Followers

Sunday, July 10, 2011

Saya Juga Kehilangan 'Peminat'.

Saya tidak pernah menamakan pembangkang dengan berbagai gelaran seperti HamPAS, PKR sebagai Parti Kencing Rakyat bahkan DAP sebagai DAPigs. Saya hormati parti lawan walaupun saya pro-BN dan ahli UMNO. Namun kelainan ini tidak mengurangkan hormat saya pada mereka. Begitupun, saya tidak menganggap saya sebagai seorang yang liberal. Realitinya, saya makin muak dengan demokrasi yang dipraktikkan oleh pengamal yang tidak matang.

BERSIH atau saya lebih senang memanggilnya BERSHIT adalah sesuatu yang menyalahi amalan demokrasi. Kebebasan bersuara bukan mutlak kerana kita tidak boleh menganggu ketenteraman awam, atau memprovokasi pihak berkuasa atau memanggil jiran kita nama yang tidak elok. Kebebasan bersuara, kata The Voice, bukan cek kosong.

Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawap menghasut pelajar yang tidak matang, fanatik agama, penyokong tegar pemimpin untuk berdemo. Sudah tentu agenda yang sebenarnya disembunyikan. Mereka ahli politik sepenuh masa, akan mengguna sebarang ruang untuk yang menguntungkan tanpa mengira bahaya kepada pengikut.

Blog-blog educational seperti Outsyed the Box, Another Brick in The Wall, Rocky's sudah banyak mengulas lapan perkara yang diperkatakan. Hanya lima berkaitan dengan SPR, yang lain tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Bagaimana kita berarak menuntut politik kotor dihentikan. Bagaimana perarakan boleh menyelesaikan tuntutan ini? Bagaimana perarakan boleh menyelesaikan masalah 'pengukuhan' institusi awam seperti SPRM dan sebagainya? Bagaimana perarakan boleh menghapuskan rasuah? Being rational, I cannot see the connection.

Tentang lima perkara berkaitan dengan SPR, sila baca pandangan MP Kota Belud di sini. Dan saya lega kerana ada orang yang boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik selain Dato' Sakmongkol.

Saya ulangi di sini, lima perkara berkenaan adalah permasalahan perundangan yang mana Parlimen adalah tempat meluluskan Rang Undang-undang. Jika pendemo berdemo 24/7 selama 365 hari dan hingga kering air dilautan menulis memo kepada YDP Agong, ia tetap tidak akan menjadi undang-undang tanpa melalui parlimen.

BERSHIT berselindung disebalik NGO. Hanya orang naive yang percaya ianya gerakan NGO. Sebaik BERSHIT mendapat perhatian, kita mula nampak tangan-tangan Anwar, Mat Sabu, Haji Hadi dan ramai lagi. Ketika berdemo semalam, mereka melaungkan 'reformasi', 'tolak BN' dan sebagainya. Maksud lapan perkara sudah tidak timbul. Ianya bukan pasal 'fair and clean election'. Politik. Politik. Politik dan Politik. 

Mengapa perlu 21 hari masa kempen jika pembangkang sudah berkempen 365 hari hingga hari pengundian nanti?

Persoalannya, adakah selesai masalah yang mereka perjuangkan selepas berdemo?Adakah pada 11hb, hari Isnin ini Malaysia akan menjadi aman, bebas rasuah dan mendapat 'fair and clean election'? Sudah tentu tidak dan berbaloi nyawa yang terkorban, kecederaan dan kerugian pemandu teksi, penjaja, perniaga kedai makan dan sebagainya?

BERSHIT mendakwa jika polis tidak campurtangan, pertempuran tidak akan berlaku dan perarakan aman dapat dilakukan. Persoalan paling asas: apa tujuan perarakan itu? Serah memo kepada YDP Agong? mengapa tidak serah semasa diperkenan mengadap? 

Jika BERSHIT berkata hak mereka untuk berdemo aman dan polis benarkan, apa jadi kepada Kuala Lumpur jika tiap-tiap Sabtu dan Ahad ada pihak NGO menuntut berdemo? Persatuan Gay SeMalaysia ingin berdemo, Persatuan Silat, Persatuan India Estate Cangkat Larah dan sebagainya, Jika kita benarkan BERSHIT mengapa tidak benarkan persatuan - sah atau tidak - bedemo, atas nama demokrasi.

Makin jelas tujuan demo adalah untuk mewujudkan huru hara, menunjukkan 'kekejaman polis', menunjukan ketidakstabilan negara dan mustahak sekali, Anwar yang mengaku cedera ada alasan untuk menunda kes liwatnya pada 16 Julai 2011. 

Kematian Allahyarham Baharudin sedang dipolitikkan oleh PR. Kanak-kanak semuda 5 tahun dibawa berdemo, begitu juga OKU atas wheelchair. Jika berlaku sesuatu mereka akan spin kekejaman kerajaan dan polis. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan membahayakan pengikut hanya untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Ini bukan amalan sihat demokrasi. Ini amalan ahli politik yang bankrap idea bagaimana menambat hati pengundi dengan cara yang lebih baik dari BN. Mereka hanya ingin membuktikan BN lebih buruk, sementara mereka tidak perlu baik!

Ada satu artikel yang elok dibaca, ditulis oleh kolumnis On the Beat, STAR; Wong Chun Wai bertajuk No winners, just losers.

Perarakan BERSHIT tidak ada pemenangnya, saya setuju. Pendemo gagal memenuhi tujuan mereka terhadap lapan tuntutan bahkan jika berjaya menyerah memorandum kepada YDP Agong. Ia tidak berkesan dari segi undang-undang. Niat mereka KOTOR walaupun menamakannya BERSIH.

Sedikit sebanyak, perarakan ini berjaya mencemar imej Datuk Najib. Beberapa gambaran buruk yang diberikan oleh media asing, imej pertempuran polis dengan pendemo tidak menguntungkan kerajaan. Dan orang-orang yang menanggung akibat paling besar adalah orang awam non partisan yang terperangkap dalam jam, pengedar suratkhabar, LRT, perniaga kecil, pemandu teksi dan rakyat marhein yang tidak ada kena mengena dengan aspirasi pendemo. 

Mereka adalah 'rakyat' yang sebenar dan tidak melihat BERSIH memperjuangkan nasib mereka. BESIH hanya soal siapa akan berkuasa jika menang pilihanraya.

Dato' Sheila Majid setelah bosan dengan politiking yang melampau menulis dalam twitternya: 

“I am disappointed with all political parties, NGOs and Bersih. There are better ways to approach,”

Beliau terus diserang oleh peminat PKR dan menyatakan dia 'pernah menghormati' Dato' Sheila. Masalah kepada activist PKR, mereka terlalu fanatik dan tidak boleh menerima orang yang tidak sependapat dengan mereka. Otherphobia.

Saya menyedari saya juga kehilangan dua orang follower. Dalam twitter, saya kehilangan seorang. Ia tidak menganggu saya langsung sebab ramai atau sedikit follower tidak menambah atau mengurangkan kebenaran yang saya pertuturkan.

Secara jujur saya tidak tahu siapa yang berhenti menjadi follower tetapi saya merasakan ada orang yang tidak senang dengan beberapa posting saya akhir-akhir in tentang BERSHIT. Jika mereka penyokong BESHIT, bagaimana kamu ingin memperjuangkan hak bersuara jika kamu tidak boleh mendengar pendapat yang berlainan?

Dato' Sheila Majid, saya juga telah hilang 'peminat' saya. 

4 comments:

Anonymous said...

Aku Hensem

Jangan risau Bang
Saya tetap fan STB

Anonymous said...

Aku Jangan Diliwat

Wa p0n sama

sri tribuana said...

salam,

terima kasih Aku Hensem, dan pembaca yg lain kerana masih setia bersama saya.

k AMAL said...

Syabas, teruskan usah mencari kebenaran,