Followers

Thursday, July 14, 2011

Pembohongan Anwar Juga Ada Tarikh Luputnya.

"And now,the end is near,  and so I face the final curtain."

Ops, ini lagu kegemaran Tun Dr. Mahathir. Bukan lagu Anwar.

Tapi pada saat ini, dan ketika ini, Anwar sedang menghampiri 'final curtain'nya. 8 Ogos beliau perlu membela diri dan jika bersalah, beliau kembali ke Sungai Buloh untuk kali kedua. Beliau mengingatkan saya kepada kisah Napoleon yang dibuang ke St. Elba, setahun kemudian berjaya meloloskan diri, marching dengan askar kecil, dalam perjalanan menemui bekas Marshalnya, Ney.

Ney berjanji kepada Raja Perancis dari dinasti Bourboun untuk membawa Napoleon dalam sangkar.

Napoleon mendepangkan dada, mohon askar dibawah pimpinan Ney menembak dadanya. Untuk seketika, askar teragak-agak walaupun Ney sudah memberi arahan 'Fire.'. Sebentar kemudian, tentera Ney meluru ke arah Napoleon dengan laungan 'Viva Emperor'. Napoleon dijulang, dan Ney tidak boleh berbuat apa-apa. Akhirnya Ney juga memihak kepada Napoleon.

Anwar kembali ke arena politik Malaysia setelah dibebaskan oleh Pak Lah. Beliau memberi impak sebaik boleh bertanding dengan memenangi Permatang Pauh. Pilihanraya ke 12 adalab kemuncak beliau selaku perancang Pakatan Rakyat. Selepas Pak Lah bersara, Anwar dan PR bagaikan hilang momentum selepas berjaya menafikan dua pertiga kerusi BN di Parlimen.

Kredibiliti Anwar semakin hilang setelah beberapa siri propaganda dan spinnya gagal. Beliau sebenarnya bermain konspirasi peringkat tertinggi apabila cuba menghalang Najib dari menjadi PM. 16 September merupakan janjinya kepada pengikutnya. 16 September mereka sangat yakin Anwar akan jadi PM.

16 September telah muncul namun Anwar tetap tidak menjadi PM. Kredibilitinya sudab makin pudar. Dalam pilihanraya Sarawak, Anwar dengan yakin mengumumkan PKR akan memenangi 31 kerusi, dan Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri Sarawak. PKR hanya memenangi 3 kerusi dari 49 kerusi yang ditandinginya.

Kemudian Anwar diasak dengan masalah kredibilitinya. Isu liwat dengan Saiful beliau enggan bersumpah, menunda kesnya selama mungkin. Isu 'China Doll' juga beliau enggan bersumpah. Alibinya meragukan apabila beliau kantoi setelah blogger MIM mendedahkan selama dua jam beliaj hilang dari twitternya. Beliau juga gagal menjawab dengan meyakinkan ke mana hilang jam Omeganya.

Beliau mengutuk banyak dasar semasa beliau sendiri menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Antaranya IPP. Menurutnya, itu kehendak Tun Mahathir, beliau hanya menurut perintah. Beliau mendakwa pemimpin BN terutama Tun Mahathir mengamalkan nepotisme dan kroni. Tun pernah mengeluarkan senarai penerima kontrak ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Semuanya kroni Anwar termasuk Khalid Ibrahim dan Kamarudin Jaafar.

Pembohongan tidak boleh ditutup dengan spin. Terbaru PR berbohong tentang kematian Arwah Baharudin, dan polis mengeluarkan gambar Baharudin ysng sebenar. Anwar makin menghampiri ke penghujung kariernya.

Ini lakunan-lakunan terakhir Anwar sebelum beliau sirna dari arus perdana:


Anwar kelihatan sungguh tenat.


Katanya buat CAT scan siap boleh tweet lagi.



Keesokan hari Anwar dah boleh bangun cuma pakai pendakap, siap boleh naik plane ke Langkawi.




Bersama Mat Sabu yang meniru gaya Karpal Singh, dua aktor terbaik.

Jika kita masih ingat, Anwar pernah duduk atas kerusi roda dengan pendakap, sebaik berada dikawasan off camera, beliau begitu sihat dan boleh tanggal pendakapnya. Berapa ramai rakyat Malaysia telah dibohonginya. 

Tirai akan ditutup tidak lama lagi. "Kekejaman ada tarikh luputnya," kata Sasterawan Negara A. Samad Said walaupun saya tidak nampak mayat bergelimpangan, dan harta benda warga Malaysia terampas dek pemerintah.

Begitu juga dengan Anwar. Pembohongan Anwar ada tarikh luputnya. Seperti Napoleon, dia akan menemui 'Waterloo'nya dan kali ini bukan St Elba tetapi St. Helena.





1 comment:

Anonymous said...

...dan budak tadika pun gelak kat dia...