Polis dengan pesat cuba mencegah perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9hb Julai dikritik. Sementara Pemuda UMNO, Perkasa dan Persatuan Silat juga telah bersedia berdemo bagi melawan demo BERSIH. Demokrasi hampir mati. Anehnya, demokrasi sendiri yang hampir membunuh demokrasi apabila pengamalnya tidak matang.
Tiba-tiba YDP Agung bertitah, minta demo dibatalkan. Kedua-dua pihak terdiam. Untuk seketika BERSIH terpaksa memperlahankan momentumnya untuk mencari alternatif. Patriot dan Perkasa terus akur, lagipun kewujudan mereka untuk menghalang perarakan itu.
Ambiga menemui YDP Agung. Baginda perkenan beliau mengadap. PR terus spin Agung merestui BERSIH dan berasa mereka dapat layanan istimewa. Datuk Seri Najib menyarankan BERSIH diadakan distadium.
Apabila Ambiga mengadap YDP Agung, blogger PAS, MSO mengkritik pimpinan PAS, terutama Haji Hadi kerana membenarkan Ambiga 'steal the thunder.' Ada benarnya kata-kata beliau, jika PAS yakin BERSIH perjuangan murni, mengapa Haji Hadi selaku Presiden tidak 'mencemar duli' mengadap YDP Agung. Tidak sopan jika bukan biadap tokoh politik dari Terengganu tidak membawa panji-panji perjuangan PAS ini sendiri mengadap Agung yang juga Sultannya.
Hadi lebih rela tokoh memperjuangkan kebebasan murtad ini mengadap Ketua Agama Islam!
Selesai pertemuan itu, PR dan cybertrooper mereka spin kemenangan mereka. Kononnya YDP Agung setuju perarakan itu dengan syarat diadakan distadium. Anehnya, sejak dari awal kerajaan menyarankan demo diadakan di stadium. MSO juga mengatakan, takkan Agung akan turun ke stadium untuk menerima memorandum itu. Dan sekarang, diperkenan mengadap, mengapa tidak diserahkan memonya.
BAca sini. Malaysian Insider sudah menamakan dalam isu BERSIH ini siapa pemenang dan siapa kalah. Pemenang sudah tentu pengajur BERSIH, Ambiga dan kononnya, rakyat Malaysia. Mereka yang disenaraikan kalah adalah sudah tentu DS Najib, Menteri Dalam Negeri, Ibrahim Ali dan polis.
Jika dalam tuntutan Ambiga, keadilan dan saksama dalam kewartawanan, menilai laporan Malaysian Insider, saya meragui keihklasan PR. Mereka belum menjadi kerajaan sudah memberati puak-puak mereka.
'Rakyat' dengan bijak disenaraikan sebagai pemenang kononnya usaha mereka mendapat sokongan rakyat ramai.Terus terang, bagi rakyat siapa yang membawa kemakmuran mereka akan sokong. Mereka tidak peduli 8 tuntutan itu.Terlalu elit tuntutan itu bagi orang Ulu Tembeling yang dihina oleh Mat Sabu, atau oleh orang Felda, atau oleh orang Bario di Sarawak. Isu rakyat adalah berapa harga sawit, harga getah, minyak naik atau turun, makanan mahal atau tidak.
Isu 8 tuntutan itu isu orang bandar, isu elitis, isu orang berpelajaran tapi tidak bijaksana, isu agitator yang kehabisan idea bagaimana memenangi hati rakyat dengan cara demokrasi. 8 tuntutan itu hanya decoy, penyebab untuk berarak dengan harapan ada pertempuran dengan polis. Malaysia akan kelihatan jahat.
Pertama mereka menolak membuat demo dalam stadium. Setelah ditegur oleh YDP Agung, mereka setuju tetapi ingin Stadium Merdeka. Mereka tidak mahu memohon permit sebab kononnya mereka sudah 'legitimate' dan dapat perkenan Agung.
Nobisha bercerita dalam blognya, ketika mengadakan Aman Malaysia yang mengumpul 250 ribu orang, direstui oleh PM ketika itu Tun Dr. Mahathir, beliau memohon permit, dan dipanggil polis, disiasat dqn ditanya berbagai. Itu standard biasa keselamatan. Jika program memprotes kezaliman Israil, diadakan oleh kerajaan buat dalam stadium Bukit Jalil perlu mendapat permit, apa yang buag BERSIH merasakan mereka terlalu istimewa?
Sebelum boleh menjadi kerajaan, belajar dulu peraturan dan rule of law. Perhimpunan kerajaan sendiri mengikut prosedur. Dan ini orang yang ingin mereformkan negara ini? Bagai tikus membaiki labu!
Perhimpinan sudah dibenarkan distadium, YDP Agung sudah ditemui, mengapa tidak diserah memorandum berkenaan?
Sudah jelas bukan 8 tuntutan itu matlamatnya. Wartawan NST, Zanul Ariffin berhujah, bukan itu sebenarnya matlamat BERSIH dalam artikel A greater agenda at play here. Ambiga bukan lahir semalam dan sebagai lawyer, Ambiga tahun 5 dari 8 tuntutan itu bukan dalam bidangkuasa SPR. Hanya parlimen boleh meminda perlembagaan yang melibatkan 2/3 persetujuan Ahli Parlimen. Mengapa Ahli Parlimen PR tidak cuba mengusulnya di Parlimen?
Lagi 3 tuntutan, iaitu hentikan politik kotor(seperti yang BERSIH buat), teguhkan institusi kerajaan dan kebebasan media perdana bukan dalam kuasa SPR. Bagi tuntutan kebebasan media dalam melapor sangat.lucu kerana di negeri-negeri PR, mereka tidak membenarkan Utusan membuat laporan. Mereka juga bias dalam Harakah, Suara Keadilan dan Roket.
Jadi kita tahu apa niat sebenar BERSIH. Mereka hanya ingin tunjukkan kerajaan Malaysia tidak demokratik, dan menindas. Mereka ingin memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Itu sahaja.
Tidak seperti sesetengah pelajar Melayu yang menerima biasiswa kerajaan, tapi naive membaca gerak politik, terlalu idealist lalu menyokong BERSIH, kami juga tidak dilahirkan semalam.
2 comments:
Aku Hensem
Bang STB
Takde rasa nak nuke CEO DRIVER? Dia ni macam ada agenda je
Salam abg hensem, masa sy pegi sarawak org ulu, org kelabit marah kat dia sbb dia tambang MAS naik, susah org sarawak, sbb tu dia x berani bertanding kt sana.
Post a Comment