Followers

Tuesday, August 23, 2011

Apabila Janissary Berpaling Tadah.

Hari Ahad baru-baru ini saya dengan penuh sabar menunggu History Channel: Ottoman v Christian. Memang Ottoman Empire merupakan satu subjek yang saya minati dalam sejarah Islam. Saya kagum tribe yang kecil boleh berkembang dan menjadi pencatur penting di Eropah. Bermula dengan Usman, Orkhan, Murat 1, Biyazid Yildrim(The Thunderbolt) hingga ke Muhammad Al Fatih dan Suleiman the Magnificent.

"Tidak pernah", kata seorang penulis Barat, "dalam sejarah dinasti di Eropah mana-mana raja berjaya melahirkan sepuluh keturunan berturut-turut sebagai penakluk seperti dinasti Usmaniyah." Pada mulanya mereka hanya pasukan berkuda, seperti tentera Monggol.

Murat 1 merupakan Sultan yang pertama menyedari untuk menjadi empayar, mereka perlukan bukan hanya tentera berkuda yang mampu skirmish, memanah dan meletihkan musuh, tetapi juga memerlukan infantri yang jitu seperti Roman Legion. Maka ditubuhkan unit yang dipanggil 'janissary', atau 'yeni cheri' -  new soldier.

Janissary merupakan heavy infantry. Sultan rekrut janissary dari orang Kristian yang mempunyai ramai anak hingga 16 orang, akan diambil seorang dari satu keluarga sejak mereka kecil. Di istana Galatay(Galatasarey) mereka akan ditentukan: jika mereka intelek akan dijadikan pentadbir hingga mencapai gelaran Grand Pasha. Jika tidak cemerlang dari segi akademik, mereka dijadikan tentera elit yang dipanggil janissary.

Janissary merupakan mesin ketenteraan yang elit, fanatik muslim dan hanya menerima arahan dari Sultan. Dalam beberapa siri perang saudara dalam sejarah Usmaniyah, mana-mana putera yang mengawal janissary akan menjadi sultan. Sudah menjadi tradisi, sultan yang baru ditabalkan akan memberi hadiah yang lumayan kepada janissarynya, dan kesetiaan mereka terhadap sultan tidak ada tolok bandingnya.

Kemuncak empayar Usmaniyah adalah dibawah Suleiman the Magnificent. Waris Suleiman, Salim the Sot merupakan orang yang tidak berkelayakan. Baginda merupakan sultan Usmaniyah yang pertama tidak menyertai mana-mana perang, apa lagi mengepalainya.

Selepas era Salim, empayar Usmaniyah merosot dengan begitu pesat sekali. Kebanyakkan sultan-sultan yang kemudian hanya boneka, dicatur oleh janissary. Janissary telah menjadi 'king maker'. Mereka boleh naikkan mana-mana sultan yang mereka suka, dan boleh jatuhkan mana-mana sultan yang mereka tidak suka. Sultan yang ditabal kemudiannya tidak mempunyai kuasa. Kuasa sebenar terletak pada janissary.

Pada abad ke 17, muncul seorang sultan yang mempunyai personaliti yang kuat bernama Sultan Murad ke IV. Baginda antara sultan yang cuba mengurangkan pengaruh janissary. Usaha baginda tidak mudah. Janissary telah mengawal segalanya. Sultan terpaksa mengadakan konspirasi sulit untuk menghapuskan janissary.

 Murad ke IV

Usaha Murad ini membuah hasil tetapi dengan harga yang tinggi. Sebelum baginda berjaya mengawal janissary seperti nenek moyangnya, pencaturan Murad menyebabkan Pasha kesayangannya, Hafiz menemui ajal ditangan janissary. Pada masa itu, janissary masih tidak ke tahap membunuh sultan mereka. Mereka minta Hafiz sebagai galang ganti. Namun akhirnya Murad berjaya menundukkan janissary dan menjadi antara sultan Usmaniyah yang berjaya. Murad berjaya memenangi semula beberapa wilayah Usmaniyah yang jatuh ke tangan musuh seperti Azabaijan, Bahgdad dan Mesopatamia.

Nasib sultan-sultan kemudian tidak sebaik Murad. Ada antara mereka yang dikurung, dihiris telinga malah dibunuh oleh janissary mereka sendiri. Akhirnya, kerajaan Usmaniyah semakin lemah dan semakin lemah hingga dipanggil 'Orang Sakit Eropah.' Mustafa Kamal atau Kamal Artatuk(The Great Turk) yang mengembalikan maruah Turki apabila berjaya mengalahkan kuasa Barat kemudiannya.

Pengajaran dari sejarah di atas adalah, sesuatu institusi atau entiti yang yang berguna bagi menyerang lawan, boleh menjadi senjata makan tuan. Janissary moden telah menjatuhkan Pak Lah dan SIL bukan dalam bentuk mainstream media, tetapi melalui blog atau media alternative.

Manusia akan bergerak ke hadapan, belakang dan tepi, berpaksikan kepentingan diri. Seperti kata Micheal Carleone dalam Godfather II, "our peoples are businessmen. They will go for the highest bidder," katanya selepas beliau berjaya melepasi cubaan membunuhnya dirumahnya. Micheal tidak percaya semua henchmennya kecuali Tom Hagen.

Seperti janissary Usmaniyah, janissary moden boleh menjatuhkan dan menaikkan seseorang pemimpin. Mereka adalah 'king maker'. Ke mana hala tuju janissary moden?


KLIK SINI



Posting akan datang: Triumvirate.

















No comments: