Followers

Saturday, August 6, 2011

Isu Murtad dan JAIS.

Malaysia masih seperti dahulu. Hampir semua ingin dan akan dipolitikkan. Terbaru, isu JAIS cuba menyelamatkan 'the lost soul' yang menyertai program anjuran gereja. JAIS terpaksa membawa polis - ada melaporkan seramai 20 orang - raid gereja yang dikatakan sedang mengadakan majlis makan malam. Ada yang mengatakan kerja amal berkaitan dengan mangsa HIV.

Saya melihat, ramai bukan Islam menyelar JAIS. Malaysia negara memberi kebebasan agama, kata mereka. Mereka minta JAIS menghormati rumah ibadat agama lain, atas nama tolenransi. Sementara bagi JAIS, setidak-tidaknya itulah kenyataan Hasan Ali, walaupun acara diadakan di gereja, namun menyelamatkan saudara seIslam merupakan tanggungjawap JAIS.

Beberapa juak pembangkang telah spin isu kelemahan PM Najib yang mengajurkan 1Malaysia dan baru-baru ini mendapat ilham tentang toleransi setelah menemui Pope. Dijawap pula oleh BN bahawa JAIS sebenarnya dibawah kuasa negeri, iaitu Selangor dimana PR merupakan kerajaannya. Akhirnya, ada ahli politik yang 'pass the ball' kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam.

Saya makin muak dengan politician - dari kedua-dua pihak.

Sebenarnya, ini isu Islam. Jika ini isu Islam, maka menjadi masalah seluruh umat Islam untuk menyelamatkan saudara mereka. Bukan masalah parti. Cuba belajar bagaimana Cina bersatu dalam hal melibatkan kepentingan kebudayaan dan bahasa mereka. Di Malaysia, anehnya, bangsa majoriti takut kepada kaum minoriti.

Cara JAIS menangani isu murtad ini juga salah. Memang membimbangkan fenomena Melayu murtad tetapk ada sesuatu yang lebih mendasar dalam cara kita menjalani kaedah Islam di Malaysia. Pertama, orang Islam di Malaysia, terlalu taksub dalam menghukum. Mereka tidak minat berbuat kebajikan.

Saya pernah menulis isu ini dibawah tajuk: 'Mereka Yang Di Lupakan' pada bulan Mei, 8hb 2010.

Jika orang Islam di Malaysia bercakap tentang Islam, yang akan dibahaskan adalah hudud, mencela, memandang serong, dan menghukum. Sebahagian besar tugas penguasa agama adalah menangkap orang khalwat, tangkap orang beli nombor ekor, tangkap orang mengajar tanpa tauliah, tangkap orang tak puasa, tangkap orang mabuk atau tangkap orang tak sembahyang Jumaaat.

Tangkap, tangkap, tangkap.

Dalam isu JAIS menerombos ke dalam gereja ini, isu bermula menurut sesetengah sumber apabila seorang ibu tunggal menghadapi masalah kewangan menerima bantuan kewangan dari gereja. Setelah menerima bantuan, beliau perlu melakukan 'kerja amal' sebagai balasan. Dikatakan orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan terdiri dari ibu tunggal.

Saya boleh sangsi dengan niat gereja apabila pemberian mereka mesti dibalas. Sebagai langkah berjaga-jaga, wajar kita mencegah sebelum lebih ramai orang Islam yang naive terperangkap dalam situasi sebegini. Sepatutnya, gereja tidak boleh menyebarkan fahaman mereka kepada orang Islam. Period.

Berdasarkan alasan itu, tindakkan Hasan Ali perlu dipuji. Malangnya, beliau kini menjadi duri dalam daging kepada Pakatan Rakyat. Mursyidul Am dan Presiden PAS membisu - mungkin meniru 'elegant silence'nya Pak Lah. Khalid Samad pula menyerang saudara seIslamnya. Khalid Ibrahim flip flop dan tak tahu apa yang perlu dikatakan. Anwar pula sibuk dengan kemelutnya. Semua pihak lepas tangan kecuali Hasan Ali yang berani ambil risiko dipecat.

Mereka bimbang hilang undi bukan Islam. Inilah parti yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam, tidak berani menyatakan pendirian kerana ingin memerintah.

Soal yang paling asas adalah: bagaimana JAIS atau mana-mana penguasa agama terlepas pandang masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal berkenaan. Di mana ukhwahnya umat Islam yang bersaudara, yang mana tidak sempurna iman seorang muslimin jika dia tidur kekenyangan namun jirannya tidur kelaparan?

Mengapa pihak berkuasa Islam lebih ghairah menghukum dari menjaga kebajikan? Apabila soal merejam dan menyebat dengan rotan, semua hebat tapi soal kebajikan saudara sesama Islam, pihak agama lain yang menghulurkan bantuan.

Adakah menjadi Islam bererti hanya menghukum?

Sama-sama kita renungkan.

5 comments:

Jeepers Creepers said...

ramai umat islam yang tak mendapat bantuan sewajarnya.mungkin atau pihak yang terlepas pandang ataupun kerenah birokrasi yang terlampau.

taktik memberi bantuan kepada umat islam adalah taktik mubaligh nasrani sejak dari zaman portugis lagi.

trend ni boleh dilihat diserata dunia sekarang dimana mereka menghantar bantuan kepada mangsa pelarian, bencana alam dan sebagainya.ada yang menggunakan nama NGO untuk melindungi matlamat sebenar.

Anonymous said...

tu yang takut tu, dapat duit zakat beratus juta, tapi tak tau nak buat apa, kalau buat rumah flet banyak-banyak dapat juga orang miskin/kurang berkemampuan untuk tinggal, duit gaji diorang boleh buat belanja untuk makan minum dan lain-lain, pusat kesihatan untuk penyakit kronik seperti AIDS, pusat cuci buah pingang dan lain-lain ada juga faedahnya, rasa setiap tahun boleh belanja 10 juta untuk pusat pusat tersebut, 30 juta untuk rumah. kalau tiap-tiap tahun belanja macam ni setiap daerah akan mempunyai tempat pelindung untuk mereka.

yang kerja pejabat agama tu kurang-kurangkan le berpolitik, dan berceramah dimalam hari. anda berkerja untuk masyarakat, jika ada yang murtad tu anda patut bertanggungjawab.

Anonymous said...

Sila war-warkan..

Tajuk Buku - Barisan Nasional - Menuju Ke Arah Kemenangan Pilihanraya Umum ke 13

Penulis : Dr Nik Yahya Abdul Rahman

Pencetak : Laris Resources Sdn Bhd

Penerbit : Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com

ISBN : 978-967-69-0786-8


Buku ini adalah sebuah prediksi berasaskan fakta dan kemelut politik semasa terhadap keputusan pilihanraya ke 13 dimana, semua sebab-sebab kenapa BN pasti menang pilihanraya ke 13 ini dikupas bagi tujuan memberi peluang kepada pengundi-pengundi menggunakan buku ini sebagai rujukan bagaimana membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya ke 13 kelak. Buku komprehensif ini mencakupi pelbagai pandangan serta memuatkan jawapan-jawapan kepada semua isu-isu dalaman dan luaran yang dibawa oleh pihak pembangkang yang pasti memberi impak besar kepada para pengundi muda khususnya dan masyarakat umum , amnya. Pendekatan berdasarkan kaedah Factor Rating digunapakai di dalam membuat analisa terhadap semua parti-parti politik utama di Malaysia. Empat piawai digunapakai di dalam menganalisa setiap parti politik iaitu ;


Konsisten
Pembangunan Berterusan
Kesejahteraan
Pembetulan Dalaman

Ke-empat-empat kriteria ini juga sudah mencukupi bagi memberi satu jawapan yang terperinci tentang apakah sumbangan sesebuah parti politik di Malaysia di dalam menjaga hak-hak serta kepentingan-kepentingan rakyat berbilang kaum, bangsa dan suku etnik di Malaysia ?

Penerangan tentang Dasar-Dasar Kerajaan Barisan Nasional daripada tahun 1957 sehingga 2011 juga dimuatkan agar menjadi bukti tentang kesungguhan serta iltizam Kerajaan Barisan Nasional merangka rancangan-rancangan jangka pendek serta jangka panjang dan statistik kesan-kesan perancangan tersebut kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.

Kaedah SWOT Analysis telah digunakan di tempat-tempat yang bersesuaian membincangkan tentang Strength (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Oppurtunity (Peluang) dan Threat (Ancaman) dan diterangkan dengan diselit dengan fakta-fakta yang jelas serta rapi. Buku ini boleh dijadikan “Hand-Book” bagi petugas – petugas jentera-jentera pilihanraya bagi menghadapi rakyat yang memerlukan penjelasan yang mudah tetapi tepat berkenaan dengan apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menunaikan tanggung-jawab di dalam latihan demokrasi di pusat-pusat pengundian.

Satu ciri buku ini adalah selain daripada fakta-fakta yang dikemukakan, Debat Rakyat adalah bahagian dimana contoh-contoh senario berlatarbelakangkan kemelut politik semasa dikarang dalam bentuk skrip dimana terdapat perbincangan serta debat-debat antara penyokong-penyokong kerajaan dengan penyokong-penyokong pembangkang ditulis dengan gaya bersahaja agar diambil pelajaran dan pengajaran daripada Debat Rakyat ini.

Buku ini merupakan jawapan kepada semua hujah-hujah yang dikeluarkan oleh puak pembangkang yang sudah kehabisan modal serta dilanda pelbagai isu yang bakal memecahkan kesatuan serta kredibiliti Pakatan Rakyat.

Pemintaan dijangka melebihi pengeluaran - Sure 100% Best Seller.....

Dapatkan naskah anda di ;

Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com

Sila hubungi Brother Isa di - 0192205015

atau Haji Latif di - 0166856285


Nota : Buku ini dijangka keluar sebelum Hari Raya Aidilfitri, insya Allah.

cucunenekkebayan said...

Saya makin muak dengan politician - dari kedua-dua pihak.

SETUJU. SAYA PUN.

Anonymous said...

Politik tak salah malah penting untuk kekalkan kuasa Melayu. Umat Islam akan merempat di bumi Malaysia jika bukan Islam berjaya merampas kuasa daripada orang Islam. Bukan Islam tidak ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Khalid Samad sepatutnya mempertahankan sesama Islam bukan sebaliknya. Dalam kes kuil Hindu di Seksyen 19 dan Sek 23 Shah Alam dia lebih memihak dan menyokong Hindu.