Followers

Monday, August 1, 2011

"Di sini, jika kamu lahir miskin, kamu matipun miskin."

Saya ke Medan bulan lepas. Medan yang satu ketika dulu dikenali dengan Deli. Pada kali ini saya melawat Istana Al Maimun, sebuah istana peninggalan Kesultanan Deli. Saya terkejut kerana Deli mempunyai sultan. Setidak-tidak istana berkenaan masih mempunyai sultan. Sultan Deli sekarang berusia 13 tahun, malangnya baginda tidak bersemayam lagi di Istana Maimun. Istana itu sudah diubah menjadi maseum.

Sultan Deli sekarang, tinggal bersama ibunya di Makasar, tidak ada kuasa hanya sekadar gelaran.

Hiasan dalam istana Maimun.

Saya menginap di Hotel Garuda. Saya memilih untuk menaiki beca ke istana berkenaan kerana saya ingin lihat kehidupan Abang Beca dan merasai menaiki beca. Teksi di Medan juga murah, tetapi dimana saya lagi saya boleh melalui pengalaman menaiki beca ditengah-tengah kota yang memuatkan 5 juta penduduk?

Saya sewa beca itu untuk satu hari, menelusuri lorong-lorong, jalan-jalan kecil, melihat industri-industri kecil yang dibangunkan dan dijalankan oleh penduduk tempatan. Sesekali kami - saya dan pemandu beca - berhenti rihat di warung. Kami berbual-bual diwarung. Nama beliau adalah Hasan.

Saya bertanyakan tentang becanya. Beliau menceritakan, beca mereka harga ada hingga tujuh ribu Malaysia. Mereka mendapat kemudahan kredit, dibayar bulanan, seperti teksi di Malaysia. Sehari purata beliau perlu mendapat sebanyak 70000 rupiah, kira-kira RM 25. 

Saya memberitahu bahawa saya pernah datang memberi talk dalam program 'Meningkat Ekonomi Isteri Abang Becak'. Sumut Bank merupakan nadi yang akan memberi pinjaman kepada isteri-isteri Abang Beca. Saya bertanyakan kepadanya adakah program itu sudah berjalan.

Hasan menjawab, isterinya antara yang terpilih mendapat pinjaman itu. Jumlah pinjaman dalam 1.5 juta rupiah, atau dalam 500 duit Malaysia. Menurutnya, pinjaman itu tidak cukup untuk membangunkan apa-apa perniagaan. Saya hanya mampu mendengar.

Kemudian dia berkata-kata, hampir kepada dirinya sendiri: "Di sini jika kamu dilahirkan miskin, kamu matipun miskin."

Beberapa hari lepas, dalam group BlackBerry Messenger, seorang bekas orang kuat Anwar Ibrahim menceritakan hubungan baik beliau dengan Anwar, dan mengapa beliau enggan mengikut Anwar selepas Anwar dipecat.

Ramai yang salah faham, katanya, Anwar yang membawa beliau masuk UMNO. Fakta sebenarnya, beliau lebih dulu menjadi ahli UMNO sebelum Anwar menyertai UMNO. Malah, beliau sering disindir Anwar ketika zaman universiti mereka kerana beliau ahli UMNO, dan Anwar sebagai Presiden ABIM belum pro UMNO lagi.

Setelah Anwar menyertai UMNO setelah dipelawa Tun Dr. Mahathir, hubungan mereka lebih rapat. Menurutnya, beliau banyak membantu Anwar dari segi strategi; dua kali ketika Anwar bertanding Ketua Pemuda, dua kali sebagai naib Presiden dan sekali ketika Anwar bertanding Timbalan Presiden menentang Tun Ghapar.

Setelah dipecat, Anwar mengajak beliau menyertainya dalam 'Reformasi'. Beliau masih setia dengan UMNO kerana bagaimana hubungan baik beliau dengan Anwar, menurutnya melalui UMNO beliau boleh belajar hingga ke peringkat PH.d. Beliau bukan dilahirkan kaya.

Di masa lain, saya berbual dengan seorang Datuk, yang bukan ahli UMNO. Beliau menyatakan hanya di Malaysia anak Melayu yang asal anak petani, penoreh getah, driver teksi, buruh, nelayan, peneroka felda yang secara besar-besaran boleh memanjat career ladder dengan pantas menjadi CEO bank, CEO GLC, KSN, KSU, PTD, doktor,lawyer, arkitek dan ahli politik hingga taraf menteri dan jutawan.

Semuanya kerana dasar affirmative action yang direalisasikan melalui DEB dan didukung oleh kerajaan BN. Sekarang ramai anak muda gagal memahami - dan menghargai - jasa-jasa ini kerana mereka dilahir senang. Mungkin mereka lupa kebanyakkan kita dstuk nenek masih petani, nelayan, penoreh getah, namun kita tidak mati dalam kemiskinan. 

Ramai kawan saya yang memasuki ITM, kemudian menjadi orang besaf lalu lupa diri. ITM adalah institusi melahirkan melayu sekurang-kurangnya kelas pertengahan. Dalam satu generasi saja, anak petani menjadi kelas menengah, mungkin anak mereka akan menjadi kelas atasan. 

Begitu ramai Melayu bagaikan kacang lupakan kulit. Sokong DAP, hapuskan hak istinewa orang Melayi, menjadi liberal tidak bertempat tanpa menyedari mereka sendiri naik dengan bantuan tongkat.

Masih tergiang-giang ditelinga saya kata-kata Hasan, Abang Beca: "Di sini jika kamu dilahirkan miskin, kamu akan mati miskin."





7 comments:

Anonymous said...

Saya penah sembang dgn seorang tukang urut. Katanya, tiap kali balik ke medan, ole2 yg dibawa balik ialah milo dan susu krn kat sana mahal sangat. Byk lagi yang dia cerita, tapi umumnya lebih kurang sama dengan kata2 abang beca tu - Di sana kalau lahir miskin, mati pun miskin.
Di sini generasi muda Melayu dah terbawa2 dgn fahaman liberal, dihangatkan lagi dgn half past six leader yang impiannya nak jadi PM. Mereka tak akan dengar dengar apa juga penjelasan yg diberi, baik oleh Umno mahupun org biasa mcm saya yang dah penah lihat kesusahan hidup di negara lain. Saya tidak sertai mana-mana parti politik, dan saya juga meluat dgn sesetengah pemimpin Umno yg dah sepatutnya berundur. Namun, apa pilihan yang saya ada? Demi agama, bangsa dan negara, saya lebih rela undi BN daripada pastikan Anwar jadi PM kerana di belakangnya ada DAP.

Ghazali B Abd Aziz said...

Memang benar ...

Kerajaan Malaysia telah mengubah nasib anak melayu ... saya salah seorang darinya. Dari anak penoreh getah , kini bekerja di negara orang dengan pendapatan Alhamdullilah , agak lumayan.

Pernah bekerja di Sudan dan terasa amat bertuah dilahirkan di malaysia. Sudan merdeka nak dekat sama ngan Malaysia.

tetapi Sudan masih d takuk lama ... dan Malaysia terus maju bersama sama anak bangsanya.

Alhamdullilah.

drsbos said...

Kemeskinan bagaikan SAKA yang sentiasa mengiringi hidup seseorang. SAKA meskin mengekori hidup ini. Itulah gambaran SAKA kemeskinan yang melanda Hasan tukang beca yang diceritakan oleh STB.

Sejak merdeka SAKA kemeskinan MELAYU ISLAM tak berlaku seperti di tempat Hassan. Di Malaysia, lahir meskin tapi boleh berakhir dengan kaya kerena SAKA kemeskinan telah kikis oleh pemimpin terdahulu melalui wadah UMNO. Wadah UMNO yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Sejak merdeka memang ada wadah lain juga selain UMNO yang sepatutnya membantu rakyat mengikis SAKA kemeskinan. Apa yang berlaku saling berpecah dan menyalahkan SAKA. Mereka yang telah kaya dengan bantuan "bomoh saka" UMNO merasakan apa yang dibuat oleh UMNO adalah tanggungjawab UMNO. Jasa mereka tak perlu dikenang . Di negara lain yang ada rumpun Melayu belum ada "bomoh" SAKA kemeskinan seperti di Malaysia. kata Hassan " di sini(bukan Malaysia) jika lahir meskin, matipun meskin.".
Di Malaysia tak berlaku kerana ada wadah UMNO yang mengikis saka kemeskinan. Jasa "bomoh saka" kemeskinan perlu dihormati dan dijaga sebagaimana kita berjasa dengan orang tua kita. Janganlah mengharapkan keberkatan jika tidak menghormati orang tua.

Pemimpin boleh bertukar ganti dan silih berganti tapi jenama UMNO tetap dipelihara. Jika kita tidak suka UMNO, yang perlu diganti pemimpinnya. Kita ada hak mengubah pemimpin. Bukan menggantikan jenama baru yang terbukti belum mampu menjadi "bomoh saka" kemiskinan Melayu Islam. Kenapa?..golongan ini tak perlu bomoh berkenaan sebab mereka dah kaya hasil dari bumi Melayu Islam.

anti bohmau said...

Tuan t.s. buana,

bagaimana nak menyedarkan anak2 muda kita krn mrk memang tak pernah merasa susah? saya yg mengajar hampir suku abad ni pun selalu tertanya2 di mana silap guru krn kita mengajar anak2 menghargai keamanan yg ada tapi bila mrk melangkah ke menara gading, semuanya mrk lupakan & dgn mudah menerima ajaran baru yg mempengaruhi minda bawah sedar mrk utk menjadi penentang yg tegar!!

rasanya bukan semua namun sebahagian besar sgt mudah dipengaruhi krn ceteknya ilmu & amalan agama Islam mrk sendiri...

Anonymous said...

Bukan semua melayu terpelajar tidak mengenang budi.Bukan tidak ada orang melayu Malaysia yang senasib dengan orang Medan jika di lahir meskin mati pun meskin malah ramai.Masaalah di Malaysia org melayu mempunyai herd mentaliti jika ada yang tak conform di tuduhnya bukan bukan tak kenang budi lah, liberal lah nak tunjuk pandailah tak sedar dirilah.Saya harap org melayu jangan terlampau nak mengongkong nak kan semua orang melayu fikir sama behave sama pakai sama, ada pula yg terlebih belajar agama konon itu tak boleh ini tak boleh hingga sangat sangat terperici pantang larang nya,...satu hari nanti bangsa kita akan jadi kaku.

sri tribuana said...

salam saudara anon 10:51.

1. saya setuju tak semua golongan terpelajar tak kenang budi, justeru ianya berkaitan yang mmg tak kena budi, sapa makan cili dia rasa pedas.
2. mmg ada di Malaysia yg lahir miskin dan mati dlm kemiskinana tapi bandingkan nasib Melayu selepas merdeka dgn skrg. Dulu melayu paling tinggi kalau kerja kerajaan cikgu, kalau polis pangkat mata2, kalau askar private atau sarjan, tgk skrg, semuanya kerana apa?
3. Malaysia tak punyai herd mentality justeru itu ramai saja yang dh jadi liberal, sokong org yg nak lumpuhkan kuasa melayu dan sebagainya. Dilabel dlm politik biasa la, bahkan Mahathir pernah dilabel sebagai ultra Malay. Jika takut dilabel tak payah masuk politik atau aktif dlm gerakan, duduk rumah main dgn anak bini saja tak ada sapa nak label sapa.

PemikirpolitikJerantut said...

mohon Link http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/