John Keats, penyair Aliran Romantik sering ragu-ragu terhadap kebolehannya. Baginya, karyanya tidak pernah sempurna. Sentiasa masih boleh diperbaiki. Yang sudah dibaiki itu masih beliau rasa boleh dibaiki lagi. Perasaan tidak sempurna itu tidak berkesudahan. Seniman sebenarnya tidak akan menerbitkan karyanya justeru perasaan ini.
John Keats menggelarnya: 'negative capabilities'.
Albert Camus juga sering ragu-ragu dengan kebolehannya. Setelah menjadi terkenal dengan novel 'The Stranger', Camus merasakan beliau bagaikan mandul dan tepu berkarya. Malah beliau merasakan beliau tidak akan mampu lagi menghasilkan karya sehebat 'The Stranger'. Pernah beliau memberitahu sahabat baiknya: "I ' m finished." Beberapa bulan kemudian beliau menghasilkan 'The Fall', dan semua orang bersetuju novel itu bukan kepalang ampuhnya.
Dalam mencari kesempurnaan, memang tidak ada kesempurnaan. T.S Elliot penyair yang terkenal dengan sajak 'The Waste Land' terpaksa mengubah sajaknya untuk disesuaikan dengan format printing di zamannya. Asalnya, 'The Waste Land' bukan seperti yang kita kenali sekarang. Draftnya berbeza, terpaksa diubah suai kerana masalah pencetakan. Namun 'Waste Land' versi itu tetap disanjung pengkritik, dan kita tidak pernah lihat versinya yang asal.
Pramoedya Ananta Toer menulis tetralogi Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca ketika dibuang ke Pulau Buru. Sebelum itu, Pramoedya telah menulis draftnya namun segala yang berbentuk tulisan telah disita oleh pemerintah ketika beliau dibuang ke Pulau Buru.
Selama 13 tahun beliau dibuang, beliau menceritakan secara lisan kepada rakan-rakan sepenjara supaya karya itu tidak akan hilang. Pramoedya menulis semula tetralogi itu setelah dibenarkan semula haknya untuk menulis dan mencatit. Berdasarkan memorinya sahaja, Pramoedya menyusun semula tetraloginya yang terkenal itu.
Saya percaya, ianya menjadi lain dari draftnya yang asal. Namun tetralogi itu mendapat sambutan hangat di alam sastera dunia Melayu. Professor A. Teeuw hingga mencadangkan Pramoedya dicalonkan sebagai pemenang Hadiah Nobel.
Seperti kata Budi Dharma, sastera memang dunia jungkir-balik.
No comments:
Post a Comment