Followers

Tuesday, July 19, 2011

Politik Bukan Segalanya.

Albert Einstein pernah ditawarkan menjadi Presiden pertama Israel tetapi beliau menolaknya. Apabila ditanya mengapa, beliau menjawab, politik lebih rumit dari fizik.

Ini jawapan dari seorang genius. Sebagai genius, Albert Einstein sudah 'menunggang cahaya' dan menemui teori relativiti, menjumpa hakikat sebenar 'masa' juga termasuk dalam dimensi bukan hanya 'ruang'. Einstein memberi 'dunia' baru kepada alam fizik yang selama ini didominasikan oleh Newton.

Malangnya di Malaysia, politik adalah segalanya. Politik telah dkcampuri anak bangsawan, proletariat, aktivist-aktivist human right, Bar Council, ulama, kartunis, bekas banduan salah gunakuasa, bekas pelawak, pelajar, penganggur, blogger, twitter, facebooker dan senarai ini tidak akan ada penghujungnya. 

Adakah kita cemerlang dalam bidang kita yang sebenarnya? Adakah Sasterawan yang menjadi pendemo masih berupaya menghasilkan magnum opus selain menulis puisi berkaitan warna?

Selepas PRU ke 12, sikap flip flop PM yang ke 5 menjadikan Malaysia land of the demands. Sementara India pula dulunya terkenal sebagai land of the extreme. Mana perginya 'Bolehland?'.

Kita masih menunggu Sang Genius. Menunggu Sang Genius seperti 'Waiting for Godot.'

(Nota: Saya membuat kesilapan dengan menulis PM ke 4 dlm posting asal, tetapi ditegur oleh 'adik' saya, Saudara Hasbie Muda melalui Facebook. Terima kasih Hasbie, kesilapan sekecil ini besar akibatnya kpd pemahaman pembaca.)


No comments: