PR sudah gagal sebagai pembangkang yang baik dan gagal menjadi alternatif kepada kerajaan. Sebalknya, hari demi hari mereka menurunkan darjat mereka dengan bermain kotor, dengan menyebar fitnah dan spin berita. Mereka juga menurunkan darjat mereka menjadi semakin hari semakin hooligan. 

Wacana Ambiga-SPR di seksyen 15 Shah Alam yang dianjurkan oleh Karangkraf sebagai contoh. Penyokong BERSIH menyalak dan boo pegawai SPR apabila memberi jawapan yang tidak sesuai dengan mereka. Dan mereka mendakwa mereka telah menang, seolah-olah kemenangan diukur dari kuat sorakan bukan hujah yang rasional.

Seorang kawan saya mengaku telah mengundi Azmin Ali dalam PRU ke 12, dan menyesal. Beliau berharap PR boleh mengimbangi BN, namun parti itu lebih berminat berpolitik jalanan, membuat kacau dan mendidik penyokong yang hooligan. 

Dan PR berani mendakwa mereka lakukan untuk rakyat!











No comments: