Followers

Friday, August 19, 2011

Twitter: saya sebagai Sang Sapurba, Seademon dan KJ.

Walaupun saya membuka akaun twitter pada 12 Jun 2009, tapi saya sangat jarang tweet. Selalunya twitter saya digunakan sebagai link ke blog saya. Perkembangan ini berubah akhir-akhir ini. Twitter merupakan pusat penyebar maklumat dan fitnah yang sangat berkesan. Membaca tweet-tweet pembangkang mendorong saya untuk juga turut aktif bertweet, menentang pembohongan, fitnah dan spin dari mereka.

Seperti Facebook pada peringkat awal, saya tidak mahu ianya tercemar dengan hal-hal politik. Namun menjadi warga cyber, saya tidak dapat tidak akhirnya terjebak. Saya jarang follow sesiapa di twitter kecuali tokoh-tokoh yang sememangnya terkenal. Perkembangan mutakhir membuatkan saya follow ramai yang bukan tokoh tapi memberi dimensi menarik dalam kehidupan.


Antara beberapa figure yang saya follow adalah @seademon. Pada awalnya beliau follow nama twitter saya @SangSapurba dan saya follow beliau namun kami tidak berkomunikasi. Beliau mula menegur saya apabila melihat nama saya Wan dan nama twitter saya bernama @SangSapurba, beliau menanya adakah saya ada kena mengena dengan clan Wan dari Lipis, yang mana patriach mereka adalah Orang Besar Berempat Pahang, iaitu Orang Kaya Maharaja Perba Jelai, lebih dikenali dengan nama 'Tok Raja'.

Saya terangkan saya Wan Tembeling, dari segi kekeluargaan kami tidak ada hubungan darah dengan Wan Lipis, kerana kami dari diaspora Pekan dan Chenor. Lantas beliau menerangkan sepupu beliau adalah dari keluarga Tok Raja. Sudah ada angin bertiup ditelinga saya sebelum ini, @seademon merupakan anak seorang VVIP di zaman Tun Dr. Mahathir. Bapanya bukan tokoh politik, tetapi antara orang penting negara dan ibunya berasal dari Kg. Jerangsang, Lipis. Kebetulan kampung ibunya hanya bersebelah dengan Jerantut. 




Apabila beliau mendedahkan identiti ibunya, maka sahlah beliau anak kepada Tun berkenaan, yang mana di Jeransang nama itu merupakan legend dikalangan penduduk Jeransang.

Saya juga selalu memerhati tweet Khairy Jamaludin - hanya memerhati. Dalam satu tweetnya, KJ telah menyoal keputusan Palanivel menggantung Setiausaha MIC selama 12 bulan selepas beliau menjadi Menteri. Lantas saya menyampuk, seeloknya jangan dicampuri masalah dalaman MIC, dan KJ menjawap, beliau merupakan pengerusi Pemuda BN, dan minta saya faham, dengan tanda soal(?).

Membaca jawapan KJ kepada saya, @seademon lantas turut tweet kepada KJ dan minta perkara sebegini dibincang secara tertutup, bukan melalui twitter yang boleh dibaca oleh semua orang. Sila baca dalam blognya, dalam entry The dogs of whore.

Beliau merujuk kepada beberapa cybertrooper KJ yang lantas menyerang beliau setelah beberapa tweet dan counter tweet yang tidak menyenangkan KJ. Setelah beliau bertanya, ada tidak KJ cuba berbincang dengan Palanivel secara bersemuka sebelum tweet, dan KJ tidak menjawab lagi. KJ mula melepaskan 'dogs of whore'nya, menurut Seademon instead of dogs of war.

Ini merupakan first contact saya dengan KJ dan setelah bapa mentuanya kehilangan kuasa, beliau masih tetap angkuh. Saya tidak minat untuk terus bertweet dengan beliau lalu saya mengucapkan 'goodluck' dan berharap usahanya untuk membaiki keadaan bukan seperti 'tikus membaiki labu'.

Bahkan PM tidak akan campurtangan urusan dalaman MIC hingga ke tara itu. Untuk makluman, PM merupakan Presiden BN, bukan hanya sekadar Pengerusi Kanak-kanak BN.

Saya terpaksa mengakui kata-kata Datuk Anifah Aman, KJ memang pintar, tapi tidak bijak. Bijak,dan diplomatik merupakan raw material seorang pemimpin. Malangnya hingga setakat ini, Ketua Pemuda yang ingin menjadi PM sebelum berumur 40 ini, tidak memiliki kedua-duanya, selain ijazah dari Oxford.

"The old believe everything, middle-aged suspect everything, the young know everything." Kata Oscar Wilde.

Dan KJ sangat yakin dia tahu semuanya. 




5 comments:

Wake UP! said...

Salam bro. This KJ dude should be chucked out of UMNO. He is a has been who is hated by everyone for being an Al Jub's bark dog.

Anonymous said...

Kalau KJ tidak pintar dan bijak, kenapa kamu orang sering beri perhatian kepadanya dan kerana publisiti buruk yang kamu berikan kepada KJ, menyebabkan semakin ramai orang ingin ambil tahu tentang budak KJ ini, akhirnya orang menemui kehebatan KJ, mana tidaknya, walaupun seluruh MAHAbloggers hentam KJ, dia tetap cool dan maintain bro! Tun M pun belum berjaya bunuh kerjaya politiknya....hebat budak KJ ni kan!!!

sri tribuana said...

tu dia, enter the dog of war(or whore?)

Anonymous said...

Aku Hensem

KJ-Kick Jubur
HaHahahahaha

Wake UP! said...

KJ is the same as Anwar Ibrahim. Kalau nak UMNO jahanam, letaklah dia jadi calon UMNO. Lagi bagus bila UMNO melingkup nanti.