Kedai Cermin Mata Ini Pemberi Inspirasi Kepada Wawasan 20/20
Hanya sembilan tahun sahaja lagi kita akan menuju kepada tahun 2020. Sepatutnya pada tahun itu Malaysia akan menjadi negara maju, setidak-tidaknya itulah dalam imaginasi pencetus Wawasan 2020, Tun Dr. Mahathir.
Sebenarnya, ilham Vision 2020 ini diambil oleh Tun dari sebuah rangkaian kedai cermin mata, bukan tahun. Asalnya, Vision 20/20 ini melambangkan kejernihan idea, kejituan matlamat, tidak ragu dan tidak 'salah penglihatan' seperti istilah ophthalogist tentang ketajaman mata pesakitnya. Pesakit yang diratekan mempunyai keupayaan melihat 20/20 bagi kedua-dua matanya tidak memerlukan contact lens atau cermin mata. Visi mereka jelas.
Kebetulan, sesuatu matlamat memerlukan masa, maka Tun meletakkan sasaran tahun 2020 sebagai tahun 'great leap forward' yang mana Malaysia perlu menyertai negara maju, bukan sekadar terperangkap dalam negara mebangun.
Mampukah kita?
Hanya sembilan tahun, Malaysia makin mengundur ke belakang sebaik Tun mengundurkan diri. Jika Wawasan ingin dicapai, bukan hanya faktor pecutan ekonomi, malah mentaliti kelas pertama juga perlu bagi rakyat Malaysia ke arah masyarakat 'civic minded'.
Saya tidak melihat kita mempunyainya. Tandas-tandas awam masih kotor, sampah merata-rata, masih ramai suka parking kereta merata-rata dan menyusahkan orang lain, potong queue ketika beratur membayar tol dan sebagainya.
Jika rakyat Malaysia boleh boo Singapura ketika mereka menyanyi lagu kebangsaan mereka, menghina pemain bola keturunan Yahudi seperti Youssi Benayoun hanya kerana dia dilahirkan Yahudi, saya rasa mentaliti rakyat Malaysia makin jauh ke belakang. Masih banyak tahyul, masih kuat pengaruh karut marut dari ajaran agama yang salah dari 'mahaguru', 'maharagu' dan 'tok guru', jelas rata-rata rakyat Malaysia - terutama Melayu - masih tidak menggunakan rasional dan logik dalam menjalani kehidupan sehari-harian mereka.
Meminjam kata-kata Syed Akhbar Ali, muslim tidak gembira di Tunisia, tidak gembira di Mesir, tidak gembira di Syria, tidak gembira di Libya, tidak gembira di Saudi Arabia, tidak gembira di Indonesia, tidak gembira di Afganistan, tidak gembira di Pakistan. Di mana muslim gembira?
Ironinya, ramai muslim lebih gembira di Perancis, di Amerika, di Ireland, di United Kingdom, di German, di Australia, di Sweden dan banyak lagi negara dunia pertama. Mengapa? Kerana dinegara berkenaan ramai orang menyelasaikan masalah mereka dengan pemkiran rasional dan logik, bukan dogma.
Islam agama logik dan rasional, sesetengah ulama menjadikannya dogma.
"Sesungguhnya, kejadian langit dan bumi, kejadian malam dan siang, menjadi bukti kepada orang-orang yang berfikir", wahyu Allah melalui Quran dan maaf, saya tidak ingat surah dan ayat mana kerana saya qiote hanya dari memori. Ketika turun ayat ini, Rasulullah menyatakan kepada Bilal bin Rabah, "Celakalah orang yang mendengar ayat ini tetapi tidak mengambil pelajaran darinya".
Antara matlamat Wawasan 2020 adalah melahirkan masyarakat berilmu, dan menggunakan sains, teknologi dan rasional dalam berfikir. Panduan kita adalah Quran. Kata Maurice Buccaile, Quran tidak bertentangan walau satupun dengan fakta sains.
Wawasan 2020, tinggalkan dogma, jika tidak, kita melahirkan ramai muslim yang tidak gembira.
2 comments:
Salam Tuan,
minta komen sedikit tulisan melayu liberal ni, beliau mempunyai ramai pengikut...
http://obefiend.blogspot.com/2011/07/what-you-probably-never-knew-about.html
Salam anon 9:00,
Saya rasa pemuda itu menari kesempurnaan dlm dunia yg tak sempurna. Dia hanya anti keganasan, dan baginya semua yg menjurus kpd perjuangan bangsa adalah sempit. Dia gagal melihat realiti di Malaysia, bukan Melayu yang suka mengasak Melayu seperti ngo2 cina, Hindarf semua mengamalkan fahaman sempit. Mereka mendapat tepukan dari kaum mereka. Ramai anak muda sudah hidup dalam kemewahan dan merasa selesa, justeru bg mereka 'ancaman' hanya mitos. Biar lah, mungkin bila makin berumur, mereka berubah.
Post a Comment